"Barang siapa memudahkan urusan (mukmin) yang sulit nescaya Allah akan memudahkan urusannya di dunia & akhirat" -Hadith Riwayat Imam Muslim-

Monday, 22 September 2014

RESEARCH JOURNEY

[Step 1] Dlm penulisan tesis, cari dulu pernyataan masalah kajian.. Apa isu2 besar yg menyebabkan anda ingin mengkaji? Buktikan dgn kajian2 lepas (literature review) melalui jurnal & tesis2 yg berkaitan.

[Step 2] Dlm penulisan tesis, apabila pernyataan masalah ditemui, bina objektif, persoalan & hipotesis kajian..

[Step 3] Apabila objektif dan persoalan kajian dibentuk, baru boleh bina instrumen kajian. Pilih samada method kualitatif @ kuantitatif. Baca kajian2 lepas (literature review) melalui tesis2 pengkaji lain.

[Step 4] Utk membina instrumen kajian perlu ada pengesahan pakar2 bg kesahan & kebolehpercayaan yg tinggi & valid. Anda perlu melantik pakar2 dlm bidang masing2 sekurang2 3-5 org. (Utk mengelak dr keraguan penilai tesis).

[Step 5] Apabila instrumen kajian disemak oleh pakar, maka anda boleh menjlnkan kajian rintis (Pilot Study) utk melihat alpha cronbach & kebolehpercayaan yg tinggi.

[Step 6] Setelah kajian rintis (pilot study) dijalankan, maka buat analisis Alpha Cronbach utk mencari kebolehpercayaan yg tinggi.

[Step 7] Apabila Alpha Cronbach melepasi nilai 0.6 ke atas, bab 1-3 lengkap.. anda boleh ajukan utk defence proposal

[Step 8] Apabila lulus defence Proposal, anda baharu lulus utk fasa 1 dlm pengajian PhD @ master, seterusnya buat pembetulan & perbaiki komen2 dari penilai2 tesis... (Boleh senyum sikit).

[Step 9] COLLECT DATA Apabila anda telah membuat penambahbaikan tesis, maka boleh mulakan utk mengumpulkan data mengikut kesesuaian kajian (Borang Kajiselidik, temubual, dokumentasi, nota lapangan)

[Step 10] Penting Sebelum COLLECT DATA/mengumpul data dlm PhD @ master, pastikan anda mendpt surat keizinan @ kebenaran menjlnkan penyelidikan drpd BPPDP KPM & JPN masing2.



[Step 11] Setelah anda collect data, tiba masanya utk buat analisis data (Qualitative @ Quantitative research

[Step 12] Dlm kajian tesis PhD @ Master mesti ada research GAP, Apa tu?
(i) Mengisi kekurangan dlm bidang kajian org lain.
(ii) Meluaskan bidang kajian dgn menguji sesuatu situasi baru.
(contribution to knowledge).


[Step 13] Dlm penyelidikan PhD @ master, objektif kajian umpama tiang2 rumah yg akan di bina, jika goyah tiang2 itu maka akan bergoncang & runtuh lah rumah. Objektif kajian di bina berdasarkan pernyataan masalah yg anda kemukakan.


[Step 14] Dlm kajian master@ PhD, Sebelum anda menganalisis data kajian, fahami betul2 hipotesis yg akan digunakan utk analisis data (Ujian T., Anova, MANOVA, Regresi @ Korelasi dll).
Apa itu hipotesis? 
Hipotesis berasal dari bahasa Yunani: hypo=di bawah; thesis=pendirian, pendapat yang ditegakkan, kepastian. Ramalan @ jawapan sementara thd masalah kajian.


[Step 15] Tidak terdapat hubungan yg signifikan antara cuaca panas dgn pencapaian akademik pelajar. (Hipotesis Nol). Apakah analisis yg perlu digunakan utk menjawab persoalan Ho di atas?. Kenal pasti dahulu mana dependent & independent variable..




Popular Posts

There was an error in this gadget