"Barang siapa memudahkan urusan (mukmin) yang sulit nescaya Allah akan memudahkan urusannya di dunia & akhirat" -Hadith Riwayat Imam Muslim-

Friday 22 March 2013

Kata Mutiara Yang Pernah Tersiar di Face Book AC

Jangan mudah membuka rahsia kepada seorang sahabat
agar anda tidak takut kepadanya apabila dia berubah menjadi musuh.

Jika anda sedang dizalimi, cepat2 berdoalah apa yang anda kehendaki kerana akan dimakbulkan doanya.. Dan janganlah engkau berfikir untuk membalas dendam atas apa yang mereka zalimi terhadap anda, itu hanya membuang waktu sahaja..

"Kekayaan yang hilang dapat dikejar kembali dengan kerajinan dan jimat cermat. 
Kesihatan yang hilang boleh direbut kembali dengan ubat-ubatan. 
Akan tetapi waktu yang hilang pasti tidak akan kembali"

"Seorang guru yang jujur harus berniat agar muridnya lebih pintar daripadanya, manakala seorang murid yang jujur harus pula mengakui kepintaran gurunya" baru lah situasi menjadi saling berkat

Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia ,umpama kaca mata yang bersinar-bersinar, tetapi tidak melihat apa-apa.. 

Jangan tertarik kepada seseorang kerna parasnya, sebab keelokan paras dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya kerna kekayaan dapat musnah. Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum, kerna hanya senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah.

Didiklah anak-anakmu itu berlainan dengan keadaan kamu sekarang kerana mereka telah dijadikan Tuhan untuk zaman yang bukan zaman engkau – Saidina Umar Al-Khattab

Bersyukur menjadikan hidup berlimpah, hidup berkah...dan dirahmati Allah..

Berkata Syeikh Sya'rawi Rahimahullah "Harta adalah sebahagian drpd rezeki akan tetapi disana juga adanya rezeki berupa kesihatan, anak, makanan dan keberkatan hidup. Semua ni'mat drpd Allah adalah rezeki dan rezeki itu tidak hanya tertumpu kpd harta sahaja" 

Perluaskanlah bidang dan minat dan kegemaran anda supaya masa anda tidak terbuang dengan sia-sia yang boleh menghanyutkan anda dalam kegiatan atau arus fantasi yang menjahanamkan diri anda. Anggaplah dunia sebagai sebuah tempat yang penuh dengan beraneka perkara menarik yang menunggu anda untuk meneroka dan mempelajarinya. Anda perlu sentiasa bersedia untuk memberi pertolongan, bantuan dan khidmat kepada orang lain. Bersyukur dan bergembiralah terhadap kejayaan dan kemajuan yang dicapai oleh orang lain dan jangan sekali-kali anda merasa cemburu atau iri hati terhadap mereka. Anda hendaklah lebih banyak berfikir dan bercakap tentang pengalaman-pengalaman yang menggembirakan daripada pengalaman-pengalaman yang membawa duka nestapa. Bersyukur dan berpuas hatilah dengan apa yang anda miliki sekarang. Jangan sekali-kali berfikir bahawa anda akan bergembira setelah memiliki perkara-perkara yang tidak anda miliki sekarang.

Di antara sikap yang boleh melahirkan perasaan kasih sayang seorang saudara kepada anda ialah memberi salam terlebih dahulu.
Anda memanggilnya dengan nama yang paling digemarinya.
Anda melapangkan tempat di dalam sesuatu majlis untuknya.
 





Popular Posts