"Barang siapa memudahkan urusan (mukmin) yang sulit nescaya Allah akan memudahkan urusannya di dunia & akhirat" -Hadith Riwayat Imam Muslim-

Tuesday 24 November 2015

Jom Booking Cyberhotel ini Sempena Cuti Sekolah

Cyberhotel.com KB Kelantan Guest Room will provide:  
~ Double & Single bedroom  (For 3 persons @ 1 family)
~ Air Conditioned
~ Space Mini Kitchen
~ LCD TV
~ Wifi internet
~ Kettle water heater
~ Refrigerator
~ 1 set of chairs
~ Bathroom and living room which is spacious and comfortable
~ City Centre Kota Bharu
~ Near Giant Parkson Shooping Centre KB, Pasar Siti Khadijah, Bazar Buluh Kubu, Bazar Tok Guru, Muzium Kelantan, Jaafar Rawas, Laila Rawas, Pasaraya Chin Seng, Restoran Bonda, Nasi Dagang Ariona Nasi Kerabu, Nasi Berlauk ect.
~ Near Bus SKMK & Texi Station
~ Rate [RM160.00] only (Discount RM10.00)
Hotline: [0129556569, 0129556463, 097731132] Dr Azizi Jaafar

You must be comfortable and satisfied staying here.
Fast booking now for end of year 2015  while on holidays in KOTA BHARU KELANTAN MALAYSIA.
Anda Pasti berpuas hati dan berbaloi-baloi menginap di sini.










Saturday 8 August 2015

Saturday 21 March 2015

KUTerima Anugerah dari Allah

Alhamdulillah, pada 22 Jun 2014 menjadi titik sejarah dalam hidup dan statusku. Bukan mudah utk memperoleh Anugerah yg tak ternilai ini, banyak cabaran dan dugaan yg dilalui sepanjang menulis tesis ini. 
Kesempatan ini sy ingin menyatakan penghargaan...
Alhamdulillah setinggi-setinggi ucapan kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan izin dan limpah kurniaan-Nya tesis ini dapat disempurnakan tepat pada waktunya. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W. serta para sahabat yang membawa kita dari alam kejahilan ke alam pendidikan ini.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada kedua-dua penyelia saya iaitu Ybhg. Prof. Madya Dr. Hj. Mohd Izam bin Ghazali selaku penyelia 1 dan kepada Ybhg. Dr. Mohd Zailani bin Mohd Yusoff selaku penyelia 2 yang sentiasa bersedia memberikan sokongan, dorongan, bimbingan, tunjuk ajar yang berguna kepada saya dalam menuntut ilmu kedoktoran ini. Mereka juga selalu memberikan kerjasama dan bantuan yang padu, komitmen yang tinggi ketika diperlukan, prihatin, peka dan teliti dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai penyelia. Tanpa kerjasama dan komitmen yang jitu daripada mereka nescaya tesis ini tidak akan dapat disiapkan dengan sebaik-baiknya.

Kepada penilai-penilai tesis ini diucapkan jutaan terima kasih kerana sudi membaca dan menilai penulisan ini, sudilah kiranya tuan menegur dan memberi tunjuk ajar demi kebaikan kita bersama. Segala yang baik itu datang daripada Allah sementara yang buruk itu datang dari insan yang lemah ini. Mohon maaf atas segala kekurangan sepanjang penulisan tesis ini. Teguran membina dan nasihat yang berguna amat diperlukan untuk penambahbaikan pada masa akan datang.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh pihak pentadbir sekolah, guru-guru Pendidikan Islam dan pelajar Muslim tingkatan 4 di sekolah menengah seluruh daerah negeri Kelantan yang telah terlibat dalam menjawab soal selidik dan proses pungutan data. Begitu juga dengan pihak

EPRD dan JPN Kelantan yang telah memberikan surat keizinan untuk menjalankan kajian ini.

Tidak lupa juga saya ingin mengalungkan ucapan jutaan terima kasih kepada kedua arwah ibu bapa saya yang telah melahirkan dan mendidik saya sejak kecil lagi. Al-FATIHAH untuk mereka. Amin

Akhir sekali, jutaan terima kasih yang tidak terhingga saya tujukan khas buat isteri tercinta, Tuan Majdiah Tuan Ismail yang sentiasa setia berada di sisi ketika susah dan senang. Untuk anak-anak tercinta, Akhtar Zaiti, Anis Zulaikha dan Akhyar Zaim mereka adalah penyejuk hati di kala tertekan dan pembakar semangat dalam perjuangan menuntut ilmu kedoktoran ini. Begitu juga dengan adik-beradik, sahabat handai serta rakan sejawat yang telah banyak memberikan kata-kata semangat dan dorongan serta berkongsi idea ketika memerlukan. Terima kasih semua.


Saturday 7 March 2015

Kadang2 sahabat yg suka belanja kita makan, bukan kerana mereka berharta tapi sbb mereka meletakkan persahabatan melebihi duit.
...
Kadang2 sahabat yg rajin bekerja, bukan kerana mereka tunjuk pandai tapi sbb mereka memahami maksud tanggungjawab.
......
Kadang2 sahabat yg memohon maaf dulu selepas pergaduhan, bukan kerana mereka salah tapi sbb mereka menghargai org di sekeliling mereka.
.....
Kadang2 yg sukarela membantu kita, bukan kerana mereka berhutang apa2 tapi sebab mereka lihat kita sbg seorg sahabat.
.....
Kadang2 sahabat yg selalu SMS & WhatsAPP anda, bukan kerana mereka tak de benda lain nak buat tapi sebab mereka INGAT PADA ANDA.
......
Satu hari, kita semua akan terpisah, kita akan terkenangkan pelbagai perbualan & impian yg kita ada.
Hari berganti hari, bulan, tahun, hingga hubungan ini menjadi asing...
......
Satu hari anak2 kita akan jumpa gambar kita & bertanya,
"Siapa mereka semua tu?"
.....
Dan kita tersenyum dgn air mata yg tdk kelihatan kerana hati ini terusik dgn kata2 yg sayu, lalu berkata,
"DGN MEREKALAH SAYA ADA HARI YG PALING INDAH DLM HIDUP SAYA."





Wednesday 4 March 2015

Kunjung ke SK Pos Brooke Gua Musang


Pada 24 Feb 2015 saya telah berkunjung dan melawat Sekolah Rendah Pos Brooke Dareah Gua Musang iaitu sekolah orang asli di sini. Tujuan kami berkunjung adalah memantau dan memberi khidmat bantu dalam pengurusan Pusat Sumber sekolah. InsyaAllah kami akan membantu sekolah ini sehingga mencapai KPI yg sepatutnya. Gambar di bawah saya bersama murid2 orang asli SK Pos Brooke, Gua Musang. Mereka masih perlukan pendidikan arus perdana..









Popular Posts