"Barang siapa memudahkan urusan (mukmin) yang sulit nescaya Allah akan memudahkan urusannya di dunia & akhirat" -Hadith Riwayat Imam Muslim-

Friday, 26 June 2009

PROJECT BASED LEARNING COURSE


22-25 Jun 2009, Saya telah menghadiri Kursus Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP) peringkat kebangsaan di Hotel Putra Kuala Lumpur. Dalam perjalanan ke tempat kursus saya telah menaiki kapal terbang mas dan tiba di KLIA pada jam 10.30pg. Sampai di KLIA risau juga, sebab sekarang musim H1N1, jadi saya berhati-hati ketika bersiar-siar di situ takut dijangkiti virus. Saya dapati ramai pelancong dari luar negara memakai topeng untuk keselamatan, begitu juga semasa perjalanan pulang, oleh kerana virus semakin menular di Malaysia saya juga memakai mask untuk keselamatan.

Seramai 46 pensyarah dari seluruh negara terlibat dalam kursus ini. Objektif kursus ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada semua pensyarah sebagai jurulatih tentang pembelajaran berasaskan projek. Banyak input yang kami dapat terutama dalam membuat unit plan untuk sesuatu tajuk yang akan dipelajari oleh pelajar.

Saya dan Jihadi sempat menghisap esei-esei perisa orange

Pada masa terluang sempat juga kami bersiar di jalan Bukit Bintang dan Plaza Low Yatt untuk membeli external hard disk, harganya memang murah berbanding di Kelantan. Semasa bersiar di jalan Arab, Bukit Bintang ramai pelancong asing di situ seolah-olah berada di luar negara. Tak ada langsung orang melayu di situ, yang ada muka mat saleh, Indon (dah tentu), Arab, Sudan, Bangla, Pakistan dan lain-lain lagi.

Thursday, 25 June 2009

H1N1 SEMAKIN MEMBIMBANGKAN

PUTRAJAYA – Penularan wabak influenza A (H1N1) di Malaysia semakin membimbangkan dengan 12 kes baru disahkan semalam, iaitu jumlah terbanyak dalam masa sehari sejak penyakit itu pertama kali dikesan pada 15 Mei lalu.
Daripada 12 kes itu, sebanyak 10 kes import dan dua kes penularan tempatan dicatatkan, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes H1N1 di Malaysia kini 80.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican berkata, daripada keseluruhan kes yang dikesan semalam, tiga adalah warga asing manakala selebihnya rakyat tempatan yang melawat negara seperti Singapura, United Kingdom, Thailand, Australia dan Amerika Syarikat.
Beliau berkata, minggu lepas hanya 21 kes dilaporkan dengan satu kes jangkitan tempatan sebelum melonjak kepada 80 kes dengan 11 daripadanya adalah jangkitan tempatan minggu ini.
“Ini merupakan peningkatan 400 peratus dalam tempoh seminggu, dan ia juga bermakna terdapat lompang dalam sistem pengesanan negara,’’ katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Monday, 22 June 2009

KEPRIHATINAN ANDA DIPERLUKAN


Jika tidak berkemampuan dari segi wang ringgit sekalipun, cukuplah dengan MEMBACA blog ini dan khabarkan kepada saudara2 yang lain. Semoga usaha kita ini mendapat limpah berkat dari Allah swt...
Adik Nurul Aysha Safiya bt Samsulrizal ( 4 tahun), merayu kepada sesiapa yang prihatin agar dapat membantu meringankan beban keluarga adik Nurul.
Adik Nurul baru saja selesai menjalani beberapa kali pembedahan tulang dibahagian leher akibat tulang leher patah (bukan akibat dari sebarang kemalangan atau penderaan tetapi oleh kerana tulang leher yang lembut dan tidak mampu menampung berat kepalanya dan salah satu faktor adalah kanak-kanak istimewa -down sindrom). Beliau kini terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan yang berharga RM40,000 tidak termasuk kos-kos sampingan (tiub untuk membuang kahak dan air kencing, generator untuk membantu alat penafasan ketika bekalan elektrik terputus).
Memandangkan kos-kos sampingan agak tinggi, diharapkan sumbangan anda sedikit dapat membantu meringankan beban keluarga beliau. Jika tidak berkemampuan dari segi wang ringgit sekalipun, cukuplah dengan doa dan simpati anda berkongsi derita.
Semoga usaha kita ini mendapat limpah berkat dari Allah swt....Wassalam
Kita doakan semoga Allah lindungi semua keluarga kita dari malapetaka dan dalam keadaan sihat serta selamat sejahtera selalu, jauhkan daripada perkara2 yang menyusahkan.
"NAUUZUBILLAHI MIN ZAALIK"

AKHIRNYA MEREKA JUARA

SKUAD negara meraih kejuaraan berganda pada Kejohanan Badminton Terbuka Indonesia yang berakhir di Jakarta, semalam. Jaguh pemain perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei serta beregu wanita, Wong Pei Tty-Chin Eei Hui beraksi cemerlang apabila muncul juara selepas menang straight set ke atas lawan masing-masing.
Chong Wei yang juga juara 2007, menewaskan satu-satunya pemain harapan tuan rumah, Taufik Hidayat 21-9, 21-14 untuk meraih kejuaraan ketiganya tahun ini selepas terlebih dahulu menjuarai Terbuka Malaysia dan Switzerland. Selepas saling bertukar servis di awal permainan, Chong Wei meraih sembilan mata berturut-turut untuk menang set pertama.Taufik yang juga pemenang pingat emas Sukan Olimpik Athens 2004, mula bangkit apabila mendahului 7-1 di set kedua sebelum Chong Wei kembali menguasai permainan selepas meraih enam mata berturut-turut sebanyak dua kali sebelum menamatkan permainan dalam masa 31 minit.
"Saya gembira dengan kemenangan ini," kata Chong Wei yang juga pemenang pingat perak Sukan Olimpik Beijing tahun lepas. "Sebelum perlawanan, saya sangkakan peluang kami 50-50 tetapi saya kekal fokus sepanjang perlawanan. "Taufik melakukan beberapa kesilapan. Pukulan smash yang dilakukannya sering terkeluar. Sasaran saya selepas ini adalah untuk menjuarai Kejohanan Dunia."
Dalam pada itu, Pei Tty-Eei Hui meraih kejuaraan pertamanya selaku beregu No. 1 dunia selepas menundukkan beregu pilihan kedua dari China, Cheng Shu-Zhao Yunlie 21-16, 21-16.
Pei Tty-Eei Hui tidak pernah berjaya melepasi pusingan separuh akhir sejak mula menduduki ranking pertama dunia Februari lalu.
Sementara itu, Saina Nehwal muncul juara perseorangan wanita sekali gus mencipta sejarah sebagai pemain India pertama yang menjuarai kejohanan Super Series.
Pada aksi semalam, Saina menewaskan pemain No. 3 dunia, Wang Lin 12-21, 21-18, 21-9.
"Ini merupakan sesuatu yang hebat dan saya memang tidak pernah sangka mampu menang di sini," kata Saina yang juga pemain No. 8 dunia. Acara beregu lelaki pula dimenangi oleh pasangan Korea Selatan, Jung Jae Sung-Lee Yong Dae yang menewaskan beregu China, Cai Yun-Fu Haifeng 21-15, 21-18 manakala Zheng Bo-Ma Jin dari China pula mengungguli acara beregu campuran selepas menundukkan Yong Dae-Lee Hyo Jung dari Korea Selatan 21-17, 8-21, 21-16.

Saturday, 20 June 2009

HAPPY FATHER'S DAY

myspace comments


Hari Bapa bakal disambut pada hari Ahad ini 21 Jun 2009. Saya nak ambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat Hari Bapa kepada semua Ayah, Papa, Daddy, Walid, Abah, Abi dan Baba yang membaca blog saya.
Banyak pengorbanan yang Ayah kita telah lakukan pada kita. Kalau bukan kerana bapa kita yang mengasuh, mendidik, mencari nafkah untuk keselesaan hidup kita, sudah pasti kehidupan kita tidak seperti yang kita alami sekarang ini. Walaupun bapa saya telah lama kembali ke rahmatullah hampir 15 tahun yang lalu, namun saya tidak lupa ucapkan Selamat Hari Bapa kepada arwah melalui doa2 dan tahlil2. Marilah sama2 kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Bapa2 yang telah pergi meninggalkan kita selamanya. Bagi yang masih mempunyai bapa, berbaktilah dan dengarlah kata2 nasihat dari bapa kita selagi tidak menyalahi hukum syarak. Bagilah sesuatu perkhabaran dan berita yang baik untuk mereka, biar mereka senang dan sejuk mata memandang kita agar kita dianggap anak yang "Qurratun a'yunin" (penyejuk mata).

Buat saya, anak2 saya adalah nyawa saya. Tiada yang lebih berharga selain anak kita. Mereka adalah penyebab saya terus tabah melalui kehidupan. Mereka adalah harta yang tidak terbayar harganya kepada Allah. tanggungjawab kita sebagai bapa pula membesar, mendidik mereka sehingga mereka berjaya suatu hari kelak InsyaAllah.


"SELAMAT HARI BAPA UNTUK SEMUA".

Friday, 19 June 2009

Naik perahu layar ke Malaysia

KOTA TINGGI - Sanggup merentasi laut dengan perahu layar rekaan sendiri demi mencari rezeki di negara ini. Demikian tindakan berani dua sahabat warga Indonesia, Raja Shah Riau, 24, dan Baharul Rozi, 18, yang menggadai nyawa merentasi Perairan Pengerang di sini bagi tujuan menjejak kaki ke negara ini.
Bagaimanapun, tindakan dua sahabat yang bekerja sebagai nelayan di Batam, Indonesia itu sia-sia apabila mereka ditahan sebaik mendarat di Tanjung Stapa dekat sini pukul 10 pagi semalam.
Raja Shah dari Tanjung Balai, Karimum, Indonesia berkata, dia sudah bosan dengan kehidupan sebagai nelayan sejak setahun lalu kerana pendapatan tidak seberapa.
"Daripada cerita rakan-rakan, Malaysia satu tempat mudah cari wang jadi selepas berbincang dengan Baharul kami nekad belayar ke negara ini dengan perahu layar yang sebelum ini diguna untuk menangkap ikan," cerita Raja Shah ketika ditemui di Balai Polis Pengerang di sini semalam.
Menurut pemuda itu, perahu sepanjang tiga meter panjang dan lebar tidak sampai satu meter itu dibuat sendiri selama empat bulan.

"HUJAN EMAS DI NEGERI ORANG, HUJAN BATU DI NEGERI SENDIRI"

Wednesday, 17 June 2009

RADIX FRIED CHICKEN


Ha ni produk baru Muslim Food RFC. Terliur juga teringat kenikmatan RFC. Mereka yang sebelah utara mungkin dah rasakan keenakannya. Saya juga tak terkecuali. Bangunan pun canggih dan yang penting rasa memang sedap. Sape tak try memang kena try. Ianya 100% halal jika dibandingkan dengan KFC dan ETC tu, produk AS. Saya rasa seronok melihat orang Islam kita mampu membuka satu fast food restoren yang memang boleh compare dengan KFC dan etc. Semoga kita semua menyokong perniagaan orang Islam agar ekonomi umat Islam bertambah mantap. Lagipun kita nak boikot produk Israel dan sekutunya kan.. Kalau anda ke Pengkalan Chepa, restoran ini ada dekat dengan trafic cabang tiga jalan airport dan jalan maktab. Tempatnya di Radix Cafe bangunan Purnama.
Menu yang lazat dan 100% halal

MENDIDIK ANAK MENGIKUT ISLAM

Seringkali orang dewasa mengeluh mengenai perangai anak- anak sekarang yang semakin rosak akhlaknya, terutamanya yang remaja. Pepatah Melayu ada mengatakan"melentur buluh biarlah dari rebungnya" memang sesuai sekali. Disini saya paparkan beberapa panduan mendidik anak yang digariskan oleh Syaikh YÅ«suf Muhammad al-Hasan. Perkara dibawah ini mungkin dianggap kecil bagi sesetengah orang namun jika perkara yang kecil tidak diberi perhatian maka mana mungkin ia dapat melahirkan anak-anak yang "sihat" jiwanya.....Mendidik manusia juga merupakan satu seni yang memerlukan kesabaran . Ada kesannya cepat dan ada yang dah umur 20 baru rasa nak amalkan apa yang diajar. Selalu juga kita dengar orang kata "Ala budak-budak,besar nanti pandaila tu..."Tapi masa kecil lah kanak-kanak perlu dididik.Bila dah remaja ,dah jadi buluh memang sukar. Selama terlibat dalam bidang perguruan saya perhatikan kanak-kanak yag baik selalunya datang daripada ibu-bapa yang baik. Artikel ini disarankan oleh penulis semasa anak berusia enam tahun pertama.
1) Dibiasakan mengambil, memberi, makan dan minum dengan tangan kanan. Jika makan dengan tangan kiri, diperingatkan dan dipindahkan makanannya ke tangan kanannya secara halus.
2)Dibiasakan mendahulukan bahagian kanan dalam berpakaian. Ketika mengenakan kain, baju, atau lainnya dimulai dari kanan; dan ketika melepas pakaiannya dimulai dari kiri.
3)Dilarang tidur tertelungkup dan dibiasakan tidur dengan miring ke kanan.
4) Dihindarkan tidak memakai pakaian atau memakai seluar yang pendek, agar anak membesar dengan kesedaran menutup aurat dan malu untuk mendedahkan auratnya.
5) Dicegah menghisap jari dan menggigit kukunya.
6)Dibiasakan sederhana dalam makan dan minum, dan dijauhkan dari sikap rakus.
7) Dilarang bermain dengan hidungnya.
8)Dibiasakan membaca Bismillah ketika hendak makan.
9)Dibiasakan untuk mengambil makanan yang terdekat dan tidak memulai makan sebelum orang lain.
10)Tidak memandang dengan tajam kepada makanan mahupun kepada orang yang makan.
11) Dibiasakan tidak makan dengan tergesa-gesa dan supaya mengunyah makanan dengan baik.
12)Dibiasakan memakan makanan yang ada dan tidak mengingini yang tidak ada.
13)Dibiasakan kebersihan mulut dengan menggunakan siwak atau berus gigi setelah makan, sebelum tidur, dan sehabis bangun tidur.
14)Dididik untuk mendahulukan orang lain dalam makanan atau permainan yang disenangi, dengan dibiasakan agar menghormati saudara-saudaranya, sanak saudaranya yang masih kecil, dan anak-anak jiran jika mereka melihatnya sedang menikmati sesuatu makanan atau permainan.
Sumber : Ustazahcyber.blogspot

Wednesday, 10 June 2009

BERCUTI DI BUKIT KLUANG

09-10 Jun 2009, Bercuti bersama Abang Adnan dan Abang Aziz Singah di Bukit Keluang Resort, Besut Terengganu.

Monday, 8 June 2009

MESYUARAT MODERASI PISMP

04-06 Jun 09 Kuala Terengganu, Mesyuarat moderasi peperiksaan skrip jawapan bertulis dan analisis Item bagi opsyan PISMP untuk peperiksaan mei 2009 telah diadakan di Hotel Permai Inn, Kuala Terengganu. Mesyuarat selama 3 hari 2 malam ini telah melibatkan pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan bagi mata kuliah Falsafah Pendidikan dan Perkembangan Kanak-Kanak. Mesyuarat ini tamat pada 06 Jun 09 dan kami bertolak balik jam 12.00tgh.

Popular Posts