"Barang siapa memudahkan urusan (mukmin) yang sulit nescaya Allah akan memudahkan urusannya di dunia & akhirat" -Hadith Riwayat Imam Muslim-

Sunday, 29 March 2009

SELAMAT ULANG TAHUN AL SULTAN KELANTAN

30-31 Mac merupakan Hari Ulang Tahun Al-Sultan Kelantan Darul Naim, di kesempatan ini saya mendoakan Al Sultan dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki selalu. Malam jalan-jalan bersama keluarga di depan Istana Negeri Kelantan, meriah dengan kerdipan lampu warna warni.





Saturday, 28 March 2009

UJIAN M-TEST

28 Mac 2009, saya ditugaskan sebagai Penolong Ketua Penyelia Ujian MTest di SMKA Melor. Tuan Hj. Rosli sebagai ketua Penyelia. Pada Jam 7pg saya bertolak ke Bilik Kebal IPKB untuk mengambil kertas soalan dan tiba di SMKA Melor pada jam 7.50 pg, taklimat ringkas telah diadakan oleh Hj. Rosli. Saya bersama beberapa orang pensyarah Zamri, Mohd Din, Kasnimi, Hanisah, Abdullah dan 8 orang guru di sekolah tersebut menyelia calon Mtest. Seramai 360 calon menduduki ujian di sini, akan tetapi hanya 330 sahaja yang hadir dan 2 orang calon menumpang. Pada jam 12-00tgh ujian tamat.

Friday, 27 March 2009

FIRST MEETING PHD IPKB



Seramai 17 orang pensyarah IPKB telah menyambung pelajaran ke peringkat phd di UUM.
Kelihatan saya, Syukri, Muhaimin, Mat Din dan Iskandar sedang mendengar kuliah.







Dr. Izam Ghazali sedang memberi motivasi kepada bakal-bakal doktoret.






Syukri, Iskandar, Muhaimin sedang tekun mendengar kuliah.










Pada 6-7 Mac lalu seramai 10 orang penyarah UUM telah datang ke IPKB untuk memberi pendedahan tentang reseacrh methode. Mereka terdiri daripada Profesor, Profesor Madya dan Dr.




Inilah bakal-bakal doktoret IPKB

PENING-PENING




31 Julai 2009



Februari 2009












Wednesday, 25 March 2009

KAGUM 2009

Pada 14-18 Mac lalu, saya bersama rombongan IPGM Kota Bharu telah menyertai KAGUM 2009 di Sekolah Sukan Bandar Penawar Johor. Perjalanan untuk sampai ke Sekolah tersebut memakan masa melebihi 12 jam. Saya menumpang kereta Raja Anoro dan berkonvoi bersama Norlan dan Khairul. Kami bertolak jam 2.30 ptg sabtu sampai jam 3.30pagi. Pada 15 Mac, kejohanan KAGUM bermula dan akhirnya IPKB berjaya mara ke babak akhir melalui beregu badminton lelaki dan pasukan bola sepak. Namun nasib tidak menyebelahi mereka hanya berjaya memungut pingat perak sahaja. Walau apapun tahniah dan syabas diucapkan atas semangat juang yang tinggi. Diharapkan kita berjumpa pada KAGUM akan datang.
Inilah pasukan Badminton IPGM Kota Bharu, Nik, Kanimoli, Jayryn, Faizal (Belakang).

Tuesday, 3 March 2009

Dua pendekatan untuk transformasi pendidikan

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mengambil dua pendekatan yang membawa kepada transformasi dan rombakan yang radikal kepada sistem pendidikan negara menjelang tahun 2010. Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata dua pendekatan itu akan diambil bagi membolehkan ia sesuai dengan tuntutan semasa, khususnya membabitkan murid sekolah rendah dan pra-sekolah. "Pendekatan pertama adalah dengan mengkaji dan menilai semula kurikulum dan ko-kurikulum persekolahan. Bermakna program rintis yang kita lakukan ketika ini mengambil kira betapa pentingnya anak-anak kita di bangku sekolah rendah lagi memahami sejarah dan latar belakang asal usul mereka," katanya kepada pemberita di Bangunan Parlimen di sini, hari ini.
Hishammuddin berkata, melalui pendekatan pertama itu, kementerian juga akan membangunkan sistem pentaksiran pendidikan kebangsaan (PPK) yang holistik untuk menilai bukan saja pencapaian akademik pelajar tetapi juga mengambil kira aspekintelek, rohani, jasmani, emosi dan secara bersepadu. Beliau berkata dalam konteks itu, "penilaian berasaskan bilik darjah" akan diberi penekanan di mana Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) semata-mata tidak memadai untuk menapis pelajar cemerlang bagi ditempatkan di Sekolah Berasrama Penuh. Hishammuddin berkata, pendekatan kedua adalah untuk melihat semula dasar pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) selepas mengambil kira pandangan semua pihak, penyesuaian serta penambahbaikannya di sekolah rendah dan mengambil kira serta mengutamakan sekolah luar bandar.
Beliau berkata, melalui dasar PPSMI ini, kementerian sudah berada diperingkat akhir dalam meneliti, menganalisis dan mendengar pandangan semua pihak yang berkepentingan sebelum diserah kepada jemaah menteri. "Sebelum itu, kertas yang akan diserahkan kepada jemaah menteri ini akan diedar kepada kementerian yang berkaitan bagi mendapatkan ulasan...susah hendak dijangka apakah keputusan jemaah menteri bila dibincangkan kelak kerana ia banyak bergantung kepada ulasan kementerian," katanya. - Bernama

Popular Posts