"Barang siapa memudahkan urusan (mukmin) yang sulit nescaya Allah akan memudahkan urusannya di dunia & akhirat" -Hadith Riwayat Imam Muslim-

Friday, 3 July 2009

BUMI BIAK YANG MURNI

Seronok betul saya bila mendapat tahu daripada rakan pensyarah menyatakan saya kena pergi ke SK Biak untuk mengiringi 8 pelajar KPLI sempena Program Keibubapaan dan Kecemerlangan pelajar SK Biak Dabong, Kuala Krai tahun 5 dan 6 pada 30 Jun hingga 02 Julai 2009 yang lalu. Perjalanan untuk sampai dari Kota Bharu ke Kg Biak adalah 2.30 jam. Sepanjang 3 hari 2 malam di sana banyak perkara baru yang dapat dipelajari dari masyarakat di situ tentang bagaimana mereka hidup tanpa bergantung kepada sumber-sumber elektronik dan kenderaan yang canggih. Terfikir saya dapat juga mereka menjalankan kerja macam kita di sini tanpa bergantung kepada benda2 tu. Bayangkan saya kalau tidak ada broadband saja, dah tak boleh duduk dah. Bagi mereka, dunia ICT tidak penting, yang penting duit masuk dan setiap hari menoreh getah. Masyarakat di sini jika di sebelah pagi jarang kelihatan dan mereka berkumpul waktu petang di warung kopi untuk sembang2. Pada waktu malam pula kaum remaja membuat latihan dikir barat di hujung desa untuk menghilangkan rasa kesunyian. Di sini tidak ada bunyi bising kenderaan dan pencemaran udara, malah remaja di sini masih tidak lagi dipengaruhi budaya luar walaupun rata-rata di setiap rumah ada memiliki astro. Murid di sekolah ini amat memerlukan bimbingan dan belaian guru untuk memberi tunjuk ajar pada mereka. Pada mula kami tiba di SKB hanya seorang guru yang menyambut kami iaitu PK1 Pn Haniah. Dalam hati berkata ke mana perginya guru lelaki yang lain. Tak apa lah niat kami ikhlas nak membantu murid Kg Biak ni bukan mengharapkan pujian dan balasan pun. Acara yang dirancangkan berjalan tanpa ada gangguan. Pada hari penutupan Tn Pengarah IPGM Kota Bharu datang untuk merasmikan acara penutup kursus ini. Saya kagum dengan Tn Pengarah kita yang sanggup turun padang melihat dengan lebih dekat Kg Biak ini, sekurang-kurangnya hilanglah segala penat lelah kami bekerja di sini. Terima Kasih Tn Pengarah En Hashim. Setelah tamat acara penutupan kami bergegas untuk pulang dan murid SKB mengiringi kami menaiki Van sambil melambai untuk ke Jeti Biak. Terima Kasih Biak jumpa lagi pada sesi akan datang.
Inilah sungai yang menjadi penghalang perhubungan antara Jeli dengan Biak
Guru Pelatih sedang berbincang untuk mengadakan acara sukaneka
Saya bersama dengan rakan pensyarah En Mohd Zaki
Inilah kenderaan yang digunakan untuk mengangkut penumpang ke jeti dan mengangkut skrap getah untuk dijual kepada taukeh getah.
Ini rumah penduduk Kg Biak masih beratapkan rumbia dan berdindingkan bambu

2 comments:

azfarakatsuki said...

haih....btapa pnting nyer broadband zaman skrg....stuju statement tue...sokong2 100%...hahahaha...

AZIZI JAAFAR said...

ye la kalau tak ada broadband, rasa blur kat rumah, tv pun tak tgok sekarang

Popular Posts

There was an error in this gadget