Pages
"Barang siapa memudahkan urusan (mukmin) yang sulit nescaya Allah akan memudahkan urusannya di dunia & akhirat" -Hadith Riwayat Imam Muslim-
Thursday, 19 July 2012
Saturday, 7 July 2012
Thursday, 5 July 2012
Wednesday, 4 July 2012
Malam Nisfu Syaaban
SYAABAN datang bertamu bersama rimbunan keberkatan buat umat Muhammad
SAW. Kehadirannya saban tahun menandakan kemuliaan dan keistimewaan
buat umat ini dengan rahmat dan pengampunan buat mereka yang dipilih
oleh Allah SWT.
Diriwayatkan daripada Ata' ibn Yasar berkata: "Apabila tiba malam
Nisfu Syaaban, malaikat maut menulis nama orang yang akan meninggal
dunia pada bulan Syaaban tersebut sehingga bulan Syaaban berikutnya.
Sesungguhnya seseorang itu melakukan kezaliman, kejahatan, bernikah dan
menanam tanamannya, sedangkan namanya telah dipindahkan dari dewan orang
yang hidup kepada dewan orang mati. Tidak ada suatu malam selepas malam
Lailatulqadar yang lebih mulia daripada malam Nisfu Syaaban."
Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas RA berkata: "Sesungguhnya Allah akan
memutuskan semua qadha' hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban dan
menyerahkannya kepada pemilik-pemiliknya pada malam Lailatul Qadar."
Malam pengampunan
Diriwayatkan oleh Imam Ahmad bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Sesungguhnya Allah menilik kepada hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban,
maka Allah mengampunkan penduduk bumi melainkan dua golongan manusia;
golongan musyrik dan musyahin (orang yang bermusuhan)."
Imam al-Auza'i mentafsirkan musyahin dengan makna setiap pelaku bidaah yang memisahkan diri daripada jemaah (Ahli Sunnah wal Jamaah) dan ummah (Muhammad SAW).
Diriwayatkan daripada Umar ibn Hani': Saya bertanya Ibnu Thauban tentang makna musyahin, maka beliau berkata: Iaitu orang yang meninggalkan sunnah Nabi SAW, orang yang menikam umatnya dan menumpahkan darah mereka.
Dalam riwayat lain pula Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah
SWT menilik hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban, maka Allah
mengampunkan dosa orang-orang mukmin, memanjangkan kesesatan orang kafir
dan membiarkan orang yang hasad dengan kedengkian mereka sehingga
mereka meninggalkannya."
Diriwayatkan oleh al-Dar Qutni dan Imam Ahmad dengan sanadnya
daripada Aisyah RA berkata: "Pada suatu malam, saya kehilangan
Rasulullah SAW, maka saya pun keluar mencarinya dan saya menemui Baginda
SAW di Baqi' sedang mendongakkan kepalanya ke langit. Maka Baginda SAW
bersabda: "Adakah kamu takut Allah dan Rasul-Nya menzalimimu?" Aisyah RA
berkata: "Saya berkata, bukan begitu, wahai Rasulullah. Saya cuma
menyangka kamu mendatangi isteri-isterimu yang lain."
Baginda bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT melimpahkan rahmat pada
malam Nisfu Syaaban, maka Dia mengampunkan dosa-dosa hamba-Nya yang
lebih banyak daripada bilangan bulu kambing Bani Kilab."
Kemudian baginda mengangkat kepalanya dan kembali sujud lalu membaca:
"Aku memohon perlindungan dengan keredaan-Mu daripada kemurkaan-Mu,
dengan keampunan-Mu daripada balasan-Mu, dengan-Mu daripada azab-Mu.
Tidaklah terhitung pujian ke atas-Mu, Engkau adalah sebagaimana
pujian-Mu ke atas zat-Mu. Aku berkata sebagaimana yang pernah dikatakan
oleh saudaraku, Daud AS "Aku menyembam mukaku ke tanah bagi Tuanku dan
berhaklah baginya sujud itu kepada-Nya."
Kemudian baginda mengangkat wajahnya dan berdoa: "Ya Allah!
Kurniakanlah kepadaku hati yang bertakwa, suci bersih, tidak kufur dan
tidak celaka."
Daripada Abu Darda' RA, bahawa Nabi SAW bersabda: "Pada malam Nisfu
Syaaban, Allah SWT memerintahkan para malaikatnya turun ke langit dunia,
lalu memerhatikan amalan hamba-hamba-Nya. Maka Allah mengampunkan
orang-orang yang meminta keampunan dan menerima taubat orang-orang yang
bertaubat kepada-Nya. Dia juga menerima permohonan orang-orang yang
meminta dan mencukupkan keperluan orang yang bertawakal.
"Dia juga meminggirkan orang-orang yang berdendam tanpa memperlakukan
sesuatu ke atas mereka dan mengampunkan dosa-dosa bagi sesiapa yang
dikehendaki-Nya melainkan dosa orang musyrik dan orang yang membunuh
jiwa yang diharamkan oleh Allah ataupun orang yang memutuskan
silaturrahim."
Mustajab doa
Abu Sa'id al Khudri masuk ke dalam rumah Aisyah. Maka
Aisyah berkata, "Wahai Abu Sa'id! Ceritakanlah kepada saya suatu hadis
yang pernah kamu dengar daripada Rasulullah, maka saya akan menceritakan
kepadamu pula apa yang pernah saya lihat dilakukan oleh Baginda SAW."
Berkata Abu Sa'id RA, "Apabila Rasulullah SAW keluar solat Subuh,
Baginda SAW akan membaca: "Ya Allah! Penuhilah pendengaranku dengan
cahaya, pandanganku dengan cahaya, hadapanku dengan cahaya, belakangku
dengan cahaya, kananku dengan cahaya, kiriku dengan cahaya, atasku
dengan cahaya, bawahku dengan cahaya dan tambahkanlah cahaya Islam dan
hidayah dengan rahmat-Mu terhadapku."
Dalam riwayat lain Rasulullah berkata kepada Aisyah: "Wahai Aisyah!
Apakah kamu takut Allah dan Rasul-Nya akan menzalimimu?" Aisyah berkata,
"Saya berkata, "Bukan begitu, wahai Rasulullah!" Sabda Baginda: "Telah
datang kepada saya Jibril AS dan berkata, "Wahai Muhammad! Malam ini
ialah malam Nisfu Syaaban. Pada malam ini, Allah SWT membebaskan manusia
dari api neraka sebanyak bilangan bulu kambing Bani Kilab. Pada malam
ini, Allah tidak memandang kepada orang musyrik, tidak juga kepada orang
yang bermusuhan, orang yang putuskan silaturrahim, orang yang
melabuhkan kainnya melebihi buku lali, orang yang menderhaka kepada ibu
bapa dan orang yang berterusan minum arak."
Apabila Subuh, saya menyebut kepada Baginda SAW kalimah yang
dibacanya, maka Baginda bersabda, "Wahai Aisyah! Adakah kamu telah
mengetahuinya?" Saya berkata, "Ya." Baginda bersabda, "Pelajarilah dan
ajarilah ia kerana Jibril as. telah mengajarnya kepada saya dan menyuruh
saya mengulang-ulangnya di dalam sujud."
Sumber : Utusan Online
Subscribe to:
Posts (Atom)
Popular Posts
-
"....Allah jualah Tuhan kami dan Tuhan kamu. Bagi kami amal kami dan bagi kamu amal kamu. Tidaklah patut ada sebarang pertengkaran ant...
-
Berikut dalil Al Qur’an dan Hadits Puasa Ramadhan : يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ...
-
Salam semua, sekalung jutaan terima kasih sy ucapkan kepada semua sahabat handai, rakan2 FB yang dikasihi (so excited from Dr Boon Hua Lee ...
-
Bulan Rejab merupakan bulan Allah yang banyak keistimewaannya yang dijanjikan oleh Allah SWT kepada umat-Nya. Pintu rahmat terbuka luas un...
-
1. TA'ARUFFAN Persahabatan yang terjalin secara kebetulan, seperti pernah bertemu di stesyen kereta api, hotel, hospital, pejabat pos...
-
Erm...terjumpa artikel ni setelah dinasihati seorang sahabat supaya berhenti makan sardin....ups, this is my last menu mkn sardin...cuba sed...
-
PUTRAJAYA – Penularan wabak influenza A (H1N1) di Malaysia semakin membimbangkan dengan 12 kes baru disahkan semalam, iaitu jumlah terbany...
Post by Azizi Cyberspot.