"Barang siapa memudahkan urusan (mukmin) yang sulit nescaya Allah akan memudahkan urusannya di dunia & akhirat" -Hadith Riwayat Imam Muslim-

Thursday, 26 November 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA

27 November 2009 bersamaan dengan 10 Zulhijjah 1430H merupakan Hari Raya Aidil Adha, namun sebelum membicarakan hari raya Aidil Adha, ada kelebihan puasa sunat 9 Zulhijjah (Hari Arafah) seperti dalam hadits Nabi disebut : “Yang menyaksikan ialah hari arafah dan yang disaksikan ialah hari kiamat ” (Hadith riwayat Ahmad dan Baihaqi). “Tidak ada hari yang lebih banyak dibebaskan oleh Allah akan hambaNya daripada neraka lebih dari hari Arafah” (Riwayat Muslim).

Berpuasa pada hari ‘Arafah


Tidak dinafikan bahawa puasa adalah di antara amalan yang terbaik dan ianya adalah pilihan Allah Ta’ala sendiri sebagaimana yang dinyatakan di dalam sebuah hadith qudsi :
“Puasa itu adalah bagiKu dan Akulah yang membalasinya, dia meninggalkan keinginan nafsunya, makanan dan minumannya semata-mata keranaKu”.


Dari Abu Sa’id al Khudri Radhia Allah ‘anhu berkata : ‘Rasulullah Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda :

“Tiada seorangpun yang berpuasa pada satu hari di jalan Allah melainkan Allah menjauhkan dengan puasanya itu mukanya dari api neraka sejauh tujuh puluh tahun” (muttafaq ‘alaih).

Imam Muslim Rahimahullah meriwayatkan dari Abi Qatadah Radhia Allah ‘anhu bahawa Rasulullah Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda :


“Puasa pada hari ‘Arafah, saya mengharap Allah akan menghapuskan (dosa) setahun yang lalu dan setahun yang mendatang”.


10 Zulhijjah Hari Raya Aidil Adha
Disyari’atkan amalan korban (menyembelih haiwan ternakan) pada hari raya haji dan hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah). Ia merupakan sunnah (amalan) Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihis Solatu was Salam setelah Allah Ta’ala mengujinya dengan perintah menyembelih anaknya Ismail ‘Alaihis Solatu was Salam tetapi ditebus ujian itu dengan digantikan seekor haiwan untuk disembelih.
Imam Muslim Rahimahullah meriwayatkan dari Ummu Salamah Radhia Allah ‘anha bahawa Nabi Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda :
“Apabila kamu telah melihat anak bulan Zulhijjah dan ada di kalangan kamu yang ingin berkorban (sembelih haiwan ternakan), hendaklah dia menahan dirinya dari (memotong) rambut dan kukunya”
dan di dalam riwayat lain :
“Maka janganlah dia memotong rambut dan kukunya sehinggalah dia berkorban”.
Perintah (sunat) ini berkemungkinan ada persamaan dengan hukum bagi mereka yang membawa haiwan ternakan (ketika mengerjakan haji) dari kampung mereka yang telah dijelaskan oleh Allah Ta’ala, maksudnya :
“(Dan janganlah kamu mencukur rambut kamu sehinggalah haiwan ternakan (yang dibawa untuk dihadiahkan dagingnya kepada penduduk Makkah) itu sampai ke tempatnya)”.
Larangan (memotong rambut dan kuku) ini pada zahirnya adalah khusus kepada pemunya haiwan korban tersebut sahaja dan tidak termasuk isteri dan anak-anaknya melainkan mereka juga mempunyai haiwan seumpamanya, dan tidak mengapa jika yang berkenaan membasuh dan menggosok kepalanya kemudian terjatuh beberapa helai rambutnya.


Menunaikan Solat Hari Raya
Setiap muslim hendaklah berusaha untuk menunaikan solat hari raya secara berjamaah, menunggu mendengar khutbah yang dibaca oleh imam selepas selepas solat tersebut supaya mendapat pengajaran daripadanya. Sepatutnyalah dia mengetahui hikmat di sebalik perayaan ini ; ia merupakan hari menyatakan kesyukuran dengan melakukan kebaikan, janganlah pula dilakukan padanya perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah dengan mengerjakan ma’siat, kesombongan, pertengkaran, bermasam muka dan sebagainya yang boleh menjadi sebab kepada terhapusnya amalan-amalan kebaikan yang telah dikerjakannya sebelum itu.


SEMOGA KITA MENDAPAT RAHMAT DAN KEAMPUNAN DARIPADA ALLAH SWT.
"SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA KEPADA SEMUA PENGUNJUNG BLOG INI"

Sunday, 22 November 2009

MESYUARAT M3P DAN PERANCANGAN 2010

14-17 November 2009, Mesyuarat M3P kali ke 6 dan perancangan tahun 2010 telah diadakan di Rumbia Resort Villa Paka, Terengganu. Saya terlibat dalam mesyuarat ini sebagai jawatan Setiausaha Jabatan tahun 2010 yang baru dilantik oleh Ketua Jabatan JIP. Terima Kasih KJ kerana mempercayai bakat dan kebolehan saya. InsyaAllah saya akan lakukan yang terbaik menurut kemampuan saya demi untuk kecemerlangan Jabatan Ilmu Pendidikan. Saya juga akan jalankan amanah yang diberikan.

Saya dan Shukri pergi dengan menumpang menaiki kereta KJ Hj Zahran. Perjalanan untuk sampai ke Paka memakan masa lebih kurang 5 jam iaitu hampir 300 km. Kami bertolak jam 2.30ptg dan tiba jam 7.30 mlm. Sewaktu tiba di Rumbia Resort Villa, kelihatan rakan2 pensyarah sedang menikmati makan malam Cafe Rumbia Resort dan kami pun terus ke cafe tersebut untuk menjamu selera. Selepas makan saya dah Shukri secara kebetulan tinggal sebilik di bilik no 46. Setelah kami masuk ke bilik tersebut, kami dapati pintu tandas tiada tombol dan kurang selesa. Kami mengadu kepada urusetia dan mereka memindahkan kami ke bilik no 49, berdekatan dengan bilik KJ. Rasa selesa sedikit di bilik ini kerana Zaki, Aminuddin, Halim juga menghuni di sini, dapat lah kami berbincang tentang Phd.

Hari demi hari berlalu, kami sibuk mesyuarat membincangkan Visi, Misi, Piagam Pelanggan, Carta Organisasi Jabatan dan perancangan 2010. Tanpa disedari hari terakhir mesyuarat sudah tiba. Jadi kami bertolak balik pada jam 12.30tgh dan sampai ke rumah KJ jam 5.00ptg. Saya dan Shukri bertolak dari rumah KJ dan sampai ke rumah jam 6.00 ptg.

Monday, 16 November 2009

KENAPA PERLU CIUM ANAK ???

Pada Sesiapa yang ada anak tu, ciumlah anak jangan jemu...never realized that cium anak has tremendous pahala towards the parents. Keistimewaan yang bakal diperolehapabila anak-anak anda boleh digelar kanak-kanak atau kupu-kupu syurga. Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.
Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan menyukai kanak-kanak
Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak
Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan membekalkan itu turut diperolehinya.
Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. berkata"Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang aku cium.." Sabda Nabi SAW; "Orang yang tidak menyayangi tidak disayangi. Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk keluarganya dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah memerdekakan anak Nabi Ismail
Seorang lelaki bertanya; "Ya Rasulullah, kepada siapakah aku berbakti?
Jawab baginda; "Berbaktilah kepada ibu bapamu."
Kata lelaki itu lagi; "Ibu bapaku sudah tiada lagi."
Sabda Nabi SAW; "Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu."
Wallahualam bissawab

Friday, 13 November 2009

MOTIVASI PERJALANAN PH.D

Mereka yang berjaya menamatkan pengajian hingga ke peringkat Ph.D menceritakan bahawa laluannya bukan mudah dan penuh dengan ranjau berduri. Namun, apakah yang menyebabkan mereka nekad?

SUDAH tiga kali dia mengelilingi Bulatan Bistari berhampiran Seksyen 2, Shah Alam, Selangor. Dr. Siti Zabedah Mohd. Shariff, 53, seolah-olah sukar untuk menentukan arah yang hendak dituju. Semuanya menjadi serba tidak kena memandangkan di fikirannya hanya memikirkan kata-kata penasihat yang memintanya membaiki dan mempertingkatkan tesis Ph.Dnya.
Pada waktu itu Siti Zabedah mula resah dan kecewa. Pening memikirkan kaedah dan informasi tambahan yang diperlukan untuk memantapkan tesis berkenaan. Apatah lagi tempoh tamat pengajian semakin hampir sedangkan dia baru sahaja memulakan bab lima tesisnya.
"Proses pembelajaran di peringkat doktor falsafah (Ph.D) cukup memenatkan dan memeritkan. Sebelum ini saya pernah mendengar keluhan bahawa proses pengajian Ph.D cukup jauh berbeza dengan diploma, ijazah mahupun sarjana. Namun semangat yang berkobar-kobar untuk belajar saya tidak mengendahkan keluhan tersebut.
"Sebaliknya saya berazam untuk menempuh apa saja rintangan yang datang. Namun keazaman itu goyah seketika sebaik sahaja memasuki tahun kelima pengajian. Kesabaran saya diuji. Semakin hampir ke garisan penamat semakin kuat cabaran yang datang," imbas Siti Zabedah yang baru sahaja menerima anugerah Ijazah Doktor Falsafah Sebaran Am, pada Istiadat Konvokesyen ke-71, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam.
Kini pensyarah kanan jurusan kewartawanan, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media itu sudah mampu tersenyum. Pergelutan selama enam tahun melunaskan tesisnya membuahkan hasil.
Perjalanan
Namun dalam membiasakan diri dengan gelaran doktor falsafah, Siti Zabedah masih sukar melupakan keperitan yang dihadapi sepanjang proses pengajiannya.
Laporan tesis yang disusun rapi di atas rak buku sentiasa mengingatkan Siti Zabedah betapa payahnya untuk sampai ke tahap ini. Jelas bekas pelajar Sekolah Menengah Convent Muar, Johor itu proses pembelajaran peringkat Ph.D diibaratkan sebuah perjalanan persendirian. Segala-galanya perlu dilakukan sendiri tanpa bantuan teman mahupun orang sekeliling.
Dia menyifatkan ketika bergelar calon Ph.D, Siti Zabedah bagaikan berada di tengah-tengah antara peranan seorang pensyarah, keluarga, anak dan teman. Pada situasi tersebut semua aspek perlu diuruskan secara serentak tanpa membiarkan ada yang tercicir.
"Saya perlu bijak menguruskan masa. Setiap detik yang berlalu begitu berharga dan saya tidak pernah sia-siakan. Sebab itu selama tempoh pengajian, kehidupan saya bermula seawal pukul 4 pagi. Celik saja mata saya terus menuju ke komputer untuk menyiapkan laporan tesis. Idea-idea pada waktu pagi mencurah-curah memandangkan fikiran kita segar pada waktu itu.
"Tepat saja pada pukul 5.30 pagi saya menguruskan hal rumah tangga seperti mengemas rumah, membasuh baju dan paling utama memasak sarapan pagi dan hidangan tengah hari. Ini kerana selain suami dan anak-anak saya turut menjaga dan menguruskan kebajikan ibu yang sudah berusia dan uzur," jelas Siti Zabedah yang bergegas ke kuliah pada pukul 8 pagi dan tamat pukul 5 petang.
Seharian berada di kampus, Siti Zabedah yang pernah bertugas sebagai penyunting berita di Radio Televisyen Malaysia (RTM), selama 17 tahun seboleh-bolehnya menyiapkan segala keperluan kuliah. Bermula daripada bahan-bahan pengajaran, tugasan atau soalan kuiz, Siti Zabedah mahu sempurnakan segala-galanya secepat mungkin.
Penulisan akademik
Ini kerana waktu di rumah hanya diperuntukkan untuk keluarga dan sebahagian besar menyiapkan laporan tesisnya.
Dalam pada itu dia sentiasa berusaha mencuri masa ke perpustakaan mencari buku dan jurnal untuk dibuat rujukan. Sehinggakan pada hujung minggu Siti Zabedah perlu mengorbankan waktu santainya dengan mengunjungi stesen televisyen yang menjadi bahan kajian tesisnya.
"Tesis merupakan penulisan akademik. Ia tidak sama seperti penulisan rencana mahupun karangan. Setiap ayat yang ditulis perlu disokong dengan fakta dan contoh. Sebab itu setiap calon Ph.D sentiasa sibuk mencari bahan-bahan rujukan dan bukti bagi mendapatkan hasil tesis yang memberangsangkan," kata Siti Zabedah yang pernah berputus asa untuk meneruskan pengajian Ph.D.

Lebih-lebih lagi apabila keputusan itu diambil tatkala tempoh pengajian masuki tahun kelima. Ini kerana pada satu peringkat dia tidak dapat mengawal dan menguruskan banyak perkara secara serentak.

Enggan membiarkan diri merana kerana pengajiannya, Siti Zabedah tegar menghantar Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) kepada penasihatnya untuk tidak meneruskan pengajian. Malangnya niat itu langsung tidak mendapat simpati sebaliknya dia 'dimarahi' kerana tempoh pengajian bakal tamat dalam tempoh setahun saja lagi.
Usahanya meneruskan pengajian bagi menyahut cabaran KPT yang menyasarkan sekurang-kurangnya 60 peratus pensyarah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di seluruh negara memiliki Ph.D menjelang 2020.
Namun sebelum menamatkan bicara, Siti Zabedah sempat melahirkan rasa tidak puas hati kepada individu yang tidak bertanggungjawab membeli dan menghadiri konvokesyen di universiti luar negara tanpa menjalani proses pengajian sebenar.
"Ia tidak adil bagi kami yang bersusah payah dalam segala aspek. Sanggup mengorbankan masa dan tenaga semata-mata untuk memegang segulung Ph.D. Tetapi individu yang memiliki kelulusan palsu ini sangat rugi kerana tidak mempunyai kepakaran menghasilkan kajian dan tesis," katanya.

Sementara itu, graduan termuda Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang menerima Ph.D dalam Kejuruteraan Kimia, Sharifah Rafidah Wan Alwi, 28, dua tahun lalu turut melahirkan rasa kesal mengenai isu Ph.D palsu.
Pensyarah Kanan Bahagian Kejuruteraan Kimia, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor, itu berpendapat, ia adalah tindakan yang tidak patut dan mencemarkan gelaran doktor falsafah.

Mencemar gelaran
Situasi tersebut akan menjejaskan banyak pihak. Misalnya orang tersebut merupakan seorang pensyarah dan menyelia pelajar Ph.D, tapi disebabkan tidak pernah melalui proses Ph.D maka pelajar mereka mungkin kecundang dalam pelajaran.

"Justeru, perkara ini tidak boleh dipandang remeh bagi menjamin generasi masa depan yang cemerlang. Tindakan tegas berbentuk pencegahan perlu diambil untuk membasmi perbuatan ini dari akar umbi. Individu itu juga perlu disenarai hitam oleh majikan bagi memastikan mereka tidak mendapat pekerjaan di tempat lain," kata Sharifah yang pernah membuat kajian teknologi menjimatkan air secara holistik dalam industri dan domestik.
Lebih membanggakan, anak kedua daripada empat orang adik-beradik itu membuat kajian proses integrasi untuk menjimatkan haba. Kaedah baru itu membantu menyasar dan mereka bentuk rangkaian haba secara serentak melalui teknik grafik.
Menceritakan pengalaman pahit dan manis sepanjang pengajian Ph.D, peminat filem Pirate of the Carribean itu menjelaskan, pembentangan viva Ph.D merupakan peristiwa yang sukar dilupakan.

Ini kerana salah seorang penilai viva telah bertanyakan soalan secara bertubi-tubi tanpa memberi peluang kepadanya menjawab. Lebih mengecewakan penilai berkenaan kurang menyokong kaedah penyelesaian Sharifah.
Namun berkat sokongan dan doa keluarga, akhirnya Sharifah yang telah menerbitkan lebih daripada 40 jurnal berjaya meyakinkan penilai itu dan membuat pembetulan laporan tesis dalam tempoh dua minggu saja.

Tambah Sharifah, usia tidak seharusnya menjadi halangan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Ph.D. Sewaktu belajar di peringkat ijazah, Sharifah tidak sabar menamatkan pengajian dan menunggu panggilan temu duga untuk bekerja.
Namun disebabkan terlalu mencintai ilmu dia berasakan adalah lebih elok terus belajar walaupun sudah mendapat panggilan temu duga untuk bekerja.
Lantas dia melalui proses penukaran peringkat sarjana pada doktor falsafah pada semester kedua pengajiannya. Dalam masa dua tahun lapan bulan Sharifah sudah siap menamatkan tesis.

"Sebab itu saya memperoleh Ph.D awal. Melakukan proses pengajian Ph.D secara terus sama seperti membuat sarjana dan kemudian Ph.D. Cuma tempoh pengajian saya ini menjimatkan masa dan tekanan. Tak perlu melalui dua kali pengajian (sarjana dan Ph.D)," ulas Sharifah yang menerima ijazahnya daripada Pro-Canselor UTM, Raja Zarith Sofia Sultan Idris Shah.
Mengapa beliau mengambil keputusan melanjutkan pelajaran ke tahap Ph.D, sedangkan pada awalnya dia mengerti keperitan yang bakal dialami? Jawapan Siti Zabedah cukup ringkas. Dorongan itu berpunca daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Saturday, 7 November 2009

Friday, 6 November 2009

GOMO KLATE GOMO

07 Nov. 2009, Hampir 30 tahun pasukan Kelantan menunggu peluang untuk memasuki perlawanan akhir dalam perlawanan bola sepak piala Malaysia. Kali ini mereka bertemu dengan pasukan N. Sembilan. Peluang untuk kedua- dua pasukan menang adalah 50-50 dengan kekuatan pemain yang seimbang setakat ini.
Lebih 60,000 penyokong Kelantan akan memenuhi Stadium Nasio nal bagi memberi sokongan kepada skuad Kijang pada perlawanan final Piala Malaysia. Ramai di kalangan peminat dan penyokong bolasepak Kelantan telahpun bertolak ke Stadium Nasional Bukit Jalil pada hari ini lagi. Mereka datang untuk memberi semangat dan sokongan padu kepada pasukan Kelantan.

"Semangat boleh dicetuskan oleh penonton dan sebab itu kehadiran penyokong yang ramai juga boleh menaikkan semangat pemain.

"Apa yang penting pemain tahu apa peranan mereka di tengah padang dan perlu mengawal emosi dengan baik,"
Untuk rekod, Kelantan belum pernah menjulang Piala Malaysia walaupun pernah beraksi dalam dua perlawanan akhir iaitu pada edisi 1955 dan 1970.

Negeri Sembilan pula lebih bernasib baik apabila pernah menjulangnya pada 1948 ketika ia dikenali sebagai Piala HMS Malaya.
Jadi sebagai rakyat Kelantan, kami mendoakan kejayaan anda dan mengharapkan pasukan Kelantan akan pulang dengan menjulang Piala Malaysia. Kerajaan Kelantan telah memberi cuti pada hari Ahad ini sempena kejayaan ke final. Dengar cerita, Menteri Besar Kelantan telah menawarkan habuan pakej umrah kepada setiap pemain jika memenangi perlawanan ini. Saya angkat tabik pada MB Kelantan kerana memberi motivasi ekstrinsik kepada para pemain. Semoga mereka bersemangat dan teruskan perjuangan.

Popular Posts