"Barang siapa memudahkan urusan (mukmin) yang sulit nescaya Allah akan memudahkan urusannya di dunia & akhirat" -Hadith Riwayat Imam Muslim-

Friday, 16 May 2014

BERMULANYA AKU MENJADI GURU

Entah dari mana timbul minat menjadi GURU, sedangkan semua ahli keluargaku tidak ada satu pun yg menjadi guru. Mungkin aku tertarik pada perawakan guru2 ku semasa di sekolah rendah dulu. Minatku mula timbul bermula sejak berada di sekolah rendah lg. Sewaktu bermain pondok2 dgn kawan2 di kampung, aku selalu berperanan berlakon sbg guru. Sejak dari itulah minat itu semakin bertambah dek kerana selalu dilantik oleh kawan2 sepermainan menjadi guru.

Pada tahun 1989 setelah tamat belajar SPM sementara menunggu keputusan peperiksaan selama 3 bulan, aku mencuba nasib utk menjadi Guru Ganti dgn memohon di JPN. Alhamdulillah tanpa disangka aku menerima surat tawaran guru ganti selama sebulan menggantikan guru yg pergi ke Mekah. Alangkah gembiranya aku dan ibubapa  pada ketika itu kerana dpt mengajar di sekolah rendah tempat ku belajar dahulu. Selama sebulan mengajar di sini telah byk aku dpt menyumbangkan bakti kpd sekolah ini. Secara kebetulan pd masa itu ada pertandingan "Bercerita peringkat Daerah". Aku cuba melatih 2 org murid dlm 2 kategori lelaki & perempuan. Pada hari pertandingan sekolah kami berjaya menjadi naib johan pertandingan bercerita lelaki & perempuan peringkat daerah. Guru Besar tersenyum dan guru2 lain terkejut kerana belum ada lg murid sekolah ini yg dpt memenangi pertandingan tersebut. Pada hari terakhir aku mengajar di sini, ramai anak murid ku sedih & menangis. Mereka memberi hadiah, surat & kad2 ucapan sbg tanda terima kasih kpdku. Aku terpaksa pergi kerana tugas telah tamat di sini. Setahun selepas itu aku dpt menyambung pelajaran ke luar negara selama 4 tahun setengah.

Setelah tamat pengajianku Ijazah Muda BA Hons bidang Bimbingan & Kaunseling pada tahun 1996. Pada hujung tahun 1996 aku memohon guru sandaran tidak terlatih di JPN & mendpt tawaran di 2 negeri Kelantan dan Johor. Aku terpaksa memilih negeri Kelantan kerana lebih selesa di sini walaupun tawaran gajinya lebih murah dari JPN Johor. Selama 3 bulan mengajar di salah sebuah sekolah menengah di daerah Tumpat, aku memohon KPLI & alhamdulillah telah di terima memasuki di MPKB tahun 1997. Memang nasibku selalu baik jika memohon jawatan perguruan rezki selalu menyebelahiku. Mungkin Allah tentukan nasib ku menjadi seorang guru. Selama setahun berkursus di sini, aku ditempatkan di kawasan pedalaman di negeri Sabah. Selama setahun di situ, pada 1999 aku ditukarkan ke sekolah elit Kota Kinabalu. 

Pada tahun 2003 aku telah memohon utk bertukar ke semenanjung dan dipindahkan ke negeri Perak.  Di sini aku mengambil peluang menyambung pelajaran peringkat Sarjana (Masters Pendidikan) di UPSI pada tahun 2003-2005. Alhamdulillah pengajian ku tamat selama 2 tahun tanpa halangan. Pada masa ini aku memohon utk menjadi pensyarah di beberapa institusi pendidikan. Akhirnya pada bulan Mac 2007 aku dipanggil temuduga pensyarah IPG. Pada bulan  september 2007 aku menerima surat arahan perpindahan dari sekolah ke IPG negeri Kelantan. Tidak dpt dibayangkan betapa bersyukurnya pada ketika itu kerana hasratku utk menjadi pensyarah tercapai jua akhirnya. Tanpa berlengah lagi aku melaporkan diri di situ. Cuba bayangkan pada tahun 1997 aku datang sebagai pelajar & 10 tahun selepas itu aku datang sebagai pensyarah di situ. Sempat juga aku bertemu dgn beberapa org pensyarah yg mengajar aku pada 1997 dulu. Mereka turut merasa bangga kerana anak murid sekarang telah berjaya menjadi pensyrah seperti mereka. Sekarang aku menyambung pelajaran ke peringkat PhD Doktor Falsafah Pendidikan dalam bidang Kurikulum & Pengajaran dgn mendapat tajaan KPM separuh masa. Skrg menunggu masa utk VIVa dan tahun ini berada semester akhir. Kpd sesiapa yg membaca artikel ini diminta doakan sy dipermudahkan & dipercepatkan proses pengajian ini.

Itulah sedikit sebanyak sejarah aku menjadi guru!!! Sempena menyambut Hari Guru 16 Mei 2014 ini, aku ingin mengucapkan Selamat hari guru kpd Guru2 ku semasa di sekolah rendah, menengah & Institusi pengajian tinggi tdk kira di mana jua anda berada, kpd guru2ku yg telah pergi buat selamanya semoga Allah membalas jasa2 mereka yg mendidik kami dengan ikhlas. Sesungguhnya kerjaya guru adalah mulia & dianggap suatu ibadah. Terima kasih kepada arwah kedua ibubapaku kerana melahir, mengasuh & mendidik ku sehingga menjadi manusia berguna ini, bersyukur kpd Allah kerana dgn izinNya menjadikan aku sbg seorang guru di dunia & akhirat nanti. SELAMAT HARI GURU MALAYSIA: Tema hari guru tahun 2014 adalah  "Guru Pencetus Kreativiti Penjana Inovasi"

Popular Posts

There was an error in this gadget