"Barang siapa memudahkan urusan (mukmin) yang sulit nescaya Allah akan memudahkan urusannya di dunia & akhirat" -Hadith Riwayat Imam Muslim-

Friday 24 December 2010

10 Ramuan Melampau Dalam Mi Segera

Adakah mi segera makanan sebenar atau makanan palsu? Apakah bahan penambah ini sebenarnya dan sejauh manakah ia selamat? Berikut beberapa ramuan yang mungkin anda mengambilnya bersama dengan mi segera anda.

Kalsium Sulfat: Kapur Paris.

Asid Tartarik: Bahan kimia yang digunakan dalam julap dan untuk memutihkan cermin. Lebih beracun berbanding 100% alkohol tulen.

Kalsium Oksida: Digunakan rawatan sisa buangan dan dalam racun serangga.

Tertiary Butylhydroxyquinone (TBHQ): Produk berasaskan petroleum; satu bentuk butane (cecair dalam pemetik api).

BHT: Risiko karsinogen dan kesan berbahaya kepada ginjal.

Propyl Gallate: Satu xenoestrogen (sebatian seperti hormon). Boleh memberikan kesan sampingan kepada pembiakan, perkembangan janin yang sihat dan menghalang pengeluaran sperma

Pentasodium triphosphate: Bahan pencuci paling berkuasa (sering digunakan dalam bahan cuci), bahan samak untuk kulit; juga digunakan dalam pengeluaran kertas, penapisan petroleum, aplikasi lombong dan rawatan air.

Propylene Glycol: Pelarut sintetik yang dianggap racun neurologi. Digunakan untuk pembuatan bahan pendingin, antibeku automotif, cecair yang berfungsi dalam tekanan hidraulik dan sebagainya. Jumlah berlebihan yang diambil boleh membawa kepada kerosakan buah pinggang.

Polydimethylsiloxane: Digunakan dalam kanta sentuh, syampu (untuk menjadikan rambut berkilat dan licin), minyak pelincir dan jubin tahan panas.

Pewarna tiruan (contohnya: Sunset Yellow FCF dan Tartrazine): Menyumbang kepada hiperaktiviti dalam kalangan kanak-kanak; mungkin turut menyumbang kepada gangguan visual dan pembelajaran, kerosakan saraf; mungkin menjadi penyebab kanser.

Wednesday 22 December 2010

Kelambu Kaabah / Kiswah

Sebelum kedatangan Islam, iaitu ketika Kaabah di bawah penguasaan kaum Quraisy, mereka menggunakan kain sutera sebagai Al-Kiswah.

Selepas penaklukan kota Makkah oleh orang Islam pada tahun ke-8 Hijrah, Rasulullah SAW memasang Al-Kiswah menggunakan kain tenunan Yaman, diikuti Khalifah Abu Bakar dan Umar Ibn Khattab. Bagaimanapun, Saidina Uthman menggunakan kain Qibti ketika pemerintahannya.

Kain sutera digunakan semula untuk Al-Kiswah pada pemerintahan Khalifah Abdul Malik Marwan.

Pada 1342 Masihi, Raja Mesir, Sultan al-Malik as-Saleh Ismail yang prihatin dengan penyediaan Al-Kiswah membeli tiga kampung, Basus, Sandabis dan Abil Ghit di daerah Qalyub untuk dijadikan wakaf bagi mendapatkan hasil tenunan membuat Al-Kiswah.

Kemudian Sultan Salim Al Usmani membeli pula tujuh kampung bagi tujuan sama.

Sewaktu Mesir diperintah oleh Mohammad Ali Basya, diwujudkan pula jawatan khusus bagi urusan pembuatan Al-Kiswah. Kelambu Kaabah yang dihasilkan di Mesir itu akan dikirim ke Makkah melalui Sinai menjelang musim haji setiap tahun.

Bagaimanapun, apabila berlaku peperangan, pemerintah Mesir tidak menghantar kelambu Kaabah pada saat tibanya musim haji seperti lazimnya pada 1924 dan 1925.

Tindakan itu mengejutkan Raja Abdul Aziz kerana Arab Saudi sudah bersedia untuk menyambut tetamu Allah menunaikan haji. Bagaimanapun, mujur ada satu kelambu Kaabah buatan Iraq yang sudah siap, masih belum dipakai dan disimpan dalam gudang. Raja Abdul Aziz segera memerintahkan kelambu itu dikeluarkan dan diletakkan pada Kaabah.

Peristiwa itu menghairankan pihak Mesir kerana Raja Abdul Aziz dapat menyiapkan kelambu Kaabah yang cukup lengkap dalam tempoh 10 hari saja. Berikutan peristiwa itu juga, Raja Abdul Aziz mengambil keputusan mendirikan sebuah kilang khusus untuk membuat Al-Kiswah.

Pada 1926, Kerajaan Mesir mengeluarkan larangan penghantaran Al-Kiswah ke Makkah membuatkan Raja Abdul Aziz segera mengumpulkan pakar kaligrafi, tukang tenun, tukang jahit dan pakar pencelup yang bertungkus lumus menyiapkan kelambu Kaabah dalam tempoh beberapa hari saja.

Raja Abdul Aziz amat berpuas hati dengan hasil kerja tangan Al-Kiswah buatan anak tempatan yang siap pada 1927 itu kerana selain diperbuat daripada kain tebal bermutu tinggi, ia diperindahkan lagi dengan tulisan kaligrafi daripada benang perak bersadur emas manakala tabir pintu Kaabah diperbuat daripada sutera asli bersulamkan benang perak bersadur emas.

Pada musim haji tahun itu dan tahun seterusnya Kaabah dipasang dengan Al-Kiswah buatan Arab Saudi.

Bagaimana pula dengan Al-Kiswah yang terpakai?

Sebelum kedatangan Islam, kelambu Kaabah ditinggalkan berlapis-lapis dan bertompok-tompok hingga buruk dan hancur sendiri sehingga timbul kebimbangan akan membebankan dan lama kelamaan berkemungkinan meruntuhkan Kaabah.

Akhirnya kelambu itu ditanggalkan dan disimpan di rumah penjaga Kaabah iaitu orang Bani Syaibah.

Sementara ada pula riwayat menyatakan pada permulaan zaman Islam, pemegang anak kunci Kaabah ketika itu, Syaibah bin Othman al-Hujubi bertanya kepada Saidatina Aisyah mengenai Al-Kiswah yang bertimbun-timbun di atas Kaabah sama ada hendak ditanggalkan dan ditanam di satu tempat supaya tidak digunakan oleh orang yang berjunub dan haid.

Aisyah menjawab: "Tidak baik dilakukan demikian, bahkan hendaklah dijualkan dan harganya itu dibelanjakan kepada jalan kebajikan dan disedekahkan kepada fakir miskin."

Ketika pemerintahan Raja Abdul Aziz as-Saud, kelambu itu diserahkan semuanya kepada Bani Syaibah dan dijual menurut budi bicaranya sendiri.

Bagaimanapun, pada awal 1960, Kerajaan Arab Saudi mengeluarkan perintah menegah jualan kelambu Kaabah bagi menjaga kesucian Islam
Fakta: Kelambu Kaabah / Kiswah
1. Ditenun daripada 670 kilogram sutera putih asli dan dicelup dengan warna hitam. Luas keseluruhannya adalah 2,650 meter persegi.

2. Mengandungi 47 kepingan empat segi bujur berukuran 14 meter kali 95 sentimeter. Sulamannya pula menggunakan 120 kilogram benang perak bersadur

3. Kos pembuatannya adalah 17 juta Riyal Arab Saudi.

4. Emas
Kelambu Kaabah pertama buatan anak tempatan dipasang pada 10 Zulhijjah dan padanya tertulis perkataan, “Kelambu ini yang pertama kali dibuat di Arab Saudi atas perintah Raja Abdul Aziz bin Abdul Rahman as-Saud”.

5. Kiswah akan diganti dengan yang baru pada pagi 9 Zulhijah (hari Wuquf) setiap tahun

6. Raja Fahd bin Abdul Aziz as-Saud yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri Kedua merangkap Menteri Dalam Negeri Arab Saudi meletakkan batu asas pembinaan kilang baru Al-Kiswah pada 1972.

7. Perasmian kilang kelambu Kaabah oleh Raja Fahd yang ketika itu Putera Mahkota merangkap Timbalan Perdana Menteri Pertama Arab Saudi pada 26 Mac 1977.

Friday 17 December 2010

BARU KUTAHU BAHAYA SARDIN

Erm...terjumpa artikel ni setelah dinasihati seorang sahabat supaya berhenti makan sardin....ups, this is my last menu mkn sardin...cuba sedaya upaya...takut lak baca artikel di bawah :-

Assalamualaikum wbh

Saya dilahirkan dari keluarga miskin. Ibu bapa saya mengusahakan kebun getah. Waktu kecil, apabila ibu atau bapa membeli ikan sardin dalam tin, ia seperti satu makanan mewah. Sejak kecil memang saya suka makan sardin. Apatah lagi kalau masakan sardin yang dimasak oleh arwah ibu. Walau pun saya suka makan sardin, namun tidak berpeluang makan dengan kerap maklumlah bagi keluarga saya ketika itu, ia dianggap mahal.

Harga ikan sardin dalam tin pada hari ini dikira amat murah. Dalam lingkungan RM3 – RM4 sudah dapat satu tin sardin bersaiz besar. Kalau nak dibandingkan dengan membeli ikan kembung segar di pasar, rasanya lebih mudah dan murah membeli ikan sardin dalam tin. Tidak perlu memproses buang perut dan membasuh dan membubuh garam dan kunyit. Pendek kata, kalau beli ikan sardin, buka penutup, potongkan sedikit bawang dan tumiskan dengan cili, dalam tempuh yang singkat sudah siap lauk ikan sardin.

Tabiaat suka makan sardin saya berterusan sesudah kahwin. Namun tidak kerap kerana isteri kurang gemar ikan sardin.

Setelah saya berkenalan dan berguru dengan arwah guru, barulah saya terpaksa berhenti terus dari makan ikan sardin. Arwah guru saya bertegas memberikan arahan kepada saya “JANGAN MAKAN IKAN SARDIN”. Satu ketika setelah lama tidak makan ikan sardin, sewaktu saya makan tengahari bersama arwah guru, saya sangat terliur untuk makan lauk ikan sardin. Saya mengambil sepotong ikan sardin. Selepas itu, arwah guru saya tidak mahu bercakap dengan saya untuk beberapa jam kerana sangat marah kepada saya kerana mengambil lauk ikan sardin.

Lama kelamaan saya terpaksa belajar untuk tidak makan lagi ikan sardin. Alhamdulillah dengan pengalaman yang Allah berikan sepanjang bersama arwah guru dan terlibat dengan beberapa kes orang yang suka makan sardin, akhirnya kini saya memandang sangat jijik ikan sardin. Saya tidak akan memakan karipap ikan sardin dan sandwic sardin yang dihidangkan setiap kali mesyuarat di pejabat saya.

Mari kita lihat ikan sardin. Sewaktu saya suka makan ikan sardin dahulu, saya sangat suka makan bahagian tulang ikan sardin kerana ia lembut. Bagaimanakah ikan sardin ini diproses sehingga semua tulangnya menjadi lembut??. Kalau kita membuat eksperimen sains yang mudah di rumah dengan merebus seekor ikan kembung selama 3 hari 3 malam secara berterusan, insya-Allah akan kita dapati bahawa tulang ikan kembung ini tidak akan lembut. Mari kita ubah eksperimen ini dengan menggunakan pressure cooker memasak ikan kembung tersebut selama 3 hari 3 malam juga. Keputusannya akan tetap sama, tulang ikan kembung ini akan tetap keras.

Apa yang ingin saya persoalkan di sini ialah mengapa tulang ikan sardin ini sedia lembut apabila dikeluarkan dari tinnya? Jawapannya ialah sudah tentu terdapat bahan kimia khas yang dimasukkan ke dalam tin ikan sardin ini yang telah bertindak balas dengan tulang ikan ini sehingga menjadikan tulang ini lembut. Mengikut arwah guru saya, bahan kimia inilah yang menjadi ancaman kepada manusia apabila mereka memakan ikan sardin.

Apakah ancaman kepada manusia apabila memakan ikan sardin? Pemerhatian pertama atau kes pertama yang gunakan sebagai bahan bukti buruknya amalan makan sardin ialah kes seorang jiran saya yang terpaksa dibuang keseluruhan rahimnya kerana ketumbuhan fibroid di dalam rahimnya. Semenjak sekian lama saya berjiran dengan hamba Allah ini, saya memang tahu melalui anak-anak saya yang kerap ke rumahnya bahawa hamba Allah ini memang gemar memakan ikan sardin dan mee maggi. Maklumlah bagi seorang wanita dengan kerjaya besar yang sentiasa sibuk dan tiada orang gaji, penyelesaian mudah ialah memasak nasi berlauk ikan sardin dan kalau ingin lebih ringkas, stok mee maggi sentiasa tersedia.

Hamba Allah ini telah kehilangan rahimnya semenjak usianya awal 40an. Begitulah, jikalau kerap seseorang terutama sekali orang perempuan gemar makan sardin, jawapannya, pelbagai tumor seperti fibroid di dalam rahim akan insya-Allah diberikan oleh Allah. Fibroid sebenarnya adalah sejenis kanser benign yang tidak merebak ke bahagian lain tubuh. Sebenarnya berdasarkan pemerhatian- pemerhatian lalu ini boleh dirumuskan seolah-olah di dalam tin ikan sardin terdapat sejenis bahan kimia yang bersifat karsinogen (bahan kimia penyebab kanser). Apabila kerap dan sudah cukup tempuhnya, ia akan menyebabkan tumor atau kanser samaada benign atau malignan. Namun dalam pemerhatian saya ia banyak menyebabkan fibroid dalam rahim dan tumor.

Antara sampel kajian saya yang suka dan kerap makan sardin ialah seorang hamba Allah yang secara tiba-tiba sewaktu mengandungkan anak keduanya iaitu

seorang anak perempuan tiba-tiba mengidam makan ikan sardin. Hampir setiap hari sepanjang mengandungkan anak perempuannya ini hamba Allah ini akan makan ikan sardin. Akibat dari tabiaat ini, sebaik sahaja aak perempuan keduanya ini dilahirkan, terdapat ketumbuhan pada rahim bayi perempuan ini. Pembedahan terpaksa dilakukan ketika bayi ini berusia kalau tidak silap saya 3 bulan. Begitulah azab diperolehi dari tabiaat gemar makan ikan sardin.

Namun saya bersyukur kepada Allah swt kerana sebenarnya isu makan ikan sardin inilah yang antara menjadi punca sehingga akhirnya hamba Allah ini belajar ilmu agama dari saya sehingga pelbagai amalan syirik dan tangkalnya alhamdulillah telah dapat dibuang. Hamba Allah ini kini alhamdulillah telah menjadi antara murid saya yang banyak sekali mendapat pelbagai rahmat dari Allah walaupun dahulunya jahil.

Sebagai latihan pengukuhan kepada para pembaca budiman semua, cuba lah buat sedikit kajian ke atas mana-mana kenalan atau saudara mara yang pernah mengalami sebarang kes tumor atau fibroid dan selepas itu kajilah sejarah permakanan mereka ini. Kemungkinan besar mereka ini memang gemar dan kerap makan ikan sardin. Dengan itu marilah pembaca sekelian memboikot makan ikan sardin semoga insya-Allah dijauhkan Allah dari terkena sebarang penyakit berkaitan tumor, fibroid atau sebarang penyakit kanser lainnya.

Sekian untuk kali ini. INGAT, jangan makan ikan sardin.

Setakat mana kebenaranya

Wassalam wallahualam




Popular Posts