"Barang siapa memudahkan urusan (mukmin) yang sulit nescaya Allah akan memudahkan urusannya di dunia & akhirat" -Hadith Riwayat Imam Muslim-

Thursday 25 June 2009

H1N1 SEMAKIN MEMBIMBANGKAN

PUTRAJAYA – Penularan wabak influenza A (H1N1) di Malaysia semakin membimbangkan dengan 12 kes baru disahkan semalam, iaitu jumlah terbanyak dalam masa sehari sejak penyakit itu pertama kali dikesan pada 15 Mei lalu.
Daripada 12 kes itu, sebanyak 10 kes import dan dua kes penularan tempatan dicatatkan, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes H1N1 di Malaysia kini 80.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican berkata, daripada keseluruhan kes yang dikesan semalam, tiga adalah warga asing manakala selebihnya rakyat tempatan yang melawat negara seperti Singapura, United Kingdom, Thailand, Australia dan Amerika Syarikat.
Beliau berkata, minggu lepas hanya 21 kes dilaporkan dengan satu kes jangkitan tempatan sebelum melonjak kepada 80 kes dengan 11 daripadanya adalah jangkitan tempatan minggu ini.
“Ini merupakan peningkatan 400 peratus dalam tempoh seminggu, dan ia juga bermakna terdapat lompang dalam sistem pengesanan negara,’’ katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Popular Posts