"Barang siapa memudahkan urusan (mukmin) yang sulit nescaya Allah akan memudahkan urusannya di dunia & akhirat" -Hadith Riwayat Imam Muslim-

Saturday 28 March 2009

UJIAN M-TEST

28 Mac 2009, saya ditugaskan sebagai Penolong Ketua Penyelia Ujian MTest di SMKA Melor. Tuan Hj. Rosli sebagai ketua Penyelia. Pada Jam 7pg saya bertolak ke Bilik Kebal IPKB untuk mengambil kertas soalan dan tiba di SMKA Melor pada jam 7.50 pg, taklimat ringkas telah diadakan oleh Hj. Rosli. Saya bersama beberapa orang pensyarah Zamri, Mohd Din, Kasnimi, Hanisah, Abdullah dan 8 orang guru di sekolah tersebut menyelia calon Mtest. Seramai 360 calon menduduki ujian di sini, akan tetapi hanya 330 sahaja yang hadir dan 2 orang calon menumpang. Pada jam 12-00tgh ujian tamat.

Popular Posts