"Barang siapa memudahkan urusan (mukmin) yang sulit nescaya Allah akan memudahkan urusannya di dunia & akhirat" -Hadith Riwayat Imam Muslim-

Sunday 14 July 2013

Full Movie "Maafkan Aku Sahabat"

Kenaikan gaji tahunan kakitangan awam Julai 2013

Kenaikan gaji tahunan kakitangan awam Julai 2013 - Nampaknya, kakitangan awam sekali lagi menerima hadiah istimewa daripada kerajaan apabila mereka akan diberikan kenaikan gaji tahunan sebanyak 2 kali bagi tahun 2013. Difahamkan, kenaikan gaji tahunan ini akan berkuatkuasa pada bulan Julai 2013. Bagi kakitangan awam yang sudah mencapai gaji maksimum, mereka akan menikmati tambahan 3 tangga gaji atau dalam erti kata lain kenaikan gaji mereka akan berlaku sehingga tempoh 3 tahun perkhidmatan. Selain itu, bagi kakitangan awam yang lain, mereka akan menikmati satu kenaikan gaji tahunan (KGT) antara RM80 - RM320. Kenaikan gaji tahunan ini adalah mengikut gred, contohnya bagi yang DG41 naik RM230, DG44 naik RM250, DG48 naik RM270, DG52 naik RM290 dan DG54 naik RM320. Kenaikan gaji tahunan RM80 pula melibatkan penjawat awam yang mempunyai gred dan tangga gaji paling bawah. Bagi kenaikan gaji kakitangan awam yang jatuh pada bulan Januari, penjawat awam berkenaan akan menikmati satu lagi kenaikan pada bulan Julai tahun yang sama. Contohnya, DG41 menerima kenaikan gaji tahunan (KGT) sebanyak RM230 setahun dan gaji asas pada tahun 2012 ialah RM2,905.25, maka gaji baru yang diterima pada Januari 2013 adalah seperti berikut : RM2,905.25 + RM230 = RM3,135.25. Manakala pada bulan Julai 2013 pula, gaji baru yang diterima ialah RM3,135.25 + 230 = RM3,365.25. Pada bulan Januari 2014 yang berikutnya, kenaikan gaji adalah seperti biasa iaitu RM3,365.25 + 230 = RM3,595.25. Bagamanapun, jika kenaikan gaji kakitangan awam jatuh pada bulan Julai maka secara automatiknya penjawat awam itu akan menerima 2 kali kenaikan gaji tahunan. Contohnya, DG41 menerima kenaikan gaji tahunan (KGT) sebanyak RM230 setahun dan gaji asas pada tahun 2012 ialah RM2,905.25, maka gaji baru yang diterima pada bulan Julai 2013 ialah RM2,905.25 + 230 + 230 = RM3,365.25. Pada bulan Julai 2014 yang berikutnya, kenaikan gaji adalah seperti biasa iaitu RM3,365.25 + 230 = RM3,595.25. Begitulah kaedah pengiraan dibuat bagi kalangan kakitangan awam yang menerima kenaikan gaji tahunan selepas bulan Julai iaitu bulan Oktober.

Kakitangan awam naik gaji 1 Julai

Kuala Lumpur: Kakitangan awam akan menerima kenaikan satu tangga gaji berkuat kuasa 1 Julai depan. Kenaikan gaji antara RM80 hingga RM320 itu diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, awal tahun ini. Mereka yang layak mendapat satu Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) itu membabitkan semua kakitangan awam di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM) bertaraf tetap, sementara dan kontrak yang dilantik sebelum 1 Julai 2013 dan sedang berkhidmat pada hari berkenaan. Pegawai dipinjam layak Turut layak pegawai yang dipinjam atau ditukar sementara ke agensi kerajaan, pegawai yang dipinjamkan ke pertubuhan antarabangsa atau sektor swasta, pegawai yang bercuti bergaji penuh, cuti separuh gaji dan cuti tanpa gaji serta pegawai yang meninggal dunia pada 1 Julai 2013. Menurut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5, kenaikan itu bagaimanapun tidak membabitkan pegawai yang masih berkhidmat di bawah saraan Laporan Gaji Jawatankuasa Kabinet (JKK) 1976 atau Sistem Saraan Baru (SSB). Turut tidak layak pegawai yang dikenakan tindakan tatatertib dengan hukuman buang kerja berkuat kuasa 1 Julai 2013, pegawai lantikan baru berkuat kuasa 1 Julai 2013, pegawai yang bersara pada atau sebelum 1 Julai 2013 dan pegawai yang meninggal dunia pada atau sebelum 30 Jun 2013. Menurut pekeliling itu, kakitangan yang layak satu KGT mengikut gred jawatan/gred gaji masing-masing pada 1 Julai 2013 berdasarkan gaji hakiki pada 30 Jun 2013. Kemuka permohonan Ketua jabatan perlu mengemukakan permohonan penetapan gaji Khas Untuk Penyandang (KUP) kepada Bahagian Saraan sekiranya pemberian pemindahan gaji itu tidak dapat ditampung oleh amaun gaji maksimum dalam Jadual Gaji Minimum – Maksimum (JGMM). Untuk urusan kenaikan pangkat pula, pertukaran pelantikan atau pelantikan secara Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) berkuat kuasa sebelum atau pada 1 Julai 2013, pemberian gaji ini boleh diselaraskan dan dibayar berkuat kuasa 1 Julai 2013. Perdana Menteri membuat pengumuman itu ketika berucap pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke-13, awal tahun ini. Beliau dilaporkan berkata, kenaikan satu tangga gaji itu akan dilaksanakan selepas mengambil kira kedudukan 182,434 penjawat awam yang berada di tangga gaji maksimum pada 2013 dan tidak dapat menikmati kenaikan gaji tahunan. Kenaikan gaji itu membabitkan perbelanjaan berjumlah RM1.5 bilion.

Popular Posts