"Barang siapa memudahkan urusan (mukmin) yang sulit nescaya Allah akan memudahkan urusannya di dunia & akhirat" -Hadith Riwayat Imam Muslim-

Wednesday 15 July 2009

NEW TEACHING PEDAGOGIES COURSE

Kuala Lumpur 12-14 Julai 2009 Saya telah menghadiri Kursus New Teaching Pedagogies For Student Engagement anjuran Bahagian Pendidikan Guru yang diadakan di Hotel Puteri Park Kuala Lumpur. Saya telah menghadiri kursus ini bersama 3 orang pensyarah IPGM Kota Bharu iaitu Ketua Jabatan Pendidikan Hj Zahran dan Pn Azirah dari Jabatan Matematik. Kursus ini dihadiri oleh hampir 70 orang pensyarah IPGM seluruh negara. Penceramah jemputan ialah Julie Dyer dari Universiti Deakin Australia. Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada semua pensyarah IPGM di seluruh negara tentang kaedah baru dalam pengajaran dan pembelajaran yang meliputi 6 facet utama iaitu 1. Explanation 2. Interpretation 3. Application 4. Perspective 5. Emphaty and 6. Self Knowledge. Untuk sesi terakhir didedahkan tentang pengajaran menggunakan ICT iaitu Web Quests merupakan teknologi baru dalam pengajaran. Anda boleh layari web quest di http://www.kn.pacbell.com/wired/fil/. Pendekatan web quest ini baik untuk diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran kita. Kesimpulan yang dapat dibuat ialah New Teaching Pedagogies For Student Engagement ialah suatu pendedahan pengajaran baru yang berpusatkan kepada pelajar dengan menggunakan ICT(web quest).
KJ sedang menjalankan aktiviti bersama Julie

Sedang khusyuk menyediakan bahan tugasan

KJ sedang melayari Web Quest

Peserta kursus sedang mendengar ceramah yang disampaikan Julie Dyer

Popular Posts