"Barang siapa memudahkan urusan (mukmin) yang sulit nescaya Allah akan memudahkan urusannya di dunia & akhirat" -Hadith Riwayat Imam Muslim-

Saturday, 21 March 2015

KUTerima Anugerah dari Allah

Alhamdulillah, pada 22 Jun 2014 menjadi titik sejarah dalam hidup dan statusku. Bukan mudah utk memperoleh Anugerah yg tak ternilai ini, banyak cabaran dan dugaan yg dilalui sepanjang menulis tesis ini. 
Kesempatan ini sy ingin menyatakan penghargaan...
Alhamdulillah setinggi-setinggi ucapan kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan izin dan limpah kurniaan-Nya tesis ini dapat disempurnakan tepat pada waktunya. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W. serta para sahabat yang membawa kita dari alam kejahilan ke alam pendidikan ini.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada kedua-dua penyelia saya iaitu Ybhg. Prof. Madya Dr. Hj. Mohd Izam bin Ghazali selaku penyelia 1 dan kepada Ybhg. Dr. Mohd Zailani bin Mohd Yusoff selaku penyelia 2 yang sentiasa bersedia memberikan sokongan, dorongan, bimbingan, tunjuk ajar yang berguna kepada saya dalam menuntut ilmu kedoktoran ini. Mereka juga selalu memberikan kerjasama dan bantuan yang padu, komitmen yang tinggi ketika diperlukan, prihatin, peka dan teliti dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai penyelia. Tanpa kerjasama dan komitmen yang jitu daripada mereka nescaya tesis ini tidak akan dapat disiapkan dengan sebaik-baiknya.

Kepada penilai-penilai tesis ini diucapkan jutaan terima kasih kerana sudi membaca dan menilai penulisan ini, sudilah kiranya tuan menegur dan memberi tunjuk ajar demi kebaikan kita bersama. Segala yang baik itu datang daripada Allah sementara yang buruk itu datang dari insan yang lemah ini. Mohon maaf atas segala kekurangan sepanjang penulisan tesis ini. Teguran membina dan nasihat yang berguna amat diperlukan untuk penambahbaikan pada masa akan datang.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh pihak pentadbir sekolah, guru-guru Pendidikan Islam dan pelajar Muslim tingkatan 4 di sekolah menengah seluruh daerah negeri Kelantan yang telah terlibat dalam menjawab soal selidik dan proses pungutan data. Begitu juga dengan pihak

EPRD dan JPN Kelantan yang telah memberikan surat keizinan untuk menjalankan kajian ini.

Tidak lupa juga saya ingin mengalungkan ucapan jutaan terima kasih kepada kedua arwah ibu bapa saya yang telah melahirkan dan mendidik saya sejak kecil lagi. Al-FATIHAH untuk mereka. Amin

Akhir sekali, jutaan terima kasih yang tidak terhingga saya tujukan khas buat isteri tercinta, Tuan Majdiah Tuan Ismail yang sentiasa setia berada di sisi ketika susah dan senang. Untuk anak-anak tercinta, Akhtar Zaiti, Anis Zulaikha dan Akhyar Zaim mereka adalah penyejuk hati di kala tertekan dan pembakar semangat dalam perjuangan menuntut ilmu kedoktoran ini. Begitu juga dengan adik-beradik, sahabat handai serta rakan sejawat yang telah banyak memberikan kata-kata semangat dan dorongan serta berkongsi idea ketika memerlukan. Terima kasih semua.


Popular Posts

There was an error in this gadget