"Barang siapa memudahkan urusan (mukmin) yang sulit nescaya Allah akan memudahkan urusannya di dunia & akhirat" -Hadith Riwayat Imam Muslim-

Monday 12 December 2011

Kanak-kanak Cina pun tak takut khatan



















SHAH ALAM: Seorang kanak-kanak berbangsa Cina langsung tidak menampakkan rasa gerun,
sebaliknya masih mampu menunjukkan isyarat bagus selepas selesai dikhatankan doktor.

Ng Jun Hau, 7, yang juga anak kepada Setiausaha Eksekutif Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) Pauline Wong, antara 39 kanak-kanak yang berkhatan beramai-ramai di Wisma Rozali, di sini, semalam.

Mereka adalah anak kepada ahli Persatuan Kakitangan Bekalan Air Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (Peka).

Jun Hau tidak menunjukkan rasa sakit dan turut menunjukkan tanda bagus kepada jurukamera yang mengambil gambarnya selepas selesai dikhatankan oleh Dr Shahrizal Azwan Samsudin.

Bapanya, Ng Wai Hoong berkata, beliau mengkhatankan anaknya kerana mengetahui kebaikan
berkhatan daripada segi kebersihan dan kesihatan diri seseorang.

“Saya mula memujuk anak saya untuk berkhatan Khamis lalu. Mula-mula dia takut tetapi lama-lama dia teruja untuk datang,” katanya.

Bagi Muhammad Nur Alid Mohd Sabri, 5, kanak-kanak termuda yang dikhatankan, dia juga berasa seronok dan langsung tidak berasa sakit.

“Mak janji nak beri hadiah duit selepas saya dikhatankan,” katanya yang ditemani ibu, Rosliza
Hasan Rahmat, 37.

Majlis itu dirasmikan oleh Puan Sri Faridah Idris, isteri kepada Pengerusi Eksekutif Puncak Niaga Sdn Bhd, Tan Sri Rozali Ismail. — Bernama

Sumber: mymetro

Tangga Gaji Baru 2012


Pekeliling SBPA telah dikeluarkan secara rasmi di laman khas JPA bagi Saraan Baru perkhdimatan Awam (Skim SBPA ini). Walaubagaimanapun, lampiran C yang melibatkan tangga gaji baru 2012 SBPA masih belum ada lagi. Dasar Pemisah (Exit Policy) ; 67. Bagi memastikan kecemerlangan penyampaian Perkhidmatan Awam, Kerajaan memperkukuhkan dasar pemisah dengan mengambil tindakan tegas untuk mengeluarkan pegawai berprestasi rendah dan bermasalah.

Dasar ini juga menyediakan laluan keluar bagi pegawai berprestasi yang tiada peluang kemajuan kerjaya serta pegawai yang menghadapi masalah kesihatan yang menjejaskan keupayaannya untuk menjalankan tugas.

Pekeliling SBPA telah dikeluarkan secara rasmi di laman khas JPA bagi Saraan Baru perkhdimatan Awam (Skim SBPA ini). Walaubagaimanapun, lampiran C yang melibatkan tangga gaji baru 2012 SBPA masih belum ada lagi. Dasar Pemisah (Exit Policy) ; 67. Bagi memastikan kecemerlangan penyampaian Perkhidmatan Awam, Kerajaan memperkukuhkan dasar pemisah dengan mengambil tindakan tegas untuk mengeluarkan pegawai berprestasi rendah dan bermasalah.

Dasar ini juga menyediakan laluan keluar bagi pegawai berprestasi yang tiada peluang kemajuan kerjaya serta pegawai yang menghadapi masalah kesihatan yang menjejaskan keupayaannya untuk menjalankan tugas.

Jadual Gaji Khas Untuk Penyandang

41. Mulai pelaksanaan SBPA, tiada lagi Jadual Gaji KUP diwujudkan untuk kes-kes kenaikan pangkat, pertukaran pelantikan, pertukaran sementara, peminjaman, pertukaran tetap dan Peningkatan Secara Lantikan (PSL). Bagi kes-kes tersebut, penetapan/ tawaran gaji adalah tertakluk kepada gaji maksimum JGS di gred yang ditawarkan.
42. Bagi tujuan tawaran opsyen SBPA kepada pegawai yang berada di jadual gaji SSM secara KUP, pemindahan gaji hendaklah dilaksanakan seperti mana pegawai yang berada di matagaji maksimum di bawah SSM mengikut prinsip-prinsip seperti di perenggan 34 dan 38.1.
43. Ketua Jabatan hendaklah memohon Jadual Pemindahan Gaji daripada JPA (Bahagian Saraan) bagi keadaan berikut:
43.1 pegawai yang gajinya tidak diperuntukkan dalam Jadual Pemindahan Gaji di Lampiran C4 hingga Lampiran C8.
43.2 pegawai yang berada dalam keadaan di perenggan 42 di atas.
43.3 pegawai yang gajinya di bawah Laporan Gaji Jawatankuasa Kabinet 1976 (Laporan JKK 1976) dan Sistem Saraan Baru (SSB) yang menerima tawaran opsyen SBPA.

Pegawai Lantikan Sementara dan Kontrak (Contract of Service)


44. Pegawai lantikan sementara dan kontrak (contract of service) yang skim perkhidmatannya kekal di bawah SBPA akan diselaraskan gajinya mengikut kaedah pemindahan gaji SBPA.
45. Pegawai lantikan sementara dan kontrak (contract of service) yang skim perkhidmatannya dijumudkan melalui penggabungan/ naik taraf/ penarafan semula/ pemansuhan fungsi di bawah SBPA, pelantikan semula perlu dibuat dengan Ketua Jabatan mengemukakan terus kepada Pihak Berkuasa Melantik mengikut baki tempoh perkhidmatan sedia ada. Penetapan gaji pegawai yang memenuhi syarat skim perkhidmatan baru ditentukan mengikut kaedah pemindahan gaji SBPA. Bagi pegawai yang dilantik ke skim perkhidmatan baru yang syarat kelayakan masuknya ditingkatkan dan pegawai tidak mempunyai kelayakan yang ditetapkan, pemindahan gaji pegawai adalah mengikut kaedah penetapan gaji pegawai yang belum memenuhi syarat.
46. Kaedah ini tidak terpakai bagi pegawai lantikan kontrak (contract of service) yang jawatannya dijadikan jawatan dalam Kumpulan Premier.

Kakitangan awam hanya diberikan tempoh selama 15 hari mulai 16 Disember 2011 hingga 30 Disember 2011 bagi memilih samada SBPA atau kekal dalam sistem lama SSM.


FENOMENA GERHANA BULAN 11.12.2011




KUALA LUMPUR, 9 Dis (Bernama) -- Masyarakat di negara ini berpeluang menyaksikan fenomena gerhana bulan penuh yang akan bermula dari pukul 7.34 malam esok sehingga 1.30 pagi Ahad.

Pegawai penyelidik Agensi Angkasa Negara Redzuan Tahar berkata gerhana dapat dilihat dengan mata kasar mulai 8.46 malam, manakala fasa umbra bermula dari 10.06 malam dan akan berlanjutan kira-kira 51 minit.

"Pencerap di Malaysia akan dapat melihat keseluruhan gerhana dan juga ketika bulan di fasa titik gelap pada 10.32 malam sekiranya tiada perubahan cuaca," katanya ketika dihubungi Bernama.

Redzuan berkata orang ramai boleh datang ke Planetarium Negara bagi menyaksikan fenomena itu selain mengikuti perkembangan semasa fenomena gerhana bulan penuh kali ini melalui laman sosial Facebook, 'Lunar Malaysia Eclipse'.

Mereka yang ingin maklumat lanjut boleh hubungi Planetarium Negara di talian 0322734301/4303/5484 atau layari laman web www.angkasa.gov.my/planetarium.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Datuk Othman Mustapha berkata umat Islam digalak menunaikan solat sunat Khusuf atau solat sunat gerhana bulan sempena fenomena tersebut.

Beliau turut meminta masjid dan surau di seluruh negara agar melakukan solat sunat khusuf secara berjemaah esok disertai khutbah gerhana bagi meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah.

"Ibadat sunat ini seharusnya ditunaikan dengan sebaik mungkin, apatah lagi fenomena gerhana ini jarang-jarang berlaku di Malaysia," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata masjid utama seperti Masjid Negara dan Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di ibu negara serta Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Masjid Putra di Putrajaya akan menganjurkan solat sunat gerhana pada 9 malam selepas solat Isyak.

Selain itu aktiviti cerapan juga akan diadakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, katanya.

-- BERNAMA

Popular Posts