"Barang siapa memudahkan urusan (mukmin) yang sulit nescaya Allah akan memudahkan urusannya di dunia & akhirat" -Hadith Riwayat Imam Muslim-

Wednesday 22 April 2009

KURSUS INOVASI DALAM P & P

20-23 April 2009, saya dan pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan telah menghadiri Kursus Inovasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran di Shahzan Inn Kuantan, Pahang. Saya menumpang kereta Syukri. Perjalanan untuk sampai ke Shahzan Inn memakan masa 6 jam. Kami bertolak dari IPKB jam 9.30pg dan sampai jam 3.30 ptg. Pada 8.30 malam 20 April taklimat program diadakan oleh Pn Kasnimi selaku penyelaras program. Selepas itu kami ke Kompleks Terumtum untuk menjamu mata dan ke Tanjung Lumpur untuk menikmati selera ikan bakar, best giler. Malam tu Zamri belanja kami, thanks Zam!!. Hari kedua slot pertama bengkel Moodle, penceramah Cik Asniza Musa. Slot kedua berkenaan Pengurusan Kurikulum yang disampaikan oleh Dr. Noriati dari BPG dengan panjang lebar. Beliau menerangkan tentang kurikulum yang terdapat di IPGM dan matlamat BPG itu sendiri ingin melahirkan guru yang cemerlang dan terbilang. Penerangan beliau mengambil masa sehingga 2 slot. Slot seterusnya bengkel moodle disambung lagi hingga ke sesi malam. Sayang seribu kali sayang saya tak dapat meneruskan sesi ini sehingga tamat kerana saya terpaksa bertolak balik Kelantan. Ini adalah disebabkan isteri saya terpaksa menghadirkan diri untuk temuduga sarjana di Putrajaya pada 23 April 2009. Jadi untuk memberi sokongan dan motivasi kepada beliau saya terpaksa balik awal. Saya menaiki bas mutiara dan sampai ke rumah jam 5 pagi. Syukur Alhamdulillah.

.

Amazing Kuantan.....

Saturday 18 April 2009

TEMUDUGA PHD

17 April 2009 saya telah mendapat panggilan temuduga biasiswa hadiah latihan Persekutuan (HLP) KPM peringkat PHD di Bilik 7 Aras 3 Blok E2, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya. Alhamdullah berkat sokongan dan doa isteri, anak2, keluarga serta sahabat handai, saya dapat menjawab segala pertanyaan penemuduga dengan yakin dan tenang. InsyaAllah jika ada rezeki dan nasib menyebelahi saya, pada bulan 7 nanti keluar lah keputusan samada dapat atau tidak. Kali ini adalah temuduga yang kelima saya. Saban tahun saya menghadiri temuduga ini. Saya dah rasa penat dan letih dah. Kebetulan datang ke Putrajaya saya mengambil foto kenangan di bawah.





Tahniah dan Selamat Datang Menteri Pelajaran baru dan Selamat Tinggal Menteri Pelajaran lama, Jasamu Dikenang.


Kementerian Pelajaran Malaysia, Putrajaya.


Amazing KL.....

Thursday 9 April 2009

PERTANDINGAN NASYID ASAT



8 Mac 2009, SMK Pengkalan Chepa 1 menjadi tuan rumah Anugerah Seri Asrama Terbilang PPD Kota Bharu. Pelbagai acara dipertandingkan antaranya pertandingan nyanyian tradisional, nasyid dll. Pertandingan yang menjadi perhatian saya ialah nasyid kerana saya terlibat sebagai jurulatih nasyid sekolah SMK PC1. Nasib tidak menyebelahi kumpulan Soutus Shahab ini kerana tidak mendapat tempat di hati juri. Namun mereka telah melakukan yang terbaik. Sebelum itu mereka telah menyertai pertandingan nasyid QIT Kubang Kerian dan mendapat tempat kedua. Itulah yang dikatakan nasib. Cuba lagi dan jangan putus asa.

Monday 6 April 2009

Popular Posts