"Barang siapa memudahkan urusan (mukmin) yang sulit nescaya Allah akan memudahkan urusannya di dunia & akhirat" -Hadith Riwayat Imam Muslim-

Friday 25 September 2009

SUASANA HARI RAYA

Lebaran tahun ini agak meriah berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya, satu kerahmatan dan kenikmatan yang Allah bagi kepada setiap umatNya yang menghambaabdikan diri kepada Nya. Pada hari raya pertama seperti biasa setelah solat sunat hari raya, kami bertolak ke Pasir Mas untuk beraya di kampung halaman. Open house hari kedua ke rumah Dali, ketiga rumah Zaki, keempat Mohd Din, kelima ke rumah Hj Zahran (KJ), Keenam ke rumah Kak Yah, ketujuh rumah Kak Zan dan kenduri rumah Mak Su Rahimi. Itu lah agenda raya tahun ni agak penuh sedikit.









Friday 18 September 2009

SALAM IDUL FITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN

Terlalu cepat masa berlalu, Ramadhan semakin penghujung dan semakin mahu meninggalkan kita. Walaupun kita bersedih untuk berpisah dengannya, ia tetap akan pergi meninggalkan kita. Beruntunglah mereka yang boleh berjaya memanfaatkan Ramadhan siang dan malamnya. Rugilah mereka yang gagal memanfaatkannya dengan pelbagai alasan kerana tiada jamin kita boleh bertemu lagi Ramadhan akan datang.

Sijil Taqwa yang akan Allah berikan kepada umat Islam, tentu terhad. Yang pasti mereka yang tahu dan mahu memanfaatkan Ramadhan. Sijil Taqwa diberikan kepada mereka yang berjaya menempuh segala ujian sepanjang bulan Ramadhan. Sijil Taqwa sudah pasti tidak akan diberi kepada mereka yang terus mengekalkan dosa basah, dosa kering walaupun pada zahir mereka berpuasa. Dosa mengumpat, dosa fitnah, dosa menyebarkannya, dan dosa melaga-lagakan satu golongan dengan golongan lain.

Walau apapun kita tetap mahu merayakan Idulfitri, mahu bergembira dan bersuka ria. Kita sudah diharamkan berpuasa pada 1 Syawal. Jadi, kita perlu menyambut hari raya walaupun dalam keadaan biasa. Kita perlu beraya walaupun hakikatnya kita belum dianggap berjaya oleh Allah. Bertaubatlah dan berdoalah semoga kita terus dirahmatinya. Pada masa yang sama ucaplah tahniah kepada rakan yang lain dengan anggapan mereka berjaya. Nanti mereka juga akan lakukan terhadap anda. Semoga Allah terima.

Di kesempatan ini saya mengucapkan Salam Idulfitri, maaf zahir dan batin, semoga setiap tahun kita dalam keadaan kebaikan. Bagi yang akan balik ke kampung, berhati-hati di jalan raya dan semasa beraya. Kunjungi sanak saudara rakan taulan.

Popular Posts