"Barang siapa memudahkan urusan (mukmin) yang sulit nescaya Allah akan memudahkan urusannya di dunia & akhirat" -Hadith Riwayat Imam Muslim-

Saturday, 31 May 2014

Selamat pagi burung pipitku
Cerahkan hatiku dgn suaramu
Bersama indahnya sinar mentariku
Kuawali hari dgn senyum menari

Selamat atas pernikahan kalian
Hiduplah rukun & berkasih-kasihan
Semoga Allah SWT selalu melimpahkan
Rahmat & keberkatan pd keluarga kalian

@Dedikasi Utk semua RAJA SEHARI Seluruh dunia

Friday, 30 May 2014

I wish moon always be full & bright,
and you always be cool and right,
Whenever you go to switch off the light,
Remember that I'm wishing you good night
Oh my God!!!

Thursday, 29 May 2014

Aku ingin mencintaimu
Dengan sederhana...
Seperti kata yg tak sempat diucapkan kayu kpd api 
yang menjadikannya abu

Aku ingin mencintaimu
Dengan sederhana...
Seperti isyarat yg tak sempat dikirimkan awan kpd hujan
yang menjadikanya tiada

~Jallauludin Rumi~
Kehidupan di dunia ini
Adalah laksana lautan yang jarang tenang
Airnya beriak terus, bergelombang & berombak,
Kesusahan terletak dalam kemudahan 
Dan kemudahan pun terletak dalam kesusahan

KETIKA CINTA MEMANGGILMU
MAKA DEKATILAH IA
WALAU JALANNYA TERJAL BERLIKU
JIKA CINTA MEMELUKMU
MAKA DAKAP LAH IA
WALAU PEDANG DI SELA-SELA
SAYAPNYA MELUKAIMU
KEMBALI LAH KE PANGKAL JALANNYA

~Kahlil Gibran~
Kicauan burung di luar jendela
Nyanyian pagi mendendangkan lagu merdu
Menyapa redup bayu pagi
Membangkitkan aku dari lena
Walau tak sekejap pun ku pejam mata semalam
Aku takut terlewat
Tersenyum & menyapa awal harimu.
Perut kosong mengeroncongkan diri
Lalu ku ucapkan
SELAMAT PAGI DUNIA Virtual

Wednesday, 28 May 2014

SELAMAT PAGI DUNIAKU

Selamat pagi duniaku,
Ternyata mentari telah datang menjemput pagi
Ku bangkit lalu merenggang otot kaku melewati tidurku
Mensyukuri nikmatNya dpt menghirup ruang udara
Selamat pagi sahabatku
Gembira bersamamu bersemangat di virtual ini
Lalu indahnya hari menyapa pagi
Yang bebas dari kerinduan
Dan lepas dari gundah yg membelenggu
Semoga Restu Illahi

SAHABAT

Ketika kedukaan menghampiri dlm kehidupan kita,
Selain Yg Maha Rahman & Rahim,
Kita juga memerlukan teman,
Teman yg bukan sekadar teman virtual,
Yang pabila bertemu menghilangkan detak jantung,
Namun kita juga memerlukan teman yg sejati,
Yg kehadiran nya dpt sedikit menghiburkan hati.
Hargailah keikhlasan dlm persahabatan

CERITA SEDIH...! SEDIH..! SEDIH..!

Sorg pemuda duduk di hadapan laptopnya. Login facebook. Benda pertama sekali dia check adalah inbox. Hari ini dia terlihat sesuatu yg dia terlepas pandang selama ini. Bahagian ‘OTHER’ di inboxnya. Ada satu, dua mesej. Mesej pertama, spam. Mesej kedua dibukanya. Mesej 3 bulan yg lepas tarikhnya.
Ditatap isinya,

“Salam. Ini kali pertama abah cuba guna facebook. Abah cuba tambah kamu sbg kawn tapi x dapat. Abah pun tak faham sgt benda ni. Abah cuba hantar mesej ini kpd kamu. Maaf, abah x biasa sgt menaip. Ini pun kawan abah yg ajarkan. Ingat x bila pertama kali kamu ada henfon? Masa tu kamu ting 4. Abah kesian semua anak2 skrg ada henfon. Jadi, abah hadiahkan pd kamu 1. Dgn harapan, kamu akan call abah kalau kamu ada nak kongsi masalah ttg asrama @ sek @ apa2 saja. Tapi, kamu hanya call abah seminggu sekali. Tanya ttg duit makan & belanja. Abah terfikir jga, topup RM10 tapi call abah x sampai 5 minit boleh habis ke prepaid tu?

Masa kamu kecil dulu, abah ingat lg bila kamu dah boleh bercakap. Kamu asyik panggil, ‘Abah, abah, abah’. Abah seronok sekali anak lelaki abah panggil abah. Panggil mama. Abah seronok dpt bercakap dgn kamu walaupun kamu mungkin x ingat & x faham apa abah cakapkan di umur kamu 4, 5 thn. Tapi, percayalah. Abah & umi cakap dgn kamu byk sgt. Kamulah penghibur kami di saat kami berduka. Walaupun hanya dgn keletah gelak tawa si kecil. Bila kamu sek rend. Abah igt lg kamu selalu bercakap dgn abah ketika membonceng motor dgn abah setiap pergi & balik sek. Mcm2 kamu ceritakan pd abah. Ttg cikgu, sek, kawan2. Abah jadi makin bersemangat bekerja keras cari duit utk biaya kamu ke sek. Sebab kamu seronok sekali. Gembira. Ayah mana tdk gembira anak suka ke sekolah belajar.

Bila kamu sek men. Kamu ada kawan2 baru. Kamu balik dari sek, kamu masuk bilik. Kamu keluar bila masa makan. Kamu keluar dgn kawan2. Kamu mulai jarang bercakap dgn abah. Kamu pandai. Akhirnya masuk asrama. Di asrama, jarak antara kita makin jauh. Kamu cari kami bila perlu. Kamu biarkan kami bila x perlu. Abah tahu, naluri remaja. Abah pun pernah muda. Akhirnya, abah dpt tahu kamu ada kekasih. Ketika di universiti, sikap kamu sama sja ketika di sek men. Jarang hubngi kami. Bila balik cuti, kamu dgn henfon kamu. Kamu dgn laptop kamu. Kamu dgn internet kamu. Kamu dgn dunia kamu. Abah tertanya2 juga sendiri. Adakah kawan istimewa itu lebih penting dari abah & umi? Adakah abah & umi cuma diperlukan bila kamu nak nikah saja sbg pemberi restu? Adakah kami ibarat tabung pd kamu saja?
Hakikatnya, kamu jarang berbicara dgn abah lg. Ada pun boleh dibilang dgn jari. Berjumpa tapi x berkata2. Sebumbung tapi seperti x bersua. Bertegur bila cuma hari raya. Tanya sepatah, jawab sepatah. Dileter, kamu tarik muka. Dimarah, kamu x balik cuti. Mlm ni, abah sebenarnya rindu sgt pd kamu.
Bukn mahu berleter, mengungkit @ membangkit. Cuma abah dah terlalu tua. Abah dah di hujung 60 an. Kudrat abah tdk sekuat dulu lagi. Abah x minta byk…

Kadang2, abah cuma mahu kamu berada di sisi abah. Berbicara ttg hidup kamu. Luahkan apa yg terpendam dlm hati kamu. Menangis pd abah. Mengadu pd abah. Bercerita pd abah seperti kamu kecil2 dulu. Apapun. Maafkan abah atas curahati abah ini. Jagalah solat. Jagalah hati. Jagalah iman.

Mungkin kamu tdk punya waktu berbicara dgn abah. Namun, jgn pula kamu tdk punya waktu berbicara dgn Allah. Usah letakkan cinta di hati pd sesorg melebihi cinta kpd Allah. Mungkin kamu terabaikan abah. Namun jgn kamu mengabaikan Allah. Maafkan abah atas segalanya.”

Pemuda menitiskan air mata. Dlm hati perit tdk terkira. Mana tidaknya. Tulisan ayahandanya itu dibaca setelah 3 bulan beliau pergi buat selama2nya. Di saat tdk mungkin lg mampu memeluk tubuh tua ayahnya.

*Hargai orang tua kita selama dia masih hidup... kadang kala kita terlalu sibuk dgn kerja... sampaikan kita lupa akan dia yg membesarkan kita...memberi pendidikan utk kita bekerja..mengajar kita berjalan utk bekerja..
JANGAN NANTI ANAK KITA AKAN MELUPAKAN KITA SEPERTIMANA KITA MELUPAKAN IBU BAPA KITA..@AZIZI CYBERSPOT

HIMPUNAN MUTIARA YG PERNAH DISIARKAN DALAM FB

Lantaran adanya wanita, alam menjadi indah,
Lantaran adanya lelaki, dunia menjadi sempurna.
Lantaran adanya lelaki & wanita, maka sempurnalah suatu kelemahan di sebalik suatu kekuatan”


Kekayaan yg hilang dpt dikejar kembali dgn kerajinan & berjimat cermat.
Kesihatan yg hilang boleh direbut kembali dgn perubatan.
Kekasih yg hilang dpt dicari sbg teman penganti
Akan tetapi waktu yg hilang pasti tdk akan kembali lg"


Sahabat yg baik adalah org yg sangat kita percayai & membuat kita tenang ketika bersamanya. Dia menjadi tempat kita berkongsi kegembiraan, kesedihan & tdk pernah menjual rahsia diri kita. Drpd beribu2 teman, hanya 1 yg kita temui seorg bernama sahabat. Jom cari seorg sahabat itu..

Begitulah MANUSIA...
Pd usia 4 thn, kejayaan anda ialah anda tak kencing dlm seluar,
Pd usia 8 thn, kejayaan anda ialah anda mengenali jalan pulang ke rumah,
Pd usia 12 thn, kejayaan anda ialah memiliki kawan2,
Pd usia 18 thn, kejayaan anda ialah anda berjaya memiliki lesen memandu,
Pd usia 23 thn, kejayaan anda ialah keluar dari universiti (sbg graduan)
Pd usia 25 thn, kejayaan anda ialah mendapat pekerjaan,
Pd usia 28, kejayaan anda ialah memiliki isteri / suami,
Pd usia 30, kejayaan anda ialah mendapat anak,
Pd usia 35, kejayaan anda ialah memiliki harta (spt rumah sendiri),
Pd usia 45, kejayaan anda ialah anda masih kelihatan muda & bertenaga,
Pd usia 50, kejayaan anda ialah anak2 anda telah berjaya,
Pd usia 55, kejayaan anda ialah anda masih mmpu mnuhi tggjwb suami isteri,
Pd usia 60, kejayaan anda ialah anda masih mampu memandu sendiri kereta,
Pd usia 65, kejayaan anda ialah hidup tanpa penyakit,
Pd usia 70, kejayaan anda ialah anda xmerasa diri anda beban atas org lain,
Pd usia 75, kejayaan anda ialah anda masih mempunyai kawan sebaya,
Pd usia 80, kejayaan anda ialah anda masih igt jln pulang ke rumah (x pelupa),
Pd usia 85, kejayaan anda ialah anda masih tdk kencing dlm seluar...
Begitulah dunia (pusingan yg dialami semua hamba). Lebih murah dr apa yg sepatutnya kita jaga.


 Jika kamu tdk mengetahui sebuah fakta, maka diam adalah jalan yg terbaik.
“If you do not know a fact, silence will be the best way.”


Tdk ada org yg boleh mengubah masa lalu, namun semua org boleh mengubah masa depan.
No one can change the past, but everyone has a power to change the future.”


Perkara yg paling sukar dlm sebuah kehidupan adalah mengalahkan diri sendiri.
“The most difficult thing in life is a self-defeating.”


Mengeluh di Faceebook tdk akan dpt menyelesaikan masalah. Berhenti mengeluh & segera bertindak!
“Complaining on Facebook will never solve the problem. Stop complaining and take action!”
 


 Anda akan menemui "teman sejati" ketika anda berada di roda yg paling bawah.
“You will get a true friend when you are at the very bottom of wheel.”


 Sahabat sejati adalah org yg terus menemani anda, walaupun ketika anda tdk mempunyai apa2.
“The real friends are those who continue to accompany you even when you do not have anything.”


@JIKA RASA
Jika rasa hebat, ada lg yg lebih hebat,
Jika rasa bijak, ada lg yg lebih bijak,
Jika rasa tinggi darjat, ada lg lebih tinggi,
Jika rasa cantik, ada lg lebih cantik,
Jika rasa kaya, ada lg lebih kaya,
Jika rasa sempurna, ada lg lebih sempurna,
Jika rasa segalanya lebih,
YANG MAHA KUASA LEBIH SEGALANYA


 "Peliharalah auratmu ketika sihat, nescaya Allah akan memelihara auratmu di kala kamu sakit... insyaAllah" 

Mencari sesuatu yg hilang tak semudah yg disangka, kadang2 ia memerlukan kesabaran, ketenangan & tawakkal. Masa ia diperlukan amat sukar, malah masa ia tdk diperlukan amat mudah ditemui
Dijadikan wanita drpd tulang rusuk yg bengkok
Untuk diluruskan oleh lelaki
Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tdk lurus
Mana mungkin kayu yg bengkok menghasilkan bayang yg lurus

Jgn cuba menjinakkan wanita dgn harta,
kerana nantinya mereka semakin liar.
Jgnlah hiburkan wanita dgn kecantikan
kerana nantinya mereka akan semakin derita
Kenalkan wanita kpd Ya Rabbi
Di situlah punca kekuatan dunia.
"Apabila sang suami memandang kpd isterinya & isterinya memandang kpdnya, maka Allah akan memandang mereka dgn kasih sayang . Lalu suami memegang-megang telapak tangan isterinya, maka dosa2 mereka akan berguguran melalui jari jemari mereka"

PAGI JUMAAT

Pagi jumaat nan cerah ku tersenyum pd matahari,
Yg perlahan lembut menyinari bumi dgn kehangatannya
Membangkitkan rasa menguatkan raga
Sambil merenggangkan otot kaku sehabis tidur semalam,
Ku bangun dgn mengucapkan Alhamdulillah
Sahabatku, ucapkanlah kata-kata itu
Jika kita rasa getarnya di dada
Tuhan yg memberi seribu nikmat

JANGAN PIKAT

Jngan pikat wanita kalau anda tak bersedia cintakan dia.
Jngan buat wanita itu jatuh cinta kalau anda tak cintakan dia.
Jngan memberi wanita harapan kalau anda tidak pasti.
Jngan sakitkan hati wanita kalau anda tiada hati untuknya.
Jngan mainkan perasaan wanita kalau anda tiada perasaan untuknya
HARAM jika jadikan wanita itu kekasih tetapi tiada niat untuk nikahinya.

UCAPAN SELAMAT PAGI

Kicauan burung menyambut pagi hentakkanku
Menyemangati jiwa yg letih semalam
Menyambut kemenangan Malaysia
Nyanyian pagi mendendangkan lagu merdu
Kuucapkan "Selamat Pagi Dunia".

Selamat pagi burung serinditku
Cerahkan hatiku dgn suaramu
Dendangkan untukku sebuah lagu
Bersama indahnya sinar mentariku

Selamat pagi pohon & bungaku
Kirimkan aku semerbak harummu
Hiasi dgn semaraknya warnamu
Hingga kurasakan sempurnanya hidupku
Dalam Pagi Yang Indah ini

Berpakaian tetapi telanjang

Ini yang dikatakan dunia akhir zaman. Seperti yang kita lihat pada zaman sekarang perempuan tidak lagi menitikberatkan aurat.

Aurat wanita adalah dari hujung rambut sehingga hujung kaki kecuali telapak tangan dan muka, manakala aurat bagi lelaki pula dari pusat sehingga lutut. 

Wanita hendaklah menutup kepala dan belahan dada mereka dengan sempurna seperti firman Allah: “Katakan kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup kain tudung ke dadanya...” (Surah an-Nuur, ayat 31)


Ramai wanita zaman sekarang yang berpakaian, tetapi bertelanjang. Maksudnya, mereka berpakaian, tetapi pakaian itu ketat dan nipis seperti tidak berpakaian kerana terserlah susuk tubuh dan warna kulit kepada bukan muhrim.

Islam tidak mengharamkan fesyen seperti selendang asalkan ia labuh menutupi dada dan tidak nipis sehingga menampakkan bayangan rambut serta telinga.

Tak tutup kaki

Bertudung bulat ataupun sebaliknya, tidak penting asalkan menutup aurat mengikut syariat Islam.
Kebanyakan wanita memakai tudung yang singkat dan jarang sehingga menampakkan rambut dan telinga. Mereka menganggap pemakaian tudung hanya trend tanpa memikir dosa membuka aurat.

Ramai wanita menganggap kaki bukan aurat kerana menutup anggota lain dengan sempurna, tetapi tidak memakai sarung kaki atau stokin.

Fesyen terbaharu sekarang adalah pemakaian sanggul tinggi. Mereka walaupun kelihatan memakai tudung, tetapi sebenarnya memberi helah bagi membuktikan rambut panjang dan hendak menarik pandangan lelaki.

Mereka bukan ikhlas bertudung bagi memenuhi suruhan Allah dan ibadat, tetapi sebaliknya.

Seperti hadis Nabi SAW yang bermaksud: “Dua golongan dari ahli neraka yang aku belum melihat kedua-duanya iaitu; kaum yang membawa cambuk seperti ekor lembu untuk memukul manusia dengannya dan wanita berpakaian, tetapi bertelanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepadanya. Kepala mereka umpama bonggol unta yang senget. Mereka ini tidak akan dapat memasuki syurga dan tidak akan mencium baunya iaitu bau syurga dapat dicium dari jarak perjalanan sekian-sekian jauh.” (Syarh Shahih Muslim)

Sanggul bonggol unta

Hadis ini dikemukakan Imam an-Nawawi dalam kitab Sahih Muslim. beliau menyebut:

“Makna bonggol unta itu ialah wanita yang membesarkan kepala dengan tudung. Mereka meletakkan apa saja bagi membesarkan kepala sehingga seolah-olah kelihatan kepala mereka bagaikan bonggol di atas unta.”

Namun, jika rambut memang panjang lalu diikat sehingga kelihatan sanggul, maka ia dimaafkan syarak.

Diharamkan sekiranya meletakkan sesuatu selain daripada rambut sehingga kelihatan seperti sanggul buatan.

Tambahnya lagi, perkara ini adalah bukti mukjizat kenabian, perkara ini telah terbukti pada zaman ini.”

Namun, sekiranya rambutnya memang panjang lalu dia mengikat rambutnya sehingga kelihatan sanggul, maka dalam hal ini adalah dimaafkan oleh syarak. Diharamkan sekiranya meletakkan sesuatu selain daripada rambut sehingga kelihatan seperti sanggul buatan.

Tuesday, 27 May 2014

KISAH HIJRAH YATT HAMZAH

Pengalaman seorang pelakon Yatt Hamzah boleh dijadikan iktibar dan pengajaran kepada kami dan anda di luar sana.
.
Pelakon Yatt Hamzah terkejut apabila kepalanya melekat lebih setengah jam pada sejadah ketika dia melakukan solat taubat baru-baru ini.
.
Dalam sujud yang lama itu, Yatt berkata, dia nampak jelas setiap wanita mendedahkan aurat dipanggang api neraka yang amat dahsyat.
===============================
.
“Yatt menangis sambil menggigil ketakutan menyaksikan azab yang diterima wanita tidak menutup aurat.”
.
Sebelum itu dia bersama rakan menghadiri usrah pada 5 April lalu. Usrah itu berjaya menimbulkan keinsafan dirinya kerana sering mangabaikan solat selain mendedahkan aurat semata-mata mengejar glamour sebagai artis popular.
===============================
.
“Setiba di rumah pada petang itu Yatt terus buat solat taubat.” Peliknya, kata Yatt, ketika dia melakukan sujud terakhir kepalanya tidak dapat diangkat. Mau tak mau, kata Yatt lagi, dia terus sujud memohon keampunan Allah sambil menangis.
.
Dalam sujud yang panjang itulah Yatt nampak jelas wanita yang mendedahkan aurat diseksa Allah di neraka.
.
Tangisan Yatt makin kuat melihat gambaran neraka yang amat mengerikan itu.
===============================
.
“Yatt nampak semua wanita itu digantung rambutnya pada api neraka.” “Semua wanita itu meraung minta Allah kembalikan mereka ke dunia untuk bertaubat dan memakai tudung.” Malam itu kata Yatt dia tertidur di atas sejadah yang dibaluti telekung hingga ke subuh.
.
Moga menjadi iktibar dan kesedaran unuk kita semua dari kejadian tersebut dan moga Yatt lebih tabah dan yakin dengan kekuasaan Allah.

Saturday, 24 May 2014

10 Makanan Yang Membakar Lemak


1. Oat :
Ia bukan sahaja mempunyai rasa yang hebat tetapi juga mengurangkan rasa lapar anda. Oat mengandungi serat yang membantu dan menstabilkan tahap kolesterol .
2. Telur: 
Telur adalah sumber yang kaya dengan protein dan rendah kalori. Telur membantu kita untuk membina otot dan membangunkan kolesterol baik .
3. Epal :
Epal diperkaya dengan antioksidan yang kuat dan makanan tambahan lain. Paling penting ia mengandungi pektin yang membantu untuk mengurangkan sel-sel lemak di dalam badan.
4. Green Cili :
cili hijau mengandungi Capsaicin yang membantu untuk membangunkan sel-sel pertumbuhan badan dan membakar kalori dalam masa cepat.
5. Bawang putih:
Bawang putih mengandungi Allicin yang mempunyai ciri-ciri anti -bakteria membantu kita untuk mengurangkan lemak dan membuang kolesterol tidak baik .
6. Madu: 
Madu adalah salah satu yang terbaik untuk membakar lemak. Tambah madu dalam air suam dan minum setiap hari pada awal pagi .
7. Teh Hijau:
Teh Hijau adalah salah satu yang paling berkesan yang boleh membantu anda untuk mengurangkan berat badan. Ia mengandungi Antioksidan yang membantu dan menstabilkan berat badan kita .Amik 2 cawan setiap hari teh hijau ini untuk hasil yang lebih baik.
8. Rumput Gandum (WHEAT GRASS) : 
Ia meningkatkan metabolisme dan membantu untuk mengurangkan lemak.
9. Tomato :
Tomato membantu kita untuk membakar lemak dalam masa cepat. Ia juga membantu kita untuk menjauhkan diri dari kanser. Jadi Ambil tomato dalam diet anda secara berkala.
10. Coklat Gelap :
Coklat gelap mengandungi Flavonoid, ciri-ciri anti -radang yang membantu untuk
mengurangkan tahap kolesterol dalam darah. Ia merangsang pertumbuhan serotonin
dalam darah dan juga membakar lemak.

Wednesday, 21 May 2014

INDAHNYA MENUTUP AURAT

Khas Buat Wanita Tercinta - Kenapa Mesti Wanita Menutup Aurat Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka berjilbab (bertudung dan berpakaian labuh) menutupi tubuh mereka." Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (33:21) Berdasarkan ayat di atas, ALLAH telah jelas menyatakan perihal mengapa wanita wajib berjilbab (bertudung dan berpakaian labuh yang menutupi tubuh mereka dengan sempurna). Berikut beberapa hikmah menutup aurat (bagi wanita) berdasarkan ayat di atas secara ringkas: 1. Sebagai lambang bahawa mereka adalah wanita yang beriman dan bertaqwa. Wanita yang sentiasa beriman dan taat, pasti akan sentiasa mengikuti apa sahaja yang diperintahkan oleh ALLAH dan Rasul-NYA dan meninggalkan sebarang perkara yang dilarang di dalam agamanya (Islam). Berbeza dengan mereka yang tidak beriman (tanpa mengira lelaki mahupun wanita), mereka amat engkar dengan perintah ALLAH dan Rasulullah. Pendek kata, ada sahaja alasannya untuk menolak ketetapan ALLAH. Maka, renungilah ayat berikut: “Orang-orang munafik laki-laki dan perempuan sebahagian dengan sebahagian yang lain adalah sama, mereka menyuruh membuat yang mungkar dan melarang berbuat yang ma'ruf dan mereka menggenggamkan tangannya (kikir). Mereka telah lupa kepada Allah, maka Allah melupakan mereka. Sesungguhnya orang-orang munafik itu adalah orang-orang yang fasik” (09:67) 2. Berupaya mengelakkan gangguan daripada golongan yang berhati jahat. Sebagai perumpamaan, andainya kita seorang lelaki dihidangkan dengan satu show yang menayangkan wanita dengan keadaan yang amat menghairahkan (seksi), sudah tentu nafsu syahwat si lelaki akan terangsang sekaligus mencetuskan satu niat yang jahat untuk mendapatkan wanita yang dilihatnya itu atau pun wanita lain yang seumpamanya bagi tujuan nafsunya. Tapi, berbeza pula jika kita sebagai lelaki diperlihatkan dengan wanita-wanita solehah yang sentiasa menjaga adabnya sebagai seorang muslimah yang mana lengkap bertudung. Pasti sejuk mata memandang lalu mampu mendetikkan rasa keinsafan (malu) dalam diri si lelaki. Begitulah hakikatnya peranan tudung mampu mencegah hati-hati manusia yang berniat jahat. Dalam ayat yang lain, ALLAH menyatakan perihal yang sama tetapi memfokus kepada suara wanita, “Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan (menghairahkan) orang yang ada perasaan dalam hatinya (berhati jahat).” (33:32) 3. Membezakan samada wanita itu muslim atau non-muslim supaya mereka lebih mudah untuk dikenali. Sebagai seorang wanita muslim, sewajibnya mereka menutup aurat dan bertudung. Yang dengan itu, sekaligus membezakan mereka dengan gaya orang yang bukan muslim. Dan berdasarkan Tafseer Ibn Katheer, jilbab membezakan di antara wanita hamba dengan wanita yang merdeka di mana orang yang merdeka wajib bertudung. Manakala dalam tafsiran yang lain, dinyatakan bahawa pemakaian tudung dan penutupan aurat melambangkan dia adalah wanita yang bertamadun kerana tahu menjaga kehormatannya. 4. Jilbab (menutup aurat) mampu menghalang pelbagai penyakit kulit. Menurut kajian saintifik terkini membuktikan bahawa kulit wanita adalah lebih sensitif berbanding kulit lelaki. Maka oleh kerana itulah, kulit wanita memerlukan sistem penjagaan yang lebih rapi dan baik berbanding kulit lelaki. Dengan keadaan zaman sekarang ini yang mana, persekitaran kita begitu berbahaya dengan pelbagai jenis pencemaran yang melanda. Contohnya pencemaran yang boleh memberi kesan berbahaya kepada kulit. Pencemaran udara, yang mana udara kita dipenuhi dengan pelbagai jenis asap dan debu (dangerous particles). Pencemaran cahaya dan radioaktif. Pencemaran cahaya adalah berpunca daripada penipisan lapisan ozon (light filteration) yang semakin ketara, yang mana pelbagai sinar matahari yang berbahaya dengan mudah terlepas ke permukaan bumi akibat gagal ditapis oleh ozon. Maka, apa alternatifnya yang terbaik untuk mengawal semua jenis pencemaran ini? Tentu sekali pakaian yang baik yang mana mampu menutupi semua bahagian badan kita yang sensitif. Maka dengan itu, sekaligus menunjukkan hikmah wanita diwajibkan memakai jilbab (menutup aurat). Ianya sungguh relevan sekali dengan suasana masa kini yang begitu berbahaya kepada organ kulit kita, terutamanya wanita yang jauh sangat sensitif terhadap kesan pencemaran tersebut. Tanpa perlu berbelanja mahal untuk bahan-bahan kimia penjagaan kulit yang belum tentu terjamin kebaikannya dan mungkin ada kesan jangka panjangnya yang jauh lebih berbahaya, maka pakailah pakaian yang menutup aurat. Ianya lebih selamat dan dijamin oleh ALLAH sejak lama dahulu lagi. Dan ianya terbukti tiada kesan sampingan.

Saturday, 17 May 2014

KEBAIKAN AIS

Ramai org kata x elok minum ais, lebih elok minum air panas.. Namun, sedarkah kita, Nabi Muhammad SAW melarang kita mengambil makanan dalam keadaan yang panas. Akhirnya kini fakta terbaru kebaikan AIS yang tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia.
Teruskan membaca untuk lebih memahami.
Percayalah kepada Al-Quran dan Al Hadis.. kerana kita tidak akan tersesat selagi berpegang pada keduanya.

~ Rahsia dan Kelebihan Di Dalam Ais
“Zat di dalam ais tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia”. Jangan ingat minum ais tu tak elok untuk kesihatan. Sebenarny ada kebaikan didalam keburukan.
Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bakteria lebih agresif dan cepat membiak. Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas. Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.

Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa.Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang. Membenarkan anak mengunyah ais akan menguatkan giginya dan memberi kanak-kanak makan ais krim secara perlahan-lahan dan berterusan boleh menghilangkan batuk dalam masa beberapa jam. Mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total. Air sejuk juga akan menguatkan tulang bayi. Ia akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan dan jangkitan.

Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan. Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah hilang seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar. Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan. Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan yang tidak disangka-sangkakan. Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan.

Air sejuk juga adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang telah patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam. Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat. Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh. Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan dengan urik asid akan meningkatkan suhu tulang dan melemahkan struktur tulang.

Adalah makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang telah terkena panas cahaya matahari yang pastinya akan mengganggu sistem deria pada kulit. Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai oleh unsur-unsur spiritual yang jahat. Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan.

Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana ia amat berkesan meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah. Tubuh secara semulajadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk. Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Adalah menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan unsur-unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk di awal pagi kerana ia akan menguatkan perut.
**Siapa ckp minum ais melemahkan tenaga batin?

Popular Posts