"Barang siapa memudahkan urusan (mukmin) yang sulit nescaya Allah akan memudahkan urusannya di dunia & akhirat" -Hadith Riwayat Imam Muslim-

Saturday, 4 July 2009

M. JACKSON DIKEBUMI CARA ISLAM


Keluarga tunaikan hasrat Mikaeel, majlis pengebumian 7 JulaiLOS ANGELES: Keluarga ikon muzik pop terkenal Amerika Syarikat, Michael Jackson, dilaporkan berkemungkinan besar mengebumikan penyanyi itu mengikut cara Islam. "Keluarganya menimbang pengebumian mengikut Islam kerana mereka percaya Michael mahu dikebumikan mengikut agama barunya," lapor laman web aceshowbiz yang memetik sumber sebagai berkata.
"Abang penyanyi itu, Jermaine atau nama Islamnya, Muhammad Abdulaziz, menerangkan kepada keluarganya mengenai pengebumian menurut Islam kerana berasa penting jenazah adiknya disempurnakan dengan cara Islam," kata sumber itu. Di sebalik laporan terdahulu majlis memperingati secara umum dan peribadi untuk penyanyi itu ditetapkan pada minggu ini, tiada pengesahan rasmi daripada keluarga Jackson mengenai lokasi pengebumiannya. Bagaimanapun, aceshowbiz turut melaporkan bahawa pengebumian akan berlangsung pada 7 Julai ini.
Raja Pop itu dilaporkan memeluk Islam pada November 2008 di rumah seorang rakannya di Los Angeles, beberapa tahun selepas menyuarakan minatnya untuk menjadi penganut agama suci itu. Beliau kemudian menukar namanya kepada Mikaeel, sempena nama malaikat yang ditugaskan menurunkan hujan dan memberi rezeki. Laporan menyebut, beliau duduk dengan memakai kopiah dan mengucap dua kalimah syahadah di depan seorang imam di kediaman rakan penyanyi itu di Los Angeles. Jackson mengamalkan cara hidup Muslim sedikit demi sedikit serta membaca al-Quran dikatakan menjadi amalan hariannya, malah mengakui menemui kekuatan dan kesungguhan dalam menempuh pelbagai dugaan dan rintangan dalam hidupnya.
Jurucakap penghibur legenda itu memberitahu, pihaknya sudah mengesahkan kepada semua media di seluruh dunia mengenai kebenaran desas-desus mengatakan Jackson memeluk Islam. Selepas penyanyi itu dilaporkan memeluk Islam, Jermaine memberitahu wartawan, adiknya mula tertarik kepada agama itu sejak 1989. - Agensi

No comments:

Popular Posts

There was an error in this gadget