"Barang siapa memudahkan urusan (mukmin) yang sulit nescaya Allah akan memudahkan urusannya di dunia & akhirat" -Hadith Riwayat Imam Muslim-

Monday 8 July 2013


Guru Penolong Kanan Mati Ditembak Di Bachok Kelantan

Pada 08/07/2013 jam lebih kurang jam 1.40 ptg, 
Beris Panchor, Bachok, Kelantan- Guru berusia lebih kurang 40 an ditembak mati berhampiran Sekolah Keb. Beris Panchor, Bachok pada pukul 2.00 Petang.
Pembunuh melepaskan 3 das tembakan ke atas mangsa yang berada didalam kereta Mercedes milik mangsa dan meninggal di tempat kejadian.
MAKLUMAT MANGSA :
NAMA     :   HASHIM
UMUR     :   40AN
KERJA    :   PEN. KANAN HEM SEK. KEB BERIS PANCHOR, BACHOK
Semasa mangsa keluar dari Sek Ren Keb Beris Panchor, Tawang, Bachok, Kelantan, mangsa telah ditembak oleh suspek yang tidak dikenali. Kereta mangsa telah terbabas ke kiri jalan dan terhenti dihadapan sebuah rumah alamat Lot 1843, Kg. Beris Panchor, Tawang, Bachok, Kelantan. 
Pemeriksaan forensik mendapati 4 das tembakan telah dilepaskan oleh suspek dan 3 mengenai cermin depan, 1 das mengenai cermin pintu hadapan sebelah pemandu.
Manakala pada badan mangsa terdapat 3 das tembakan. 1 anak peluru di percayai .38 telah dijumpai didalam kusyen pemandu.
Siasatan awal mendapati mangsa selain bertugas sebagai guru turut menjalankan pelbagai perniagaan seperti perniagaan balak, shakle( Direct Selling), kontrak kantin sekolah dll .
Mengikut maklumat, mangsa dipercayai mempunyai masalah hutang dari beberapa pihak dan perkara ini sedang dlm siasatan. Mayat mangsa telah di hantar ke Hospital RPZ II Kota Bharu untuk bedah siasat.


Popular Posts