Pages
"Barang siapa memudahkan urusan (mukmin) yang sulit nescaya Allah akan memudahkan urusannya di dunia & akhirat" -Hadith Riwayat Imam Muslim-
Friday, 31 July 2009
Thursday, 30 July 2009
Friday, 17 July 2009
MENGAPA YAHUDI BIJAK???
Artikel ini saya ambil dari sebuah laman Ustazah cyber blogspot. Banyak sebenarnya laman yang memaparkan artikel ini. Walaupun artikel ini tidak dipastikan kesohihannya, kita ambillah untuk renungan kita bersama asalkan ia tidak menyalahi syarak.
Memang tidak dapat dinafikan yang orang Yahudi memang bijak dan banyak yang berjaya. Orang Yahudi sekarang sedang merancang untuk tahun ke 3000 sedangkan negara kita merancang sehingga ke tahun 2020. Nampaknya mereka begtu advance.
Walaubagaimanapun kita tidak semestinya mengikut apa mereka kata dan apa yang mereka buat kerana kita mesti berjaya mengikut acuan kita. Walaubagaimana pun ,tidak salah kita meniru apa yang baik dari mereka padahal mereka juga sebenarnya meniru dari Islam. Cuba anda renungkan artikel ni.
Mengapa Yahudi Bijak?? Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya.
Kenapa Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?
Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, sungguh hairan kerana orang yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada orang lain beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya. mereka sedang melatih otak anak dalam kandungan supaya menjadi genius apabila dewasa kelak? (Sebab itulah dalam Islam, ibu-ibu mengandung hendaklah banyak mengingati Allah dan membaca Al-Quran seperti surah Al-Fatihah, Surah Luqman,Surah Yusof dan surah lain lagi kerana ia dapat merangsang pekembangan otak bayi.)
Seperkara lagi ialah pemakanan, sejak awal mengandung orang Yahudi gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut mereka daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan.
Menurut orang Yahudi ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan. Setiap kali mereka membuat hidangan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.
Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi, anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah. (Kurma merupakan makanan sunnah dan mempunyai banyak khasiat. Antaranya ialah dapat menguatkan hati, melancarkan buang air besar, menyembuhkan radang kerongkong.
Kajian oleh Prof.Madya Asiah Zain, Pensyarah Sains Pemakanan UPM menyatakan; “ Kanak-kanak digalakkan memakan lebih banyak buah kurma kerana ia memberi khasiat dari segi proses pembesaran, sekaligus membentuk minda kanak-kanak yang sihat”. Tapi orang Melayu kita banyak yang makan kurma hanya pada bulan puasa. Kismis,madu juga baik untuk otak. Dan janganlah bagi anak anda makan kepala ikan. kalau nak bagi anak kuat daya ingatan. Sebab itulah pelajar tahfiz berpantang makan otak ikan dan organ dalaman seperti pedal dan etc.
Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan di rumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dan merokok di luar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel , siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah, tekalah sendiri..!)
Wednesday, 15 July 2009
NEW TEACHING PEDAGOGIES COURSE
Kuala Lumpur 12-14 Julai 2009 Saya telah menghadiri Kursus New Teaching Pedagogies For Student Engagement anjuran Bahagian Pendidikan Guru yang diadakan di Hotel Puteri Park Kuala Lumpur. Saya telah menghadiri kursus ini bersama 3 orang pensyarah IPGM Kota Bharu iaitu Ketua Jabatan Pendidikan Hj Zahran dan Pn Azirah dari Jabatan Matematik. Kursus ini dihadiri oleh hampir 70 orang pensyarah IPGM seluruh negara. Penceramah jemputan ialah Julie Dyer dari Universiti Deakin Australia. Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada semua pensyarah IPGM di seluruh negara tentang kaedah baru dalam pengajaran dan pembelajaran yang meliputi 6 facet utama iaitu 1. Explanation 2. Interpretation 3. Application 4. Perspective 5. Emphaty and 6. Self Knowledge. Untuk sesi terakhir didedahkan tentang pengajaran menggunakan ICT iaitu Web Quests merupakan teknologi baru dalam pengajaran. Anda boleh layari web quest di http://www.kn.pacbell.com/wired/fil/. Pendekatan web quest ini baik untuk diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran kita. Kesimpulan yang dapat dibuat ialah New Teaching Pedagogies For Student Engagement ialah suatu pendedahan pengajaran baru yang berpusatkan kepada pelajar dengan menggunakan ICT(web quest).
KJ sedang menjalankan aktiviti bersama Julie
Sedang khusyuk menyediakan bahan tugasan
KJ sedang melayari Web Quest
Peserta kursus sedang mendengar ceramah yang disampaikan Julie Dyer
Thursday, 9 July 2009
KOD BABI PADA MAKANAN
Salah seorang rakan saya bernama Syeikh Sahib bekerja sebagai pegawai di Badan Pengawasan Ubat & Makanan (POM) di Pegal, Perancis. Tugasnya adalah mencatat semua mereka barang, makanan dan ubat-ubatan.Produk apa pun yang akan disajikan suatu perusahaan ke pasaran,bahan- bahan produk tersebut harus terlebih dahulu mendapat izin dari Badan pengawas Ubat dan Makanan Perancis dan Syeikh Sahib bekerja diBadan tersebut bahagian QC , oleh sebab itu dia mengetahui pelbagai jenis bahan makanan yang dipasarkan.Banyak daripada bahan-bahan tersebut dituliskan dengan istilah ilmiah namun ada juga beberapa yang dituliskan dalam bentuk matematik seperti E-904, E-141. Awalnya, saat Syeikh Sahib menemukan bentuk matematik tersebut, dia ingin tahu dan kemudian menanyakan kod matematik tersebut kepada seorang Perancis yang berwenang dalam bidang itu dan orang tersebut menjawab " KERJAKAN SAJA TUGASMU, DAN JANGAN BANYAK TANYA. Jawaban tersebut menimbulkan kecurigaan buat Syeikh Sahib dan dia kemudian mula mencari tahu kod matematik tersebut dalam dokumen yang ada. Ternyata apa yang dia temukan cukup memeranjatkan kaum Muslimin didunia. Hampir di seluruh negara barat termasuk Eropah, pilihan utama untuk daging adalah daging babi. Penternakan babi sangat banyak di negara-negara tersebut.
Di Perancis sendiri jumlah penternak babi mencapai lebih dari 42.000.Jumlah kandungan lemak dalam tubuh babi sangat tinggi dibandingkan dengan haiwan lainnya. Namun orang Eropah dan Amerika berusaha menghindari lemak-lemak tersebut.Kemudian yang menjadi pertanyaan sekarang;di manakah lemak-lemak babi tersebut ? Jawapannya adalah: Babi-babi tersebut dipotong di tempat perniagaan (secara) kecil-kecilan dalam pengawasan Badan POM dan yang memusingkan badan babi tersebut adalah untuk membuang lemak yang sudah dipisahkan dari daging babi. Dahulu kira-kira 60 tahun yang lalu, lemak-lemak tersebut dibakar.Kemudian mereka berfikir untuk memanfaatkan lemak-lemak tersebut. Sebagai awal kajian, mereka membuat sabun dengan bahan lemak tersebut dan ternyata itu berhasil. Lemak-lemak tersebut diproses secara kimiawi, dikemas sedemikian rupa dan dipasarkan Dalam pada itu negara-negara di Eropah memperlakukan aturan yang mengharuskan bahan-bahan dari setiap produk makanan,ubat- ubatan harus dicantumkan pada kemasan. Oleh karena itu bahan yang terbuat dari lemak babi dicantumkan dengan nama Pig Fat (lemak babi) pada kemasan produk. Mereka yang sudah tinggal di Eropah selama 40 tahun terakhir ini mengetahui hal tersebut.
Namun produk dengan bahan lemak babi tersebut dilarang masuk ke negara-negara Islam pada saat itu sehingga menimbulkan defisit perdagangan bagi negara pengeksport.Menoleh ke masa lalu, jika anda hubungkan dengan Asia Tenggara, anda mungkin tahu tentang faktor yang menimbulkan perang saudara. Pada saat itu, peluru senapang dibuat di Eropah dan diangkut ke belahan benua melalui jalur laut. Perjalanannya memakan waktu berbulan-bulan hingga mencapai tempat tujuan sehingga bubuk mesiu yang ada di dalamnya mengalami kerosakan karena terkena air laut.Kemudian mereka punya ide untuk melapisi peluru tersebut dengan lemak babi. Lapisan lemak tersebut harus digigit dengan gigi terlebih dahulu sebelum digunakan. Saat berita mengenai pelapisan tersebut tersebar dan sampai ke telinga tentera yang kebanyakan Muslim dan beberapa Vegetarian (orang yang tidak makan daging), maka tentera - tentera tersebut menolak berperang sehingga mengakibatkan perang saudara ( civil war ). Negara-negara Eropah mengakui fakta tersebut dan kemudian menggantikan penulisan lemak babi dalam kemasan dengan menuliskan lemak haiwan. Semua orang yang tinggal di Eropah sejak tahun 1970 - an mengetahuinya.Saat perusahaan produsen ditanya oleh pihak berwenang dari negara Islam mengenai lemak haiwan tersebut, maka jawapannya bahawa lemak tersebut adalah lemak sapi(lembu) & domba, walaupun demikian lemak-lemak tersebut haram bagi Muslim kerana penyembelihan haiwan ternak tersebut tidak mengikuti syariat Islam. Oleh karena itu produk dengan label baru tersebut dilarang masuk ke negara-negara Islam.Sebagai akibatnya,pengusaha produk menghadapi masalah kewangan yang sangat serius kerana 75% penghasilan mereka diperoleh dengan menjual produknya ke negara Islam, di mana laba penjualan ke negara Islam bisa mencapai jutaan dolar. Akhirnya mereka memutuskan untuk membuat kodifikasi bahasa yang hanya diketahui oleh Badan POM sementara orang awam tidak mengetahuinya. Kod tersebut diawalkan dengan kod E-CODES. E-INGREDIENTS ini terdapat di banyak produk perusahaan multinasional termasuk pasta gigi, sejenis permen karet, coklat, gula-gula, biskut, makanan dalam tin, buah-buahan dalam tin dan beberapa multi vitamin dan masih banyak lagi jenis produk makanan & ubat-ubatan lainnya.Semenjak produk - produk tersebut di atas banyak di konsumsi[penggunaan barang-barang (spt hasil pertanian, perusahaan, dll)]. oleh negara-negara Muslim, kita sebagai masyarakat Muslim tidak terkecuali sedang menghadapi masalah penyakit masyarakat yakni hilangnya rasa malu,kekerasan dan seks bebas.Oleh itu, saya mohon kepada semua umat Islam untuk memeriksa terlebih dahulu bahan-bahan produk yang akan kita konsumsi dan mencocokkannya dengan daftar kod E-CODES berikut ini. Jika ditemukan kod-kod berikut ini dalam kemasan produk yang akan kita beli, maka hendaknya dapat dihindari karena produk dengan kod-kod tersebut dibawah ini mengandung lemak babi.
E100, E110, E120, E 140, E141, E153, E210, E213, E214, E216, E234,E252,E270, E280, E325,E326, E327, E334, E335, E336, E337, E422, E430, E431, E432, E433,E434, E435, E436, E440,E470, E471, E472, E473, E474,E475,E476, E477, E478, E481, E482, E483,E491, E492, E493,E494, E495, E542,E570, E572, E631, E635, E904.
Adalah tanggung jawab kita semua sebagai umat Islam untuk mengikuti syariat Islam dan juga memberitahukan informasi ini kepadasaudara kita.
Wednesday, 8 July 2009
Sains, Matematik dalam bahasa Melayu mulai 2012
PUTRAJAYA 8 Julai - Matapelajaran Sains dan Matematik di sekolah rendah dan kebangsaan akan diajar dalam bahasa Melayu berkuatkuasa pada 2012.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengumumkan keputusan Kabinet itu berkata, pengajaran dan pembelajaran kedua-dua matapelajaran itu di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil pula dalam bahasa ibunda masing-masing.
Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, kerajaan juga memutuskan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris di semua peringkat persekolahan dimantapkan.
Katanya, pelaksanaan bermula secara bertahap iaitu bagi tahun satu, tahun empat, tingkatan satu dan tingkatan empat.
Perubahan dasar itu bagaimanapun tidak melibatkan tingkatan enam dan matrikulasi.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengumumkan keputusan Kabinet itu berkata, pengajaran dan pembelajaran kedua-dua matapelajaran itu di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil pula dalam bahasa ibunda masing-masing.
Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, kerajaan juga memutuskan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris di semua peringkat persekolahan dimantapkan.
Katanya, pelaksanaan bermula secara bertahap iaitu bagi tahun satu, tahun empat, tingkatan satu dan tingkatan empat.
Perubahan dasar itu bagaimanapun tidak melibatkan tingkatan enam dan matrikulasi.
SEBAGAI WARGA PENDIDIK, APA KOMEN ANDA SETELAH IANYA BERJALAN HAMPIR 6 TAHUN
JENIS RAMBUT DAN PERSONALITI
1) RAMBUT LURUS
bijak, seorang yang happy, bergaya,cemburu,Dan pandai dalam menguruskan sesuatu tanpa pertolongan
2) RAMBUT KERINTING TEBAL
Kurang bijak, degil, cemburu kuat,romantic,banyak pergaulan Dan susahdalam menyelesaikan masalah diri, tidak suka termenung
3) RAMBUT KERINTING NEGRO
Bijak, ego, cemburu buta, romantic,memilih Dan mudah mengamuk bilasusah hendak selesaikan masalah
4) RAMBUT IKAL MAYANG
Bijak, berfikir sebelum melakukansesuatu,berfikiran terbuka, banyakpergaulan, Dan mudah memaaf kan seseorang dengankesilapan lalu.
5) RAMBUT HALUS/LEMBUT
Bijak sangat, memilih, pemaaf, manja,tegas Dan cepat melakukanperkerjaan dengan bersungguh-sungguh.
6) RAMBUT SIKIT
Bijak, sentiasa berfikiran negatifpada seseorang, ego Dan pandaimembuka perniagaan walaupun kecil.
7) RAMBUT PERANG
Kurang bijak, berfikiran terbuka,pemaaf, sosial Dan bijak laridaripada masalah.
8) RAMBUT TEBAL
Bijak, degil, cemburu, romantic,kasar, banyak kawan Dan pandaimengambil hati seseorang.
9) RAMBUT KUSUT
Sangat bijak, berfikiran terbuka,banyak pergaulan, garang, susah nakmemaafkan seseorang, Dan pandai dalam mengurusansesuatu tanpapertolongan. P/s: malas sikat rambut
10) RAMBUT BERUBAN
Kurang bijak, suka termenung, sosial sikit,berfikiran terbuka Dan pandai selesaikan masalah diri
11)TIADA RAMBUT
Macam mana nak Kate ye....kesian
12) RAMBUT WARNA KEMERAH-MERAHAN ATAUKEHIJAU HIJAUAN
Itu rambutann... Huahuahuahua...
13) RAMBUT DALAM CENDOL KAT MAMAK
Itu maknanya mamak itu minat akansesorang, jadi dia sengaja mencabutbulu ketiaknya yang hanya tinggal beberapa helai itu,
Dan meletaknya didalam cendol supaya orang yang minum cendol itu akan datang Dan berkata "Mamak dalam cendol in Ada rambut lah!!!
Mamak akan berkata
"itu bukan rambut lah... Itu " Vuloo juga... Tandakasih sayang sama adik manis!!!!...
Ahaks... Hehehe..
Tahniah lah kepadainsan terpilih tuh yer..
Melihat Positif & Negatif
1. untuk suami/isteri yang tidur berdengkur diwaktu malam, BERSYUKUR kerana beliau tidur disisi kita, bukan dengan orang lain.
2. untuk anak/adik perempuan kita yang mengomel apabila mencuci pinggan,BERSYUKUR kerana itu bermakna dia berada di rumah, bukan dijalanan berpeleseran.
3. untuk cukai pendapatan yang kita kena bayar, BERSYUKUR kerana itu bermakna kita masih mempunyai pekerjaan.
4. untuk pakaian kita yang dah tak muat, BERSYUKUR kerana itu bermakna kitacukup makan.
5. untuk lantai yang perlu dimop, tingkap yang perlu dilap, dan rumah yangperlu dikemas, BERSYUKUR kerana itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal.
6. untuk bunyi bising jiran-jiran, BERSYUKUR kerana itu bermakna kita masihlagi boleh mendengar.
7. untuk timbunan pakaian yang perlu dicuci/digosok, BERSYUKUR kerana itubermakna kita ada pakaian untuk dipakai.
8. untuk keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja, BERSYUKUR keranaitu bermakna kita masih berupaya untuk kerja kuat.
9. untuk tempat letak kereta yang jauh daripada lif, BERSYUKUR kerana itubermakna kita masih berupaya untuk berjalan.
10. untuk jam loceng yang berdering pada waktu pagi, BERSYUKUR keranaitu bermakna kita masih hidup untuk meneruskan hari tersebut...
BELAJARLAH BERSYUKUR... ...
Saturday, 4 July 2009
WAJIB TANGANI WABAK H1N1
BERMULA di Mexico, virus selesema babi menular ke seluruh dunia dengan angka mangsa semakin meningkat dalam tempoh yang singkat, sekali gus membangkitkan kebimbangan banyak pihak.Menurut perangkaan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), jumlah kumulatif kes melebihi 70,000 dengan lebih 300 kematian.
Negara paling teruk seperti Amerika Syarikat, Mexico, Kanada, Chile, United Kingdom dan Australia.Virus selesema babi atau influenza A (H1N1) muncul daripada campuran virus selesema yang asalnya daripada unggas, babi dan manusia yang berupaya menyebabkan jangkitan membawa maut. Gejala dan tanda jangkitan virus itu adalah demam, batuk, sakit badan serta susah bernafas, selain berlaku di kalangan mereka yang ada kaitan dengan ternakan babi.Ia dikatakan mudah berjangkit sesama manusia apabila individu dijangkiti batuk dan bersin dengan tidak menutup mulut. Justeru, sebagai langkah pencegahan, setiap individu sewajarnya menjaga tahap kesihatan dan kebersihan tanpa mengira waktu dan tempat.
Negara paling teruk seperti Amerika Syarikat, Mexico, Kanada, Chile, United Kingdom dan Australia.Virus selesema babi atau influenza A (H1N1) muncul daripada campuran virus selesema yang asalnya daripada unggas, babi dan manusia yang berupaya menyebabkan jangkitan membawa maut. Gejala dan tanda jangkitan virus itu adalah demam, batuk, sakit badan serta susah bernafas, selain berlaku di kalangan mereka yang ada kaitan dengan ternakan babi.Ia dikatakan mudah berjangkit sesama manusia apabila individu dijangkiti batuk dan bersin dengan tidak menutup mulut. Justeru, sebagai langkah pencegahan, setiap individu sewajarnya menjaga tahap kesihatan dan kebersihan tanpa mengira waktu dan tempat.
Dalam Islam, kebersihan amat ditekankan sebagaimana sabda Nabi s.a.w, maksudnya: "Kebersihan itu sebahagian daripada iman."Berhubung wabak khususnya yang membawa maut, baginda bersabda, maksudnya: "Jika anda mendengar mengenainya di satu tempat, jangan ke sana, tetapi jika wabak itu berlaku di sebuah negeri di mana anda berada, terus berada di situ, jangan lari dari tempat itu." Kemudian, al-Bukhari meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, yang Nabi s.a.w, bersabda, maksudnya: "Unta-unta menderita kerana penyakit (kudis atau kurap) tidak seharusnya bercampur dengan unta-unta yang sihat." Hadis itu menerangkan mengenai pengasingan atau kuarantin antara haiwan yang baik dan berpenyakit.
Dalam kes manusia, ia memerlukan lebih pemerhatian.Kerajaan prihatin dengan masalah itu dengan mengambil beberapa langkah pencegahan.Usaha itu selaras dengan saranan hadis di atas, malah menurut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) ia bertepatan dengan ajaran Islam yang menuntut umatnya menjaga kesihatan dan keselamatan diri.Ketua Pengarahnya, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz, berkata saranan supaya orang ramai tidak berkunjung ke negara dilanda virus H1N1 juga patut diikuti serta dipatuhi."Garis panduan berkaitan kaedah pengawalan wabak penyakit itu berdasarkan hadis Nabi Muhammad yang diriwayatkan Abdullah bin Amir supaya orang ramai tidak ke sesuatu tempat dilanda wabak dan jika berada di sesuatu tempat dilanda wabak pula, seseorang itu hendaklah kekal berada di situ."Cara dilakukan ini selaras tuntutan Maqasid Syariah atau objektif syariah," katanya.
Penularan kes terbabit semakin meluas, malah dalam waktu sama mengundang pelbagai tanggapan dan andaian di kalangan penduduk. Sesetengah juga membataskan pergaulan dan urusan dengan khalayak bagi mengelak jangkitan.Tidak kurang masyarakat Islam mempersoalkan kefarduan dalam ibadat seperti solat berjemaah dan Jumaat, sama ada ia gugur atau tidak kerana bimbang penularan wabak itu.Profesor Syariah di Universiti Alexandria, Dr Muhammad Kamal Imam, berkata selesema babi adalah wabak global merebak ke beberapa negara di seluruh dunia dan tidak terbatas di tempat asalnya. "Apa yang diisytiharkan WHO tidak membabitkan sebarang kuat kuasa undang-undang, namun ia boleh dikatakan yang semua langkah penting dan berjaga-jaga seharusnya diperhatikan di tempat penyakit cepat tersebar."Tetapi masih tidak membayangkan gugurnya kefarduan menghadiri solat Jumaat. Ini kerana penduduk (di kawasan terbabit) boleh terus bekerja dan bertemu di rumah, malah mengerjakan solat Jumaat di mana-mana," katanya. Profesor Fiqah Perbandingan Universiti Al-Azhar, Dr Sa'd Hilal, berkata menghadiri solat Jumaat adalah tanggungjawab individu setiap lelaki Muslim dewasa, siuman dan mastautin, bukan pengembara yang tiada keuzuran syarie bagi meninggalkannya seperti sakit. Menurutnya, individu Muslim dilarang meninggalkan solat Jumaat kerana perintah mengerjakannya termaktub dalam al-Quran, sebagaimana ditegaskan dalam surah al-Jumu'ah."Wahai orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu (ke masjid) untuk mengingati Allah dan tinggalkanlah berjual-beli; yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui." (Al-Jumu`ah 62:9)
Dr Sa'd berkata, walaupun perisytiharan WHO (sebagai wabak) memerlukan pemerhatian berhati-hati, orang Islam tidak boleh mengabaikan solat Jumaat dan solat berjemaah, kecuali wabak tersebar luas. Menurutnya, mereka yang menghadiri solat Jumaat dan solat jemaah perlu berwaspada, misalnya menghindari berjabat tangan atau menahan diri daripada berpeluk dan berkucup satu sama lain (di tempat yang teruk). "Mereka perlu mengelak semua bentuk yang boleh membawa kepada pemindahan jangkitan," katanya.
Wanita terkejut sejadah 'berdiri' di Masjid Kristal
KUALA TERENGGANU 3 Julai - Seorang wanita yang singgah di Taman Tamadun Islam di sini sebelum menunaikan solat di Masjid Kristal dikejutkan dengan pengalaman aneh apabila mendapati dua helai sejadah tiba-tiba bercantum sebelum 'bangkit berdiri' di sisinya.
Kakitangan kerajaan berasal dari Dungun berusia 35 tahun itu menyangka objek tersebut hanya bayang jemaah lain yang mendirikan solat di sebelah kirinya.
Namun setelah selesai solat, wanita itu terkejut apabila melihat dua helai sejadah bercantum dalam keadaan menegak seolah-olah berdiri.
"Masa itu saya beristighfar beberapa kali dan terus mengambil telefon bimbit lalu merakamkan gambar sejadah berkenaan," katanya yang enggan dikenali ketika ditemui dekat sini.
Menurutnya, pengalaman pelik kira-kira pukul 11 pagi beberapa hari lalu amat luar biasa dan bersyukur kerana 'terpilih' menyaksikannya.
"Pengalaman ini tidak menyebabkan saya takut untuk datang ke sini kerana saya percaya ia bukan benda yang tidak baik," katanya.
Sementara itu, seorang pengawal keselamatan di taman tema tersebut yang juga enggan dikenali mengakui dia seringkali terserempak dengan pelbagai kejadian aneh di situ.
"Malah ada penduduk sekitar kawasan ini bercerita, pulau ini memang agak 'keras' dan menjadi kawasan tempat orang membuang benda-benda tak elok sebelum ia dibangunkan," katanya.
Dalam pada itu, seorang petugas di Masjid Kristal pula menjelaskan, kejadian tersebut mungkin ada kaitan dengan jin Islam kerana sebelum ini seorang wanita mengadu mengenai kejadian yang hampir sama.
"Waktu itu dia baru selesai solat asar berseorangan sebelum tiba-tiba melihat kejadian serupa," katanya yang enggan namanya disiarkan.
Beliau juga berharap umat Islam yang singgah untuk mendirikan solat di masjid itu tidak bimbang dan takut sebaliknya menganggap kejadian aneh itu sebagai satu petunjuk kebesaran Allah SWT.
Kakitangan kerajaan berasal dari Dungun berusia 35 tahun itu menyangka objek tersebut hanya bayang jemaah lain yang mendirikan solat di sebelah kirinya.
Namun setelah selesai solat, wanita itu terkejut apabila melihat dua helai sejadah bercantum dalam keadaan menegak seolah-olah berdiri.
"Masa itu saya beristighfar beberapa kali dan terus mengambil telefon bimbit lalu merakamkan gambar sejadah berkenaan," katanya yang enggan dikenali ketika ditemui dekat sini.
Menurutnya, pengalaman pelik kira-kira pukul 11 pagi beberapa hari lalu amat luar biasa dan bersyukur kerana 'terpilih' menyaksikannya.
"Pengalaman ini tidak menyebabkan saya takut untuk datang ke sini kerana saya percaya ia bukan benda yang tidak baik," katanya.
Sementara itu, seorang pengawal keselamatan di taman tema tersebut yang juga enggan dikenali mengakui dia seringkali terserempak dengan pelbagai kejadian aneh di situ.
"Malah ada penduduk sekitar kawasan ini bercerita, pulau ini memang agak 'keras' dan menjadi kawasan tempat orang membuang benda-benda tak elok sebelum ia dibangunkan," katanya.
Dalam pada itu, seorang petugas di Masjid Kristal pula menjelaskan, kejadian tersebut mungkin ada kaitan dengan jin Islam kerana sebelum ini seorang wanita mengadu mengenai kejadian yang hampir sama.
"Waktu itu dia baru selesai solat asar berseorangan sebelum tiba-tiba melihat kejadian serupa," katanya yang enggan namanya disiarkan.
Beliau juga berharap umat Islam yang singgah untuk mendirikan solat di masjid itu tidak bimbang dan takut sebaliknya menganggap kejadian aneh itu sebagai satu petunjuk kebesaran Allah SWT.
M. JACKSON DIKEBUMI CARA ISLAM
Keluarga tunaikan hasrat Mikaeel, majlis pengebumian 7 JulaiLOS ANGELES: Keluarga ikon muzik pop terkenal Amerika Syarikat, Michael Jackson, dilaporkan berkemungkinan besar mengebumikan penyanyi itu mengikut cara Islam. "Keluarganya menimbang pengebumian mengikut Islam kerana mereka percaya Michael mahu dikebumikan mengikut agama barunya," lapor laman web aceshowbiz yang memetik sumber sebagai berkata.
"Abang penyanyi itu, Jermaine atau nama Islamnya, Muhammad Abdulaziz, menerangkan kepada keluarganya mengenai pengebumian menurut Islam kerana berasa penting jenazah adiknya disempurnakan dengan cara Islam," kata sumber itu. Di sebalik laporan terdahulu majlis memperingati secara umum dan peribadi untuk penyanyi itu ditetapkan pada minggu ini, tiada pengesahan rasmi daripada keluarga Jackson mengenai lokasi pengebumiannya. Bagaimanapun, aceshowbiz turut melaporkan bahawa pengebumian akan berlangsung pada 7 Julai ini.
Raja Pop itu dilaporkan memeluk Islam pada November 2008 di rumah seorang rakannya di Los Angeles, beberapa tahun selepas menyuarakan minatnya untuk menjadi penganut agama suci itu. Beliau kemudian menukar namanya kepada Mikaeel, sempena nama malaikat yang ditugaskan menurunkan hujan dan memberi rezeki. Laporan menyebut, beliau duduk dengan memakai kopiah dan mengucap dua kalimah syahadah di depan seorang imam di kediaman rakan penyanyi itu di Los Angeles. Jackson mengamalkan cara hidup Muslim sedikit demi sedikit serta membaca al-Quran dikatakan menjadi amalan hariannya, malah mengakui menemui kekuatan dan kesungguhan dalam menempuh pelbagai dugaan dan rintangan dalam hidupnya.
Jurucakap penghibur legenda itu memberitahu, pihaknya sudah mengesahkan kepada semua media di seluruh dunia mengenai kebenaran desas-desus mengatakan Jackson memeluk Islam. Selepas penyanyi itu dilaporkan memeluk Islam, Jermaine memberitahu wartawan, adiknya mula tertarik kepada agama itu sejak 1989. - Agensi
"Abang penyanyi itu, Jermaine atau nama Islamnya, Muhammad Abdulaziz, menerangkan kepada keluarganya mengenai pengebumian menurut Islam kerana berasa penting jenazah adiknya disempurnakan dengan cara Islam," kata sumber itu. Di sebalik laporan terdahulu majlis memperingati secara umum dan peribadi untuk penyanyi itu ditetapkan pada minggu ini, tiada pengesahan rasmi daripada keluarga Jackson mengenai lokasi pengebumiannya. Bagaimanapun, aceshowbiz turut melaporkan bahawa pengebumian akan berlangsung pada 7 Julai ini.
Raja Pop itu dilaporkan memeluk Islam pada November 2008 di rumah seorang rakannya di Los Angeles, beberapa tahun selepas menyuarakan minatnya untuk menjadi penganut agama suci itu. Beliau kemudian menukar namanya kepada Mikaeel, sempena nama malaikat yang ditugaskan menurunkan hujan dan memberi rezeki. Laporan menyebut, beliau duduk dengan memakai kopiah dan mengucap dua kalimah syahadah di depan seorang imam di kediaman rakan penyanyi itu di Los Angeles. Jackson mengamalkan cara hidup Muslim sedikit demi sedikit serta membaca al-Quran dikatakan menjadi amalan hariannya, malah mengakui menemui kekuatan dan kesungguhan dalam menempuh pelbagai dugaan dan rintangan dalam hidupnya.
Jurucakap penghibur legenda itu memberitahu, pihaknya sudah mengesahkan kepada semua media di seluruh dunia mengenai kebenaran desas-desus mengatakan Jackson memeluk Islam. Selepas penyanyi itu dilaporkan memeluk Islam, Jermaine memberitahu wartawan, adiknya mula tertarik kepada agama itu sejak 1989. - Agensi
Friday, 3 July 2009
BUMI BIAK YANG MURNI
Seronok betul saya bila mendapat tahu daripada rakan pensyarah menyatakan saya kena pergi ke SK Biak untuk mengiringi 8 pelajar KPLI sempena Program Keibubapaan dan Kecemerlangan pelajar SK Biak Dabong, Kuala Krai tahun 5 dan 6 pada 30 Jun hingga 02 Julai 2009 yang lalu. Perjalanan untuk sampai dari Kota Bharu ke Kg Biak adalah 2.30 jam. Sepanjang 3 hari 2 malam di sana banyak perkara baru yang dapat dipelajari dari masyarakat di situ tentang bagaimana mereka hidup tanpa bergantung kepada sumber-sumber elektronik dan kenderaan yang canggih. Terfikir saya dapat juga mereka menjalankan kerja macam kita di sini tanpa bergantung kepada benda2 tu. Bayangkan saya kalau tidak ada broadband saja, dah tak boleh duduk dah. Bagi mereka, dunia ICT tidak penting, yang penting duit masuk dan setiap hari menoreh getah. Masyarakat di sini jika di sebelah pagi jarang kelihatan dan mereka berkumpul waktu petang di warung kopi untuk sembang2. Pada waktu malam pula kaum remaja membuat latihan dikir barat di hujung desa untuk menghilangkan rasa kesunyian. Di sini tidak ada bunyi bising kenderaan dan pencemaran udara, malah remaja di sini masih tidak lagi dipengaruhi budaya luar walaupun rata-rata di setiap rumah ada memiliki astro. Murid di sekolah ini amat memerlukan bimbingan dan belaian guru untuk memberi tunjuk ajar pada mereka. Pada mula kami tiba di SKB hanya seorang guru yang menyambut kami iaitu PK1 Pn Haniah. Dalam hati berkata ke mana perginya guru lelaki yang lain. Tak apa lah niat kami ikhlas nak membantu murid Kg Biak ni bukan mengharapkan pujian dan balasan pun. Acara yang dirancangkan berjalan tanpa ada gangguan. Pada hari penutupan Tn Pengarah IPGM Kota Bharu datang untuk merasmikan acara penutup kursus ini. Saya kagum dengan Tn Pengarah kita yang sanggup turun padang melihat dengan lebih dekat Kg Biak ini, sekurang-kurangnya hilanglah segala penat lelah kami bekerja di sini. Terima Kasih Tn Pengarah En Hashim. Setelah tamat acara penutupan kami bergegas untuk pulang dan murid SKB mengiringi kami menaiki Van sambil melambai untuk ke Jeti Biak. Terima Kasih Biak jumpa lagi pada sesi akan datang.
Inilah sungai yang menjadi penghalang perhubungan antara Jeli dengan Biak
Guru Pelatih sedang berbincang untuk mengadakan acara sukaneka
Saya bersama dengan rakan pensyarah En Mohd Zaki
Inilah kenderaan yang digunakan untuk mengangkut penumpang ke jeti dan mengangkut skrap getah untuk dijual kepada taukeh getah.
Ini rumah penduduk Kg Biak masih beratapkan rumbia dan berdindingkan bambu
Subscribe to:
Posts (Atom)
Popular Posts
-
"....Allah jualah Tuhan kami dan Tuhan kamu. Bagi kami amal kami dan bagi kamu amal kamu. Tidaklah patut ada sebarang pertengkaran ant...
-
Berikut dalil Al Qur’an dan Hadits Puasa Ramadhan : ÙŠَا Ø£َÙŠُّÙ‡َا الَّØ°ِينَ آمَÙ†ُوا Ùƒُتِبَ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ُ الصِّÙŠَامُ ÙƒَÙ…َا Ùƒُتِبَ عَÙ„َÙ‰ الَّØ°ِينَ...
-
Salam semua, sekalung jutaan terima kasih sy ucapkan kepada semua sahabat handai, rakan2 FB yang dikasihi (so excited from Dr Boon Hua Lee ...
-
Bulan Rejab merupakan bulan Allah yang banyak keistimewaannya yang dijanjikan oleh Allah SWT kepada umat-Nya. Pintu rahmat terbuka luas un...
-
1. TA'ARUFFAN Persahabatan yang terjalin secara kebetulan, seperti pernah bertemu di stesyen kereta api, hotel, hospital, pejabat pos...
-
Erm...terjumpa artikel ni setelah dinasihati seorang sahabat supaya berhenti makan sardin....ups, this is my last menu mkn sardin...cuba sed...
-
PUTRAJAYA – Penularan wabak influenza A (H1N1) di Malaysia semakin membimbangkan dengan 12 kes baru disahkan semalam, iaitu jumlah terbany...
Post by Azizi Cyberspot.