"Barang siapa memudahkan urusan (mukmin) yang sulit nescaya Allah akan memudahkan urusannya di dunia & akhirat" -Hadith Riwayat Imam Muslim-

Friday, 6 November 2009

GOMO KLATE GOMO

07 Nov. 2009, Hampir 30 tahun pasukan Kelantan menunggu peluang untuk memasuki perlawanan akhir dalam perlawanan bola sepak piala Malaysia. Kali ini mereka bertemu dengan pasukan N. Sembilan. Peluang untuk kedua- dua pasukan menang adalah 50-50 dengan kekuatan pemain yang seimbang setakat ini.
Lebih 60,000 penyokong Kelantan akan memenuhi Stadium Nasio nal bagi memberi sokongan kepada skuad Kijang pada perlawanan final Piala Malaysia. Ramai di kalangan peminat dan penyokong bolasepak Kelantan telahpun bertolak ke Stadium Nasional Bukit Jalil pada hari ini lagi. Mereka datang untuk memberi semangat dan sokongan padu kepada pasukan Kelantan.

"Semangat boleh dicetuskan oleh penonton dan sebab itu kehadiran penyokong yang ramai juga boleh menaikkan semangat pemain.

"Apa yang penting pemain tahu apa peranan mereka di tengah padang dan perlu mengawal emosi dengan baik,"
Untuk rekod, Kelantan belum pernah menjulang Piala Malaysia walaupun pernah beraksi dalam dua perlawanan akhir iaitu pada edisi 1955 dan 1970.

Negeri Sembilan pula lebih bernasib baik apabila pernah menjulangnya pada 1948 ketika ia dikenali sebagai Piala HMS Malaya.
Jadi sebagai rakyat Kelantan, kami mendoakan kejayaan anda dan mengharapkan pasukan Kelantan akan pulang dengan menjulang Piala Malaysia. Kerajaan Kelantan telah memberi cuti pada hari Ahad ini sempena kejayaan ke final. Dengar cerita, Menteri Besar Kelantan telah menawarkan habuan pakej umrah kepada setiap pemain jika memenangi perlawanan ini. Saya angkat tabik pada MB Kelantan kerana memberi motivasi ekstrinsik kepada para pemain. Semoga mereka bersemangat dan teruskan perjuangan.

Popular Posts

There was an error in this gadget