"Barang siapa memudahkan urusan (mukmin) yang sulit nescaya Allah akan memudahkan urusannya di dunia & akhirat" -Hadith Riwayat Imam Muslim-

Saturday, 14 May 2011

Setiap tahun para warga pendidik akan menyambut Sambutan Hari Guru pada 16 Mei. Pada tahun ini Hari Guru disambut dengan tema "Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara".

Jika dilihat pada tema ini secara halus, maka nampak dengan jelas bahawa tugas kita sebagai guru semakin mencabar. Hal ini kerana sebagai penjana transformasi (perubahan) pendidikan negara, para pendidik perlu memikul semua perancangan pendidikan yang telah dirancang oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Dalam erti kata lain, apa sahaja perancangan yang telah dirancang oleh KPM sebagai pembuat dasar perlu dilaksanakan dengan sebegitu sempurna agar apa yang tersirat dalam tema Hari Guru pada tahun ini dapat dicapai.

Perlaksanaan KSPK, KSSR, SPPK dan MBMMBI perlulah mengikut acuan yang telah ditetapkan oleh kerajaan agar transformasi pendidikan yang diingin dapat dicapai. Begitu juga dengan penggunaan IT (teknologi maklumat) dan ICT (teknologi maklumat dan komunikasi), para pendidik perlulah menguasainya agar matlamat untuk mentransformasikan pendidikan negara tercapai.

Dalam hal ini, jati diri para pendidik haruslah tinggi agar dapat mengikut rentak yang dirancang oleh KPM dalam bidang pendidikan.

Apapun Selamat Hari Guru untuk semua insan yang bergelar "Guru" seluruh negara atau yang berada di pelosok seluruh dunia. Syabas untuk anda semua kerana berjaya mendidik saya sehingga saya juga berjaya menjadi seorang guru yang diidam-idamkan.

JASA GURU TIDAK DAPAT DIBALAS DENGAN WANG RINGGIT DAN HADIAH, AKAN TETAPI JASA GURU PERLU DIBALAS DENGAN PERUBAHAN TINGKAHLAKU BAIK YANG DITUNJUKKAN OLEH MURIDNYA. ITULAH KEPUASAN MENJADI SEORANG GURU.

Popular Posts

There was an error in this gadget