"Barang siapa memudahkan urusan (mukmin) yang sulit nescaya Allah akan memudahkan urusannya di dunia & akhirat" -Hadith Riwayat Imam Muslim-

Thursday 19 May 2011

KURSUS APLIKASI JOOMLA 2011

17- 19 Mei 2011, Kursus Aplikasi Joomla Peringkat Zon Timur telah diadakan di TelTTrAC, IPG Kampus Dato Razali Ismail, Kuala Terengganu, peserta kursus diwakili oleh pensyarah setiap IPG Zon Timur yang melibatkan seramai 25 orang peserta kursus. Kursus ini telah disampaikan oleh 2 orang penceramah jemputan iaitu En Robaei Wan Mahmud dan En Mohd Yuseri Yaakob dari JPN Kelantan. Antara objektif kursus ini ialah untuk memberi kemahiran kepada pensyarah mengaplikasikan perisian joomla, menghasilkan laman web yang interaktif dan memantapkan kemahiran perisian Joomla di IPG masing-masing. Banyak ilmu telah dikongsikan bersama penceramah dan peserta sepanjang kursus tersebut. Pada 19 Mei 2011, tepat jam 11.30 pg, acara perasmian penutupan kursus telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Tuan Pengarah IPG Kampus Kota Bharu, Hj Hashim Deraman.



Saturday 14 May 2011

Setiap tahun para warga pendidik akan menyambut Sambutan Hari Guru pada 16 Mei. Pada tahun ini Hari Guru disambut dengan tema "Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara".

Jika dilihat pada tema ini secara halus, maka nampak dengan jelas bahawa tugas kita sebagai guru semakin mencabar. Hal ini kerana sebagai penjana transformasi (perubahan) pendidikan negara, para pendidik perlu memikul semua perancangan pendidikan yang telah dirancang oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Dalam erti kata lain, apa sahaja perancangan yang telah dirancang oleh KPM sebagai pembuat dasar perlu dilaksanakan dengan sebegitu sempurna agar apa yang tersirat dalam tema Hari Guru pada tahun ini dapat dicapai.

Perlaksanaan KSPK, KSSR, SPPK dan MBMMBI perlulah mengikut acuan yang telah ditetapkan oleh kerajaan agar transformasi pendidikan yang diingin dapat dicapai. Begitu juga dengan penggunaan IT (teknologi maklumat) dan ICT (teknologi maklumat dan komunikasi), para pendidik perlulah menguasainya agar matlamat untuk mentransformasikan pendidikan negara tercapai.

Dalam hal ini, jati diri para pendidik haruslah tinggi agar dapat mengikut rentak yang dirancang oleh KPM dalam bidang pendidikan.

Apapun Selamat Hari Guru untuk semua insan yang bergelar "Guru" seluruh negara atau yang berada di pelosok seluruh dunia. Syabas untuk anda semua kerana berjaya mendidik saya sehingga saya juga berjaya menjadi seorang guru yang diidam-idamkan.

JASA GURU TIDAK DAPAT DIBALAS DENGAN WANG RINGGIT DAN HADIAH, AKAN TETAPI JASA GURU PERLU DIBALAS DENGAN PERUBAHAN TINGKAHLAKU BAIK YANG DITUNJUKKAN OLEH MURIDNYA. ITULAH KEPUASAN MENJADI SEORANG GURU.

Wednesday 11 May 2011

SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN ZON TIMUR 2011

10 Mei 2011, 8.30-10mlm Forum Penyelidikan Pendidikan, 11 Mei 2011 : 8.30-10.00pg Ucap Utama 1 di bentangkan oleh YBhg Prof Dr Noraini Idris Timb. Naib Cancelor UPSI. 10.30-11.30pg Majlis Pearsmian oleh YBhg Dr Khir Mohd Yusof Tim Ketua Pengarah Pelajaran, KPM. 2.00-3.00ptg Ucap Utama 2 oleh YBhg Prof Dr Lilia Halim Dekan Fakulti Pendidikan UKM.. 3.00-5.00ptg Pembentangan Selari diadakan didewan kuliah masing2








Monday 9 May 2011

MESYUARAT KSPK

Mesyuarat Pendedahan Kurikulum Pra Sekolah Kebangsaan di Telttrac Batu Rakit Kuala Terengganu pada 26 hingga 28 April 2011.












LEE CHONG WEI MENANG LAGI

PEMAIN No. 1 Dunia, Datuk Lee Chong Wei merangkul kejuaraan kelima tahun ini selepas menang 21-9, 21-19 ke atas pemain China, Bao Chunlai pada final Kejohanan Badminton Grand Prix Emas Terbuka Malaysia semalam.

Pada aksi di Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar itu, pasangan beregu utama negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Leong turut menamatkan kemarau 16 bulan apabila merangkul kejuaraan sulung.

Namun, beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying yang memburu kejuaraan sulung tahun ini sekadar berpuas hati selaku naib juara pada kejohanan yang menawarkan hadiah RM360,000 itu.

Chong Wei yang juga juara Seluruh England itu mengambil masa 42 minit untuk menewaskan Chunlai yang juga pemain pilihan ketujuh.

Sejak awal tahun ini, pemain kelahiran Pulau Pinang itu mengungguli empat kejuaraan daripada semua lima kejohanan yang disertai iaitu Siri Super Masters Akhir, Terbuka Malaysia, Seluruh England dan Terbuka India serta muncul naib juara Terbuka Korea.

Chong Wei yang ditemui memberitahu, ketika ketinggalan mata pada set kedua dia bermain berhati-hati bagi mengurangkan kesilapan dan akhirnya berjaya mencapai mata kemenangan.

Katanya, menerusi kejayaan ini dia berharap dapat mengekalkan konsentrasi dan fokus pada perlawanan dalam perjalanan menuju ke Olimpik London 2012.

“Saingan saya ketika ini ialah Lin Dan, namun saya tidak boleh memandang mudah pemain lain yang semakin meningkat naik,” katanya.

Berkenan berangkat Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Sultanah Kedah, Tuanku Haminah Hamidun.

Sementara itu, kali terakhir Kien Keat-Boon Leong merangkul kejuaraan ialah di Terbuka Malaysia pada Januari 2010.

Pasangan itu mengenepikan cabaran Alvent Yulianto Chandra-Hendra Aprida Gunawan yang merupakan pilihan keempat kejohanan dari Indonesia 21-16, 21-7.

Dalam pada itu, Peng Soon-Liu Ying yang diharapkan untuk mengulangi dua kejutan sebelum ini terpaksa akur dengan kehebatan pasangan dari Indonesia yang juga merupakan pilihan keempat perlawanan, Tantowi Ahmad-Liliyana Natsir 21-18, 15-21, 21-19 dalam tempoh 57 minit perlawanan.

Pada pertemuan separuh akhir kelmarin Peng Soon-Liu Ying yang merupakan juara Asia 2010 menundukkan Fran Kurniawan-Pia Zebadiah Bernadeth dari Indonesia yang merupakan pilihan ketiga kejohanan 21-14, 21-10.

Peng Soon-Liu Ying yang ditemui mengakui melakukan beberapa kesilapan dalam permainan sehingga menimbulkan rasa gugup yang memudahkan lawan untuk mengawal permainan.

Popular Posts