PEMAIN No. 1 Dunia, Datuk Lee Chong Wei merangkul kejuaraan kelima tahun ini selepas menang 21-9, 21-19 ke atas pemain China, Bao Chunlai pada final Kejohanan Badminton Grand Prix Emas Terbuka Malaysia semalam. Pada aksi di Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar itu, pasangan beregu utama negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Leong turut menamatkan kemarau 16 bulan apabila merangkul kejuaraan sulung.
Namun, beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying yang memburu kejuaraan sulung tahun ini sekadar berpuas hati selaku naib juara pada kejohanan yang menawarkan hadiah RM360,000 itu.
Chong Wei yang juga juara Seluruh England itu mengambil masa 42 minit untuk menewaskan Chunlai yang juga pemain pilihan ketujuh.
Sejak awal tahun ini, pemain kelahiran Pulau Pinang itu mengungguli empat kejuaraan daripada semua lima kejohanan yang disertai iaitu Siri Super Masters Akhir, Terbuka Malaysia, Seluruh England dan Terbuka India serta muncul naib juara Terbuka Korea.
Chong Wei yang ditemui memberitahu, ketika ketinggalan mata pada set kedua dia bermain berhati-hati bagi mengurangkan kesilapan dan akhirnya berjaya mencapai mata kemenangan.
Katanya, menerusi kejayaan ini dia berharap dapat mengekalkan konsentrasi dan fokus pada perlawanan dalam perjalanan menuju ke Olimpik London 2012.
“Saingan saya ketika ini ialah Lin Dan, namun saya tidak boleh memandang mudah pemain lain yang semakin meningkat naik,” katanya.
Berkenan berangkat Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Sultanah Kedah, Tuanku Haminah Hamidun.
Sementara itu, kali terakhir Kien Keat-Boon Leong merangkul kejuaraan ialah di Terbuka Malaysia pada Januari 2010.
Pasangan itu mengenepikan cabaran Alvent Yulianto Chandra-Hendra Aprida Gunawan yang merupakan pilihan keempat kejohanan dari Indonesia 21-16, 21-7.
Dalam pada itu, Peng Soon-Liu Ying yang diharapkan untuk mengulangi dua kejutan sebelum ini terpaksa akur dengan kehebatan pasangan dari Indonesia yang juga merupakan pilihan keempat perlawanan, Tantowi Ahmad-Liliyana Natsir 21-18, 15-21, 21-19 dalam tempoh 57 minit perlawanan.
Pada pertemuan separuh akhir kelmarin Peng Soon-Liu Ying yang merupakan juara Asia 2010 menundukkan Fran Kurniawan-Pia Zebadiah Bernadeth dari Indonesia yang merupakan pilihan ketiga kejohanan 21-14, 21-10.
Peng Soon-Liu Ying yang ditemui mengakui melakukan beberapa kesilapan dalam permainan sehingga menimbulkan rasa gugup yang memudahkan lawan untuk mengawal permainan.
KUALA LUMPUR 11 Mac – Pemain badminton perseorangan, Muhammad Hafiz Hashim kini merupakan pemain profesional di bawah Kuala Lumpur Racket Club (KLRC), di samping akan menandatangani perjanjian tajaan dengan pengeluar raket badminton terkemuka dunia Li Ning bulan depan.
Hafiz berkata, beliau akan mengikuti 14 kejohanan antarabangsa tahun ini di bawah tajaan KLRC dan Li Ning bagi memperbaiki kedudukannya dalam ranking dunia.
"Saya mahu membaiki ranking. Sekarang saya di ranking ke-24, saya mahu mencapai ranking ke-16 bagi melayakkan diri ke Sukan Olimpik di London tahun depan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Pemenang Kejohanan Badminton All-England 2003 itu berkata, selepas menamatkan kontrak dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) pada 1 Februari lepas, beliau tidak mempunyai jurulatih spesifik dan hanya berlatih bersama rakan-rakan di KLRC.
"Bagi saya KLRC sebuah kelab yang bagus kerana membuka peluang bagi pemain-pemain lama yang masih aktif,” katanya yang akan bertolak ke Switzerland esok bagi mengikuti kejohanan di sana. – Bernama
KUALA LUMPUR 23 Feb. - Jurulatih beregu negara Rexy Mainaky yang gusar dengan prestasi semasa pasangan jaguh beregu negara, Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong mahu mereka meningkatkan prestasi bagi menghadapi kejohanan All England bulan depan.
Kekalahan pasangan tersebut seawal pusingan pertama di Terbuka Malaysia bulan lalu sedikit membimbangkannya.
Namun mereka kemudiannya melangkah ke separuh akhir Terbuka Korea awal bulan ini.
"Mungkin kerana pada masa Terbuka Malaysia, mereka baru selesai cuti panjang (cuti Krismas dan Tahun Baru). Jadi mental mereka masih kurang bersedia. Ternyata mereka bermain lebih baik dan lebih fokus pada Terbuka Korea.
"Jadi dengan kemajuan itu dan training yang cukup, harap mereka akan bermain lebih baik pada All England nanti,” katanya. - Bernama
Ummah wajib bersyukur, lapang dada atas nikmat yang dianugerahkan
ALLAH memberikan nikmat-Nya pada semua hamba-Nya tetapi pembahagian itu tidak sama, ada yang diberi banyak dan ada pula sedikit. Semua itu bertujuan menguji hamba-Nya dalam kehidupan dunia ini.
Ujian ini bagaikan api yang membersih dan memisahkan emas daripada campurannya. Dengan berbuat demikian, maka dapatlah dilihat mana yang benar-benar beriman dan tidak. Alangkah ruginya jika kita tidak mampu menghadapi ujian itu.
Akibat daripada perbezaan, sering timbul sifat buruk seseorang terhadap orang lain. Permusuhan awal bermula antara Adam dan iblis. Iblis melanggar perintah Allah untuk sujud kepada Adam kerana hasadnya terhadap Adam.
Iblis berasakan Allah tidak adil dalam perintah itu. Menurut iblis, dirinya lebih baik dan lebih layak daripada Adam untuk mendapat kemuliaan, malahan diminta sujud padanya. Iblis berkata seperti mana firman Allah yang bermaksud:
“Aku lebih baik darinya, Engkau ciptakan aku daripada api sedang dia Engkau ciptakan dari tanah.” – (Surah al-A’raf, ayat 12)
Permusuhan makhluk Allah yang kedua pula berlaku antara orang kafir terhadap kaum mukminin, sehingga mereka mengerahkan segala kekuatan dan daya upaya untuk menjauhkan kaum mukmin daripada keimanan.
Ini jelas daripada firman Allah yang bermaksud:
“Sebahagian besar ahli kitab inginkan supaya mereka dapat mengembalikan kamu kepada kekafiran setelah kamu beriman, kerana dengki yang (timbul) daripada diri mereka sendiri setelah nyata bagi mereka kebenaran. Maka maafkanlah dan biarkanlah mereka, sampai Allah mendatangkan perintah-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.” – (Surah al-Baqarah, ayat 109)
Hasad atau dengki diertikan sebagai sifat seseorang yang tidak suka orang lain lebih daripadanya atau tidak suka orang lain mendapatkan kenikmatan Allah. Ia ingin nikmat itu hilang daripada orang lain. Perasaan ini menghancurkan hasad tingkat tinggi dan paling jahat, seperti hasadnya iblis kepada Adam.
Contoh hasad ialah apabila tetangga kita memiliki kelebihan harta benda, anak atau isteri yang cantik jelita, kedudukan dan nama baik dalam masyarakat, lalu kita iri dan dengki kepadanya, berusaha untuk merosakkannya.
Sifat hasad dapat membuat orang berbuat zalim kepada tetangganya dengan menyebar gosip dan memburukkannya depan orang lain. Perbuatan itu sudah tentu akan menjadikan suasana bermasyarakat tidak kondusif dan buruk sekali.
Hasad sangat berbahaya dan mempunyai kesan buruk antaranya :
- Sifat orang Yahudi yang dilaknat Allah, siapa yang memilikinya bererti menyerupai mereka. Allah berfirman yang bermaksud: “Ataukah mereka dengki kepada manusia (Muhammad) lantaran kurnia yang Allah telah berikan kepadanya. Sesungguhnya Kami memberikan Kitab dan hikmah kepada keluarga Ibrahim, dan Kami telah memberikan kepadanya kerajaan yang besar.” (Surah an-Nisa, ayat 54)
- Orang yang memiliki sifat hasad tidak dapat menyempurnakan imannya, sebab ia tidak akan dapat mencintai saudaranya seperti mencintai dirinya sendiri. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak sempurna iman salah seorang kamu sampai mencintai saudaranya sebagaimana mencintai dirinya.” (Hadis Muttafaqun ‘alaihi)
Bahkan lebih parah daripada itu, orang yang hasad merasa sangat gembira bila saudaranya celaka dan binasa.
- Ada dalam sifat hasad ini rasa tidak suka terhadap takdir yang Allah berikan kepadanya. Bukankah yang memberikan nikmat hanya Allah. Seakan-akan ia ingin berperanan aktif dalam penentuan takdir Allah dengan merasakan bahawa ia lebih layak mendapatkan nikmat itu daripada orang lain.
- Apabila orang lain mendapat kenikmatan, semakin besar dan kuat api hasad dalam dirinya, sehingga ia selalu kecewa dan duka serta hatinya terbakar akibat api hasad itu.
Menimbulkan sikap egois yang tinggi dan tidak menyukai kebaikan pada orang lain.
- Hasad memakan kebaikan yang dimilikinya sebagaimana api membakar kayu yang kering. Ini yang dinyatakan Rasulullah SAW dalam sabdanya yang bermaksud: “Jauhkanlah (oleh kamu) dengki (hasad) kerana ia akan memakan kebaikan sebagaimana api memakan kayu bakar.” – (Hadis riwayat Abu Daud)
- Menyusahkan diri sendiri, sebab ia tidak mampu mengubah takdir Allah sedikitpun. Allah sudah memberikan nikmat pada orang lain dan tidak akan terhalang oleh orang yang hasad walaupun ia berusaha, ia tidak akan mungkin mengubah takdir Allah.
- Hasad mencegah pemiliknya daripada berbuat kebaikan dan manfaat. Ia selalu sibuk memikir dan melihat milik orang lain sehingga seluruh hidupnya hanya untuk memikirkan bagaimana datangnya kenikmatan pada orang lain dan bagaimana menghilangkannya.
- Hasad dapat memecahkan persatuan, kesatuan, dan persaudaraan kaum muslimin. Sebab itu Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Janganlah saling hasad dan jangan mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah saling bermusuhan serta saling mendiamkan dan jadilah kamu bersaudara.” (Hadis riwayat Muslim)
- Hidupnya tidak pernah tenang dan tenteram, apalagi bahagia. Orang yang hasad selalu dalam keadaan gundah gulana dan resah melihat orang lain lebih darinya. Alangkah ngerinya bahaya dan kerosakan yang diakibatkan oleh dengki (hasad). Sebab itu sudah semestinya kita berusaha menanggalkan dan menghilangkannya daripada diri kita.
Menyedari hakikat bahayanya perasaan hasad ini, maka sudah pasti kita harus berusaha menghindari dan menjauhkan diri dari sifat yang satu ini. Antara langkah mengatasi perasaan hasad ialah belajar dan memahami aqidah Islam sebenar.
Memahami konsep takdir menurut syariat Islam, sehingga faham bahawa segala kenikmatan dan rezeki tidak lepas daripada ketentuan takdir Allah serta meyakini kenikmatan diberikan kepada setiap orang sesuai dengan hikmah yang diinginkan-Nya.
Memandangkan dunia dengan segala perhiasannya sebagai sesuatu yang akan punah dengan cepat dan tidak seberapa dibanding akhirat. Demikian juga tujuan akhir kehidupan adalah akhirat yang kekal abadi.
Firman Allah yang bermaksud:
“Sesungguhnya perumpamaan kehidupan duniawi itu adalah seperti air (hujan) yang Kami turunkan dari langit lalu tumbuhlah dengan suburnya kerana air itu tanaman di bumi, antaranya ada yang dimakan manusia dan binatang ternak. Hingga apabila bumi itu sudah sempurna keindahannya, dan memakai (pula) perhiasannya, dan pemiliknya mengira bahawa mereka pasti menguasainya, tiba-tiba datanglah kepadanya azab Kami di waktu malam atau siang, lalu Kami jadikan (tanamannya) laksana tanam-tanamannya yang sudah disabit, seakan-akan belum pernah tumbuh kelmarin. Demikianlah Kami menjelaskan tanda kekuasaan (Kami) kepada orang yang berfikir, Allah menyeru (manusia) ke Darussalam (syura), dan menunjukkan orang yang dikehendaki-Nya kepada jalan yang lurus (Islam).” – (Surah Yunus, ayat 24-25)
Mengingat keutamaan zuhud dan lapang dada terhadap nikmat yang Allah anugerahkan kepada orang lain serta kewajipan bersyukur terhadap nikmat yang dianugerahkan, semua ini akan menimbulkan sifat menerima dan kaya hati.
Mudah-mudahan dengan selalu berusaha menjauhi dan meninggalkan sifat hasad ini kita semua dimudahkan mendapatkan kebahagiaan dunia dan akhirat.
INTI PATI
Kesan buruk hasad dengki:
Sebelum kedatangan Islam, iaitu ketika Kaabah di bawah penguasaan kaum Quraisy, mereka menggunakan kain sutera sebagai Al-Kiswah.
Fakta: Kelambu Kaabah / Kiswah
Assalamualaikum wbhseorang anak perempuan tiba-tiba mengidam makan ikan sardin. Hampir setiap hari sepanjang mengandungkan anak perempuannya ini hamba Allah ini akan makan ikan sardin. Akibat dari tabiaat ini, sebaik sahaja aak perempuan keduanya ini dilahirkan, terdapat ketumbuhan pada rahim bayi perempuan ini. Pembedahan terpaksa dilakukan ketika bayi ini berusia kalau tidak silap saya 3 bulan. Begitulah azab diperolehi dari tabiaat gemar makan ikan sardin.
Namun saya bersyukur kepada Allah swt kerana sebenarnya isu makan ikan sardin inilah yang antara menjadi punca sehingga akhirnya hamba Allah ini belajar ilmu agama dari saya sehingga pelbagai amalan syirik dan tangkalnya alhamdulillah telah dapat dibuang. Hamba Allah ini kini alhamdulillah telah menjadi antara murid saya yang banyak sekali mendapat pelbagai rahmat dari Allah walaupun dahulunya jahil.
Sebagai latihan pengukuhan kepada para pembaca budiman semua, cuba lah buat sedikit kajian ke atas mana-mana kenalan atau saudara mara yang pernah mengalami sebarang kes tumor atau fibroid dan selepas itu kajilah sejarah permakanan mereka ini. Kemungkinan besar mereka ini memang gemar dan kerap makan ikan sardin. Dengan itu marilah pembaca sekelian memboikot makan ikan sardin semoga insya-Allah dijauhkan Allah dari terkena sebarang penyakit berkaitan tumor, fibroid atau sebarang penyakit kanser lainnya.
Sekian untuk kali ini. INGAT, jangan makan ikan sardin.
Setakat mana kebenaranya
Wassalam wallahualam