"Barang siapa memudahkan urusan (mukmin) yang sulit nescaya Allah akan memudahkan urusannya di dunia & akhirat" -Hadith Riwayat Imam Muslim-

Saturday 17 October 2009

15 TERBUNUH KETIKA SOLAT JUMAAT

Zalim dan tidak berhati perut orang yang melakukan ini, semoga Allah membalas atas apa yang dilakukan. Kalau nak membunuh pun biarlah dengan cara yang betul, ini sewaktu umat Islam sedang melakukan ibadah. Neraka jahannam lah orang yang melakukan ini.

BAGHDAD 17 Okt. – Seorang pengebom berani mati bertindak melepaskan tembakan ke arah para jemaah yang sedang mengerjakan solat Jumaat di sebuah masjid di utara Iraq semalam sebelum meletupkan dirinya dan menyebabkan 15 orang terbunuh.

Mangsa yang terbunuh termasuklah ulama Sunni, Abdul-Satar Hassan iaitu anggota parti politik terbesar Sunni yang mengetuai solat Jumaat tersebut di masjid di Tal Afar.

Menurut polis, lelaki itu meletupkan dirinya selepas senjata AK-47 yang digunakannya kehabisan peluru. Seramai 95 orang turut dilaporkan cedera dalam serangan itu, kata doktor di Hospital Tal Afar, Ismail Majeed.

SARAJEVO 17 Okt. – Mahkamah Jenayah Perang Bosnia menjatuhkan hukuman penjara 30 tahun ke atas seorang pegawai Serbia kerana membunuh berpuluh-puluh orang dan terlibat dalam penindasan serta penahanan beribu-ribu penduduk Islam ketika pembunuhan beramai-ramai Srebrenica 1995.

Mahkamah bagaimana pun telah membebaskan bekas kapten, Milorad Trbic, 51, itu dari tuduhan melakukan penghapusan etnik ekoran kekurangan bukti, kata ketua juri Davorin Jukic.
Trbic didapati bersalah terlibat melakukan penindasan terhadap penduduk Islam Bosnia di wilayah Srebrenica, melaksanakan hukuman mati dan pengkebumian beramai-ramai.

Lebih 8,000 penduduk Islam Bosnia yang terdiri daripada lelaki dan kanak-kanak terbunuh dalam pembunuhan beramai-ramai Srebrenica selepas tentera Serbia menawan wilayah itu pada Julai 1995.

Padan muka orang yang melakukan kezaliman ini, itupun belum setimpal lagi dengan kekejaman yang dia lakukan itu, sepatutnya dihukum gantung sampai mati.

Popular Posts