"Barang siapa memudahkan urusan (mukmin) yang sulit nescaya Allah akan memudahkan urusannya di dunia & akhirat" -Hadith Riwayat Imam Muslim-

Friday, 17 July 2009

MENGAPA YAHUDI BIJAK???


Artikel ini saya ambil dari sebuah laman Ustazah cyber blogspot. Banyak sebenarnya laman yang memaparkan artikel ini. Walaupun artikel ini tidak dipastikan kesohihannya, kita ambillah untuk renungan kita bersama asalkan ia tidak menyalahi syarak.
Memang tidak dapat dinafikan yang orang Yahudi memang bijak dan banyak yang berjaya. Orang Yahudi sekarang sedang merancang untuk tahun ke 3000 sedangkan negara kita merancang sehingga ke tahun 2020. Nampaknya mereka begtu advance.
Walaubagaimanapun kita tidak semestinya mengikut apa mereka kata dan apa yang mereka buat kerana kita mesti berjaya mengikut acuan kita. Walaubagaimana pun ,tidak salah kita meniru apa yang baik dari mereka padahal mereka juga sebenarnya meniru dari Islam. Cuba anda renungkan artikel ni.
Mengapa Yahudi Bijak?? Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya.
Kenapa Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?
Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, sungguh hairan kerana orang yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada orang lain beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya. mereka sedang melatih otak anak dalam kandungan supaya menjadi genius apabila dewasa kelak? (Sebab itulah dalam Islam, ibu-ibu mengandung hendaklah banyak mengingati Allah dan membaca Al-Quran seperti surah Al-Fatihah, Surah Luqman,Surah Yusof dan surah lain lagi kerana ia dapat merangsang pekembangan otak bayi.)
Seperkara lagi ialah pemakanan, sejak awal mengandung orang Yahudi gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut mereka daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan.
Menurut orang Yahudi ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan. Setiap kali mereka membuat hidangan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.
Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi, anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah. (Kurma merupakan makanan sunnah dan mempunyai banyak khasiat. Antaranya ialah dapat menguatkan hati, melancarkan buang air besar, menyembuhkan radang kerongkong.
Kajian oleh Prof.Madya Asiah Zain, Pensyarah Sains Pemakanan UPM menyatakan; “ Kanak-kanak digalakkan memakan lebih banyak buah kurma kerana ia memberi khasiat dari segi proses pembesaran, sekaligus membentuk minda kanak-kanak yang sihat”. Tapi orang Melayu kita banyak yang makan kurma hanya pada bulan puasa. Kismis,madu juga baik untuk otak. Dan janganlah bagi anak anda makan kepala ikan. kalau nak bagi anak kuat daya ingatan. Sebab itulah pelajar tahfiz berpantang makan otak ikan dan organ dalaman seperti pedal dan etc.
Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan di rumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dan merokok di luar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel , siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah, tekalah sendiri..!)

Popular Posts