"Barang siapa memudahkan urusan (mukmin) yang sulit nescaya Allah akan memudahkan urusannya di dunia & akhirat" -Hadith Riwayat Imam Muslim-

Wednesday, 25 March 2009

KAGUM 2009

Pada 14-18 Mac lalu, saya bersama rombongan IPGM Kota Bharu telah menyertai KAGUM 2009 di Sekolah Sukan Bandar Penawar Johor. Perjalanan untuk sampai ke Sekolah tersebut memakan masa melebihi 12 jam. Saya menumpang kereta Raja Anoro dan berkonvoi bersama Norlan dan Khairul. Kami bertolak jam 2.30 ptg sabtu sampai jam 3.30pagi. Pada 15 Mac, kejohanan KAGUM bermula dan akhirnya IPKB berjaya mara ke babak akhir melalui beregu badminton lelaki dan pasukan bola sepak. Namun nasib tidak menyebelahi mereka hanya berjaya memungut pingat perak sahaja. Walau apapun tahniah dan syabas diucapkan atas semangat juang yang tinggi. Diharapkan kita berjumpa pada KAGUM akan datang.
Inilah pasukan Badminton IPGM Kota Bharu, Nik, Kanimoli, Jayryn, Faizal (Belakang).

Tuesday, 3 March 2009

Dua pendekatan untuk transformasi pendidikan

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mengambil dua pendekatan yang membawa kepada transformasi dan rombakan yang radikal kepada sistem pendidikan negara menjelang tahun 2010. Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata dua pendekatan itu akan diambil bagi membolehkan ia sesuai dengan tuntutan semasa, khususnya membabitkan murid sekolah rendah dan pra-sekolah. "Pendekatan pertama adalah dengan mengkaji dan menilai semula kurikulum dan ko-kurikulum persekolahan. Bermakna program rintis yang kita lakukan ketika ini mengambil kira betapa pentingnya anak-anak kita di bangku sekolah rendah lagi memahami sejarah dan latar belakang asal usul mereka," katanya kepada pemberita di Bangunan Parlimen di sini, hari ini.
Hishammuddin berkata, melalui pendekatan pertama itu, kementerian juga akan membangunkan sistem pentaksiran pendidikan kebangsaan (PPK) yang holistik untuk menilai bukan saja pencapaian akademik pelajar tetapi juga mengambil kira aspekintelek, rohani, jasmani, emosi dan secara bersepadu. Beliau berkata dalam konteks itu, "penilaian berasaskan bilik darjah" akan diberi penekanan di mana Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) semata-mata tidak memadai untuk menapis pelajar cemerlang bagi ditempatkan di Sekolah Berasrama Penuh. Hishammuddin berkata, pendekatan kedua adalah untuk melihat semula dasar pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) selepas mengambil kira pandangan semua pihak, penyesuaian serta penambahbaikannya di sekolah rendah dan mengambil kira serta mengutamakan sekolah luar bandar.
Beliau berkata, melalui dasar PPSMI ini, kementerian sudah berada diperingkat akhir dalam meneliti, menganalisis dan mendengar pandangan semua pihak yang berkepentingan sebelum diserah kepada jemaah menteri. "Sebelum itu, kertas yang akan diserahkan kepada jemaah menteri ini akan diedar kepada kementerian yang berkaitan bagi mendapatkan ulasan...susah hendak dijangka apakah keputusan jemaah menteri bila dibincangkan kelak kerana ia banyak bergantung kepada ulasan kementerian," katanya. - Bernama

Saturday, 28 February 2009

MINGGU YG MEMENATKAN

Minggu ini 22hb feb hingga 28hb feb 2009 adalah minggu yang memenatkan bagiku kerana penuh dengan aktiviti. Hari ahad hingga khamis bertugas macam biasa mengajar di IPGM Kota Bharu dan hari sabtu mengajar OUM. Inilah menyebabkan aku tidak sempat balik ke kampungku di Machang untuk menjenguk keluargaku (nenek dan bapa saudaraku yg tinggal). Nak buat macam mana tugas dan tanggungjawab perlu dilaksanakan sebaik mungkin. InsyaAllah aku akan berusaha memenuhi semua kehendak naluri sebaik mungkin. Aku cuba menyusun dan atur segala aktiviti dengan baik supaya aku dapat memuaskan hati semua orang di atas muka bumi ini. Ok

Thursday, 26 February 2009

Pendidikan Global: Pembestarian sekolah

MDeC laksana modul pembelajaran Sekolah Bestari berasaskan ICT di beberapa negara Asean DUNIA tanpa sempadan sering dikaitkan dengan pelbagai aktiviti berkaitan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan ia kini menjadi sesuatu yang mesti ada dan diterapkan dalam kehidupan seharian terutama menerusi sistem pendidikan. Penggunaan ICT secara meluas sejak awal pendidikan pastinya dapat memperkasakan sektor berkenaan sama ada di peringkat domestik mahupun antarabangsa.
Program pembestarian sekolah yang dilaksanakan Kementerian Pelajaran dan Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi bersama Multimedia Development Corporation (MDeC) adalah antara usaha proaktif kerajaan dalam meningkatkan kesedaran pentingnya penggunaan ICT di sekolah. Pengurus Kanan Sekolah Bestari MDeC, Dr Norrizan Razali, berkata pengiktirafan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang berlangsung di New York Oktober tahun lalu, mencerminkan kesungguhan kerajaan memajukan sektor pendidikan menerusi penggunaan ICT. Modul yang diperkenalkan di 88 Sekolah Bestari dan 2,000 sekolah seluruh negara itu, katanya, turut diguna pakai di beberapa sekolah sekitar Asean, antaranya Kemboja, Vietnam , Myanmar dan Laos. Pelaksanaan itu sebagai inisiatif kerajaan dalam membantu rakan serantau

Popular Posts