"Barang siapa memudahkan urusan (mukmin) yang sulit nescaya Allah akan memudahkan urusannya di dunia & akhirat" -Hadith Riwayat Imam Muslim-

Saturday 28 February 2009

MINGGU YG MEMENATKAN

Minggu ini 22hb feb hingga 28hb feb 2009 adalah minggu yang memenatkan bagiku kerana penuh dengan aktiviti. Hari ahad hingga khamis bertugas macam biasa mengajar di IPGM Kota Bharu dan hari sabtu mengajar OUM. Inilah menyebabkan aku tidak sempat balik ke kampungku di Machang untuk menjenguk keluargaku (nenek dan bapa saudaraku yg tinggal). Nak buat macam mana tugas dan tanggungjawab perlu dilaksanakan sebaik mungkin. InsyaAllah aku akan berusaha memenuhi semua kehendak naluri sebaik mungkin. Aku cuba menyusun dan atur segala aktiviti dengan baik supaya aku dapat memuaskan hati semua orang di atas muka bumi ini. Ok

Thursday 26 February 2009

Pendidikan Global: Pembestarian sekolah

MDeC laksana modul pembelajaran Sekolah Bestari berasaskan ICT di beberapa negara Asean DUNIA tanpa sempadan sering dikaitkan dengan pelbagai aktiviti berkaitan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan ia kini menjadi sesuatu yang mesti ada dan diterapkan dalam kehidupan seharian terutama menerusi sistem pendidikan. Penggunaan ICT secara meluas sejak awal pendidikan pastinya dapat memperkasakan sektor berkenaan sama ada di peringkat domestik mahupun antarabangsa.
Program pembestarian sekolah yang dilaksanakan Kementerian Pelajaran dan Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi bersama Multimedia Development Corporation (MDeC) adalah antara usaha proaktif kerajaan dalam meningkatkan kesedaran pentingnya penggunaan ICT di sekolah. Pengurus Kanan Sekolah Bestari MDeC, Dr Norrizan Razali, berkata pengiktirafan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang berlangsung di New York Oktober tahun lalu, mencerminkan kesungguhan kerajaan memajukan sektor pendidikan menerusi penggunaan ICT. Modul yang diperkenalkan di 88 Sekolah Bestari dan 2,000 sekolah seluruh negara itu, katanya, turut diguna pakai di beberapa sekolah sekitar Asean, antaranya Kemboja, Vietnam , Myanmar dan Laos. Pelaksanaan itu sebagai inisiatif kerajaan dalam membantu rakan serantau

Popular Posts