"Barang siapa memudahkan urusan (mukmin) yang sulit nescaya Allah akan memudahkan urusannya di dunia & akhirat" -Hadith Riwayat Imam Muslim-

Sunday, 15 June 2014

Kesatuan guru anggap masalah disiplin pelajar serius

KANGAR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK) mentakrif masalah disiplin pelajar kini mencapai tahap serius dan mahu Kementerian Pelajaran menubuhkan pasukan petugas untuk menanganinya.

Setiausaha Agungnya, Lok Yim Pheng turut menggesa Kementerian Pelajaran mengumumkan keputusan peraturan baharu yang memberi lebih kuasa kepada sekolah untuk mengawal disiplin pelajar, yang dibincangkan sejak empat tahun lepas. 
Beliau berkata penubuhan pasukan petugas itu tidak boleh dilengahkan lagi memandangkan disiplin pelajar semakin meruncing sehingga tidak terkawal akibat pengaruh pelbagai unsur tidak sihat khususnya Internet.

"KPPK bukan sekadar prihatin malah bimbang dengan perkembangan tidak sihat ini dan sebab itu mahu berkongsi dengan pihak-pihak berkepentingan agar tindakan berkesan dapat dilaksanakan dalam mengawal disiplin pelajar.

"Budaya buli sama ada buli melalui siber atau buli fizikal tidak boleh dipandang ringan kerana ia merosakkan pelajar," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat KPPK cawangan Perlis di sini hari ini.

Lok yang juga Setiausaha agung Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berkata pelajar nakal merupakan perkara biasa tetapi apabila berlaku kejadian buli atau pergaduhan berkumpulan dan satu kumpulan memukul seorang pelajar ia merupakan kes serius.

"Masalah disiplin dicetuskan oleh banyak pelajar yang banyak menghabiskan masa melayari Internet, mengakses bahan tidak bertapis seperti lucah dan main permainan video. Masalah ini lebih berat apabila guru terbabit sama menghabiskan masa bersembang di Internet.
"Perkembangan ini mulai menjadi budaya dan akhirnya pelajar yang dihasilkan tidak berkualiti serta tidak mahir untuk menjadi warganegara cemerlang," katanya.

Beliau berkata selain sikap ibu bapa yang membawa kepada punca disiplin pelajar tidak terkawal, ia juga disebabkan guru tidak diberi hak untuk merotan pelajar untuk mendisiplinkan mereka.

Katanya antara sebab KPPK ingin berkongsi perkembangan ini dengan badan-badan bukan kerajaan seperti Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) ialah supaya mereka serius untuk terlibat membantu membaiki disiplin pelajar.

KPPK akan terus mendesak Kementerian Pelajaran untuk melantik seorang guru sebagai ketua guru disiplin yang diberi kuasa dan tanggungjawab untuk mengambil tindakan khususnya terhadap pelajar samseng.

Dalam perkembangan semasa, Lok turut mengingati guru supaya tidak lalai melaksanakan tanggungjawab dalam keghairahan menonton kejohanan bola sepak Piala Dunia.

"Saya harap guru-guru tidak terbabit dengan perjudian bola sepak dan pastikan masa tidur mencukupi apabila sesi persekolahan bermula Ahad atau Isnin ini," katanya. - BERNAMA 

Berita harian 2014/06/14
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Kesatuanguruanggapmasalahdisiplinpelajarserius/Article/?mutakhir=1

Wednesday, 11 June 2014

Pagi yg mendamaikan jiwa,
Wangi embun & aroma bebunga mekar
Ku hirup sesegar haruman kasturi
Lalu ku pandangi ke langit mentari bersinar

Untuk melihat indahnya pagi hari ini
Yang bebas dr kerinduan & gulana
Kicauan beburung pun menitipkan salam
Untuk semua yg menatap laman virtual ini
 Teman !!!
Engkau sungguh mengerti,
Kala ku kesunyian, tika ku perlukanmu,
Engkau selalu mendampingiku,
Memahamiku adalah sesuatu yg indah bgku,
Engkau lah sahabat, teman & kekasihku selamanya!!!
Itulah Streamix yg ku sayangi ♥

 Berlari biarlah ke garisan penamat,
Bekerja biarlah keluar keringat,
Belajar biarlah hingga ke liang lahad.
 Melentur buluh biarlah dr rebung,
Genggam bara api biarlah jd arang,
Menyeluk pekasam biarlah ke pangkal lengan,
Semuanya perlu semangat & tekad.. 1.44PM

Duhai malam !!!
Kau bawakan butiran rindu
Kau sapakan tetes-tetes cinta
Lalu kau turunkan hujan rahmat yg lebat
Diselangi guruh petir kilat menyambar di daerah ini
Allahumma sayyiban nafiiann..

Jika anda berjaya, jgn lupa ucapkan terima kasih
Jika anda berhasil, jgn lupa ucapkan syukur
Sekiranya mndpt yg dihajati, jgn lupa bersujud syukur
Tanda menghargai atas kejayaan kita,
DIA akan kurniakan lg..

Saturday, 7 June 2014

Di saat larut bertandang pada malam penuh sepi,
Apa yg akan ku tafakkurkan selain zikrah kasihMu,
Menyebut butir2 namaMu & sekasih untaian rindu,
Tak akan ada malam terlewat kugambarkan,
Jika tiadaMu adalah kerinduan pada malam,
Kerana saat kegelapan Engkau adalah pelita hatiku,
Sentiasa menyuluh Jalanku yg Haq..

Thursday, 5 June 2014

Malam pun kian larut hingga pagi
Ku intai ke luar tingkap cermin
Rintik2 hujan membelai untaian malam sepi
Mengalunkan titik-titik suara lena tidur

Pagi ini aku ingin bermimpi
Mimpi tentang angan yg pasti
Sambil ku bersujud memanggil Illahi
Anganku tetap menembus batas mimpi

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar.. 1.15AM

Wednesday, 4 June 2014

Tuesday, 3 June 2014

Kehidupan di dunia ini adalah laksana lautan yg jarang tenang, Airnya beriak terus, bergelombang & berombak, Kesusahan terletak dlm kemudahan, dan kemudahan pun terletak dlm kesusahan. Jika inginkan ketenangan kembalilah ke pangkal jalanNya.

 Sesungguhnya hajat, impian & cita-cita yg diimpikan adalah doa yg panjang & berterusan yg sentiasa dipanjatkan padaNya.
Jgn fikirkan yg sedap & menarik saja, kadang2 kita kena juga telan yg pahit sebab kadang2 yg pahit itu ubat sedangkan yg sedap itu racun.
 
Kalau kita berjaya memotivasi diri sendiri itu hebat, tetapi andainya kita boleh menjadikan org lain seperti kita, itu lagi hebat
 
Masa terbaik dlm hidup adalah ketika kita mampu menyelesaikan masalah sendiri, sdgkan masa yg suram dlm hidup adalah ketika kita menyalahkan org lain atas masalah yg kita hadapi 

Popular Posts