"Barang siapa memudahkan urusan (mukmin) yang sulit nescaya Allah akan memudahkan urusannya di dunia & akhirat" -Hadith Riwayat Imam Muslim-

Friday, 30 October 2009

IKTIBAR GEMPA DI PADANG

Baru-baru ini pada 30 September 2009, berlaku kejadian gempa bumi besar di Padang , Sumatera Barat , Indonesia . Ia berlaku tepat jam 17:16 (Waktu Indonesia ). Kemudian disusuli dengan gempa kedua pada jam 17:58. Pada keesokan pula, berlaku satu lagi gegaran di Jambi pada jam 8:52.

Gempa bumi yang malanda Indonesia kali ini cukup besar dengan saiz yang direkodkan ialah 7.6 skala Richter. Hingga kini, angka korban yang dicatatkan menghampiri 1000 orang, dan beberapa buah kampung sudah diisytiharkan sebagai tanah perkuburan besar selepas operasi mencari mangsa yang tertimbus dihentikan.

Beberapa hari selepas tragedi gempa tersebut, tersebar melalui email dan SMS satu andaian mengaitkan waktu-waktu gempa dengan beberapa ayat Al-Quran. Berikut adalah contoh tulisan yang tersebar:

“Cuba perhatikan gempa di Padang pada jam 17.16 petang, kemudian susulan gempa pada jam 17.58 petang dan esoknya terjadi gempa di Jambi pada jam 08.52 (waktu antarabangsa).
Jam 17.16 (iaitu surah ke-17, al-Israk, ayat 16) bermaksud: Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah), tetapi mereka melakukan kederhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.

Jam 17.58 (surah ke-17, al-Israk, ayat 58) bermaksud: Tidak ada suatu negeri pun (yang derhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu sudah tertulis di dalam kitab (Luh Mahfuz).

Jam 08.52 (surah ke-8, al-Anfal, ayat 52) bermaksud: (keadaan mereka) seperti Firaun dan pengikutnya serta orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat Allah, maka Allah menyeksa mereka disebabkan dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras seksaan-Nya.”
Persoalannya, bolehkah mengaitkan secara langsung tiga ayat Al-Quran di atas dengan tiga gegaran gempa bumi baru-baru ini berdasarkan persamaan antara waktu gempa dengan nombor surah dan ayat Al-Quran?

Saya cuba membawakan beberapa fakta yang mempertikaikan kebenaran teori mengaitkan waktu kejadian dengan nombor surah dan ayat Al-Quran.

1- Waktu-waktu gempa tersebut (17:16, 17:58, dan 08:52) adalah mengikut standard Waktu Min Greenwich (Greenwich Mean Time) ataupun ringkasnya GMT. Untuk pengetahuan, sistem waktu GMT hanya mula diperkenalkan sekitar tahun 1884 dan Kota Greenwich yang terletak di Britain dipilih sebagai pusat.
Ini bermakna teori mengaitkan waktu gempa dengan nombor surah dan ayat Al-Quran hanya relevan selepas diperkenalkan sistem waktu GMT iaitu pada tahun 1884. Maka jelas bahawa ini adalah teori yang baru, yang tidak pernah diketahui oleh ulama terdahulu, apatah lagi pada zaman Kenabian.

2- Teori mengaitkan waktu peristiwa dengan nombor dan ayat Al-Quran hanya terhad kepada 24 surah pertama sahaja, iaitu daripada Surah Al-Fatihah hingga Surah Al-Nuur. Ia juga terhad kepada 59 ayat pertama sahaja daripada 24 surah berkenaan. Kerana, sistem waktu ini hanya mempunyai 24 jam, dan setiap jam mempunyai 60 minit.
Jumlah keseluruhan surah dalam Al-Quran ialah 114 buah. Bererti terdapat 90 surah lagi dalam Al-Quran yang langsung tidak boleh diaplikasikan kaedah penafsiran ini. Manakala 24 surah pertama pula, hanya 59 ayat pertama sahaja yang berkaitan dengan kaedah ini.

3- Mengikut teori ini, angka jam dipadankan dengan nombor surah, dan angka minit dipadankan dengan nombor ayat. Contohnya pukul 17:16 boleh dipadankan dengan surah ke-17 iaitu Al-Isra’ dan ayat yang ke-16 daripada surah tersebut.
Soalnya, dari manakah kaedah padanan ini diambil? Adakah dari seorang rasul yang diutuskan, atau dari akal yang keterlampauan?

4- Jika teori ini benar dan bukannya kebetulan, sudah pasti setiap peristiwa besar seperti gempa dan tsunami boleh dirujuk terus kepada ayat Al-Quran dengan melihat kepada waktunya yang dipadankan kepada ayat Al-Quran.
Atau sekurang-kurangnya dengan mengatakan bahawa sejak diperkenalkan sistem waktu GMT pada 1884, maka setiap peristiwa besar yang berlaku boleh dirujuk ayat Al-Quran dengan memadankan antara waktu dengan nombor surah dan ayat.
Tetapi selepas membuat beberapa padanan terhadap beberapa kejadian gempa sebelum ini, didapati bukan semua kejadian gempa bumi sesuai dipadankan dengan nombor surah dan ayat. Hasil yang diperolehi kebanyakannya tidak menunjukkan sebarang kaitan antara ayat berkenaan dengan kejadian.

5- Kaedah-kaedah memadankan angka samada waktu atau tarikh dengan ayat Al-Quran adalah satu bentuk mempermain-mainkan ayat Al-Quran. Sebelum ini terdapat kajian berdasarkan angka Al-Quran mengatakan bahawa peristiwa 11 September sudah pun diisyaratkan di dalam Al-Quran. Dan kajian-kajian angka seperti ini juga menghasilkan satu ramalan bahawa Qiamat akan berlaku pada 2012 akan datang. Lihatlah kesesatan manusia apabila memahami Al-Quran dengan kaedah yang direka-reka.
Perlu difahami, ini bukan bermakna dilarang mengambil iktibar sesuatu peristiwa daripada ayat Al-Quran. Malahan, kita dituntut supaya merujuk kepada Al-Quran dan Al-Sunnah dalam apa jua pertikaian dan permasalahan dalam kehidupan.
Contohnya, peristiwa gempa seperti ini boleh dikaitkan dengan ayat 22-23 surah Al-Hadid yang bermaksud:
“Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri”.

Jika diikutkan teori mereka, sampai bila-bila pun sebarang peristiwa bencana tidak dapat dikaitkan dengan ayat ini kerana kedudukannya ialah pada 57:22, sedangkan sistem waktu hanya mempunyai 24 jam sahaja.

Kesimpulannya, ambil lah iktibar daripada Al-Quran berdasarkan padanan antara peristiwa dengan makna dan tafsiran satu-satu ayat Al-Quran. Bukan berdasarkan padanan antara waktu dan nombor ayat Al-Quran.
Sekian.

Sunday, 25 October 2009

LABBAIKALLAHU MMALABBAIK

21 Okt 2009 bersamaan 02 Zulkaedah 1430H, LabbaikaLLAHU mmalabbaik labbaikala syarikala kala baik innal hamda wannikmata........ Penerbangan jemaah haji yang pertama di Malaysia telah bermula. Alhamdulillah Selamat Berangkat Para Jemaah Haji Malaysia semoga mendapat haji mabrur. Di IPGMKKB, 2 orang rakan pensyarah telah berangkat pada 21 Okt 2009 yang lalu iaitu Muhaimin dan Iskandar dari Jabatan Bahasa, selamat berangkat dan semoga mendapat haji mabrur haji yang diterima oleh Allah.

Ramai jemaah haji Malaysia menitis air mata ketika menziarahi Makam Saidina Hamzah yang terletak di kaki Bukit Uhud, iaitu kawasan bersejarah yang dulunya pernah mencatatkan sejarah hitam kekalahan pertama tentera Islam di tangan tentera kafir Qurais.

Mereka terlalu hiba melihat keadaan Makam Saidina Hamzah yang disemadikan bersama 69 pejuang Islam yang mati syahid dalam perang Uhud yang mengakibatkan Nabi Muhammad SAW turut cedera dan terpaksa bersembunyi di salah sebuah gua di bukit tersebut.

Saidina Hamzah dibunuh oleh orang suruhan Hindun Utbah bernama Wahsyi AlHabsyi bagi membalas dendam terhadap kematian bapanya dalam perang Badar sebelum itu. Setelah dibunuh, Hindun mengeluarkan jantung Saidina Hamzah dan dimakan.

Makam Saidina Hamzah hanya diletakkan batu-batu bukit berwarna hitam dan di sekitar makam itu pula menempatkan para shuhada yang lain tanpa batu nisan. Kawasan perkuburan itu yang terletak di sebelah masjid dikelilingi oleh pagar besi berlatarbelakangkan Bukit Uhud.

Bagi mereka yang menziarahi kawasan itu akan dapat melihat bukit kecil berhampiran makam tersebut iaitu kawasan di mana pasukan pemanah berkuda melanggar arahan Nabi Muhammad SAW apabila turun dari kedudukan mereka untuk merebut harta rampasan perang sebelum tentera Qurais menyerang balas.

Jemaah Malaysia, Naimah Kasdan, 47, ketika ditemui berkata, dia bersyukur kerana dapat menziarahi makam itu yang mencatatkan kisah sedih mengenai peristiwa gugurnya terlalu ramai tentera Islam termasuk bapa saudara Nabi. Beliau memberitahu, setiap jemaah pasti akan merasa terharu apabila melihat makam tersebut terutama apabila mengingati kisah perang Uhud.
"Sedih dan sayunya apabila melihat keadaan Makam Saidina Hamzah apalagi mengenangkan kematian pejuang-pejuang Islam dalam peperangan itu," kata Naimah yang datang bersama suaminya, Yusoff Bakar, 61, di bawah rombongan Tabung Haji.

Seorang lagi jemaah, Rosni Mahmud Zahidin, 48, pula berkata, beliau terlalu bersyukur kerana mendapat peluang menziarahi makam tersebut. "Selama ini saya hanya mengetahuinya melalui pembacaan tetapi kali ini saya dapat menjejakkan kaki sendiri di kawasan yang pernah mencatatkan kisah hitam kekalahan tentera Islam. "Para syuhada itu terkorban pada peringkat awal kedatangan Islam dan pengorbanan mereka itu amat menyedihkan," katanya.

Bagi pelawat yang menziarahi makam itu digalakkan memberi salam dengan membaca doa, "Mudah-mudahan sejahtera ke atas bapa saudara Nabi Muhammad, Saidina Hamzah bin Abdul Mutalib. Assalamualaikum wahai singa Allah dan singa Rasullullah. Assalamualaikum wahai penghulu syuhada."

Sementara itu, jurucakap Tabung Haji memberitahu, setakat pukul 11.20 malam tadi, jumlah jemaah haji yang selamat tiba di kota Madinah meningkat kepada 5,310 jemaah, manakala jumlah petugas seramai 349 melalui 14 penerbangan.

Thursday, 22 October 2009

AYAT AL QURAN PADA KULIT BAYI


Sungguh ajaib dan luar biasa kejadian Allah SWT. Pakar-pakar perubatan di Rusia bingung berikutan penemuan ayat-ayat suci al-Quran dan Arab pada kulit seorang bayi berusia sembilan bulan di Dagestan, Rusia, lapor sebuah akhbar semalam.
Ayat-ayat itu muncul pada belakang, tangan, kaki dan perut Ali Yakubov pada setiap malam Isnin dan Jumaat sebelum hilang tetapi diganti dengan beberapa ayat al-Quran baru dua kali seminggu.
Pakar-pakar perubatan Rusia menyatakan, mereka tidak tahu bagaimana fenomena itu boleh berlaku selepas perkataan Allah mula muncul pada dagu bayi tersebut ketika dia berusia beberapa minggu.


Namun, ketika mengulas mengenainya, pakar-pakar perubatan dan keluarga bayi itu mengaku bahawa ayat-ayat suci itu menjelma sendiri pada badan Ali dan bukan ditulis oleh manusia.
"Ali akan berasa kurang sihat manakala suhu badannya meningkat kepada 40 darjah Celsius setiap kali ia berlaku menyebabkan dia menangis," kata ibunya Madina Yagubova.
Kini, tempat Ali dilahirkan iaitu di Kampung Red Oktober, Dagestan menjadi tumpuan orang ramai yang mahu melihat keanehan itu.

Paparan mengenai kejadian aneh di Dagestan, wilayah selatan Rusia yang menjadi sasaran pertempuran antara tentera Rusia dengan pejuang-pejuang Islam itu turut dipaparkan di laman perkongsian video YouTube.
"Ali merupakan tanda kebesaran Tuhan. Kelahirannya di Dagestan bagi menyedarkan penduduknya supaya bersatu," kata seorang ahli parlimen di wilayah itu, Akhmedpasha Amiralaev. - Agensi

Monday, 19 October 2009

BEWARE EGGS CAN DONE !!!

BELIEVE OR NOT ?
In China there are fake schools and classes that teach a variety of blatant fraud technology, even eggs can be modulated by chemical materials, but also be able to fry cook, is currently the most popular False course.

Step 1 modulation of raw materials
Using 7 kinds of chemical materials, see pic below

Fake egg was made from calcium carbonate, starch, resin, gelatin, alum and other chemical products.
Step 2
egg production Raw egg into the mold to 2 / 3 full, put calcium chloride, colouring die, the egg appears on the film been announced.

The 'yolk' is shaped in the round mould. 'Magic water' containing calcium chloride is used.

By adding a yellow pigment and become raw egg yolk.

Step 3
fake egg shape In the mold into 1 / 3 raw egg white, like the first package, like dumplings into the egg yolk, egg white into another, into the magic water, a shell eggs will come slowly. Naked egg shape to 1 hour to dry after washing with water, at shells ready.
Step 4
Sewing lines through the use of eggs, immersed in paraffin wax, calcium carbonate, such as modulation of the eggshell into a solution, repeated several times until the shell a little dry, immersion in cold water pumping line shape, this point, the egg has been put on a false cloak , You're done.


Oh yeah The Egg is ready. The artificial egg shell is very fragile and break easily but who cares!! Look so real

Many small bubbles is formed during frying the egg but not many people can tell the difference. The egg look exactly the same, and the eggs taste better than real but you are adding to the statistic of food poisoning person.

Why make fake eggs ?
Because of money.
The cost of fake egg is only 0.55 Yuan/kg, while the true eggs’ market price is 5.6 Yuan/kg.
Cases of problem foods and food poisoning are widely reported in Mainland China over the last few years. In 2001, there were 185 cases of food poisoning, affecting about 15,715 people and causing 146 deaths. The cases doubled in 2002. In 2003, the number of reported cases was ten times more than that in 2001, and the number of people suffered was as high as 29,660, including 262 deaths Now In Sept 2008 Nearly 53,000 Chinese children sick from contaminated milk; 4 have died.

Sunday, 18 October 2009

KITA PRIHATIN

UMAT ISLAM ITU BERSAUDARA, walau di mana kita berada, satu akidah, kita adalah bersaudara, Justeru jika umat Islam ditindas, ditimpa musibah dan dihina, kita hendaklah wajib membantu dan prihatin sesama kita, setidak-tidaknya mendoakan kesejahteraan mereka. Sebagaimana Sabda Nabi SAW : Umat Islam itu umpama satu batang tubuh manusia, jika sakit satu anggota maka terasa sakit semuanya.

Sehubungan dengan itu lebih 8,000 umat Islam menyertai solat hajat perdana anjuran Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan Masjid Negara di Kuala Lumpur kelmarin. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyertai solat hajat itu sebaik sahaja selesai mengerjakan solat Jumaat di Masjid Negara.

Naib Presiden PKPIM, Hasnul Hanif Harun berkata, solat hajat itu untuk mendoakan kesejahteraan saudara Islam di Padang, Indonesia yang dilanda gempa bumi pada 30 September lalu. Menurutnya, PKPIM juga menjadikan tiga kampung di Padang, Sumatera Barat, Indonesia sebagai kampung angkat bagi membantu meringankan beban penduduk di situ. Tiga kampung itu adalah Kampung Durian Pulut-pulut, Kampung Kerambia dan Kampung Batu Nanggai.

Sementara itu, sebanyak RM2,100 berjaya dikutip hasil sumbangan jemaah solat Jumaat untuk diserahkan kepada mangsa-mangsa gempa bumi terbabit.n PARA jemaah mengaminkan doa kesejahteraan untuk umat Islam di Padang, Sumatera Barat, Indonesia yang dilanda gempa bumi selepas solat hajat perdana di Masjid Negara, Kuala Lumpur, kelmarin.

"WALAIN SYAKARTUM LAAZIIDANNAKUM"

SYUKUR NEGARA KITA BEBAS DARIPADA MALA PETAKA DAN MUSIBAH, JUSTERU MARILAH SAMA2 KITA BERSUJUD SYUKUR TANDA TERIMA KASIH KITA KEPADA ALLAH AZZA WAJALLA.. NAUZUBILLAHI MIN ZAALIK.

Saturday, 17 October 2009

15 TERBUNUH KETIKA SOLAT JUMAAT

Zalim dan tidak berhati perut orang yang melakukan ini, semoga Allah membalas atas apa yang dilakukan. Kalau nak membunuh pun biarlah dengan cara yang betul, ini sewaktu umat Islam sedang melakukan ibadah. Neraka jahannam lah orang yang melakukan ini.

BAGHDAD 17 Okt. – Seorang pengebom berani mati bertindak melepaskan tembakan ke arah para jemaah yang sedang mengerjakan solat Jumaat di sebuah masjid di utara Iraq semalam sebelum meletupkan dirinya dan menyebabkan 15 orang terbunuh.

Mangsa yang terbunuh termasuklah ulama Sunni, Abdul-Satar Hassan iaitu anggota parti politik terbesar Sunni yang mengetuai solat Jumaat tersebut di masjid di Tal Afar.

Menurut polis, lelaki itu meletupkan dirinya selepas senjata AK-47 yang digunakannya kehabisan peluru. Seramai 95 orang turut dilaporkan cedera dalam serangan itu, kata doktor di Hospital Tal Afar, Ismail Majeed.

SARAJEVO 17 Okt. – Mahkamah Jenayah Perang Bosnia menjatuhkan hukuman penjara 30 tahun ke atas seorang pegawai Serbia kerana membunuh berpuluh-puluh orang dan terlibat dalam penindasan serta penahanan beribu-ribu penduduk Islam ketika pembunuhan beramai-ramai Srebrenica 1995.

Mahkamah bagaimana pun telah membebaskan bekas kapten, Milorad Trbic, 51, itu dari tuduhan melakukan penghapusan etnik ekoran kekurangan bukti, kata ketua juri Davorin Jukic.
Trbic didapati bersalah terlibat melakukan penindasan terhadap penduduk Islam Bosnia di wilayah Srebrenica, melaksanakan hukuman mati dan pengkebumian beramai-ramai.

Lebih 8,000 penduduk Islam Bosnia yang terdiri daripada lelaki dan kanak-kanak terbunuh dalam pembunuhan beramai-ramai Srebrenica selepas tentera Serbia menawan wilayah itu pada Julai 1995.

Padan muka orang yang melakukan kezaliman ini, itupun belum setimpal lagi dengan kekejaman yang dia lakukan itu, sepatutnya dihukum gantung sampai mati.

Friday, 16 October 2009

JAMUAN HARI RAYA JIP

15 Okt 2009, Majlis Jamuan diadakan di Bilik KJ yang dihadiri oleh Tuan Pengarah, KJ, KU, Pensyarah dan staf sokongan.

Thursday, 15 October 2009

PUASA 6 DI BULAN SYAWAL

Pejam celik kita dah masuk hari ke 26 di bulan syawal, ini bermakna tinggal beberapa hari lagi kita akan meninggalkan bulan syawal ini. Dah berminggu-minggu kita merayakan hari raya aidil fitri dengan mengunjungi rumah terbuka, jamuan2 yang telah diadakan di merata tempat. Jika kami warga pendidik ni setiap hari mengunjungi kelas yang mengadakan jamuan hari raya, pendek kata perut yang susut sebelum ini menjadi buncit kembali seperti yang asal malah lebih jongkit ke depan lagi. Susah betul, maklum lah ini budaya kita budaya orang Melayu yang kita amalkan sejak turun temurun lagi.


Dalam kita bergembira ini, kita hampir terlupa satu lagi amalan yang jika jalankan kita akan mendapat ganjaran yang berlipat ganda, iaitu puasa sunat 6 hari di bulan syawal. Alhamdulillah pada tahun ini dapat dilaksanakan dengan sempurna. Memang berbeza dengan puasa di bulan ramadhan, ianya amat mencabar kerana kita berpuasa ketika orang lain tidak berpuasa.

Banyak kelebihan dan keutamaan puasa 6 hari bulan syawal ini, seperti yang dibahaskan di bawah ini;


Dari sahabat Abu Ayyub Al Anshoriy, beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:


“Barang siapa yang berpuasa Ramadhan kemudian berpuasa enam hari di bulan Syawal, maka dia berpuasa seperti setahun penuh.” (HR. Muslim)


Pada hadits ini terdapat dalil tegas tentang dianjurkannya puasa enam hari di bulan Syawal dan pendapat inilah yang dipilih oleh madzhab Syafi’i, Ahmad dan Abu Daud serta yang sependapat dengan mereka. Sedangkan Imam Malik dan Abu Hanifah menyatakan makruh. Namun pendapat mereka ini lemah karena bertentangan dengan hadits yang tegas ini. (Lihat Syarh An Nawawi ‘ala Muslim, 8/56)


Dari Tsauban, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
“Barang siapa berpuasa enam hari setelah hari raya Idul Fitri, maka dia seperti berpuasa setahun penuh. [Barang siapa berbuat satu kebaikan, maka baginya sepuluh kebaikan semisal].” (HR. Ibnu Majah dan dishohihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Irwa’ul Gholil)


Orang yang melakukan satu kebaikan akan mendapatkan sepuluh kebaikan yang semisal. Puasa ramadhan adalah selama sebulan berarti akan semisal dengan puasa 10 bulan. Puasa syawal adalah enam hari berarti akan semisal dengan 60 hari yang sama dengan 2 bulan. Oleh karena itu, seseorang yang berpuasa ramadhan kemudian berpuasa enam hari di bulan syawal akan mendapatkan puasa seperti setahun penuh. (Lihat Syarh An Nawawi ‘ala Muslim, 8/56 dan Syarh Riyadhus Sholihin, 3/465). Segala puji bagi Allah yang telah memberikan nikmat ini bagi umat Islam.


Semoga dengan sedikit penjelasan ini dapat mendorong kita melakukan puasa enam hari di bulan Syawal, semoga amalan kita diterima dan bermanfaat pada hari yang tidak bermanfaat harta dan anak kecuali yang menghadap Allah dengan hati yang bersih.

Tuesday, 6 October 2009

GURU DAKWA PENGETUA

06/10/2009 7:01pm

KUANTAN 6 Okt. — Seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Mahkota, Jalan Gambang di sini mengemukakan saman RM228,000 terhadap pengetua sekolah terbabit kerana didakwa menjejaskan reputasinya.

Rozilah Abdullah, 37, yang memfailkan saman itu di pejabat Pendaftar Mahkamah Sesyen di sini melalui Tetuan Balkhis Alias & Co pada 12 Ogos lepas menamakan pengetua, Aluwiyah Osman sebagai defendan.

Kes itu ditetapkan untuk sebutan pada hari ini, namun Hakim Hassan Abdul Ghani kemudian menetapkan 5 Nov. ini sebagai sebutan semula selepas wakil Pejabat Peguam Negara memohon tempoh masa untuk memfailkan penyataan balas terhadap tuntutan saman berkenaan.

Dalam pernyataan tuntutan itu, Rozilah mendakwa pada 24 Julai tahun lepas, defendan memalukannya di hadapan guru lain dengan menuding jari ke arahnya serta menyatakan beliau enggan mematuhi perintah defendan.

Rozilah mendakwa defendan telah membuat satu laporan terhadapnya dan berikutan itu seorang kaunselor daripada Pejabat Pelajaran Daerah Kuantan memanggilnya ketika beliau sedang mengajar memaklumkan satu laporan telah dibuat terhadapnya.

Rozilah, yang telah bertugas selama 13 tahun sebagai guru, mendakwa akibat laporan defendan, beliau telah menerima surat bertarikh 13 Feb. 2009 yang menyatakan tiada pergerakan gaji bagi beliau untuk tahun 2009.
Beliau juga mendakwa tidak pernah diberikan peluang membela diri kerana tidak dipanggil atau diberikan peluang menjawab laporan yang dibuat oleh ketuanya itu. - Bernama

Saturday, 3 October 2009

400 hadir kenduri hilang ditelan bumi ketika gempa

JAKARTA 3 Okt. - Kira-kira 400 orang yang sedang menghadiri satu majlis pernikahan dikhuatiri hilang ditelan bumi di Dusun Pulau Aik, Padang Pariaman ketika gempa bumi berkekuatan 7.6 skala Richter melanda Sumatera Barat pada 5.16 petang 30 September.

Kebimbangan itu berdasarkan keadaan kampung itu yang kini rata ditutupi tanah dan menara masjid, yang merupakan struktur tertinggi di situ, bahkan juga sudah tidak kelihatan.

“Mereka ditelan bumi sedalam 30 meter akibat gempa dan longsor (tanah runtuh),” kata Ketua Pusat Penanganan Krisis Kementerian Kesihatan Indonesia, Rustam S.Pakaya yang dipetik detikcom, hari ini.

Sambil menyebut bahawa pasukan mencari dan menyelamat tidak mungkin menggali sedalam 30 meter untuk mengeluarkan mangsa beliau berkata, dengan tenggelamnya kampung itu, proses mencari dan menyelamat sangat sukar untuk dijalankan walaupun pasukan pencari masih berusaha.

Tragedi di kampung itu merupakan satu daripada beberapa kejadian serupa apabila mangsa tertimbus dan terhimpit di celah runtuhan bangunan, yang kini mendapat perhatian setelah komunikasi dan jalan raya mulai dapat berfungsi semula.-Bernama

Popular Posts