Sahabat adalah keperluan jiwa yang mesti dipenuhi. Dialah ladang hati, yang kau taburi dengan kasih dan kau subur dengan penuh rasa terima kasih. Dan dia pulalah naungan dan pendamaianmu. Kerana kau menghampirinya saat hati lupa dan mencarinya saat jiwa memerlukan kedamaian.
Nikmat sihat akan terasa jika kita pernah merasa sakit. Nikmat harta akan terasa jika kita pernah merasa susah dan nikmat hidup akan terasa jika kita pernah mendapat musibah. Musibah adalah awal dari kenikmatan hidup.
SALAM TAZKIRAH MAGHRIB
“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu menjauhkan buruk sangka, kerana buruk sangka itu setengah daripada dosa besar, janganlah kamu mengintai dan janganlah kamu mencerca serta mengumpat, setengah kamu akan setengah yg lain. Apakah kamu suka memakan daging saudara kamu yang telah mati? Nescaya kamu takut kepada Allah, bahawasanya Allah itu Penerima taubat”.
(Surah “al-Hujurat: Ayat 12)
Jangan sesali mereka yg menghampiri hidupmu, lalu memilih pergi. Karena mereka telah mengajarkanmu bagaimana cara tuk melepaskan.
Perbanyaklah SEDEKAH, karena di dalamnya terdapat KHASIAT :
- Menyembuhkan berbagai penyakit.
- Menjauhkan dari segala macam kesulitan & masalah.
- Diselamatkan dari segala keburukan.
- Menenangkan hati dan jiwa.
- Melapangkan rezeki.
Ingatlah.. dalam kita bergembira..pasti ada yang berduka.. skrg masa kita, esok lusa belum tentu lg...
Teman itu seperti bintang, Tak selalu nampak tapi selalu ada dihati.. Sahabat akan selalu menghampiri ketika seluruh dunia menjauh, kerana persahabatan itu seperti tangan dengan mata, Saat tangan terluka, mata menangis, Saat mata menangis tangan pula menghapuskannya.
Di antara mereka yang saya sukai atau kagumi saya tidak dapat menemukan suatu kesamaan, Tetapi di antara mereka yang saya kasihi saya dapat menemukannya.
Untuk memimpin orang lain dan menjadi ujung tombak di barisan hadapan, seorang manusia itu perlu bertindak dan berani lawan keseorangan.
Dalam kita melangkah… terkadang diuji dengan ujian yang terasa berat, Hingga kita terduduk dan menangis, peritnya terasa tetapi ketahuilah, dan renungilah dalam diri kerana… Mungkin air mata tika itu hadir kerana… Dia mahu menjahit sejadah IMAN yang kian terkoyak lantaran ada langkah-langkah yang tersasar, Semoga tabah dan tetapkan iman…
Menulis di facebook seperti juga memancing ikan di Tasik Madu Hempedu... Umpan besar belum tentu lg ikan besar yang mengena.. *kadang2 ramai yg like, kadang2....?*
Hujan adalah rahmat Allah, Jangan dicela datangnya, terimalah dengan penuh syukur dan sabar, persiapkan diri menerima rahmat Allah …
Semakin banyak meneroka dan mendalami ilmu.. semakin sedar memiliki sedikit ilmu pengetahuan
CINTA TAK KENAL SIAPA..
Cinta tak hanya berawal dari tatapan mata. Cinta hadir dari tulusnya hati ketika diri tak mampu berpikir jernih. Percaya Hati.
'CINTAI PENCIPTA DAHULU SEBELUM MENCINTAI YANG DICIPTA'
Musibah, bencana alam, ribut taufan merupakan peringatan Allah kepada manusia yang murka, lupa diri, lupa asal dan tempat mereka akan kembali.. Ambillah pengajaran atas apa yang berlaku
Bahagialah bagi orang yang mengerti akan erti cinta, kerana Cinta itu akan memberikan warna dalam kehidupannya. Cinta yang teramat besar terkadang dapat membuatkan kita tak boleh mencintai lagi. CINTA YANG HAKIKI ADALAH CINTA KPD ILLAHI
hati manusia ibarat seorang raja yang boleh mengeluarkan arahan terhadap bala tenteranya. Dia boleh bertindak untuk menerus atau memberhentikan sesuatu peperangan jika dia melihatnya tidak memberi apa-apa keuntungan.
Akankah kuat kaki ini melangkah? bila disapa duri yang menanti…Akan kaburkah mata yang menatap?pada debu yang pasti hinggap….. Ya Allah kuatkan kuatkan kakiku melangkah musafir di alam fana ini... Sinarilah mata ku yg semakin kabur menatap huruf2 kalimahMu..
Kebiasaan yang selalu diamalkan akan menjadi tabiat dan sesungguhnya amatlah sukar kepada individu mengikis sesuatu yang dipanggil tabiat. Begitu juga hasad yg ada pada diri setiap manusia, amat sukar dikikis kalau selalu mengamalkannya...
Pernahkah kau merasa jarak antara kita
Kini semakin terasa setelah kau kenal dia
Oh tuhan tolonglah aku hapuskan rasa cintaku
Aku pun ingin bahagia walau tak bersama dia
Pages
"Barang siapa memudahkan urusan (mukmin) yang sulit nescaya Allah akan memudahkan urusannya di dunia & akhirat" -Hadith Riwayat Imam Muslim-
Friday, 22 March 2013
Thursday, 24 January 2013
Wednesday, 2 January 2013
Ucapan Sempena Hari Lahir AC pada 01 Jan 2013
Salam semua, sekalung jutaan terima kasih sy ucapkan kepada semua sahabat handai, rakan2 FB yang dikasihi (so excited from Dr Boon Hua Lee, Dr Boon Pong Ying, YB Drs Khalil Idham Lim), my students dll yang wish utk kesejahteraan n kebahagiaan sy sempena hari ulang tahun kelahiran pada 01/01/13..... semoga kwn2 yg d kasihi juga dilimpahi rahmat n dipermudahkan dalam segala urusan.... bahagia dunia n akhirat.... Doa mengiringi kebahagiaan kita aminnn...
Beratus ucapan AC terima dan antara ucapan2 kreatif yang menjadi pilihan AC ialah;
Beratus ucapan AC terima dan antara ucapan2 kreatif yang menjadi pilihan AC ialah;
Wilson Chewposted toAzizi Cyberspot
selamat hari jadi dan selamat tahun baru, encik azizi..........semoga di tahun baru ini, segala perkara yang dilakukan dan dilalui akan lancar dan penuh dengan elemen yang positif.
Happy birthday Tuan Azizi Cyberspot! Semoga dipanjangkan umur dan sentiasa sihat walafiat, diperkuatkan iman dan dipermurahkan rezeki dengan rezeki yang halal, InsyaAllah.
Oreng Kucingposted toAzizi Cyberspot
Assalamualaikum.. selamat hari lahir.. semoga Allah sentiasa melimpahkan rahmat, redha dan niqmat iman, amal, kesihatan, kebahagiaan, ketenangan, dan yg terbaik utk Tuan dan ahli2 keluarga Tuan..salam kelahiran dr sy dan mereka2 yg mengenali Tuan,, =)
Din Gombakposted toAzizi Cyberspot
""""""Assalammualaikum ...
Segala pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam atas junjungan Nabi Muhammad SAW. Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT di atas kekuatan dan kesihatan nikmat umur yang panjang masih lagi dapat bangkit dari lena dan menghirup udara hari ini bersama nikmat Iman dan Islam. Alhamdulillah. Ucapan selamat menyambut hari ulangtahun kelahiran. Semoga dipanjangkan umur di dalam keimanan, dilambatkan ajal, dipendekkan cubaan, dimurahkan rezeki yang halal, dibesarkan cita-cita yang diimpikan, dicerahkan masa depan yang gemilang, diringan tulang yang berat, berjaya dalam kerjaya yang diceburi, dijauhi segala bala, dikuatkan iman dan dirahmati ALLAH selalu"""""
Segala pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam atas junjungan Nabi Muhammad SAW. Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT di atas kekuatan dan kesihatan nikmat umur yang panjang masih lagi dapat bangkit dari lena dan menghirup udara hari ini bersama nikmat Iman dan Islam. Alhamdulillah. Ucapan selamat menyambut hari ulangtahun kelahiran. Semoga dipanjangkan umur di dalam keimanan, dilambatkan ajal, dipendekkan cubaan, dimurahkan rezeki yang halal, dibesarkan cita-cita yang diimpikan, dicerahkan masa depan yang gemilang, diringan tulang yang berat, berjaya dalam kerjaya yang diceburi, dijauhi segala bala, dikuatkan iman dan dirahmati ALLAH selalu"""""
Noor Hikmah Mat Zain wrote on your timeline.
Sanah helwah ya jamiil...spupuku "akhi azizi jaafar" moga dlm plindungn dn rahmat Allah slalu hndknya....Aamiin..~~~
Naufal Badarudin wrote on your timeline.
Assalamualaikum...
Selamat hari lahir..moga panjang umur murah rezeki...
dan seterusnya hidup dalam keredhaan Allah...
Ya Allah..
panjangkanlah umur sahabatku.. Kurniakanlah kesihatan yang baik padanya, terangi hatinya dengan nur pancaran iman.
Tetapkanlah hatinya, perluaskanlah rezekinya, dekatkanlah hatinya kepada kebaikan, jauhkanlah hatinya pada kejahatan, tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama, dunia dan akhirat..
Ya Allah..
kurniakanlah sahabatku kesenangan, ketenangan, kecemerlangan hidup di dunia akhirat kelak..
Selamat hari lahir..moga panjang umur murah rezeki...
dan seterusnya hidup dalam keredhaan Allah...
Ya Allah..
panjangkanlah umur sahabatku.. Kurniakanlah kesihatan yang baik padanya, terangi hatinya dengan nur pancaran iman.
Tetapkanlah hatinya, perluaskanlah rezekinya, dekatkanlah hatinya kepada kebaikan, jauhkanlah hatinya pada kejahatan, tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama, dunia dan akhirat..
Ya Allah..
kurniakanlah sahabatku kesenangan, ketenangan, kecemerlangan hidup di dunia akhirat kelak..
Zahran Mahmood wrote on your timeline.
sanah helwah utk brother azizi, semoga allah anugerahkan umur yang berpanjangan,murah rezeki dengan rezeki yang halal dan diberkati sepanjang masa.....mabruk...amin
Shafiq Azli wrote on your timeline.
Dengan ucapan
Semoga dikurniakan iman yang sempurna,
akhlak yang terpuji,
pekerti yang mulia,
umur yang bermanafaat,
rezeki yang halal,
ilmu yang berguna,
jodoh yang membahagiakan,
hidup yang dirahmati di dunia dan akhirat.
Semoga dikurniakan iman yang sempurna,
akhlak yang terpuji,
pekerti yang mulia,
umur yang bermanafaat,
rezeki yang halal,
ilmu yang berguna,
jodoh yang membahagiakan,
hidup yang dirahmati di dunia dan akhirat.
Siti Aishah Ya'acob wrote on your timeline.
selamat hari lahir en.. semoga sihat-sihat selalu untuk terus menjadi pendidik kepada kami semua.. ^_^
Mohd Zairi Husain wrote on your timeline.
Happy birthday tuan... Saya berdoa semoga insan yang bernama Azizi Cyberspot diberi kekuatan, kesejahteraan, ketenangan, keberkatan, kerahmatan, kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan sepanjang tahun 2013 ini. In shaa Allah... Aamiin...
Raisul Fadhla Bin Safiruddin wrote on your timeline.
'Id milad sa'id! Semoga dengan semakin bertambah usia, semakin bertambah pula taqwa.
Barakallahu laka fi ma baqiya min 'umrika. Allahumma amin!
Barakallahu laka fi ma baqiya min 'umrika. Allahumma amin!
Abd Jamil Sabdin wrote on your timeline.
♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫♪Happy Birthday to You♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫♪
Happy Birthday to You♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫♪ Happy Birthday
♪♫•*¨*•.¸¸HappyBirthday¸¸.•*¨* •♫♪... Happy Birthday to you…
Happy Birthday to You♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫♪ Happy Birthday
♪♫•*¨*•.¸¸HappyBirthday¸¸.•*¨*
Robiah Robian wrote on your timeline.
Sanah helwah cikgu Zii..d gerbang thn baru rupanya..'alabarokatillaah
Ajeep Ally wrote on your timeline.
Selamat hari lahir
Semoga dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki
Keep in touch
Ikhlas
Ajeep
Semoga dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki
Keep in touch
Ikhlas
Ajeep
Khalil Idham Lim wrote on your timeline.
SHL...tahniah..semuga panjang umur dalam keberkatan..
Cnisma Ibni Ismail wrote on your timeline.
Happy Birthday Zie dan Selamat Tahun Baru semoga diberi rahmat oleh Allah SWT selalu
Muhammad Hilmi wrote on your timeline.
selamat hari lahir encik hensem
Dr Boon Pong Ying wrote on your timeline.
Happy birthday
Datuk Suffian Effendi wrote on your timeline.
Selamat Hari Lahir Tuan... Berkongsi tarikh dgn Rosmadi Dollah
RJ Bangi Arjey wrote on your timeline.
happy bday zi.....teruskan kecemerlangan....kebanggaan shamsul maarif
Friday, 28 December 2012
Thursday, 11 October 2012
SBA ganti PMR ukur prestasi
KUALA LUMPUR 10 Okt. - Tahap pencapaian para
pelajar tingkatan tiga akan diukur melalui penilaian Sistem Pentaksiran
Berasaskan Sekolah (SBA) apabila Penilaian Menengah Rendah (PMR)
dimansuhkan pada 2014.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, SBA itu
akan dikendalikan oleh sekolah tetapi masih di bawah pengawasan dan
pemantauan Lembaga Peperiksaan untuk memastikan soalan yang disediakan
berkualiti, setara dan mampu mengukur prestasi para pelajar.
"Langkah dan pendekatan ini membolehkan ibu bapa mendapat maklumat
terkini mengenai prestasi penguasaan pelajaran anak-anak mereka,"
katanya ketika ditemui selepas mengadakan tinjauan perjalanan
peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) di Sekolah Menengah
Kebangsaan (SMK) Gombak Setia di sini hari ini.
Beliau yang juga Menteri Pelajaran meluangkan masa kira-kira setengah
jam untuk melihat seramai 599 pelajar sekolah itu menduduki peperiksaan
tersebut yang bermula semalam.
Pada tahun ini, seramai 480,306 pelajar menduduki peperiksaan itu di 3,720 buah sekolah di seluruh negara,.
Muhyiddin berkata, selepas tahun 2014, hanya ada dua peperiksaan
utama yang dijalankan iaitu Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
"Murid-murid dari Tahap Satu hingga Tahap 5, prestasinya diukur
melalui SBA. Begitu juga di peringkat menengah sepanjang tahun
pembelajaran yang tidak ada peperiksaan utama, prestasi pelajar diukur
berasaskan kepada sistem tersebut," tambah beliau.
Mengulas mengenai pengambilan pelajar asrama di tingkatan empat
selepas pemansuhan PMR, Muhyiddin berkata, proses kemasukan itu tetap
diteruskan seperti biasa.
Katanya, proses pengambilan kemasukan pelajar di sekolah-sekolah
berasrama penuh dan Maktab Rendah Sains Mara akan dibuat berdasarkan
kecemerlangan dan latar belakang pelajar.
"Pelajar yang cemerlang dan latar belakang ibu bapa yang miskin akan
diberi keutamaan untuk mendapat tempat di sekolah berasrama penuh dan
amalan ini telah dimulakan sejak tahun lepas," katanya.
Friday, 21 September 2012
Pendidikan bertaraf dunia
Oleh TERMIZI CHE ANUAR
LAPORAN awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 telah
bukan sekadar menyediakan penilaian terhadap sistem pendidikan masa kini
dan kejayaan serta kegagalan sistem tetapi juga mengemukakan pelan yang
komprehensif ke arah pendidikan bertaraf dunia.
Antara perubahan besar yang akan dilaksanakan ialah memperkenalkan
kurikulum baru iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) mulai
tahun 2016 dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) pula pada
tahun 2017.
Kurikulum baru itu dirangka berdasarkan tanda aras antarabangsa yang
merangkumi dimensi intelek, emosi, fizikal setiap murid dan menekankan
aplikasi pengetahuan serta perkembangan pemikiran kritis, kreatif dan
inovatif selain memberi peluang melibatkan diri dalam aktiviti sukan dan
kurikulum.
Turut diberi keutamaan di dalam pelan tersebut ialah kurikulum dan
pentaksiran, pengukuhankemahiran berbahasa, intervensi ke arah
peningkatan prestasi sekolah, pendidikan khas dan pendidikan untuk murid
pintar cerdas.
Bukan itu sahaja, pelan itu juga menggariskan keseluruhan program
transformasi, termasuk menyusun inisiatif mengikut tahun pelaksanaan
antara tahun 2013 hingga 2025.
Pelan itu juga turut menggariskan aspirasi baru untuk keseluruhan
sistem pendidikan negara dan juga mengandungi analisis terperinci
tentang keberhasilan murid serta menetapkan prestasi semasa sistem
pendidikan negara.
Selain itu juga, pelan tersebut turut mengkaji peranan guru dan
pemimpin sekolah yang merupakan barisan hadapan sistem pendidikan
negara, dengan memberi tumpuan tentang cara meningkatkan kualiti serta
sokongan untuk guru dan pemimpin sekolah.
Jelas di sini bahawa pelan tersebut telah dirangka bagi menghadapi
cabaran abad ke-21 berasaskan dasar dan laporan terdahulu yang sangat
besar pengaruhnya.
Kementerian Pelajaran menyedari pentingnya pendidikan di dalam
menyediakan asas pembentukan negara bangsa dan pertumbuhan ekonomi mapan
selaras dengan matlamat transformasi Malaysia ke arah negara
berpendapatan tinggi.
''Pembaharuan pendidikan merupakan agenda penting setiap negara dan
Malaysia juga perlu memastikan pembangunan berterusan sistem pendidikan
supaya dapat bersaing pada peringkat global.
''Justeru, sistem pendidikan negara perlu melalui transformasi
menyeluruh dan sistematik sekiranya berhasrat melahirkan individu yang
mampu bersaing pada peringkat global," menurut laporan tersebut.
Kajian juga mendapati Malaysia telah mencapai kejayaan dalam tempoh
50 tahun melalui peluasan akses kepada pendidikan dan peningkatan dari
segi celik huruf dalam kalangan kumpulan dewasa dan penglibatan murid di
sekolah.
Bagaimanapun, laporan tersebut menegaskan, apabila dilihat dengan lebih mendalam, gambarannya lebih kompleks.
''Contohnya, perbezaan prestasi dan keupayaan di seluruh negeri, daerah dan sekolahwujud pada hari ini.
''Walaupun terdapat kelompok-kelompok sekolah dan daerah yang
cemerlang di seluruh negara, namun masih wujud jurang prestasi yang
perlu ditangani," menurut laporan itu.http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20120912/pe_10/Pendidikan-bertaraf-dunia
Kurikulum baru mulai 2016
KEMENTERIAN Pelajaran akan melaksanakan kurikulum persekolahan baru
iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) mulai 2016 dan Kurikulum
Standard Sekolah Menengah (KSSM) pada 2017 dalam usaha melonjak sistem
pendidikan negara.
Kurikulum baru itu dirangka berdasarkan tanda aras antarabangsa bagi
memastikan murid dan pelajar yang dilahirkan oleh sistem persekolahan di
negara ini memiliki kemahiran yang diperlukan untuk bersaing di
peringkat global.
Ia merangkumi dimensi intelek, emosi dan fizikal setiap murid serta
menekankan aplikasi pengetahuan serta perkembangan pemikiran kritis,
kreatif dan inovatif selain memberi peluang melibatkan diri dalam
aktiviti sukan dan kurikulum.
Pengenalan kurikulum baru itu juga selaras dengan pemansuhan
Penilaian Menengah Rendah (PMR) mulai 2014 serta perubahan penilaian ke
atas murid tahun enam yang tidak lagi dibuat berdasarkan keputusan Ujian
Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) semata-mata.
Ini kerana mulai 2016 juga gred pencapaian UPSR murid tahun enam
tidak akan lagi ditentukan melalui peperiksaan awam sahaja tetapi
digabung sekali dengan pentaksiran sekolah dan pentaksiran pusat.
Pelaksanaan kurikulum baru ini pula akan melalui tiga fasa iaitu
gelombang satu (2012-2015) iaitu fasa persediaan, gelombang kedua
(2016-2020) iaitu fasa pelaksanaan dan gelombang ketiga (2021-2025)
iaitu fasa pentaksiran.
Menurut Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025,
sebagai persiapan sebelum memperkenalkan kurikulum baru itu kementerian
akan memurnikan kurikulum sedia ada dan mempergiatkan sokongan kepada
guru bagi meningkatkan sistem penyampaian.
"Kementerian sedar masih banyak yang perlu dilakukan untuk memastikan
keberkesanan pelaksanaan kedua-dua aspek kurikulum baru ini, untuk itu
gelombang pertama transformasi pendidikan akan memberi tumpuan kepada
inisiatif jangka pendek.
"Ia bagi memastikan kurikulum bertulis, kurikulum yang diajar dan
kurikulum pentaksiran dapat ditambah baik selain meletakkan asas kepada
perubahan fundamental sebelum gelombang kedua dan ketiga dilaksana dan
dikaji semula untuk melihat tahap pencapaian," jelas laporan itu.
Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
mohdasron.mustapha@utusan.com.my
mohdasron.mustapha@utusan.com.my
Tuesday, 18 September 2012
Thursday, 13 September 2012
Sunday, 9 September 2012
MENGENALI STROKE
Doktor berkata orang biasa dapat mengenal serangan stroke melalui 3 pertanyaan simple di bawah ini:
S = Minta orang tersebut untuk SMILE (Senyum)..
T = TALK. Minta orang tersebut sebut perkataan yang mudah Contoh: Hari
S = Minta orang tersebut untuk SMILE (Senyum)..
T = TALK. Minta orang tersebut sebut perkataan yang mudah Contoh: Hari
ini sangat cerah.
R = Minta dia untuk RAISE BOTH ARMS (Angkat kedua tangannya).
Jikalau orang tersebut susah utk melakukan salah satu dari tugas diatas, panggil ambulan dan jelaskan tanda-tandanya kepada operator.
CATATAN: Tanda lain dari sebuah stroke adalah
1. Minta orang tersebut untuk menjelirkan lidahnya.
2. Jikalau lidah tersebut bengkok, atau jikalau lidah tersebut terjelir ke satu sisi atau lainnya maka ini adalah tanda-tanda sebuah stroke.
R = Minta dia untuk RAISE BOTH ARMS (Angkat kedua tangannya).
Jikalau orang tersebut susah utk melakukan salah satu dari tugas diatas, panggil ambulan dan jelaskan tanda-tandanya kepada operator.
CATATAN: Tanda lain dari sebuah stroke adalah
1. Minta orang tersebut untuk menjelirkan lidahnya.
2. Jikalau lidah tersebut bengkok, atau jikalau lidah tersebut terjelir ke satu sisi atau lainnya maka ini adalah tanda-tanda sebuah stroke.
Saturday, 8 September 2012
Tuesday, 4 September 2012
Tuesday, 28 August 2012
Subhanallah! Fenomena Awan Berlubang
Fenomena ini dikenali sebagai Punch Hole Cloud atau Fallstreak. Ia berlaku apabila suhu air pada awan berada dibawah takat beku namun masih belum membeku kerana kekurangan ice nucleation particles.
Apabila sedikit particle air mula membeku, ia akan menyebabkan efek domino yg menyebabkan wap air di sekelilingnya turut membeku dan jatuh turun ke bumi. Ini menyebabkan wujudnya lubang besar pada awan cirrocumulus atau altocumulus. Jom lihat gambar di bawah ini.
Bagi pihak pengkaji barat, setiap kejadian yang berlaku di atas muka bumi sememangnya menggunakan logik akal berdasarkan kajian yang dilakukan. Ternyata kejadian Allah SWT ini mempunyai hikmah yang tersendiri dan memberi peluang kepada para pengkaji mencari rahsia di sebaliknya.
Sumber: Melayukini
Thursday, 23 August 2012
Friday, 10 August 2012
Ribuan sertai qiam bersama Sultan Kelantan
Ribuan rakyat negeri Kelantan tidak melepaskan peluang untuk
menghidupkan Ramadhan bersama Sultan Kelantan dalam program Qiam With Me
di Istana Negeri di sini malam tadi.
Program julung-julung kali diadakan itu menerima sambutan luar biasa
rakyat yang mahu bersama sultan kesayangan mereka Sultan Muhammad V.
Suasana malam tadi menyaksikan Dewan Jubli Perak, di Istana Negeri,
Kubang Kerian itu penuh malah kesemua khemah diluar dewan juga sesak.
Subscribe to:
Comments (Atom)
Popular Posts
-
"....Allah jualah Tuhan kami dan Tuhan kamu. Bagi kami amal kami dan bagi kamu amal kamu. Tidaklah patut ada sebarang pertengkaran ant...
-
Berikut dalil Al Qur’an dan Hadits Puasa Ramadhan : ÙŠَا Ø£َÙŠُّÙ‡َا الَّذِينَ آمَÙ†ُوا Ùƒُتِبَ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ُ الصِّÙŠَامُ ÙƒَÙ…َا Ùƒُتِبَ عَÙ„َÙ‰ الَّذِينَ...
-
Salam semua, sekalung jutaan terima kasih sy ucapkan kepada semua sahabat handai, rakan2 FB yang dikasihi (so excited from Dr Boon Hua Lee ...
-
Bulan Rejab merupakan bulan Allah yang banyak keistimewaannya yang dijanjikan oleh Allah SWT kepada umat-Nya. Pintu rahmat terbuka luas un...
-
1. TA'ARUFFAN Persahabatan yang terjalin secara kebetulan, seperti pernah bertemu di stesyen kereta api, hotel, hospital, pejabat pos...
-
Erm...terjumpa artikel ni setelah dinasihati seorang sahabat supaya berhenti makan sardin....ups, this is my last menu mkn sardin...cuba sed...
-
PUTRAJAYA – Penularan wabak influenza A (H1N1) di Malaysia semakin membimbangkan dengan 12 kes baru disahkan semalam, iaitu jumlah terbany...
Post by Azizi Cyberspot.
















