Kerajaan akan menetapkan gaji permulaan
yang lebih tinggi sebagai insentif untuk penjawat awam yang mempunyai
kelayakan akademik Doktor Falsafah (PhD) dan Sarjana meliputi 33 skim
perkhidmatan.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
berkata 33 skim perkhidmatan gaji tersebut termasuk pensyarah
universiti, pegawai teknologi maklumat, pegawai penyelidikan, akauntan,
pegawai kanan polis serta pegawai tadbir dan diplomatik.
Bagi
pegawai yang sedang berkhidmat dan masih berada di gred lantikan, dan
kemudiannya memperoleh kelulusan akademik tersebut, beliau berkata
kerajaan akan turut menawarkan insentif hadiah kenaikan gaji (HKG).
"Ini adalah khusus bagi skim-skim perkhidmatan seperti pegawai
perubatan, pegawai pergigian dan pegawai perkhidmatan pendidikan lepasan
diploma," katanya.
kepada soalan Senator Baharudin Abu Bakar pada persidangan Dewan Negara di sini hari ini.
Teks jawapan Najib dibaca oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana
Menteri Datuk Razali Ibrahim berhubung soalan mengenai langkah pemberian
insentif khas kerajaan kepada penjawat awam yang mempunyai kelulusan
akademik di peringkat PhD dalam bidang-bidang kritikal kepada
pembangunan negara.
Selain itu, Najib berkata Lembaga Kenaikan
Pangkat akan menimbang pegawai yang layak bagi urusan kenaikan pangkat
berdasarkan sistem merit.
"Pegawai yang mempunyai PhD mendapat kelebihan dalam proses pertimbangan ke sesuatu jawatan kenaikan pangkat.
"Sebagai contoh, bagi pegawai perkhidmatan pendidikan siswazah di
Kementerian Pendidikan Malaysia, pegawai dinaikkan pangkat melalui
Laluan Cemerlang yang mengambil kira kelayakan akademik termasuk PhD dan
pengalaman yang dimiliki," katanya.
Najib berkata wajaran yang
akan pegawai penilai berikan ialah 15 peratus daripada keseluruhan
kriteria kecemerlangan.