"Barang siapa memudahkan urusan (mukmin) yang sulit nescaya Allah akan memudahkan urusannya di dunia & akhirat" -Hadith Riwayat Imam Muslim-

Sunday 9 November 2014

RUGI kah Jika Kita Merendah diri?

Merendahkan diri adalah suatu amalan yg mulia & disukai oleh manusia walaupun anda berada di puncak.. suatu peringatan utk diri & kita semua guys!!!

Friday 7 November 2014

Polis kenalpasti Pelajar Samseng Singlet Hitam

KUALA LUMPUR: Polis sudah mengenal pasti remaja yang memakai singlet hitam yang menjadi perbualan hangat di facebook baru-baru ini.

Penolong Ketua Urus Setia KPN(Komunikasi Koperat) ibu pejabat polis Bukit Aman Datin Asmawati Ahmad,Berkata kejadian tersebut adalah kejadian lama yang barlaku di Pontian,Johor pada tahun 2010.

"Hasil semakan pihak sekolah pelajar tersebut telah lama di buang sekolah iaitu pada ogos 2011 kerana masalah disiplin.

"Beberapa suspek lain dan mangsa sudah dikenal pasti,Bagaimanapun pihak polis belum menerima sebarang laporan daripada mangsa ataupun keluarga dan pihaknya juga tidak menerima sebarang laporan daripada mana-mana pihak tentang kejadian ini.

Pihak sekolah tersebut hanya baru mengetahui selepas video tersebut tersebar luas di laman sosial dan menjadi perbincangan hangat seluruh negara.

Baru-baru ini pengguna laman sosial begitu terkejut dan marah dengan kejadian ini dan berharap pihak polis dapat menyelesaikan kes ini dengan membawa pembuli-pembuli ke muka pengadilan.-Siakapkeli.com.my

REMAJA DIBOGELKAN: antara hukuman @ hinaan?

Mesti ramai yang dah terima berita yang tersebar meluas melalui Whatsapp dan media sosial yang lain berkaitan dengan kes seorang remaja lelaki tingkatan 3 dibogelkan di kawasan masjid kerana cubaan mencuri sebuah motosikal di Masjid Mukim Pauh Lima, Bachok baru baru ini termasuk juga saya.

Ini cerita sebenar di ambil dari blog member http://kisahsekitarkita.blogspot.com/
Jadi saya nak cerita pengalaman saya sendiri yang ada ketika kejadian. Saya dan 3 orang lagi ahli keluarga saya dalam perjalanan ke Kubang Kerian dari Gunong,Bachok melalui kawasan Pauh Lima. Kejadian berlaku pada hari Selasa 4 November 2014 di mana ketika dalam perjalanan kami melihat ramai orang di kawasan seberang jalan berhadapan dengan masjid. Kami menyangkakan yang mungkin ada kemalangan yang berlaku.
Semasa melalui kawasan tersebut, kami lihat ramai orang tetapi tiada sebarang kenderaan yang terlibat dalam kemalangan. Masa tu memang dah rasa yang kekecohan yang berlaku kat situ bukan disebabkan oleh kemalangan. kebetulan ada seorang budak lelaki kat kawasan tu jadi kami tanya la budak tu kenapa ramai ramai ni ada apa? budak tu bagitau yang ada orang kena tangkap sebab cubaan nak curi motor.
Kami terus cari parking dan keluar nak tengok apa yang berlaku. Masa tu keadaan masih terkawal sebab tak ramai sangat orang lagi. saya cuba jenguk disebalik orang ramai. Nampak seorang budak lelaki memang tengok tubuh dah tahu yang masih umur belas belas. masa tu memang dah telanjang bulat dah. tangan dah terikat kena soal siasat. tak tahu la apa motif penduduk kawasan tu bogelkan budak tu. dalam masa 5 minit je makin ramai orang yang singgah tengok.
Penduduk kat situ cakap yang kejadian curi motor memang dah banyak kali berlaku kat kawasan masjid tu. memang orang kampung dah lama buat pemerhatian dan pasang jerat, Memang nasib budak tu tak baik malam tu, kantoi dan kena tangkap. Masa kejadian, budak tu datang dengan sorang lagi kawan dia tapi sempat lari tinggal la dia seorang diri tak sempat lari. Memang orang kampung tu dah lama bengkak hati dengan budak budak curi motor ni. Tapi memang tak patut la bogelkan budak tu.
Masa mula mula kena bogelkan tu , dekat kawasan yang gelap jadi tak berapa jelas sangat. masa kami dah nak blah dari situ, ada dengar orang cakap meh kita bawak dia pergi tempat terang sikit biar jelas nampak muka. mungkin lepas tu la budak tu dibawa ke kawasan masjid dan di ambil gambar bogelnya.

APA Punca Sebenar Kematian Adik Rafikin?

Berdasarkan laporan bedah siasat  ataupun post mortem ke atas pelajar bernama Ahmad Rafikin, dia meninggal dunia berpunca daripada lemas.
“Hasil bedah siasat menunjukkan mangsa lemas namun tidak terdapat kesan kecederaan serius pada anggota badan mangsa. Saya juga telah minta Pengarah Jabatan Perhutanan memberi penjelasan kerana kuasa membenarkan kawasan itu diadakan acara tersebut terletak di tangan mereka.
“Saya difahamkan trek itu tidak pernah digunakan sebelum ini.
Jadi bagaimana boleh diberikan kebenaran dan mengapa tahap keselamatan tidak dipertingkatkan oleh penganjur,” kata Timbalan Ketua Polis Hulu Terengganu, Rosli Mohd Amir. 

Thursday 6 November 2014

Gaji permulaan tinggi untuk penjawat awam PHD dan Sarjana

Kerajaan akan menetapkan gaji permulaan yang lebih tinggi sebagai insentif untuk penjawat awam yang mempunyai kelayakan akademik Doktor Falsafah (PhD) dan Sarjana meliputi 33 skim perkhidmatan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata 33 skim perkhidmatan gaji tersebut termasuk pensyarah universiti, pegawai teknologi maklumat, pegawai penyelidikan, akauntan, pegawai kanan polis serta pegawai tadbir dan diplomatik.

Bagi pegawai yang sedang berkhidmat dan masih berada di gred lantikan, dan kemudiannya memperoleh kelulusan akademik tersebut, beliau berkata kerajaan akan turut menawarkan insentif hadiah kenaikan gaji (HKG).

"Ini adalah khusus bagi skim-skim perkhidmatan seperti pegawai perubatan, pegawai pergigian dan pegawai perkhidmatan pendidikan lepasan diploma," katanya.

kepada soalan Senator Baharudin Abu Bakar pada persidangan Dewan Negara di sini hari ini.

Teks jawapan Najib dibaca oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim berhubung soalan mengenai langkah pemberian insentif khas kerajaan kepada penjawat awam yang mempunyai kelulusan akademik di peringkat PhD dalam bidang-bidang kritikal kepada pembangunan negara.

Selain itu, Najib berkata Lembaga Kenaikan Pangkat akan menimbang pegawai yang layak bagi urusan kenaikan pangkat berdasarkan sistem merit.

"Pegawai yang mempunyai PhD mendapat kelebihan dalam proses pertimbangan ke sesuatu jawatan kenaikan pangkat.

"Sebagai contoh, bagi pegawai perkhidmatan pendidikan siswazah di Kementerian Pendidikan Malaysia, pegawai dinaikkan pangkat melalui Laluan Cemerlang yang mengambil kira kelayakan akademik termasuk PhD dan pengalaman yang dimiliki," katanya.

Najib berkata wajaran yang akan pegawai penilai berikan ialah 15 peratus daripada keseluruhan kriteria kecemerlangan.

Saturday 1 November 2014

I WANT TO HUG MY CAT

 Diriwayatkan Ali bin Al-Hasan & Anas yg menceritakan bahawa Nabi Saw pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu, beliau berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhu untukku ke dlm bejana.” Lalu, Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana. Namun, seekor kucing dtng dan menjilati bejana. Melihat itu, Nabi berhenti sampai kucing tsb berhenti minum lalu berwudhu. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tdk dikotori sesuatu, malah tdk ada najis.”


Kenapa Rasulullah Saw mengatakan kucing suci tidak najis?


Pada kulit kucing terdapat otot yang berfungsi utk menolak sel bakteria. Otot kucing dpt menyesuaikan dgn sentuhan otot manusia. Pada permukaan lidah kucing ditutupi oleh berbagai benjolan kecil yg runcing, benjolan ini bengkok mengucup seperti kikir atau gergaji. Bentuk ini sgt berguna utk membersihkan kulit. Ketika kucing minum, tdk ada setitis pun cairan yg jatuh dari lidahnya. Sdgkan lidah kucing sendiri merupakan alat pembersih yg paling canggih, permukaannya yg kasar boleh membuang bulu2 mati dan membersihkan bulu2 yg tersisa di badannya.

Telah dilakukan berbagai penyelidikan thd kucing & berbagai perbezaan usia, perbezaan posisi kulit, punggung, bahagian dlm telapak kaki, pelindung mulut & ekor. Pada bahagian2 tsb dilakukan pengambilan sampel dgn usapan. Di samping itu, dilakukan juga penanaman kuman pd bahgian2 khusus.

   

Hasil Dapatan Kajian pd Kucing

1. Hasil yg diambil dari kulit luar menunjukkan negatif berkuman, meskipun dilakukan berulang kali.

2. Perbandingan yg ditanamkan kuman memberikan hasil negatif sekitar 80% jika dilihat dari cairan yg diambil dari dinding mulut.

3. Cairan yg diambil dari permukaan lidah memberikan hasil negatif berkuman.

4. Hanya sekali kuman yg ditemui semasa proses penyelidikan, kuman itu termasuk kumpulan kuman yg dianggap sbg kuman biasa yg berkembang pd tubuh manusia dlm jumlah yg terbatas seperti, enterobacter, streptococcus & taphylococcus. Jumlahnya kurang dan 50 ribu pertumbuhan.

5. Tidak ditemui kumpulan kuman yg beragam.





Popular Posts