14-17 November 2009, Mesyuarat M3P kali ke 6 dan perancangan tahun 2010 telah diadakan di Rumbia Resort Villa Paka, Terengganu. Saya terlibat dalam mesyuarat ini sebagai jawatan Setiausaha Jabatan tahun 2010 yang baru dilantik oleh Ketua Jabatan JIP. Terima Kasih KJ kerana mempercayai bakat dan kebolehan saya. InsyaAllah saya akan lakukan yang terbaik menurut kemampuan saya demi untuk kecemerlangan Jabatan Ilmu Pendidikan. Saya juga akan jalankan amanah yang diberikan.
Saya dan Shukri pergi dengan menumpang menaiki kereta KJ Hj Zahran. Perjalanan untuk sampai ke Paka memakan masa lebih kurang 5 jam iaitu hampir 300 km. Kami bertolak jam 2.30ptg dan tiba jam 7.30 mlm. Sewaktu tiba di Rumbia Resort Villa, kelihatan rakan2 pensyarah sedang menikmati makan malam Cafe Rumbia Resort dan kami pun terus ke cafe tersebut untuk menjamu selera. Selepas makan saya dah Shukri secara kebetulan tinggal sebilik di bilik no 46. Setelah kami masuk ke bilik tersebut, kami dapati pintu tandas tiada tombol dan kurang selesa. Kami mengadu kepada urusetia dan mereka memindahkan kami ke bilik no 49, berdekatan dengan bilik KJ. Rasa selesa sedikit di bilik ini kerana Zaki, Aminuddin, Halim juga menghuni di sini, dapat lah kami berbincang tentang Phd.