Ini yang dikatakan dunia akhir zaman. Seperti yang kita lihat pada zaman sekarang perempuan tidak lagi menitikberatkan aurat.
Aurat wanita adalah dari hujung rambut sehingga hujung kaki kecuali
telapak tangan dan muka, manakala aurat bagi lelaki pula dari pusat
sehingga lutut.
Wanita hendaklah menutup kepala dan belahan dada mereka dengan sempurna
seperti firman Allah: “Katakan kepada wanita yang beriman: Hendaklah
mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya dan janganlah
mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa) nampak
daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup kain tudung ke dadanya...”
(Surah an-Nuur, ayat 31)
Ramai wanita zaman sekarang yang berpakaian, tetapi
bertelanjang. Maksudnya, mereka berpakaian, tetapi pakaian itu ketat dan
nipis seperti tidak berpakaian kerana terserlah susuk tubuh dan warna
kulit kepada bukan muhrim.
Islam tidak mengharamkan fesyen seperti selendang asalkan ia labuh
menutupi dada dan tidak nipis sehingga menampakkan bayangan rambut
serta telinga.
Tak tutup kaki
Bertudung bulat ataupun sebaliknya, tidak penting asalkan menutup aurat mengikut syariat Islam.
Kebanyakan wanita memakai tudung yang singkat dan jarang sehingga
menampakkan rambut dan telinga. Mereka menganggap pemakaian tudung hanya
trend tanpa memikir dosa membuka aurat.
Ramai wanita menganggap kaki bukan aurat kerana menutup
anggota lain dengan sempurna, tetapi tidak memakai sarung kaki atau
stokin.
Fesyen terbaharu sekarang adalah pemakaian sanggul tinggi. Mereka
walaupun kelihatan memakai tudung, tetapi sebenarnya memberi helah
bagi membuktikan rambut panjang dan hendak menarik pandangan lelaki.
Mereka bukan ikhlas bertudung bagi memenuhi suruhan Allah dan ibadat, tetapi sebaliknya.
Seperti hadis Nabi SAW yang bermaksud: “Dua golongan dari ahli
neraka yang aku belum melihat kedua-duanya iaitu; kaum yang membawa
cambuk seperti ekor lembu untuk memukul manusia dengannya dan wanita
berpakaian, tetapi bertelanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat
dan mencenderungkan orang lain kepadanya. Kepala mereka umpama bonggol
unta yang senget. Mereka ini tidak akan dapat memasuki syurga dan tidak
akan mencium baunya iaitu bau syurga dapat dicium dari jarak perjalanan
sekian-sekian jauh.” (Syarh Shahih Muslim)
Sanggul bonggol unta
Hadis ini dikemukakan Imam an-Nawawi dalam kitab Sahih Muslim. beliau menyebut:
“Makna bonggol unta itu ialah wanita yang membesarkan kepala dengan
tudung. Mereka meletakkan apa saja bagi membesarkan kepala sehingga
seolah-olah kelihatan kepala mereka bagaikan bonggol di atas unta.”
Namun, jika rambut memang panjang lalu diikat sehingga kelihatan sanggul, maka ia dimaafkan syarak.
Diharamkan sekiranya meletakkan sesuatu selain daripada rambut sehingga kelihatan seperti sanggul buatan.
Tambahnya lagi, perkara ini adalah bukti mukjizat kenabian, perkara ini telah terbukti pada zaman ini.”
Namun, sekiranya rambutnya memang panjang lalu dia mengikat
rambutnya sehingga kelihatan sanggul, maka dalam hal ini adalah
dimaafkan oleh syarak. Diharamkan sekiranya meletakkan sesuatu selain
daripada rambut sehingga kelihatan seperti sanggul buatan.