"Barang siapa memudahkan urusan (mukmin) yang sulit nescaya Allah akan memudahkan urusannya di dunia & akhirat" -Hadith Riwayat Imam Muslim-

Friday 26 September 2014

SI MIAW PEMBAWA REZKI

Apabila kita sdg makan di restoran, secara tiba-tiba ada kucing datang berbelit-belit di kaki tanda ia meminta makanan dengan kita. Kucing sebenarnya mempunyai deria bau & perasaan. Kenapa tak pergi kpd orang lain? Itu tandanya ia ingin menguji anda sama ada  anda memiliki sifat perikemanusiaan, prihatin, belas kasihan & tidak kedekut @ bakhil. Selain itu, ada  3 tanda apabila kucing datang kepada kita bukan orang lain:

Pertama

Allah sedang beritahu makanan kita,  hak kita itu bukan semuanya rezeki kita. Sebahagiannya rezeki kucing itu. Sebab itu ia datang pada kita.

Kedua

Allah sedang beritahu apabila kita memberi makanan kepada kucing itu, rezeki lain akan Allah ganti yang lebih baik. Sebab 1 kebaikan itu Allah balas 10 kebaikan @ pahala. Allah Maha Mampu bagi lebih dari itu.

Ketiga

Allah sedang bagi tahu apabila kita tak memberi makanan kepada kucing itu, sebenarnya kita sedang menolak rezeki baru yang Allah nak bagi kepada kita. Rezeki itu luas, bukan hanya pada wang. Tetapi meliputi semua kehidupan. Ingin ikhlas memberi, berilah pada haiwan kerana haiwan tak pandai ucap terima kasih kepada kita. Ia hanya tahu minta dan makan.

Sebab itu Rasulullah suka kepada binatang peliharaan kucing ini, kucing adalah pembawa rezki kpd tuannya..

Monday 22 September 2014

RESEARCH JOURNEY

[Step 1] Dlm penulisan tesis, cari dulu pernyataan masalah kajian.. Apa isu2 besar yg menyebabkan anda ingin mengkaji? Buktikan dgn kajian2 lepas (literature review) melalui jurnal & tesis2 yg berkaitan.

[Step 2] Dlm penulisan tesis, apabila pernyataan masalah ditemui, bina objektif, persoalan & hipotesis kajian..

[Step 3] Apabila objektif dan persoalan kajian dibentuk, baru boleh bina instrumen kajian. Pilih samada method kualitatif @ kuantitatif. Baca kajian2 lepas (literature review) melalui tesis2 pengkaji lain.

[Step 4] Utk membina instrumen kajian perlu ada pengesahan pakar2 bg kesahan & kebolehpercayaan yg tinggi & valid. Anda perlu melantik pakar2 dlm bidang masing2 sekurang2 3-5 org. (Utk mengelak dr keraguan penilai tesis).

[Step 5] Apabila instrumen kajian disemak oleh pakar, maka anda boleh menjlnkan kajian rintis (Pilot Study) utk melihat alpha cronbach & kebolehpercayaan yg tinggi.

[Step 6] Setelah kajian rintis (pilot study) dijalankan, maka buat analisis Alpha Cronbach utk mencari kebolehpercayaan yg tinggi.

[Step 7] Apabila Alpha Cronbach melepasi nilai 0.6 ke atas, bab 1-3 lengkap.. anda boleh ajukan utk defence proposal

[Step 8] Apabila lulus defence Proposal, anda baharu lulus utk fasa 1 dlm pengajian PhD @ master, seterusnya buat pembetulan & perbaiki komen2 dari penilai2 tesis... (Boleh senyum sikit).

[Step 9] COLLECT DATA Apabila anda telah membuat penambahbaikan tesis, maka boleh mulakan utk mengumpulkan data mengikut kesesuaian kajian (Borang Kajiselidik, temubual, dokumentasi, nota lapangan)

[Step 10] Penting Sebelum COLLECT DATA/mengumpul data dlm PhD @ master, pastikan anda mendpt surat keizinan @ kebenaran menjlnkan penyelidikan drpd BPPDP KPM & JPN masing2.



[Step 11] Setelah anda collect data, tiba masanya utk buat analisis data (Qualitative @ Quantitative research

[Step 12] Dlm kajian tesis PhD @ Master mesti ada research GAP, Apa tu?
(i) Mengisi kekurangan dlm bidang kajian org lain.
(ii) Meluaskan bidang kajian dgn menguji sesuatu situasi baru.
(contribution to knowledge).


[Step 13] Dlm penyelidikan PhD @ master, objektif kajian umpama tiang2 rumah yg akan di bina, jika goyah tiang2 itu maka akan bergoncang & runtuh lah rumah. Objektif kajian di bina berdasarkan pernyataan masalah yg anda kemukakan.


[Step 14] Dlm kajian master@ PhD, Sebelum anda menganalisis data kajian, fahami betul2 hipotesis yg akan digunakan utk analisis data (Ujian T., Anova, MANOVA, Regresi @ Korelasi dll).
Apa itu hipotesis? 
Hipotesis berasal dari bahasa Yunani: hypo=di bawah; thesis=pendirian, pendapat yang ditegakkan, kepastian. Ramalan @ jawapan sementara thd masalah kajian.


[Step 15] Tidak terdapat hubungan yg signifikan antara cuaca panas dgn pencapaian akademik pelajar. (Hipotesis Nol). Apakah analisis yg perlu digunakan utk menjawab persoalan Ho di atas?. Kenal pasti dahulu mana dependent & independent variable..




PELANCARAN BUKU FALSAFAH & PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Alhamdulillah, akhirnya buku Falsafah & Pendidikan di Malaysia dgn rasminya telah dilancarkan oleh Timbalan Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia Yang Berbahagia Dr Noriati A. Rashid pada 21 September 2014 di Dewan Wawasan IPGK Kota Bharu.. terima kasih doktor atas pelancaran buku ini..semoga mendpt keberkatan dr Allah.. Sejarah telah tercipta.. Dapatkan skrg di kedai buku Pantai Timur...SMO, Pustaka Sri Intan...kat tempat lain: semua kedai buku utama spt Hasani Edar, Badan Cemerlang, MPH, Kedai Buku 1Malaysia, Sinaran, Mehraj, Cresent News, Hamid Bros, Pustaka Mukmin, Syarikat Buku Thai Kuang, Pustaka Union, SS Mubaruk

Popular Posts