"Barang siapa memudahkan urusan (mukmin) yang sulit nescaya Allah akan memudahkan urusannya di dunia & akhirat" -Hadith Riwayat Imam Muslim-

Wednesday 19 June 2013

Assalamualaikum semua rakan-rakan blogger, face booker, twitter dan macam-macam web page yang berkunjung ke blog AC ini... Dah lama AC tidak menulis di blog ini disebabkan kekangan masa.. Begitu pantas masa berlalu dari hari ke hari, bulan ke bulan dan tahun ke tahun. Buat masa ini AC sibuk menulis kajian tentang penilaian kurikulum menggunakan model CIPP oleh Stefflebeam 2003. Disebabkan kesibukan ini AC terpaksa deactive sekejap face book untuk memberi fokus kepada penulisan ini. Maklumlah belajar sambil berkerja & ini lah kekangannya.. Balik kerja jam 5.00ptg baru sampai rumah.. Badan dah penat, jam 10.00mlm tetap pergi main badminton untuk hilangkan stress, Pukul 1.00 hingga 2 @ 3 pagi baru boleh mula menulis. Itulah rutin harian AC. Kalau hari cuti AC sangat gembira bukan untuk pergi bercuti tapi boleh menulis sampai jam 5.00 pg. Setakat ini, perkembangan penulisan AC, Alhamdulillah pembentangan proposal telah lulus  dan sedang dlm proses analisis data. Doakan supaya perjalanan pengajian ini dipermudahkan segala urusan...aminn

Popular Posts