Pages
Monday, 9 May 2011
MESYUARAT KSPK
LEE CHONG WEI MENANG LAGI
Pada aksi di Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar itu, pasangan beregu utama negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Leong turut menamatkan kemarau 16 bulan apabila merangkul kejuaraan sulung.
Namun, beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying yang memburu kejuaraan sulung tahun ini sekadar berpuas hati selaku naib juara pada kejohanan yang menawarkan hadiah RM360,000 itu.
Chong Wei yang juga juara Seluruh England itu mengambil masa 42 minit untuk menewaskan Chunlai yang juga pemain pilihan ketujuh.
Sejak awal tahun ini, pemain kelahiran Pulau Pinang itu mengungguli empat kejuaraan daripada semua lima kejohanan yang disertai iaitu Siri Super Masters Akhir, Terbuka Malaysia, Seluruh England dan Terbuka India serta muncul naib juara Terbuka Korea.
Chong Wei yang ditemui memberitahu, ketika ketinggalan mata pada set kedua dia bermain berhati-hati bagi mengurangkan kesilapan dan akhirnya berjaya mencapai mata kemenangan.
Katanya, menerusi kejayaan ini dia berharap dapat mengekalkan konsentrasi dan fokus pada perlawanan dalam perjalanan menuju ke Olimpik London 2012.
“Saingan saya ketika ini ialah Lin Dan, namun saya tidak boleh memandang mudah pemain lain yang semakin meningkat naik,” katanya.
Berkenan berangkat Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Sultanah Kedah, Tuanku Haminah Hamidun.
Sementara itu, kali terakhir Kien Keat-Boon Leong merangkul kejuaraan ialah di Terbuka Malaysia pada Januari 2010.
Pasangan itu mengenepikan cabaran Alvent Yulianto Chandra-Hendra Aprida Gunawan yang merupakan pilihan keempat kejohanan dari Indonesia 21-16, 21-7.
Dalam pada itu, Peng Soon-Liu Ying yang diharapkan untuk mengulangi dua kejutan sebelum ini terpaksa akur dengan kehebatan pasangan dari Indonesia yang juga merupakan pilihan keempat perlawanan, Tantowi Ahmad-Liliyana Natsir 21-18, 15-21, 21-19 dalam tempoh 57 minit perlawanan.
Pada pertemuan separuh akhir kelmarin Peng Soon-Liu Ying yang merupakan juara Asia 2010 menundukkan Fran Kurniawan-Pia Zebadiah Bernadeth dari Indonesia yang merupakan pilihan ketiga kejohanan 21-14, 21-10.
Peng Soon-Liu Ying yang ditemui mengakui melakukan beberapa kesilapan dalam permainan sehingga menimbulkan rasa gugup yang memudahkan lawan untuk mengawal permainan.
Popular Posts
-
"....Allah jualah Tuhan kami dan Tuhan kamu. Bagi kami amal kami dan bagi kamu amal kamu. Tidaklah patut ada sebarang pertengkaran ant...
-
Berikut dalil Al Qur’an dan Hadits Puasa Ramadhan : يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ...
-
Salam semua, sekalung jutaan terima kasih sy ucapkan kepada semua sahabat handai, rakan2 FB yang dikasihi (so excited from Dr Boon Hua Lee ...
-
Bulan Rejab merupakan bulan Allah yang banyak keistimewaannya yang dijanjikan oleh Allah SWT kepada umat-Nya. Pintu rahmat terbuka luas un...
-
1. TA'ARUFFAN Persahabatan yang terjalin secara kebetulan, seperti pernah bertemu di stesyen kereta api, hotel, hospital, pejabat pos...
-
Erm...terjumpa artikel ni setelah dinasihati seorang sahabat supaya berhenti makan sardin....ups, this is my last menu mkn sardin...cuba sed...
-
PUTRAJAYA – Penularan wabak influenza A (H1N1) di Malaysia semakin membimbangkan dengan 12 kes baru disahkan semalam, iaitu jumlah terbany...