"Barang siapa memudahkan urusan (mukmin) yang sulit nescaya Allah akan memudahkan urusannya di dunia & akhirat" -Hadith Riwayat Imam Muslim-

Friday, 7 November 2014

REMAJA DIBOGELKAN: antara hukuman @ hinaan?

Mesti ramai yang dah terima berita yang tersebar meluas melalui Whatsapp dan media sosial yang lain berkaitan dengan kes seorang remaja lelaki tingkatan 3 dibogelkan di kawasan masjid kerana cubaan mencuri sebuah motosikal di Masjid Mukim Pauh Lima, Bachok baru baru ini termasuk juga saya.

Ini cerita sebenar di ambil dari blog member http://kisahsekitarkita.blogspot.com/
Jadi saya nak cerita pengalaman saya sendiri yang ada ketika kejadian. Saya dan 3 orang lagi ahli keluarga saya dalam perjalanan ke Kubang Kerian dari Gunong,Bachok melalui kawasan Pauh Lima. Kejadian berlaku pada hari Selasa 4 November 2014 di mana ketika dalam perjalanan kami melihat ramai orang di kawasan seberang jalan berhadapan dengan masjid. Kami menyangkakan yang mungkin ada kemalangan yang berlaku.
Semasa melalui kawasan tersebut, kami lihat ramai orang tetapi tiada sebarang kenderaan yang terlibat dalam kemalangan. Masa tu memang dah rasa yang kekecohan yang berlaku kat situ bukan disebabkan oleh kemalangan. kebetulan ada seorang budak lelaki kat kawasan tu jadi kami tanya la budak tu kenapa ramai ramai ni ada apa? budak tu bagitau yang ada orang kena tangkap sebab cubaan nak curi motor.
Kami terus cari parking dan keluar nak tengok apa yang berlaku. Masa tu keadaan masih terkawal sebab tak ramai sangat orang lagi. saya cuba jenguk disebalik orang ramai. Nampak seorang budak lelaki memang tengok tubuh dah tahu yang masih umur belas belas. masa tu memang dah telanjang bulat dah. tangan dah terikat kena soal siasat. tak tahu la apa motif penduduk kawasan tu bogelkan budak tu. dalam masa 5 minit je makin ramai orang yang singgah tengok.
Penduduk kat situ cakap yang kejadian curi motor memang dah banyak kali berlaku kat kawasan masjid tu. memang orang kampung dah lama buat pemerhatian dan pasang jerat, Memang nasib budak tu tak baik malam tu, kantoi dan kena tangkap. Masa kejadian, budak tu datang dengan sorang lagi kawan dia tapi sempat lari tinggal la dia seorang diri tak sempat lari. Memang orang kampung tu dah lama bengkak hati dengan budak budak curi motor ni. Tapi memang tak patut la bogelkan budak tu.
Masa mula mula kena bogelkan tu , dekat kawasan yang gelap jadi tak berapa jelas sangat. masa kami dah nak blah dari situ, ada dengar orang cakap meh kita bawak dia pergi tempat terang sikit biar jelas nampak muka. mungkin lepas tu la budak tu dibawa ke kawasan masjid dan di ambil gambar bogelnya.

Popular Posts