"Barang siapa memudahkan urusan (mukmin) yang sulit nescaya Allah akan memudahkan urusannya di dunia & akhirat" -Hadith Riwayat Imam Muslim-

Wednesday, 28 May 2014

CERITA SEDIH...! SEDIH..! SEDIH..!

Sorg pemuda duduk di hadapan laptopnya. Login facebook. Benda pertama sekali dia check adalah inbox. Hari ini dia terlihat sesuatu yg dia terlepas pandang selama ini. Bahagian ‘OTHER’ di inboxnya. Ada satu, dua mesej. Mesej pertama, spam. Mesej kedua dibukanya. Mesej 3 bulan yg lepas tarikhnya.
Ditatap isinya,

“Salam. Ini kali pertama abah cuba guna facebook. Abah cuba tambah kamu sbg kawn tapi x dapat. Abah pun tak faham sgt benda ni. Abah cuba hantar mesej ini kpd kamu. Maaf, abah x biasa sgt menaip. Ini pun kawan abah yg ajarkan. Ingat x bila pertama kali kamu ada henfon? Masa tu kamu ting 4. Abah kesian semua anak2 skrg ada henfon. Jadi, abah hadiahkan pd kamu 1. Dgn harapan, kamu akan call abah kalau kamu ada nak kongsi masalah ttg asrama @ sek @ apa2 saja. Tapi, kamu hanya call abah seminggu sekali. Tanya ttg duit makan & belanja. Abah terfikir jga, topup RM10 tapi call abah x sampai 5 minit boleh habis ke prepaid tu?

Masa kamu kecil dulu, abah ingat lg bila kamu dah boleh bercakap. Kamu asyik panggil, ‘Abah, abah, abah’. Abah seronok sekali anak lelaki abah panggil abah. Panggil mama. Abah seronok dpt bercakap dgn kamu walaupun kamu mungkin x ingat & x faham apa abah cakapkan di umur kamu 4, 5 thn. Tapi, percayalah. Abah & umi cakap dgn kamu byk sgt. Kamulah penghibur kami di saat kami berduka. Walaupun hanya dgn keletah gelak tawa si kecil. Bila kamu sek rend. Abah igt lg kamu selalu bercakap dgn abah ketika membonceng motor dgn abah setiap pergi & balik sek. Mcm2 kamu ceritakan pd abah. Ttg cikgu, sek, kawan2. Abah jadi makin bersemangat bekerja keras cari duit utk biaya kamu ke sek. Sebab kamu seronok sekali. Gembira. Ayah mana tdk gembira anak suka ke sekolah belajar.

Bila kamu sek men. Kamu ada kawan2 baru. Kamu balik dari sek, kamu masuk bilik. Kamu keluar bila masa makan. Kamu keluar dgn kawan2. Kamu mulai jarang bercakap dgn abah. Kamu pandai. Akhirnya masuk asrama. Di asrama, jarak antara kita makin jauh. Kamu cari kami bila perlu. Kamu biarkan kami bila x perlu. Abah tahu, naluri remaja. Abah pun pernah muda. Akhirnya, abah dpt tahu kamu ada kekasih. Ketika di universiti, sikap kamu sama sja ketika di sek men. Jarang hubngi kami. Bila balik cuti, kamu dgn henfon kamu. Kamu dgn laptop kamu. Kamu dgn internet kamu. Kamu dgn dunia kamu. Abah tertanya2 juga sendiri. Adakah kawan istimewa itu lebih penting dari abah & umi? Adakah abah & umi cuma diperlukan bila kamu nak nikah saja sbg pemberi restu? Adakah kami ibarat tabung pd kamu saja?
Hakikatnya, kamu jarang berbicara dgn abah lg. Ada pun boleh dibilang dgn jari. Berjumpa tapi x berkata2. Sebumbung tapi seperti x bersua. Bertegur bila cuma hari raya. Tanya sepatah, jawab sepatah. Dileter, kamu tarik muka. Dimarah, kamu x balik cuti. Mlm ni, abah sebenarnya rindu sgt pd kamu.
Bukn mahu berleter, mengungkit @ membangkit. Cuma abah dah terlalu tua. Abah dah di hujung 60 an. Kudrat abah tdk sekuat dulu lagi. Abah x minta byk…

Kadang2, abah cuma mahu kamu berada di sisi abah. Berbicara ttg hidup kamu. Luahkan apa yg terpendam dlm hati kamu. Menangis pd abah. Mengadu pd abah. Bercerita pd abah seperti kamu kecil2 dulu. Apapun. Maafkan abah atas curahati abah ini. Jagalah solat. Jagalah hati. Jagalah iman.

Mungkin kamu tdk punya waktu berbicara dgn abah. Namun, jgn pula kamu tdk punya waktu berbicara dgn Allah. Usah letakkan cinta di hati pd sesorg melebihi cinta kpd Allah. Mungkin kamu terabaikan abah. Namun jgn kamu mengabaikan Allah. Maafkan abah atas segalanya.”

Pemuda menitiskan air mata. Dlm hati perit tdk terkira. Mana tidaknya. Tulisan ayahandanya itu dibaca setelah 3 bulan beliau pergi buat selama2nya. Di saat tdk mungkin lg mampu memeluk tubuh tua ayahnya.

*Hargai orang tua kita selama dia masih hidup... kadang kala kita terlalu sibuk dgn kerja... sampaikan kita lupa akan dia yg membesarkan kita...memberi pendidikan utk kita bekerja..mengajar kita berjalan utk bekerja..
JANGAN NANTI ANAK KITA AKAN MELUPAKAN KITA SEPERTIMANA KITA MELUPAKAN IBU BAPA KITA..@AZIZI CYBERSPOT

Popular Posts