"Barang siapa memudahkan urusan (mukmin) yang sulit nescaya Allah akan memudahkan urusannya di dunia & akhirat" -Hadith Riwayat Imam Muslim-

Friday, 18 April 2014

KEMATIAN NGERI YB KARPAL SINGH

Pada Khamis 17 Mac 2014  negara dikejutkan dengan berita kematian seorang tokoh peguam berprofil tinggi, YB Karpal Singh akibat satu kemalangan ngeri di lebuhraya PLUS. Pembantu peribadi beliau turut maut dan pemandu serta anak beliau turut cedera dalam kemalangan itu.
Berbagai-bagai reaksi terbit dari berita kematian ini. Ada yang simpati dan ada yang bersorak, bahkan mengambil peluang untuk meluahkan dendam politik dan kemarahan dengan lontaran kata-kata tidak bermoral seperti ‘mampus’ dan sebagainya ke atas mendiang. Lebih menyedihkan ialah ungkapan sebegitu dikeluarkan oleh golongan pemimpin Islam ‘bergelar’ yang menjadi cerminan rakyat.
Semua tindakan yang tidak enak ini amat menyedihkan kerana ia jelas membuka ruang fitnah terhadap kesucian agama Islam yang tidak mengajar umatnya bersikap begitu. Ramai juga yang membacakan hadis tertentu yang menegur keterlanjuran pihak yang tidak bertanggungjawab ini. Lebih menyedihkan bila melihat perbalahan sesama sendiri dengan insiden ini.

KEMATIAN ITU SATU KETENTUAN
Ini adalah satu pelajaran besar yang harus kita zikirkan. Setiap insan pasti akan mati dan kembali menemui tuhannya. Ada yang sengaja menempah mati, ada yang memang diketahui bakal mati dan ada pula yang tiba-tiba mati dengan mengejut.
Ingatlah bahawa kita tidak mungkin boleh hidup selama-lamanya. Dewasa ini, kita semua tahu bahawa ramai di antara kita yang terlalu keras hati dan berani melanggar perintah Allah. Hari demi hari kita dengar berbagai-bagai ungkapan yang terang-terang memperolok-olokkan perintah Allah. Ada yang sampai dengan angkuh dan terang-terangan mengaku sanggup masuk neraka pun. Oleh itu ambillah pelajaran dari peristiwa ini. Sentiasalah ingatkan mati agar hati kita yang keras boleh menjadi lembut semula.
Tidak kira samada kita orang biasa atau berpangkat, kaya maupun miskin, mati tetap akan menemui kita pada bila-bila masa saja. Kita baru sahaja diuji dengan tragedi misteri MH370 yang juga terkait dengan mati atau hilang secara ‘mengejut’. Di dalamnya ada si kaya yang sihat dan bijak pandai belaka.. Tan Sri Yahya yang kaya juga mati apabila helikopternya jatuh. Almarhumah Sultanah Johor juga mati kemalangan walaupun ada khidmat ‘rider’. Dan begitulah kematian menemui setiap yang hidup hari demi hari. Kita hanya menunggu giliran sahaja.

KEMATIAN NGERI DAN MENGEJUT
Apa yang menimpa mendiang Karpal Singh ini ada pelajaran bagi kita. Janganlah cuba tipu diri sendiri. Sebagai insan, kami yakin kita semua merasa simpati dengan keadaan jenazah akibat kemalangan ngeri yang dihadapi. Bahkan jika ia berlaku terhadap kucing sekalipun akan membuatkan kita merasa simpati, inikan pula manusia seperti kita.
Kami yakin bila melihat tragedi ini, jauh di sudut hati kita semua akan berdoa, “Ya Allah, jauhkanlah diriku dan saudara saudaraku dari mengalami tragedi seperti itu”. Itulah tindakan yang wajar bagi seorang manusia yang dewasa, beragama dan waras.. betul atau tidak? Jawablah sendiri dalam hati...
Oleh itu wajarkah atas alasan apa sekalipun kita lontarkan pelbagai kutukan dan cemuhan terhadap mendiang karpal Singh yang sudah mati?

AKHLAK DALAM PEPERANGAN
Kalau sekalipun kita bermusuh dengan mendiang, ingatlah bahawa Islam mengajar umat agar berakhlak tinggi (KHOLQIN AZIM) dan berprinsip dalam perjuangan. Waimah dalam peperangan sekalipun, jika musuh sudah tidak berupaya, atau sudah jatuh atau tidak bersenjata, kita dilarang membunuhnya. Pejuang Islam diperintahkan agar tidak mengikut nafsu. Harus sentiasa berada dalam asas basmalah, iaitu berbuat atas nama Allah, atas rahmat dan petunjuk Allah.
Islam melarang kita membunuh musuh sekalipun kita mampu jika ia kerana nafsu amarah dan dendam. Ini banyak diriwayatkan dan kita semua memang sedia tahu. Begitu mulia dan murni sekali adab peperangan dalam Islam. Jika musuh yang masih hidup sahajapun dilarang kita membunuhnya atas dasar nafsu, wajarkah kita melakukan 'attack' kepada musuh yang sudah mati?
Di sinilah terlihatnya kehebatan ilmu dan akhlak peperangan dalam Islam. Jangan kita bersikap bacul dan penakut. Hanya pandai bersorak dan mengejek-ngejek hanya setelah lawan kita tidak bernyawa seperti kanak-kanak berkelahi. Ingatlah, Abu Jahal dan tentera kafir musyrik yang mati terbunuh dalam perang Badar itu pun Nabi SAW ajarkan agar kita hormati. Jenazah Yahudi yang melintasi nabi SAW juga baginda berdiri untuk menghormati.. Inilah akhlak peperangan ajaran Nabi SAW.

KARPAL SINGH & POLEMIK HUDUD
Ramai sekali yang meluahkan kemarahan dan melepaskan dendam dengan menyorak musibah yang berlaku terhadap mendiang Karpal Singh ini dengan alasan beliau menentang terhadap perlaksanaan hudud. Ungkapan mendiang berbunyi “Nak tegakkan negara Islam, Nak laksanakan Hudud, langkah mayat kami dahulu” menjadi mainan bibir dan bahan ejekan.
Kami hormati pendapat TGNA yang mengatakan beliau terkilan dengan kematian Karpal Singh kerana belum dapat menjelaskan dan meyakinkan mendiang tentang Hudud. Walaupun kami bukan dari kalangan fanatik politik kepartian, namun ingin sekali membantu sedaya mungkin untuk menampakkan kepada ramai pemimpin bukan Islam yang menentang hudud termasuk mendiang. Ingin kami bantu menjelaskan tentang kehalusan dan kemurnian hudud. Malangnya kami belum berpeluang dan beliau sudah terlebih dahulu pergi.
Kita juga harus hormati ulasan dan tindakan berakhlak Tun mahathir, YAB perdana Menteri dan YAB TPM yang turut mengirim ucapan takziah kepada keluarga mendiang. Bahkan baru-baru ini, YAB PM turut menziarahi Datuk Harun Din di hospital setelah mendapat berita beliau sakit. Tindakan yang sama turut dilakukan apabila TGNA dan lain-lain pemimpin pembangkang diberitakan sakit. Beliau tidak kisah soal pertentangan ideologi politik, bahkan pernah ke tahap didoakan bersungguh-sungguh agar ‘pecah perutnya’ sekalipun.
Inilah antara akhlak yang harus kita contohi. Terserah samada mereka ini ikhlas atau ada udang di sebalik batu. Itu bukan urusan kita. Yang penting ia kelihatan sangat murni dan mampu menaikkan imej Islam di mata dunia. Ia berbeza sekali dengan tindakan tidak bermoral seperti yang kita lihat sepanjang hari ini yang terang-terang boleh menjadikan agama kita dicerca dan dibenci.
Ini juga asas hudud, yang bermaksud ‘batas’ yang harus kita laksanakan dahulu dalam diri kita. Kita harus mampu kendalikan gejolak nafsu amarah dan dendam kita demi meletakkan kemurnian dan kesucian agama di tempat teratas. Dengan akhlak Muslim yang baik akan membuatkan manusia berfikir dan terpikat. Itulah kaedah menawan mereka. Bukan dengan kekerasan, tetapi dengan penjelasan ilmiah dan uswah akhlak yang baik dan halus (WALYATALATTOF).

KARPAL SINGH, KEPIMPINAN DAN PRINSIP HIDUPNYA
Karpal Singh, sepertimana juga TGNA, Lim Kit Siang, Tun Dr Mahathir, Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi dan beberapa pemimpin lain adalah antara calun yang tidak pernah atau jarang sekali kalah dalam pilihanraya. Inilah kredibiliti kepimpinan yang ada pada beliau dan pemimpin sepertinya. Fenomena ini tidak sehebat beberapa pemimpin lain, termasuk yang berjawatan menteri besar yang begitu mudah tergolek dalam pilihanraya.
Kami tidak mahu mengulas panjang dalam hal ini. Namun jika kita berfikiran waras, kita harus pelajari apakah tabiat hidup serta prinsip kepimpinan pemimpin seperti ini. Mereka dihormati dan disayangi oleh rakyat di bawah pimpinan mereka serta disegani oleh rakan dan lawan. Lihat cara mereka berhujjah dengan ilmu, tidak merapu macam sebahagian dari pemimpin kita. Lihat juga pejabat mereka, cara mereka berkhidmat, lihat gaya hidup mereka yang bersederhana, lihat keluarga mereka dan sebagainya.

KESIMPULAN
Setiap apa yang berlaku, setiap kejadian tuhan itu tiada yang batil walaupun kita melihatnya sebagai batil. Lihatlah dan nilailah ia dengan ilmu, dengan sahsiah diri dan siyyasah syariyyah yang mendalam. Lihatlah semuanya dengan mata hati seperti ‘siapa kita’, jangan dilihat ‘seperti adanya’.
Janganlah sekali-kali kita bertindak mengikut nafsu sehingga ia membuka ruang fitnah yang berat terhadap agama kita yang suci murni ini. Kawallah nafsu dan kendalikan hati dengan sebaik baiknya. Berfikir dan berbasmalah lah dahulu sebelum bertindak dan berkata-kata.
Perhatikan dasar-dasar dakwah dan sikap Muslim terhadap lawan dalam surah 16. An-Nahl ini:
125. “Serulah kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.
126. Dan jika kamu memberikan balasan, maka balaslah dengan balasan yang sama dengan siksaan yang ditimpakan kepadamu. Akan tetapi jika kamu bersabar, sesungguhnya itulah yang lebih baik bagi orang-orang yang sabar.
127. Bersabarlah dan tiadalah kesabaranmu itu melainkan dengan pertolongan Allah dan janganlah kamu bersedih hati terhadap mereka dan janganlah kamu bersempit dada terhadap tipu daya mereka.
QS: 3. Ali 'Imran 190, 191.
"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi: "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka.

Thursday, 20 March 2014

Waspada apabila usia melebihi 40 tahun

Ramai tidak sedar dalam al-Quran ada menyentuh tentang usia ini. Tentu ada yang sangat penting, perlu diperhatikan dan diambil serius akan perkara ini. Allah swt. berfirman,

حَتَّى إَذَا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَبَلَغَ أَرْبَعِيْنَ سَنَةً قَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِى أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِى أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِى فِى ذُرِّيَّتِى إِنِّى تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّى مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ

“Apabila dia telah dewasa dan usianya sampai empat puluh tahun, ia berdoa, “Ya Tuhanku, tunjukkanlah aku jalan untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang engkau redhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang muslim.” (al-Ahqaf: 15)

Usia 40 tahun disebut dengan jelas dalam ayat ini. Pada usia inilah manusia mencapai puncak kehidupannya baik dari segi fizikal, intelektual, emosi, mahupun spiritualnya. Benar-benar telah meninggalkan usia mudanya dan melangkah ke usia dewasa yang sebenar.

Doa yang terdapat dalam ayat tersebut dianjurkan untuk dibaca oleh mereka yang berusia 40 tahun dan ke atas. Di dalamnya terkandung penghuraian yang jelas bahawa mereka; telah menerima nikmat yang sempurna, kecenderungan untuk beramal yang positif, telah mempunyai keluarga yang harmoni, kecenderungan untuk bertaubat dan kembali kepada Allah

Pada ayat yang lain, firman Allah:

أَوَلَمْ نُعَمِّرْكُمْ مَا يَتَذَكَّرُ فِيْهِ مَنْ تَذَكَّرَ وَجَاءَكُمُ النَّذِيْرُ

Apakah Kami tidak memanjangkan umurmu dalam tempoh yang cukup untuk berfikir bagi orang-orang yang mahu berfikir, dan (apakah tidak) datang kepadamu pemberi peringatan? (al-Fathir: 37)

Menurut Ibnu Abbas, Hasan al-Bashri, al-Kalbi, Wahab bin Munabbih, dan Masruq, yang dimaksud dengan “umur panjang dalam tempoh yang cukup untuk berfikir” dalam ayat tersebut tidak lain adalah ketika berusia 40 tahun.

Menurut Ibn Kathir, ayat ini memberikan petunjuk bahawa manusia apabila menjelang usia 40 tahun hendaklah memperbaharui taubat dan kembali kepada Allah dengan bersungguh2.

Apabila itu berlaku menjelang usia 40 tahun, maka Allah memberikan janjiNya dalam ayat selepas itu: (maksudnya) Kematangan.

Usia 40 tahun adalah usia matang untuk kita bersungguh-sungguh dalam hidup. Mengumpulkan pengalaman, menajamkan hikmah dan kebijaksanaan, membuang kejahilan ketika usia muda, lebih berhati-hati, melihat sesuatu dengan hikmah dan penuh penelitian. Maka tidak hairan tokoh-tokoh pemimpin muncul secara matang pada usia ini. Bahkan Nabi s.a.w, seperti yang disebut oleh Ibn ‘Abbas:

“Dibangkitkan Rasulullah s.a.w pada usia 40 tahun” (riwayat al-Bukhari).
Nabi Muhammad saw. diutus menjadi nabi tepat pada usia 40 tahun. Begitu juga dengan nabi2 yang lain, kecuali Nabi Isa as. dan Nabi Yahya as.

Banyak negara menetapkan untuk menduduki jabatan2 elit seperti ketua negara, disyaratkan bakal calon harus telah berusia 40 tahun. Masyarakat sendiri mengakui prestasi seseorang mantap tatkala orang itu telah berusia 40 tahun. Soekarno menjadi presiden pada usia 44 tahun. Soeharto menjadi presiden pada umur 46 tahun. J.F. Kennedy 44 tahun. Bill Clinton 46 tahun. Paul Keating 47 tahun. Sementara Tony Blair 44 tahun.

Mengapa umur 40 tahun begitu penting.

Menurut Ibnu Qayyim Al-Jauziyah usia manusia diklasifikasikan menjadi 4 (empat) period, iaitu
1. Kanak-kanak ( sejak lahir hingga akil baligh )
2. Muda atau syabab ( sejak akil baligh hingga 40 tahun )
3. Dewasa ( 40 tahun hingga 60 tahun )
4. Tua atau syaikhukhah ( 60 tahun hingga mati )

Usia 40 tahun adalah usia ketika manusia benar-benar meninggalkan masa mudanya dan beralih kepada masa dewasa penuh. Kenyataan yang paling menarik pada usia 40 tahun ini adalah meningkatnya minat seseorang terhadap agama sedangkan semasa mudanya jauh sekali dengan agama. Seolah-olah macam satu fitrah di usia ini ramai yang mula menutup aurat dan mendekati kuliah-kuliah agama.

Salah satu keistimewaan usia 40 tahun tercermin dari sabda Rasulullah saw.,

لعَبْدُ الْمُسْلِمُ إِذَا بَلَغَ أَرْبَعِيْنَ سَنَةً خَفَّفَ اللهُ تَعَالَى حِسَابَهُ ، وَإِذَا بَلَغَ سِتِّيْنَ سَنَةً رَزَقَهُ اللهُ تَعَالَى الْإِنَابَةَ إِلَيْهِ ، وَإِذَا بَلَغَ سَبْعِيْنَ سَنَةً أَحَبَّهُ أَهْلُ السَّمَاءِ ، وَإِذَا بَلَغَ ثَمَانِيْنَ سَنَةً ثَبَّتَ اللهُ تَعَالَى حَسَنَاتِهِ وَمَحَا سَيِّئَاتِهِ ، وَإِذَا بَلَغَ تِسْعِيْنَ سَنَةً غَفَرَ اللهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ وَمَا تَأَخَّرَ وَشَفَّعَهُ اللهُ تَعَالَى فِى أَهْلِ بَيْتِهِ ، وَكَتَبَ فِى السَّمَاءِ أَسِيْرَ اللهِ فِى أَرْضِهِ – رواه الإمام أحمد

“Seorang hamba muslim bila usianya mencapai 40 tahun, Allah akan meringankan hisabnya (perhitungan amalnya). Jika usianya mencapai 60 tahun, Allah akan memberikan anugerah berupa kemampuan kembali (bertaubat) kepadaNya. Bila usianya mencapai 70 tahun, para penduduk langit (malaikat) akan mencintainya. Jika usianya mencapai 80 tahun, Allah akan menetapkan amal kebaikannya dan menghapus amal keburukannya. Dan bila usianya mencapai 90 puluh tahun, Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan dosa-dosanya yang dahulu, Allah juga akan memberikan pertolongan kepada anggota keluarganya, serta Allah akan mencatatnya sebagai tawanan Allah di bumi. (riwayat Ahmad)

Hadis ini menyebut usia 40 tahun paling awal memiliki komitmen terhadap penghambaan kepada Allah swt. sekaligus konsisten terhadap Islam, maka Allah swt. akan meringankan hisabnya. Orang yang usianya mencapai 40 tahun mendapatkan keistimewaan berupa hisabnya diringankan. Tetapi umur 40 tahun merupakan saat harus berhati2 juga. Ibarat waktu, orang yang berumur 40 tahun mungkin sudah masuk senja. Abdullah bin Abbas ra. dalam suatu riwayat berkata, “Barangsiapa mencapai usia 40 tahun dan amal kebajikannya tidak mantap dan tidak dpt mengalahkan amal keburukannya, maka hendaklah ia bersiap-siap ke neraka.”

Imam asy-Syafi’i tatkala mencapai usia 40 tahun, beliau berjalan sambil memakai tongkat. Jika ditanya, jawab beliau, “Agar aku ingat bahwa aku adalah musafir. Demi Allah, aku melihat diriku sekarang ini seperti seekor burung yang dipenjara di dalam sangkar. Lalu burung itu lepas di udara, kecuali telapak kakinya saja yang masih tertambat dalam sangkar. Komitmenku sekarang seperti itu juga. Aku tidak memiliki sisa2 syahwat untuk menetap tinggal di dunia. Aku tidak berkenan sahabat-sahabatku memberiku sedikit pun sedekah dari dunia. Aku juga tidak berkenan mereka mengingatkanku sedikit pun tentang hiruk pikuk dunia, kecuali hal yang menurut syara’ lazim bagiku. Di antara aku dan dia ada Allah.”

Lantas, apa yang harus kita lakukan menginjak usia 40 tahun?
1. Meneguhkan tujuan hidup
2. Meningkatkan daya spiritual
3. Menjadikan uban sebagai peringatan
4. Memperbanyak bersyukur
5. Menjaga makan dan tidur
6. Menjaga istiqamah dalam ibadah.

Jika ada yang mengatakan bahawa: Life began at forty, saya cenderung berpendapat kehidupan yang dimaksudkan ialah kehidupan terarah kepada mendekatkan diri kepada penciptaNya dengan sebenar-benarnya. Tetapi satu perkara yang kita harus sentiasa sedar bahawa kematian memanggil kita bila-bila masa tanpa tanda, tanpa alamat dan tanpa mengira usia. Jika kita beranggapan harus menunggu usia 40 tahun untuk baru memulakan kehidupan yang dimaksudkan di atas, maka rugi dan sia-sia lah hidup kita jika umur kita tidak panjang.

Maksud sabda Nabi Muhammad S.A.W ,” Orang yang bijak adalah orang yang selalu mengingati mati”.

Ramai manusia tertipu dengan keindahan dunia dan isinya yang bersifat sementara. Sejak Nabi Adam a.s. sehingga kini, kesemuanya telah kembali kepada Allah swt. tidak kira kaya atau miskin, berpangkat atau tidak. Mengingati mati bukan bermakna kita akan gagal di dunia tetapi dengan mengingati mati kita akan menjadi insan yang berjaya di dunia dan di akhirat. Janganlah menunggu sehingga esok untuk membuat persediaan menghadapi kematian, kerana mati boleh datang pada bila-bila masa.

* Sumber dari peribadirasulullah.wordpress.com

Wednesday, 15 January 2014

Alhamdulillah, buku pertama sy Falsafah & Pendidikan di Malaysia telah keluar di pasaran.. kpd pembaca & mahasiswa IPGM semester 1 dlm subjek EDU3101 FP..boleh lah membuat rujukan & dptkan di pasaran skrg!! Kpd yg berminat boleh contact sy utk dapatkan diskaun




Assalamualaikum Ya Rasulullah.. Di kesempatan ini, sempena KelahiranMU pd 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dgn 23 April 571 M, sy ingin mengucapkan selamat menyambut kelahiran yg menjadi Rahmat kpd Sekelian Alam ini..yg jatuh pd hari esok bersamaan 14 Jan 2014 M...& kpd seluruh Umat Islam diucapkan SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL 12 Rabiulawal 1435H.. Jom berselawat












BUKIT UHUD~ teruja & merasai semangat perjuangan Rasul & pengikutnya. Lokasi yg pernah mnjadi medan perjuangan & menyaksikan gugurnya Hamzah b Abdul Muttalib bersama 70 para syuhada pd bulan Syawal thn k-3 hijrah. Bukit ini adlah bukit terbesar & terpanjang di Madinah. Di sini berlakunya pertempuran sengit antara tentera Islam dan musyrikin dari Makkah. AL-FATIHAH



Berada di Jabal Rahmah Bukit Cinta Kasih Adam & Hawa.. tempat pertemuan Nabi Adam & Siti Hawa yg diusir dari surga ke dunia ini. Mereka terpisah selama 300 tahun, kemudian Allah mempertemukan keduanya di tempat yg skrg disebut Jabal Rahmah di tengah Padang Arafah. Itulah monumen cinta pertama peradaban kemanusiaan yang disimbolkan sebuah tugu di Padang Arafah.. Alhamdulillah mengambil keberkatan mereka agar jodoh kami juga berkekalan bahagia sampai syurga.. amin Ya Rabbal Alamin

Mendaki Bukit Nur menjejaki tempat persembunyian Rasul dr kafir Quraisy & tempat turunnya wahyu 1 kpd Rasul gua Hira'..masih segar tercium haruman bauMu Ya Rasulillah sprti baru semlm engkau meninggalkan kami..





Dari Abi Sa’id al-Khurdri ia berkata, “Rasulullah SAW bersabda, “Tempat di antara kubur dan mimbarku ini adalah Raudhah (kebun) di antara beberapa kebun syurga”. (Musnad Ahmad bin Hanbal)


Byk riwayat ttg akn runtuhnya Kaabah di akhir zaman. Diriwayatkan dari Abu Hurairah R.A bhw Rasulullah SAW bersabda: "Kaabah akn diruntuhkan oleh seorg yg berkaki bengkok berbangsa Habsyah”. Diriwayatkan dr Ibnu Abbas RA bhw Rasulullah SAW bersabda: "Tanda org tsbut berkulit hitam, berkaki bengkok, dia meruntuhkan batu dinding Kaabah satu per satu”. Cepatlah kalian yg belum menjadi tetamu Allah berkunjung ke Baitullah Al-Haram sebelum diruntuhkan...



TAFAKKUR DI RAUDHAH

Merindui saat2 mengerjakan umrah bersama ahli2 rombongan Drs Roslan Husindll di Madinah yg bercahaya & Mekah yg mulia (Alharamain)... setiap solat 5 waktu berada dlm Masjid Nabawi & Masjidil Haram berebut2 mengambil tempat yg berkat & makbul doa sprt Raudhah, Multazam, Hijir Ismail, depan Kaabah yg mulia 


AL HARAMAIN

Alhamdulillah telah selamat pergi & balik menunaikan Umrah & Ziarah di Al Haramain pd 21 Dis-02 Jan 2014.. Ia menjadi kenangan yg tdk dpt dilupakan dlm lipatan sejarah kehidupan ini.. Semoga mendpt Umroh yg mabrur.. amin ya Rabbal alamin



Bersama tetamu Allah dari Egypt






 Bersama tetamu Allah dari Pakistan


Bersama tetamu Allah dari Yamen





Wednesday, 13 November 2013

Sunday, 3 November 2013

Monday, 5 August 2013

Sunday, 28 July 2013

Lailatul Qadar; bilakah?

Lailatul Qadar

Lailatul Qadar (Malam Qadar) yang dinyatakan di dalam al-Quran sebagai, “lebih baik daripada seribu bulan” (97:3). Apa-apa ibadah yang dilakukan pada malam ini seperti membaca al-Quran, mengingati Allah, dan lain-lain adalah lebih baik daripada beribadah untuk 1000 bulan yang tidak mengandungi malam Qadar.
Rasulullah saw sendiri memaksa dirinya dengan ketaatan dalam sepuluh malam terakhir  berbanding pada masa lain.  
Aishah (RA) berkata bahawa nabi: Carilah Lailatul Qadr pada malam bernombor ganjil pada sepuluh malam terakhir Ramadan (Bukhari).
Nabi berkata: “Sesiapa sembahyang pada malam Qadar dengan iman dan harapan untuk ganjarannya, semua dosa-dosa sebelum ini akan diampuni.”(Bukhari dan Muslim dari Abu Huraira).
1.Luangkan masa untuk Allah.
Kita akan berehat seketika  untuk hampir segala-gala aktiviti didalam hidup. Kenapa tidak kali ini dengan memberi tumpuan kepada menyembahan dan mengucapkan terima kasih kepada Pencipta kita.
Sekurang-kurangnya kita mengambil sedikit masa jika boleh. Berjaga pada waktu malam untuk melakukan Ibadah qiamullail, tidak perlu risau tentang untuk pergi bekerja pada keesokan harinya. Insyallah, ia tidak akan menjejaskan kita pun. Siyes!
2.  I’tikaf.
Ia adalah amalan Rasulullah untuk menghabiskan sepuluh hari terakhir dan malam Ramadan, duduk dalam masjid untuk I’tikaf.
Orang-orang yang beri’tikaf tinggal di masjid sepanjang masa ini, melaksanakan pelbagai bentuk amalan (mengingati Allah), seperti melakukan solat sunat, membaca dan memahami al-Quran. 
3. Amalkan Doa khas ini.
Aishah, ra berkata: Aku pernah bertanya Rasulullah saw‘Wahai Rasulullah, jika aku tahu bila malam adalah malam Qadar, apakah yang perlu aku ucapkan semasa doa?’
Baginda berkata: “Katakanlah: Ya Allah, Engkau adalah Pemaaf dan suka memaafkan, maka maafkan aku. ” (Ahmad, Ibn Majah, dan Tirmidzi).
4.Merenung makna al-Quran.
Pilih surah terkini atau surah yang anda pernah mendengar dalam Tarawih dan membaca terjemahan dan Tafsir. Kemudian berfikir secara mendalam tentang makna dan bagaimana ia memberi kesan kepada anda.
5.  Berdoa supaya dosa dihapuskan.
Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah (Nabi Muhammad) berkata: Sesiapa yang berdiri (mengerjakan sembahyang) pada malam Lailatul Qadar, mengharapkan pahala dari sisi Allah,  semua dosanya pada masa lalu akan diampuni. [Bukhari dan Muslim).
.
Cuba untuk membuat doa anda lebih panjang, lebih mendalam dan bermakna. Jika anda sudah biasa dengan surah yang   panjang, baca terjemahan dan penjelasan. Hayati makna daripada surah.
Ini adalah cara yang baik untuk meningkatkan tumpuan, walaupun dalam sembahyang, di mana ramai daripada kita cenderung untuk menjadi lalai dan / atau mudah terganggu.
6.Buat satu senarai Doa peribadi.
Tanya diri kita apa yang kita benar-benar mahu dari Allah. Buat senarai setiap dan segala-galanya, tidak kira betapa kecil atau berapa besar, sama ada ia berkaitan dengan dunia ini atau tidak. Allah suka mendengar doa dan permintaan daripada kita
.
7. Amalkan Doa Panjang, Ikhlas dan Mendalam
Salah satu masa terbaik untuk melakukan ini ialah pada bahagian terakhir malam.
Abu Huraira ra, berkata bahawa nabi bersabda: Apabila berakhir satu pertiga malam, Allah, Yang Amat Terpuji turun ke langit bumi dan berfirman: Siapakah yang berdoa untuk Ku? Siapa yang berdoa untuk ku memohon apa-apa akan ku perkenankan. Dan yang yang memohon keampunan kepada-Ku, Aku akan memaafkannya. (Bukhari, Muslim).
Bangun satu jam sebelum masa sahur untuk meminta kepada Allah untuk apa-apa dan semua yang kita mahu. Ini boleh dilakukan dengan  doa dalam bahasa kita sendiri ( tidak semestinya bahasa arab ), dengan ikhlas dan keyakinan.

8.Berbuka dengan keluarga
Jika kita selalu menghabiskan masa berbuka pada hari-hari bekerja di dalam pejabat di tempat kerja, kini beberapa hari terakhir Ramadan ini habiskanlah masa berbuka dengan keluarga kita
Tips ini adalah sebahagian kecil daripada apa yang boleh kita dilakukan. Tentukan bagaimana  malam yang lebih baik daripada seribu bulan ini digunakan.
Ini akan membantu kita untuk mengelakkan daripada kerugian pada Malam Lailatul-Qadar iaitu dalam 10 hari terakhir..

Popular Posts