Alhamdulillah, pada 22 Jun 2014 menjadi titik sejarah dalam hidup dan statusku. Bukan mudah utk memperoleh Anugerah yg tak ternilai ini, banyak cabaran dan dugaan yg dilalui sepanjang menulis tesis ini.
Kesempatan ini sy ingin menyatakan penghargaan...
Alhamdulillah
setinggi-setinggi ucapan kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah S.W.T. kerana
dengan izin dan limpah kurniaan-Nya tesis ini dapat disempurnakan tepat pada
waktunya. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W. serta
para sahabat yang membawa kita dari alam kejahilan ke alam pendidikan ini.
Saya
mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak
terhingga kepada kedua-dua penyelia saya iaitu Ybhg. Prof. Madya Dr. Hj. Mohd
Izam bin Ghazali selaku penyelia 1 dan kepada Ybhg. Dr. Mohd Zailani bin Mohd
Yusoff selaku penyelia 2 yang sentiasa bersedia memberikan sokongan, dorongan,
bimbingan, tunjuk ajar yang berguna kepada saya dalam menuntut ilmu kedoktoran
ini. Mereka juga selalu memberikan kerjasama dan bantuan yang padu, komitmen
yang tinggi ketika diperlukan, prihatin, peka dan teliti dalam melaksanakan
tanggungjawab sebagai penyelia. Tanpa kerjasama dan komitmen yang jitu daripada
mereka nescaya tesis ini tidak akan dapat disiapkan dengan sebaik-baiknya.
Kepada
penilai-penilai tesis ini diucapkan jutaan terima kasih kerana sudi membaca dan
menilai penulisan ini, sudilah kiranya tuan menegur dan memberi tunjuk ajar
demi kebaikan kita bersama. Segala yang baik itu datang daripada Allah
sementara yang buruk itu datang dari insan yang lemah ini. Mohon maaf atas
segala kekurangan sepanjang penulisan tesis ini. Teguran membina dan nasihat
yang berguna amat diperlukan untuk penambahbaikan pada masa akan datang.
Saya
juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh
pihak pentadbir sekolah, guru-guru Pendidikan Islam dan pelajar Muslim
tingkatan 4 di sekolah menengah seluruh daerah negeri Kelantan yang telah
terlibat dalam menjawab soal selidik dan proses pungutan data. Begitu juga
dengan pihak
EPRD dan
JPN Kelantan yang telah memberikan surat keizinan untuk menjalankan kajian ini.
Tidak
lupa juga saya ingin mengalungkan ucapan jutaan terima kasih kepada kedua arwah
ibu bapa saya yang telah melahirkan dan mendidik saya sejak kecil lagi.
Al-FATIHAH untuk mereka. Amin
Akhir
sekali, jutaan terima kasih yang tidak terhingga saya tujukan khas buat isteri
tercinta, Tuan Majdiah Tuan Ismail yang sentiasa setia berada di sisi ketika
susah dan senang. Untuk anak-anak tercinta, Akhtar Zaiti, Anis Zulaikha dan
Akhyar Zaim mereka adalah penyejuk hati di kala tertekan dan pembakar semangat
dalam perjuangan menuntut ilmu kedoktoran ini. Begitu juga dengan adik-beradik,
sahabat handai serta rakan sejawat yang telah banyak memberikan kata-kata
semangat dan dorongan serta berkongsi idea ketika memerlukan. Terima kasih semua.