"Barang siapa memudahkan urusan (mukmin) yang sulit nescaya Allah akan memudahkan urusannya di dunia & akhirat" -Hadith Riwayat Imam Muslim-

Wednesday, 8 July 2009

Sains, Matematik dalam bahasa Melayu mulai 2012

PUTRAJAYA 8 Julai - Matapelajaran Sains dan Matematik di sekolah rendah dan kebangsaan akan diajar dalam bahasa Melayu berkuatkuasa pada 2012.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengumumkan keputusan Kabinet itu berkata, pengajaran dan pembelajaran kedua-dua matapelajaran itu di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil pula dalam bahasa ibunda masing-masing.
Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, kerajaan juga memutuskan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris di semua peringkat persekolahan dimantapkan.
Katanya, pelaksanaan bermula secara bertahap iaitu bagi tahun satu, tahun empat, tingkatan satu dan tingkatan empat.
Perubahan dasar itu bagaimanapun tidak melibatkan tingkatan enam dan matrikulasi.
SEBAGAI WARGA PENDIDIK, APA KOMEN ANDA SETELAH IANYA BERJALAN HAMPIR 6 TAHUN

1 comment:

azfarakatsuki said...

mengapa dasar ni tidak melibatkan tingkatan enam dan matrikulasi ek...sdgkan konsep pmahaman sesuatu pmbljrn tu brmula dr bwh...hmm...xpaham2...lebih baik diseragamkan..klau dier ckp plaksanaan brtahap,mybe ada kmgkinan diseragmkan kpd smua..ttpi statement "Perubahan dasar itu bagaimanapun tidak melibatkan tingkatan enam dan matrikulasi" menimbulkan tnda tnya..anyway..no comment bout this..huhhuhu..

Popular Posts

There was an error in this gadget