"Barang siapa memudahkan urusan (mukmin) yang sulit nescaya Allah akan memudahkan urusannya di dunia & akhirat" -Hadith Riwayat Imam Muslim-

Friday, 11 March 2011

Akhirnya Hafiz ke KLRC

KUALA LUMPUR 11 Mac – Pemain badminton perseorangan, Muhammad Hafiz Hashim kini merupakan pemain profesional di bawah Kuala Lumpur Racket Club (KLRC), di samping akan menandatangani perjanjian tajaan dengan pengeluar raket badminton terkemuka dunia Li Ning bulan depan.

Hafiz berkata, beliau akan mengikuti 14 kejohanan antarabangsa tahun ini di bawah tajaan KLRC dan Li Ning bagi memperbaiki kedudukannya dalam ranking dunia.

"Saya mahu membaiki ranking. Sekarang saya di ranking ke-24, saya mahu mencapai ranking ke-16 bagi melayakkan diri ke Sukan Olimpik di London tahun depan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Pemenang Kejohanan Badminton All-England 2003 itu berkata, selepas menamatkan kontrak dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) pada 1 Februari lepas, beliau tidak mempunyai jurulatih spesifik dan hanya berlatih bersama rakan-rakan di KLRC.

"Bagi saya KLRC sebuah kelab yang bagus kerana membuka peluang bagi pemain-pemain lama yang masih aktif,” katanya yang akan bertolak ke Switzerland esok bagi mengikuti kejohanan di sana. – Bernama

Popular Posts

There was an error in this gadget