Dijadikan wanita drpd tulang rusuk yg bengkok
Untuk diluruskan oleh lelaki
Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tdk lurus
Mana mungkin kayu yg bengkok menghasilkan bayang yg lurus
Jgn cuba menjinakkan wanita dgn harta,
kerana nantinya mereka semakin liar.
Jgnlah hiburkan wanita dgn kecantikan
kerana nantinya mereka akan semakin derita
Kenalkan wanita kpd Ya Rabbi
Di situlah punca kekuatan dunia.
Pages
"Barang siapa memudahkan urusan (mukmin) yang sulit nescaya Allah akan memudahkan urusannya di dunia & akhirat" -Hadith Riwayat Imam Muslim-
Wednesday, 28 May 2014
PAGI JUMAAT
Pagi jumaat nan cerah ku tersenyum pd matahari,
Yg perlahan lembut menyinari bumi dgn kehangatannya
Membangkitkan rasa menguatkan raga
Sambil merenggangkan otot kaku sehabis tidur semalam,
Ku bangun dgn mengucapkan Alhamdulillah
Sahabatku, ucapkanlah kata-kata itu
Jika kita rasa getarnya di dada
Tuhan yg memberi seribu nikmat

JANGAN PIKAT
Jngan pikat wanita kalau anda tak bersedia cintakan dia.
Jngan buat wanita itu jatuh cinta kalau anda tak cintakan dia.
Jngan memberi wanita harapan kalau anda tidak pasti.
Jngan sakitkan hati wanita kalau anda tiada hati untuknya.
Jngan mainkan perasaan wanita kalau anda tiada perasaan untuknya
HARAM jika jadikan wanita itu kekasih tetapi tiada niat untuk nikahinya.

UCAPAN SELAMAT PAGI
Kicauan burung menyambut pagi hentakkanku
Menyemangati jiwa yg letih semalam Menyambut kemenangan Malaysia
Nyanyian pagi mendendangkan lagu merdu
Kuucapkan "Selamat Pagi Dunia".
Selamat pagi burung serinditku
Cerahkan hatiku dgn suaramu
Dendangkan untukku sebuah lagu
Bersama indahnya sinar mentariku
Selamat pagi pohon & bungaku
Kirimkan aku semerbak harummu
Hiasi dgn semaraknya warnamu
Hingga kurasakan sempurnanya hidupku
Dalam Pagi Yang Indah ini

Berpakaian tetapi telanjang
Ini yang dikatakan dunia akhir zaman. Seperti yang kita lihat pada zaman sekarang perempuan tidak lagi menitikberatkan aurat.
Aurat wanita adalah dari hujung rambut sehingga hujung kaki kecuali telapak tangan dan muka, manakala aurat bagi lelaki pula dari pusat sehingga lutut.
Aurat wanita adalah dari hujung rambut sehingga hujung kaki kecuali telapak tangan dan muka, manakala aurat bagi lelaki pula dari pusat sehingga lutut.
Wanita hendaklah menutup kepala dan belahan dada mereka dengan sempurna
seperti firman Allah: “Katakan kepada wanita yang beriman: Hendaklah
mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya dan janganlah
mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa) nampak
daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup kain tudung ke dadanya...”
(Surah an-Nuur, ayat 31)
Ramai wanita zaman sekarang yang berpakaian, tetapi bertelanjang. Maksudnya, mereka berpakaian, tetapi pakaian itu ketat dan nipis seperti tidak berpakaian kerana terserlah susuk tubuh dan warna kulit kepada bukan muhrim.
Islam tidak mengharamkan fesyen seperti selendang asalkan ia labuh menutupi dada dan tidak nipis sehingga menampakkan bayangan rambut serta telinga.
Tak tutup kaki
Bertudung bulat ataupun sebaliknya, tidak penting asalkan menutup aurat mengikut syariat Islam.
Kebanyakan wanita memakai tudung yang singkat dan jarang sehingga menampakkan rambut dan telinga. Mereka menganggap pemakaian tudung hanya trend tanpa memikir dosa membuka aurat.
Ramai wanita menganggap kaki bukan aurat kerana menutup anggota lain dengan sempurna, tetapi tidak memakai sarung kaki atau stokin.
Fesyen terbaharu sekarang adalah pemakaian sanggul tinggi. Mereka walaupun kelihatan memakai tudung, tetapi sebenarnya memberi helah bagi membuktikan rambut panjang dan hendak menarik pandangan lelaki.
Mereka bukan ikhlas bertudung bagi memenuhi suruhan Allah dan ibadat, tetapi sebaliknya.
Seperti hadis Nabi SAW yang bermaksud: “Dua golongan dari ahli neraka yang aku belum melihat kedua-duanya iaitu; kaum yang membawa cambuk seperti ekor lembu untuk memukul manusia dengannya dan wanita berpakaian, tetapi bertelanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepadanya. Kepala mereka umpama bonggol unta yang senget. Mereka ini tidak akan dapat memasuki syurga dan tidak akan mencium baunya iaitu bau syurga dapat dicium dari jarak perjalanan sekian-sekian jauh.” (Syarh Shahih Muslim)
Sanggul bonggol unta
Hadis ini dikemukakan Imam an-Nawawi dalam kitab Sahih Muslim. beliau menyebut:
“Makna bonggol unta itu ialah wanita yang membesarkan kepala dengan tudung. Mereka meletakkan apa saja bagi membesarkan kepala sehingga seolah-olah kelihatan kepala mereka bagaikan bonggol di atas unta.”
Namun, jika rambut memang panjang lalu diikat sehingga kelihatan sanggul, maka ia dimaafkan syarak.
Diharamkan sekiranya meletakkan sesuatu selain daripada rambut sehingga kelihatan seperti sanggul buatan.
Tambahnya lagi, perkara ini adalah bukti mukjizat kenabian, perkara ini telah terbukti pada zaman ini.”
Namun, sekiranya rambutnya memang panjang lalu dia mengikat rambutnya sehingga kelihatan sanggul, maka dalam hal ini adalah dimaafkan oleh syarak. Diharamkan sekiranya meletakkan sesuatu selain daripada rambut sehingga kelihatan seperti sanggul buatan.
Tuesday, 27 May 2014
KISAH HIJRAH YATT HAMZAH
Pengalaman seorang pelakon Yatt Hamzah boleh dijadikan iktibar dan pengajaran kepada kami dan anda di luar sana.
.
Pelakon Yatt Hamzah terkejut apabila kepalanya melekat lebih setengah jam pada sejadah ketika dia melakukan solat taubat baru-baru ini.
.
Dalam sujud yang lama itu, Yatt berkata, dia nampak jelas setiap wanita mendedahkan aurat dipanggang api neraka yang amat dahsyat.
===============================
.
“Yatt menangis sambil menggigil ketakutan menyaksikan azab yang diterima wanita tidak menutup aurat.”
.
Sebelum itu dia bersama rakan menghadiri usrah pada 5 April lalu. Usrah itu berjaya menimbulkan keinsafan dirinya kerana sering mangabaikan solat selain mendedahkan aurat semata-mata mengejar glamour sebagai artis popular.
===============================
.
“Setiba di rumah pada petang itu Yatt terus buat solat taubat.” Peliknya, kata Yatt, ketika dia melakukan sujud terakhir kepalanya tidak dapat diangkat. Mau tak mau, kata Yatt lagi, dia terus sujud memohon keampunan Allah sambil menangis.
.
Dalam sujud yang panjang itulah Yatt nampak jelas wanita yang mendedahkan aurat diseksa Allah di neraka.
.
Tangisan Yatt makin kuat melihat gambaran neraka yang amat mengerikan itu.
===============================
.
“Yatt nampak semua wanita itu digantung rambutnya pada api neraka.” “Semua wanita itu meraung minta Allah kembalikan mereka ke dunia untuk bertaubat dan memakai tudung.” Malam itu kata Yatt dia tertidur di atas sejadah yang dibaluti telekung hingga ke subuh.
.
Moga menjadi iktibar dan kesedaran unuk kita semua dari kejadian tersebut dan moga Yatt lebih tabah dan yakin dengan kekuasaan Allah.

Saturday, 24 May 2014
10 Makanan Yang Membakar Lemak
1. Oat :
Ia bukan sahaja mempunyai rasa yang hebat tetapi juga mengurangkan rasa lapar anda. Oat mengandungi serat yang membantu dan menstabilkan tahap kolesterol .
2. Telur:
Telur adalah sumber yang kaya dengan protein dan rendah kalori. Telur
membantu kita untuk membina otot dan membangunkan kolesterol baik .
3. Epal :
Epal diperkaya dengan antioksidan yang kuat dan makanan tambahan lain.
Paling penting ia mengandungi pektin yang membantu untuk mengurangkan
sel-sel lemak di dalam badan.
4. Green Cili :
cili hijau mengandungi Capsaicin yang membantu untuk membangunkan sel-sel pertumbuhan badan dan membakar kalori dalam masa cepat.
5. Bawang putih:
Bawang putih mengandungi Allicin yang mempunyai ciri-ciri anti -bakteria membantu kita untuk mengurangkan lemak dan membuang kolesterol tidak baik .
6. Madu:
Madu adalah salah satu yang terbaik untuk membakar lemak. Tambah madu dalam air suam dan minum setiap hari pada awal pagi .
7. Teh Hijau:
Teh Hijau adalah salah satu yang paling berkesan yang boleh membantu
anda untuk mengurangkan berat badan. Ia mengandungi Antioksidan yang
membantu dan menstabilkan berat badan kita .Amik 2 cawan setiap hari teh
hijau ini untuk hasil yang lebih baik.
8. Rumput Gandum (WHEAT GRASS) :
Ia meningkatkan metabolisme dan membantu untuk mengurangkan lemak.
9. Tomato :
Tomato
membantu kita untuk membakar lemak dalam masa cepat. Ia juga membantu
kita untuk menjauhkan diri dari kanser. Jadi Ambil tomato dalam diet
anda secara berkala.
10. Coklat Gelap :
Coklat gelap mengandungi Flavonoid, ciri-ciri anti -radang yang membantu untuk
mengurangkan tahap kolesterol dalam darah. Ia merangsang pertumbuhan serotonin
dalam darah dan juga membakar lemak.
Wednesday, 21 May 2014
INDAHNYA MENUTUP AURAT
Khas Buat Wanita Tercinta - Kenapa Mesti Wanita Menutup Aurat Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka berjilbab (bertudung dan berpakaian labuh) menutupi tubuh mereka." Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (33:21) Berdasarkan ayat di atas, ALLAH telah jelas menyatakan perihal mengapa wanita wajib berjilbab (bertudung dan berpakaian labuh yang menutupi tubuh mereka dengan sempurna). Berikut beberapa hikmah menutup aurat (bagi wanita) berdasarkan ayat di atas secara ringkas: 1. Sebagai lambang bahawa mereka adalah wanita yang beriman dan bertaqwa. Wanita yang sentiasa beriman dan taat, pasti akan sentiasa mengikuti apa sahaja yang diperintahkan oleh ALLAH dan Rasul-NYA dan meninggalkan sebarang perkara yang dilarang di dalam agamanya (Islam). Berbeza dengan mereka yang tidak beriman (tanpa mengira lelaki mahupun wanita), mereka amat engkar dengan perintah ALLAH dan Rasulullah. Pendek kata, ada sahaja alasannya untuk menolak ketetapan ALLAH. Maka, renungilah ayat berikut: “Orang-orang munafik laki-laki dan perempuan sebahagian dengan sebahagian yang lain adalah sama, mereka menyuruh membuat yang mungkar dan melarang berbuat yang ma'ruf dan mereka menggenggamkan tangannya (kikir). Mereka telah lupa kepada Allah, maka Allah melupakan mereka. Sesungguhnya orang-orang munafik itu adalah orang-orang yang fasik” (09:67) 2. Berupaya mengelakkan gangguan daripada golongan yang berhati jahat. Sebagai perumpamaan, andainya kita seorang lelaki dihidangkan dengan satu show yang menayangkan wanita dengan keadaan yang amat menghairahkan (seksi), sudah tentu nafsu syahwat si lelaki akan terangsang sekaligus mencetuskan satu niat yang jahat untuk mendapatkan wanita yang dilihatnya itu atau pun wanita lain yang seumpamanya bagi tujuan nafsunya. Tapi, berbeza pula jika kita sebagai lelaki diperlihatkan dengan wanita-wanita solehah yang sentiasa menjaga adabnya sebagai seorang muslimah yang mana lengkap bertudung. Pasti sejuk mata memandang lalu mampu mendetikkan rasa keinsafan (malu) dalam diri si lelaki. Begitulah hakikatnya peranan tudung mampu mencegah hati-hati manusia yang berniat jahat. Dalam ayat yang lain, ALLAH menyatakan perihal yang sama tetapi memfokus kepada suara wanita, “Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan (menghairahkan) orang yang ada perasaan dalam hatinya (berhati jahat).” (33:32) 3. Membezakan samada wanita itu muslim atau non-muslim supaya mereka lebih mudah untuk dikenali. Sebagai seorang wanita muslim, sewajibnya mereka menutup aurat dan bertudung. Yang dengan itu, sekaligus membezakan mereka dengan gaya orang yang bukan muslim. Dan berdasarkan Tafseer Ibn Katheer, jilbab membezakan di antara wanita hamba dengan wanita yang merdeka di mana orang yang merdeka wajib bertudung. Manakala dalam tafsiran yang lain, dinyatakan bahawa pemakaian tudung dan penutupan aurat melambangkan dia adalah wanita yang bertamadun kerana tahu menjaga kehormatannya. 4. Jilbab (menutup aurat) mampu menghalang pelbagai penyakit kulit. Menurut kajian saintifik terkini membuktikan bahawa kulit wanita adalah lebih sensitif berbanding kulit lelaki. Maka oleh kerana itulah, kulit wanita memerlukan sistem penjagaan yang lebih rapi dan baik berbanding kulit lelaki. Dengan keadaan zaman sekarang ini yang mana, persekitaran kita begitu berbahaya dengan pelbagai jenis pencemaran yang melanda. Contohnya pencemaran yang boleh memberi kesan berbahaya kepada kulit. Pencemaran udara, yang mana udara kita dipenuhi dengan pelbagai jenis asap dan debu (dangerous particles). Pencemaran cahaya dan radioaktif. Pencemaran cahaya adalah berpunca daripada penipisan lapisan ozon (light filteration) yang semakin ketara, yang mana pelbagai sinar matahari yang berbahaya dengan mudah terlepas ke permukaan bumi akibat gagal ditapis oleh ozon. Maka, apa alternatifnya yang terbaik untuk mengawal semua jenis pencemaran ini? Tentu sekali pakaian yang baik yang mana mampu menutupi semua bahagian badan kita yang sensitif. Maka dengan itu, sekaligus menunjukkan hikmah wanita diwajibkan memakai jilbab (menutup aurat). Ianya sungguh relevan sekali dengan suasana masa kini yang begitu berbahaya kepada organ kulit kita, terutamanya wanita yang jauh sangat sensitif terhadap kesan pencemaran tersebut. Tanpa perlu berbelanja mahal untuk bahan-bahan kimia penjagaan kulit yang belum tentu terjamin kebaikannya dan mungkin ada kesan jangka panjangnya yang jauh lebih berbahaya, maka pakailah pakaian yang menutup aurat. Ianya lebih selamat dan dijamin oleh ALLAH sejak lama dahulu lagi. Dan ianya terbukti tiada kesan sampingan.
Saturday, 17 May 2014
KEBAIKAN AIS
Ramai org kata x elok minum ais, lebih elok minum air panas.. Namun,
sedarkah kita, Nabi Muhammad SAW melarang kita mengambil makanan dalam keadaan
yang panas. Akhirnya kini fakta terbaru kebaikan AIS yang tidak akan
mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia.
Teruskan membaca untuk lebih memahami.
Percayalah kepada Al-Quran dan Al Hadis.. kerana kita tidak akan tersesat selagi berpegang pada keduanya.
~ Rahsia dan Kelebihan Di Dalam Ais
“Zat di dalam ais tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis
mahupun manusia”. Jangan ingat minum ais tu tak elok untuk kesihatan.
Sebenarny ada kebaikan didalam keburukan.
Udara panas lebih
memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bakteria lebih agresif
dan cepat membiak. Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan
Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas.
Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah
rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan
pergerakan bumi pada paksinya.
Air sejuk yang hening dapat
menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur
seperti biasa.Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut
untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga
kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka
panjang. Membenarkan anak mengunyah ais akan menguatkan giginya
dan memberi kanak-kanak makan ais krim secara perlahan-lahan dan
berterusan boleh menghilangkan batuk dalam masa beberapa jam. Mengambil
ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan
batuk secara total. Air sejuk juga akan menguatkan tulang bayi. Ia akan
meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan
berbagai penyakit alahan dan jangkitan.
Ais atau air sejuk dapat
mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan. Air sejuk
mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang
telah hilang seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar. Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan
kepantasan pergerakan. Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan
dalam kecederaan yang tidak disangka-sangkakan. Air sejuk atau ais kini
dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas
yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi
penyakit sawan.
Air sejuk juga adalah terapi yang amat popular
sebagai penguat tulang yang telah patah dengan syarat ia dibalut dengan
kain hitam. Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk
menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan
lebih cepat. Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan
dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama
terjadinya lumpuh. Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang
berlebihan dengan urik asid akan meningkatkan suhu tulang dan melemahkan
struktur tulang.
Adalah makruh mengambil air sembahyang (wuduk)
pada suhu yang tinggi atau yang telah terkena panas cahaya matahari yang
pastinya akan mengganggu sistem deria pada kulit. Air sejuk secara
psikologinya amat ditakuti oleh pesakit yang mengalami gangguan jin atau
dikuasai oleh unsur-unsur spiritual yang jahat. Air sejuk mempunyai
nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan.
Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana ia
amat berkesan meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan
di dalam aliran darah. Tubuh secara semulajadi bersifat panas dan ia
memerlukan pasangan yang bersifat sejuk. Oksigen dan hidrogen bersifat
panas dan ia menguasai bahagian perut. Adalah menjadi suatu kesalahan
memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan unsur-unsur yang panas.
Minumlah seteguk air sejuk di awal pagi kerana ia akan menguatkan perut.
**Siapa ckp minum ais melemahkan tenaga batin?
Bahaya Teh Panas & Teh Ais Yang Mesti Diketahui!
Bahaya Teh Panas
Hasil kajian terbaru oleh peneliti Iran mengatakan, meminum teh dalam keadaan masih panas berpotensi menjadi punca barah kerongkong.
Reza Malekzadeh dari Tehran University meneliti 300 orang yang kebiasaan minum didiagnosis mengidap barah kerongkong, sementara 571 orang lainnya dalam keadaan sehat. Mereka semua berasal dari daerah yang sama, di negeri Golestan, di Iran Utara.
Golestan merupakan salah satu daerah dengan tahap barah kerongkong tertinggi di dunia walaupun jumlah yang merokok dan meminum alkohol sangat rendah.
Kajian juga mengatakan orang yang selalu meminum teh kurang dari 2minit setelah dituang, berisiko meransang perkembangan barah menjadi lebih cepat jika dibandingkan dengan mereka yang menunggu 4minit atau lebih. Tidak ada keterangan pasti seberapa panas suhu teh yang menyebabkan barah, namun peneliti menyimpulkan luka akibat panas dari teh akan menyebabkan iritasi kerongkong.
Bahaya Minum Teh Ais
Teh ais sepertinya memang menjadi kegemaran ramai dan iannya mudah untuk kita temui baik diwarung pinggir jalan hingga restoran mewah pun menyediakan teh ais sebagai salah satu menu minumannya.
Tapi tahukah anda, di sebalik nikmatnya, teh ais menyimpan potensi membahayakan kesihatan. Penelitian Loyola University Chicago Stritch School of Medicine mengatakan,pengambilan teh ais berlebihan mampu meningkatkan risiko penyakit batu karang.
Teh ais mepunyai kandungan oksalat yang tinggi, salah satu bahan kimia yang menjadi punca pembentukan batu ginjal. “Bagi mereka yang memiliki kecenderungan sakit batu karang, teh ais merupakan minuman berbahaya,” kata Dr John Milner, pembantu Profesor Departemen Urologi.
Oleh kerana itu, Milner menyarankan, mengganti pengambilan teh ais dengan air putih, atau mencampurnya dengan lemon. Lemon kaya kandungan asid sitrik, dapat menghalang pertumbuhan batu karang.
Batu karang adalah kristal kecil yang terbentuk dari mineral dan garam yang biasanya terdapat dalam ginjal atau saluran pundi kencing. Mineral tak terpakai itu umumnya akan keluar dari tubuh bersama urin, tapi dalam kondisi tertentu akan mendap dan membentuk batuan di dalam saluran pundi kencing .
Bukan tak boleh minum langsung, tapi pandai pandailah menghadkan dan mengawal cara kita mengambil minuman tersebut.

Friday, 16 May 2014
BERMULANYA AKU MENJADI GURU
Entah dari mana timbul minat menjadi GURU, sedangkan semua ahli keluargaku tidak ada satu pun yg menjadi guru. Mungkin aku tertarik pada perawakan guru2 ku semasa di sekolah rendah dulu. Minatku mula timbul bermula sejak berada di sekolah rendah lg. Sewaktu bermain pondok2 dgn kawan2 di kampung, aku selalu berperanan berlakon sbg guru. Sejak dari itulah minat itu semakin bertambah dek kerana selalu dilantik oleh kawan2 sepermainan menjadi guru.
Pada tahun 1989 setelah tamat belajar SPM sementara menunggu keputusan peperiksaan selama 3 bulan, aku mencuba nasib utk menjadi Guru Ganti dgn memohon di JPN. Alhamdulillah tanpa disangka aku menerima surat tawaran guru ganti selama sebulan menggantikan guru yg pergi ke Mekah. Alangkah gembiranya aku dan ibubapa pada ketika itu kerana dpt mengajar di sekolah rendah tempat ku belajar dahulu. Selama sebulan mengajar di sini telah byk aku dpt menyumbangkan bakti kpd sekolah ini. Secara kebetulan pd masa itu ada pertandingan "Bercerita peringkat Daerah". Aku cuba melatih 2 org murid dlm 2 kategori lelaki & perempuan. Pada hari pertandingan sekolah kami berjaya menjadi naib johan pertandingan bercerita lelaki & perempuan peringkat daerah. Guru Besar tersenyum dan guru2 lain terkejut kerana belum ada lg murid sekolah ini yg dpt memenangi pertandingan tersebut. Pada hari terakhir aku mengajar di sini, ramai anak murid ku sedih & menangis. Mereka memberi hadiah, surat & kad2 ucapan sbg tanda terima kasih kpdku. Aku terpaksa pergi kerana tugas telah tamat di sini. Setahun selepas itu aku dpt menyambung pelajaran ke luar negara selama 4 tahun setengah.
Setelah tamat pengajianku Ijazah Muda BA Hons bidang Bimbingan & Kaunseling pada tahun 1996. Pada hujung tahun 1996 aku memohon guru sandaran tidak terlatih di JPN & mendpt tawaran di 2 negeri Kelantan dan Johor. Aku terpaksa memilih negeri Kelantan kerana lebih selesa di sini walaupun tawaran gajinya lebih murah dari JPN Johor. Selama 3 bulan mengajar di salah sebuah sekolah menengah di daerah Tumpat, aku memohon KPLI & alhamdulillah telah di terima memasuki di MPKB tahun 1997. Memang nasibku selalu baik jika memohon jawatan perguruan rezki selalu menyebelahiku. Mungkin Allah tentukan nasib ku menjadi seorang guru. Selama setahun berkursus di sini, aku ditempatkan di kawasan pedalaman di negeri Sabah. Selama setahun di situ, pada 1999 aku ditukarkan ke sekolah elit Kota Kinabalu.
Pada tahun 2003 aku telah memohon utk bertukar ke semenanjung dan dipindahkan ke negeri Perak. Di sini aku mengambil peluang menyambung pelajaran peringkat Sarjana (Masters Pendidikan) di UPSI pada tahun 2003-2005. Alhamdulillah pengajian ku tamat selama 2 tahun tanpa halangan. Pada masa ini aku memohon utk menjadi pensyarah di beberapa institusi pendidikan. Akhirnya pada bulan Mac 2007 aku dipanggil temuduga pensyarah IPG. Pada bulan september 2007 aku menerima surat arahan perpindahan dari sekolah ke IPG negeri Kelantan. Tidak dpt dibayangkan betapa bersyukurnya pada ketika itu kerana hasratku utk menjadi pensyarah tercapai jua akhirnya. Tanpa berlengah lagi aku melaporkan diri di situ. Cuba bayangkan pada tahun 1997 aku datang sebagai pelajar & 10 tahun selepas itu aku datang sebagai pensyarah di situ. Sempat juga aku bertemu dgn beberapa org pensyarah yg mengajar aku pada 1997 dulu. Mereka turut merasa bangga kerana anak murid sekarang telah berjaya menjadi pensyrah seperti mereka. Sekarang aku menyambung pelajaran ke peringkat PhD Doktor Falsafah Pendidikan dalam bidang Kurikulum & Pengajaran dgn mendapat tajaan KPM separuh masa. Skrg menunggu masa utk VIVa dan tahun ini berada semester akhir. Kpd sesiapa yg membaca artikel ini diminta doakan sy dipermudahkan & dipercepatkan proses pengajian ini.
Itulah sedikit sebanyak sejarah aku menjadi guru!!! Sempena menyambut Hari Guru 16 Mei 2014 ini, aku ingin mengucapkan Selamat hari guru kpd Guru2 ku semasa di sekolah rendah, menengah & Institusi pengajian tinggi tdk kira di mana jua anda berada, kpd guru2ku yg telah pergi buat selamanya semoga Allah membalas jasa2 mereka yg mendidik kami dengan ikhlas. Sesungguhnya kerjaya guru adalah mulia & dianggap suatu ibadah. Terima kasih kepada arwah kedua ibubapaku kerana melahir, mengasuh & mendidik ku sehingga menjadi manusia berguna ini, bersyukur kpd Allah kerana dgn izinNya menjadikan aku sbg seorang guru di dunia & akhirat nanti. SELAMAT HARI GURU MALAYSIA: Tema hari guru tahun 2014 adalah "Guru Pencetus Kreativiti Penjana Inovasi"
Saturday, 3 May 2014
10 Makanan paling menggemukkan Malaysia
1. Nasi Lemak.
Kegemaran setiap rakyat Malaysia. Hidangan nasi lemak (mengandungi karbohidrat,protein,lemak) lebih kurang 390 kalori tak termasuk sambal, telur rebus, ikan bilis dan kekacang. Hidangan lengkap lebih kurang 450-500 kalori. Kalau anda makan nasi lemak bertambah dan kadang kadang ada ayam goreng (240 kalori), sambal sotong(170 kalori) atau lauk yang lain, rasa rasa menggemukkan tak?
Fakta: Nasi lemak tidak berkolesterol! Tak percaya? Baca di sini
2. Roti Canai.
Paling senang, paling cepat. Siapa yang tak suka kan? Satu keping roti canai bersamaan dengan 300 kalori. Kalau anda makan dua keping dah 600 kalori, itu baru hidangan sarapan pagi, lunch, dinner dan snek diantaranya anda nak makan apa? Bayangkan kalau berlari di treadmill atau jogging, kenalah berlari dalam 90min barulah bakar 600 kalori.3. Nasi Goreng.
Biasanya satu pinggan dalam 630 kalori. Kerana nasi tersebut digoreng, ditambah pula dengan ayam dan telur serta sedikit sayur, menjadikan nasi goreng kurang seimbang. Nilai kalori tinggi lebih kepada lemak dan karbohidrat. Kalau nak makan, cuba jangan lebih segenggam tangan.4. Ais krim.
Ais krim memang sedap! Siapa tak nak. Lagi-lagi dengan cuaca di Malaysia yang panas 365 hari setahun. Tetapi ingat, ais krim tinggi lemak dan gula serta kalori – dua scoop ais krim pun dah 380 kalori. Macam mana tu?5. Burger Ramly.
Sebenarnya bukanlah burger Ramly semata-mata. Burger memang tinggi kalori. Daging kisar tinggi nilai lemak. Satu hidangan burger biasanya lebih 475 kalori. Biasanya makan ada keju, sos cili, mayonis, kadang kadang special sikit ada telur. Agak agak berapa kalori?6. Mee kari.
Hidangan mee dengan sup kari,santan. Menyelerakan! Kalori lebih kurang 500. Kalau teringin juga, apa salahnya ganti dengan mee sup, baru 380 kalori.7. Makanan bergoreng.
Rata-rata kebanyakan makanan bergoreng. Sekeping pisang goreng pun dah 170 kalori. Makanan seperti ini tak sesuai sebab digoreng mengunakan minyak (1g fat : 9 kalori) dan lagi-lagi kalau dipakai minyak yang sama. Jadi kalau boleh kurangkan makanan bergoreng, cari alternatif lain(rebus, panggang dll)8. Susu Pekat Manis.
Susu penuh krim ini sememangnya kurang elok untuk anda! Kandungan lemak tinggi dan walaupun ia ada sumber kalsium, dinasihatkan menggantikannya dengan kurang kandungan lemak atau rendah lemak. Satu sudu susu pekat manis biasa mengandungi dalam 60kcal.9. Roti Manis dan Donut.
Kadang kadang orang salah sangka roti tidak memberi kesan kegemukan apa apa. Tetapi roti manis seperti roti krim dan coklat memang tinggi dengan kandungan lemak dan karbohidrat. kalori. Boleh cuba roti wholemeal.
10. Mayonis.
Suku cawan mayonis mengandungi 360 kalori (40g lemak). Memang kurang sihat jika anda penggemar mayonis yang tegar. Jadi kurangkan!Sebenarnya makanan yang disenaraikan ini tak menggemukkan pun, cuma bergantung kepada anda berapa banyak anda makan dan kuantiti yang diambil. Jika anda makan tanpa mengambil kira kalori, lemak lemak yang terkandung dalamnya, maka itu boleh consider makanan yang anda ambil itu menggemukkan diri anda sendiri.
Jadi anda harus kawal pemakanan dan tahu bagai mana sukatan kalori setiap hari. Semoga berjaya!
Thursday, 24 April 2014
Jadikan mata pelajaran wajib lulus
KUALA LUMPUR 23 April - Kerajaan disaran supaya mengiktiraf mata pelajaran Pendidikan Islam sebagai mata pelajaran wajib lulus di semua peringkat peperiksaan khususnya murid yang menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).
Saranan tersebut disuarakan Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Dr. Johari Mat yang melihat mata pelajaran Pendidikan Islam masih di takuk lama terutama dari segi pengiktirafan berbanding mata pelajaran lain.
Hal demikian menurutnya, membuatkan murid serta pelajar sekolah termasuk ibu bapa tidak memberikan perhatian atau penekanan kepada kepentingan Pendidikan Islam berbanding mata pelajaran lain.
Mereka ini akan memberi perhatian kepada mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan mata pelajaran wajib lulus lain. Tetapi, Pendidikan Islam tidak ada apa-apa nilai dalam kelulusan bagi sesuatu peperiksaan. Dalam UPSR pun tidak dimasukkan.
Kita ajar anak-anak kita dalam kelas (mata pelajaran Pendidikan Islam), dan kalau tiada penekanan (wajib lulus), maka di sinilah mereka tak akan beri perhatian dan ibu bapa juga. Tak seperti Matematik, ibu bapa sanggup (beri perhatian) hantar anak-anak ke tuisyen (kerana status wajib lulus)," katanya ketika membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Negara hari ini.
Johari memberitahu, begitu juga kepada murid-murid atau pelajar bukan beragama Islam, penekanan juga perlu diberikan kepada mata pelajaran Pendidikan Moral.
Saya nak lihat anak-anak kita mempunyai akhlak yang tinggi dan moral yang baik selain berbudi bahasa. Perkara ini perlu diberikan penekanan sewajarnya," jelas beliau.
Sementara itu, saranan serta penekanan Ahli Dewan Negara dari Kelantan itu turut mendapat sokongan ahli-ahli dewan lain iaitu Senator Ahamat @ Ahamad Yusop, Senator Datuk Abdul Rahim Abdul Rahman dan Senator Baharuddin Abu Bakar.
Mencelah sesi perbahasan Johari, Ahamat antara lain mencadangkan pendidikan Islam itu diperkasakan menerusi sistem sekolah agama pada sesi petang seperti dipraktikkan di Johor.
Begitu juga sokongan yang dinyatakan Baharuddin yang melihat mata pelajaran Pendidikan Islam itu perlu diiktiraf sebagai wajib lulus, sesuai dengan kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan.
Mata pelajaran Sejarah pun sudah menjadi wajib lulus. Oleh itu, bertepatan dengan Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan, saya rasa kerajaan perlu mengkaji dan kalau boleh menjadikan Pendidikan Islam sebagai wajib lulus.
Selain itu, bagi yang bukan beragama Islam, kerajaan perlu mengkaji kaedah-kaedah dalam konteks mata pelajaran lain," tambahnya.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Parlimen/20140424/pa_01/Jadikan-mata-pelajaran-wajib-lulus#ixzz2zmoY7zbI
© Utusan Melayu (M) Bhd
Kementerian ambil tindakan tegas atasi jenayah siber - Jailani
KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi dan Multimedia mengakui sukar untuk mengesan pemilik akaun sosial palsu yang diguna untuk membuat pelbagai tohmahan dan fitnah terhadap individu lain.
Bagaimanapun, Timbalan Menterinya, Datuk Jailani Johari berkata, individu yang dikesan berbuat demikian akan berdepan tindakan tegas dari segi undang-undang.
Kementerian tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang didapati bersalah terutama mereka yang menggunakan akaun palsu atau menyamar menggunakan nama individu lain untuk memburukkan orang lain yang semakin berleluasa sekarang, katanya di Dewan Negara di sini, hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Senator Datuk Seri Syed Ibrahim Kader yang ingin tahu tindakan kementerian terhadap pemilik akaun media sosial palsu yang aktif menyebar fitnah dan pelbagai lagi terhadap pihak lain.
Sementara itu Jailani berkata bagi tempoh Januari hingga Oktober tahun lalu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah menyekat 2,753 laman sesawang yang melanggar Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan pelbagai undang-undang lain.
Beliau berkata kerajaan turut melancarkan kempen 'Klik dengan Bijak' bagi mendidik dan memberi kesedaran berterusan kepada masyarakat supaya lebih bertanggungjawab, beretika dan mengutamakan keselamatan ketika melayari Internet.
Kepada soalan asal Senator Syed Shahir Syed Mohamud yang ingin tahu usaha komprehensif kementerian untuk mempertingkat kelajuan Internet di negara ini, Jailani berkata kerajaan melalui SKMM sentiasa berusaha menambah baik prasarana komunikasi dari semasa ke semasa.
Beliau berkata kementerian sudah merangka Pelan Jalur Lebar Kebangsaan 2010 yang merupakan pelan komprehensif bertujuan meningkatkan kadar penggunaan jalur lebar.
"Melalui pelan itu, SKMM berjaya melonjakkan kadar penembusan jalur lebar isi rumah kepada 67.3 peratus berbanding 55.6 peratus pada 2010," katanya.
- BERNAMA

7 kalimat yg harus dibiasakan..
1.Bismillahirrahmannirrahim-Se tiap hendak melakukan sesuatu.
2.Alhamdulilah-Setiap habis melakukan sesuatu.
3.Astagafirullah-Jika melakukan sesuatu yg buruk.
4.InsyaAllah-Jika ingin melakukan sesuatu pd masa yg akan dtg.
5.Laa hawla walaaquwwata illaah billaah-Bila tdk dpt melakukan sesuatu yg agak berat/melihat hal yg buruk.
6.Innalillahi wainna ilaihi rojiun-Jika melihat/menghadapi musibah @ menerima khbr kematian.
7.Lailaha illallah-Bacalah siang & mlm sebyk2nya.
اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّ َعلى سيدنا Ù…ُØَÙ…َّدٍ Ùˆَ عَÙ„َÙ‰ Ø¢ِÙ„ سيدنا Ù…ُØَÙ…َّد
ٍJom berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W

JIKA RASA
Jika rasa hebat, ada lg yg lebih hebat,
Jika rasa bijak, ada lg yg lebih bijak,
Jika rasa tinggi darjat, ada lg lebih tinggi,
Jika rasa cantik, ada lg lebih cantik,
Jika rasa kaya, ada lg lebih kaya,
Jika rasa sempurna, ada lg lebih sempurna,
Jika rasa segalanya lebih,
YANG MAHA KUASA LEBIH SEGALANYA

Monday, 21 April 2014
Nak kurus bukan hanya 12 minggu
Inginkan perubahan mendadak!
Perubahan tahap kecergasan atau fizikal anda mungkin mengambil masa satu, lima atau 10 tahun. Bagaimanapun, ramai yang inginkan perubahan drastik segera dalam 12 minggu.
Perubahan tahap kecergasan atau fizikal anda mungkin mengambil masa satu, lima atau 10 tahun. Bagaimanapun, ramai yang inginkan perubahan drastik segera dalam 12 minggu.
Impian itu bukan tidak boleh dicapai, tetapi kurang praktikal kerana masih ramai yang tidak mempunyai ilmu mahupun disiplin untuk mencapainya.
Contoh paling mudah adalah diet segera. Apakah hasilnya? Mereka akan cepat putus asa kerana susah dan membosankan dan bagi mereka yang berjaya sekali pun, apakah hasilnya selepas 12 minggu?
Ia menyebabkan ramai yang kembali kepada cara hidup asal dan lama-kelamaan mereka juga kembali kepada bentuk fizikal sebelum diet.
Adakah ia salah genetik?
Jawapannya mungkin ya atau tidak. Berdasarkan pengalaman saya, secara ringkas berikut adalah faktor kegagalan dalam pencapaian sasaran kecergasan seperti menurunkan berat badan, menambah berat badan atau membentuk bentuk badan.
Antara faktor yang dikenal pasti adalah kurang sabar atau sasaran yang ditetapkan tidak realistik. Selain itu, faktor kurang disiplin atau maklumat berkaitan juga menjadi punca. Lebih malang jika seseorang itu hanya bergantung kepada aliran tertentu atau janji kosong.
Kurang ilmu selalu jadi penghalang
Adakah anda pernah mendengar mitos seperti ‘makan yang ini bagus untuk kesihatan’ atau ‘...pil ini akan menolong awak, sudah pasti!’.
Semua kata-kata manis itu mungkin ada benarnya jika anda mengambil ‘makanan yang sihat’ dicampur pula dengan ‘pil kesihatan’.
Tetapi, jika tidak dapat melupakan makanan segera atau mengambil nasi setiap hari, hasilnya tidak ke mana.
Lebih penting, dalam usaha mencapai kecergasan atau matlamat kesihatan adalah mengetahui pelan asas pemakanan dan melakukan senaman dengan baik.
Anda tidak boleh lari daripada kenyataan itu dan belajar cara melakukan pengiraan kalori masuk dan keluar untuk tubuh badan.
Ini kerana tiada pil magis yang dapat memberikan anda tubuh badan yang langsing serta-merta. Percayalah, kalau ada tentunya masyarakat seluruh dunia sudah menggunakannya.
Apa yang menjadi masalah, ramai yang kurang memahami asas berkenaan dan tanpanya, amat susah untuk melakukan perubahan bagaikan memandu dalam gelap.
Jadi, dapatkan maklumat mengenai asas pemakanan dan kesihatan kerana ia salah satu gaya hidup. Ini kerana jika kita memiliki pengetahuan asas, amat mudah untuk membezakan pengaruh tertentu bagi mengurangkan berat badan.
Kurang bersenam dan tidak pergi gimnasium?
Sememangnya disiplin penting dalam apa jua yang kita lakukan, tetapi kualiti dan usaha juga memainkan peranan. Anda tidak perlu menjadi sempurna untuk semua perkara dan makan seimbang setiap kali atau bersenam setiap hari. Pastikan juga anda tidak jemu melakukannya.
Ia akan lebih menyeronokkan jika anda memahami konsep jumlah kalori yang perlu dibakar untuk mengurangkan berat dalam tempoh tertentu.
Selain itu, pilih senaman yang digemari. Tidak semestinya dengan sentiasa berjoging, sebaliknya pilih senaman aerobik (kardio) dan anaerobik yang digemari dan pastikan ia seronok dilakukan.
Mulakan dengan perlahan-lahan
Tiada sesiapa yang boleh mengubah cara pemakanan dan gaya hidup dalam sekelip mata. Lebih baik anda membuat perubahan secara perlahan-lahan, tetapi secara berterusan.
Contohnya pengambilan nasi lemak. Jika sekarang anda makan nasi lemak setiap hari, bertukar kepada lima kali seminggu untuk dua hingga tiga minggu pertama.
Selepas itu, kurangkan lagi atau gantikan nasi lemak (yang penuh dengan kalori) dengan nasi putih.
Ini pilihan anda!
Kesimpulannya, kecergasan atau gaya hidup adalah pilihan sendiri, bukan orang lain. Itu keindahan kecergasan dan kesihatan.
Semuanya terletak di tangan anda. Anda yang menentukan. Tidak kisah keadaan anda hari ini, anda tetap boleh mencapai impian anda, tetapi yang penting perlulah:
1> Tetapkan impian yang realistik
2> Mempunyai ilmu untuk mencapai matlamat
3> Jadikan ia satu kehidupan bukan hanya untuk 12 minggu
4> Pastikan ia seronok!
5> Hidup dalam keseimbangan supaya tidak cepat bosan
6> Beri masa kepada diri anda
Berjaya kurus atau sebaliknya, semuanya usaha sendiri kerana tiada seorang pun yang perlu dipersalahkan. Merancang dan mendapatkan ilmu yang tepat sebelum melakukan sesuatu menjadi asas paling penting dalam mengurangkan berat badan.

Friday, 18 April 2014
KEMATIAN NGERI YB KARPAL SINGH
Pada Khamis 17 Mac 2014 negara dikejutkan dengan berita kematian seorang tokoh peguam berprofil tinggi, YB Karpal Singh akibat satu kemalangan ngeri di lebuhraya PLUS. Pembantu peribadi beliau turut maut dan pemandu serta anak beliau turut cedera dalam kemalangan itu.
Berbagai-bagai reaksi terbit dari berita kematian ini. Ada yang simpati dan ada yang bersorak, bahkan mengambil peluang untuk meluahkan dendam politik dan kemarahan dengan lontaran kata-kata tidak bermoral seperti ‘mampus’ dan sebagainya ke atas mendiang. Lebih menyedihkan ialah ungkapan sebegitu dikeluarkan oleh golongan pemimpin Islam ‘bergelar’ yang menjadi cerminan rakyat.
Semua tindakan yang tidak enak ini amat menyedihkan kerana ia jelas membuka ruang fitnah terhadap kesucian agama Islam yang tidak mengajar umatnya bersikap begitu. Ramai juga yang membacakan hadis tertentu yang menegur keterlanjuran pihak yang tidak bertanggungjawab ini. Lebih menyedihkan bila melihat perbalahan sesama sendiri dengan insiden ini.
KEMATIAN ITU SATU KETENTUAN
Ini adalah satu pelajaran besar yang harus kita zikirkan. Setiap insan pasti akan mati dan kembali menemui tuhannya. Ada yang sengaja menempah mati, ada yang memang diketahui bakal mati dan ada pula yang tiba-tiba mati dengan mengejut.
Ingatlah bahawa kita tidak mungkin boleh hidup selama-lamanya. Dewasa ini, kita semua tahu bahawa ramai di antara kita yang terlalu keras hati dan berani melanggar perintah Allah. Hari demi hari kita dengar berbagai-bagai ungkapan yang terang-terang memperolok-olokkan perintah Allah. Ada yang sampai dengan angkuh dan terang-terangan mengaku sanggup masuk neraka pun. Oleh itu ambillah pelajaran dari peristiwa ini. Sentiasalah ingatkan mati agar hati kita yang keras boleh menjadi lembut semula.
Tidak kira samada kita orang biasa atau berpangkat, kaya maupun miskin, mati tetap akan menemui kita pada bila-bila masa saja. Kita baru sahaja diuji dengan tragedi misteri MH370 yang juga terkait dengan mati atau hilang secara ‘mengejut’. Di dalamnya ada si kaya yang sihat dan bijak pandai belaka.. Tan Sri Yahya yang kaya juga mati apabila helikopternya jatuh. Almarhumah Sultanah Johor juga mati kemalangan walaupun ada khidmat ‘rider’. Dan begitulah kematian menemui setiap yang hidup hari demi hari. Kita hanya menunggu giliran sahaja.
KEMATIAN NGERI DAN MENGEJUT
Apa yang menimpa mendiang Karpal Singh ini ada pelajaran bagi kita. Janganlah cuba tipu diri sendiri. Sebagai insan, kami yakin kita semua merasa simpati dengan keadaan jenazah akibat kemalangan ngeri yang dihadapi. Bahkan jika ia berlaku terhadap kucing sekalipun akan membuatkan kita merasa simpati, inikan pula manusia seperti kita.
Kami yakin bila melihat tragedi ini, jauh di sudut hati kita semua akan berdoa, “Ya Allah, jauhkanlah diriku dan saudara saudaraku dari mengalami tragedi seperti itu”. Itulah tindakan yang wajar bagi seorang manusia yang dewasa, beragama dan waras.. betul atau tidak? Jawablah sendiri dalam hati...
Oleh itu wajarkah atas alasan apa sekalipun kita lontarkan pelbagai kutukan dan cemuhan terhadap mendiang karpal Singh yang sudah mati?
AKHLAK DALAM PEPERANGAN
Kalau sekalipun kita bermusuh dengan mendiang, ingatlah bahawa Islam mengajar umat agar berakhlak tinggi (KHOLQIN AZIM) dan berprinsip dalam perjuangan. Waimah dalam peperangan sekalipun, jika musuh sudah tidak berupaya, atau sudah jatuh atau tidak bersenjata, kita dilarang membunuhnya. Pejuang Islam diperintahkan agar tidak mengikut nafsu. Harus sentiasa berada dalam asas basmalah, iaitu berbuat atas nama Allah, atas rahmat dan petunjuk Allah.
Islam melarang kita membunuh musuh sekalipun kita mampu jika ia kerana nafsu amarah dan dendam. Ini banyak diriwayatkan dan kita semua memang sedia tahu. Begitu mulia dan murni sekali adab peperangan dalam Islam. Jika musuh yang masih hidup sahajapun dilarang kita membunuhnya atas dasar nafsu, wajarkah kita melakukan 'attack' kepada musuh yang sudah mati?
Di sinilah terlihatnya kehebatan ilmu dan akhlak peperangan dalam Islam. Jangan kita bersikap bacul dan penakut. Hanya pandai bersorak dan mengejek-ngejek hanya setelah lawan kita tidak bernyawa seperti kanak-kanak berkelahi. Ingatlah, Abu Jahal dan tentera kafir musyrik yang mati terbunuh dalam perang Badar itu pun Nabi SAW ajarkan agar kita hormati. Jenazah Yahudi yang melintasi nabi SAW juga baginda berdiri untuk menghormati.. Inilah akhlak peperangan ajaran Nabi SAW.
KARPAL SINGH & POLEMIK HUDUD
Ramai sekali yang meluahkan kemarahan dan melepaskan dendam dengan menyorak musibah yang berlaku terhadap mendiang Karpal Singh ini dengan alasan beliau menentang terhadap perlaksanaan hudud. Ungkapan mendiang berbunyi “Nak tegakkan negara Islam, Nak laksanakan Hudud, langkah mayat kami dahulu” menjadi mainan bibir dan bahan ejekan.
Kami hormati pendapat TGNA yang mengatakan beliau terkilan dengan kematian Karpal Singh kerana belum dapat menjelaskan dan meyakinkan mendiang tentang Hudud. Walaupun kami bukan dari kalangan fanatik politik kepartian, namun ingin sekali membantu sedaya mungkin untuk menampakkan kepada ramai pemimpin bukan Islam yang menentang hudud termasuk mendiang. Ingin kami bantu menjelaskan tentang kehalusan dan kemurnian hudud. Malangnya kami belum berpeluang dan beliau sudah terlebih dahulu pergi.
Kita juga harus hormati ulasan dan tindakan berakhlak Tun mahathir, YAB perdana Menteri dan YAB TPM yang turut mengirim ucapan takziah kepada keluarga mendiang. Bahkan baru-baru ini, YAB PM turut menziarahi Datuk Harun Din di hospital setelah mendapat berita beliau sakit. Tindakan yang sama turut dilakukan apabila TGNA dan lain-lain pemimpin pembangkang diberitakan sakit. Beliau tidak kisah soal pertentangan ideologi politik, bahkan pernah ke tahap didoakan bersungguh-sungguh agar ‘pecah perutnya’ sekalipun.
Inilah antara akhlak yang harus kita contohi. Terserah samada mereka ini ikhlas atau ada udang di sebalik batu. Itu bukan urusan kita. Yang penting ia kelihatan sangat murni dan mampu menaikkan imej Islam di mata dunia. Ia berbeza sekali dengan tindakan tidak bermoral seperti yang kita lihat sepanjang hari ini yang terang-terang boleh menjadikan agama kita dicerca dan dibenci.
Ini juga asas hudud, yang bermaksud ‘batas’ yang harus kita laksanakan dahulu dalam diri kita. Kita harus mampu kendalikan gejolak nafsu amarah dan dendam kita demi meletakkan kemurnian dan kesucian agama di tempat teratas. Dengan akhlak Muslim yang baik akan membuatkan manusia berfikir dan terpikat. Itulah kaedah menawan mereka. Bukan dengan kekerasan, tetapi dengan penjelasan ilmiah dan uswah akhlak yang baik dan halus (WALYATALATTOF).
KARPAL SINGH, KEPIMPINAN DAN PRINSIP HIDUPNYA
Karpal Singh, sepertimana juga TGNA, Lim Kit Siang, Tun Dr Mahathir, Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi dan beberapa pemimpin lain adalah antara calun yang tidak pernah atau jarang sekali kalah dalam pilihanraya. Inilah kredibiliti kepimpinan yang ada pada beliau dan pemimpin sepertinya. Fenomena ini tidak sehebat beberapa pemimpin lain, termasuk yang berjawatan menteri besar yang begitu mudah tergolek dalam pilihanraya.
Kami tidak mahu mengulas panjang dalam hal ini. Namun jika kita berfikiran waras, kita harus pelajari apakah tabiat hidup serta prinsip kepimpinan pemimpin seperti ini. Mereka dihormati dan disayangi oleh rakyat di bawah pimpinan mereka serta disegani oleh rakan dan lawan. Lihat cara mereka berhujjah dengan ilmu, tidak merapu macam sebahagian dari pemimpin kita. Lihat juga pejabat mereka, cara mereka berkhidmat, lihat gaya hidup mereka yang bersederhana, lihat keluarga mereka dan sebagainya.
KESIMPULAN
Setiap apa yang berlaku, setiap kejadian tuhan itu tiada yang batil walaupun kita melihatnya sebagai batil. Lihatlah dan nilailah ia dengan ilmu, dengan sahsiah diri dan siyyasah syariyyah yang mendalam. Lihatlah semuanya dengan mata hati seperti ‘siapa kita’, jangan dilihat ‘seperti adanya’.
Janganlah sekali-kali kita bertindak mengikut nafsu sehingga ia membuka ruang fitnah yang berat terhadap agama kita yang suci murni ini. Kawallah nafsu dan kendalikan hati dengan sebaik baiknya. Berfikir dan berbasmalah lah dahulu sebelum bertindak dan berkata-kata.
Perhatikan dasar-dasar dakwah dan sikap Muslim terhadap lawan dalam surah 16. An-Nahl ini:
125. “Serulah kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.
126. Dan jika kamu memberikan balasan, maka balaslah dengan balasan yang sama dengan siksaan yang ditimpakan kepadamu. Akan tetapi jika kamu bersabar, sesungguhnya itulah yang lebih baik bagi orang-orang yang sabar.
127. Bersabarlah dan tiadalah kesabaranmu itu melainkan dengan pertolongan Allah dan janganlah kamu bersedih hati terhadap mereka dan janganlah kamu bersempit dada terhadap tipu daya mereka.
QS: 3. Ali 'Imran 190, 191.
"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi: "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka.
Subscribe to:
Comments (Atom)
Popular Posts
-
"....Allah jualah Tuhan kami dan Tuhan kamu. Bagi kami amal kami dan bagi kamu amal kamu. Tidaklah patut ada sebarang pertengkaran ant...
-
Berikut dalil Al Qur’an dan Hadits Puasa Ramadhan : ÙŠَا Ø£َÙŠُّÙ‡َا الَّذِينَ آمَÙ†ُوا Ùƒُتِبَ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ُ الصِّÙŠَامُ ÙƒَÙ…َا Ùƒُتِبَ عَÙ„َÙ‰ الَّذِينَ...
-
Salam semua, sekalung jutaan terima kasih sy ucapkan kepada semua sahabat handai, rakan2 FB yang dikasihi (so excited from Dr Boon Hua Lee ...
-
Bulan Rejab merupakan bulan Allah yang banyak keistimewaannya yang dijanjikan oleh Allah SWT kepada umat-Nya. Pintu rahmat terbuka luas un...
-
1. TA'ARUFFAN Persahabatan yang terjalin secara kebetulan, seperti pernah bertemu di stesyen kereta api, hotel, hospital, pejabat pos...
-
Erm...terjumpa artikel ni setelah dinasihati seorang sahabat supaya berhenti makan sardin....ups, this is my last menu mkn sardin...cuba sed...
-
PUTRAJAYA – Penularan wabak influenza A (H1N1) di Malaysia semakin membimbangkan dengan 12 kes baru disahkan semalam, iaitu jumlah terbany...
Post by Azizi Cyberspot.