"Barang siapa memudahkan urusan (mukmin) yang sulit nescaya Allah akan memudahkan urusannya di dunia & akhirat" -Hadith Riwayat Imam Muslim-

Saturday, 4 July 2009

WAJIB TANGANI WABAK H1N1


BERMULA di Mexico, virus selesema babi menular ke seluruh dunia dengan angka mangsa semakin meningkat dalam tempoh yang singkat, sekali gus membangkitkan kebimbangan banyak pihak.Menurut perangkaan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), jumlah kumulatif kes melebihi 70,000 dengan lebih 300 kematian.
Negara paling teruk seperti Amerika Syarikat, Mexico, Kanada, Chile, United Kingdom dan Australia.Virus selesema babi atau influenza A (H1N1) muncul daripada campuran virus selesema yang asalnya daripada unggas, babi dan manusia yang berupaya menyebabkan jangkitan membawa maut. Gejala dan tanda jangkitan virus itu adalah demam, batuk, sakit badan serta susah bernafas, selain berlaku di kalangan mereka yang ada kaitan dengan ternakan babi.Ia dikatakan mudah berjangkit sesama manusia apabila individu dijangkiti batuk dan bersin dengan tidak menutup mulut. Justeru, sebagai langkah pencegahan, setiap individu sewajarnya menjaga tahap kesihatan dan kebersihan tanpa mengira waktu dan tempat.


Dalam Islam, kebersihan amat ditekankan sebagaimana sabda Nabi s.a.w, maksudnya: "Kebersihan itu sebahagian daripada iman."Berhubung wabak khususnya yang membawa maut, baginda bersabda, maksudnya: "Jika anda mendengar mengenainya di satu tempat, jangan ke sana, tetapi jika wabak itu berlaku di sebuah negeri di mana anda berada, terus berada di situ, jangan lari dari tempat itu." Kemudian, al-Bukhari meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, yang Nabi s.a.w, bersabda, maksudnya: "Unta-unta menderita kerana penyakit (kudis atau kurap) tidak seharusnya bercampur dengan unta-unta yang sihat." Hadis itu menerangkan mengenai pengasingan atau kuarantin antara haiwan yang baik dan berpenyakit.


Dalam kes manusia, ia memerlukan lebih pemerhatian.Kerajaan prihatin dengan masalah itu dengan mengambil beberapa langkah pencegahan.Usaha itu selaras dengan saranan hadis di atas, malah menurut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) ia bertepatan dengan ajaran Islam yang menuntut umatnya menjaga kesihatan dan keselamatan diri.Ketua Pengarahnya, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz, berkata saranan supaya orang ramai tidak berkunjung ke negara dilanda virus H1N1 juga patut diikuti serta dipatuhi."Garis panduan berkaitan kaedah pengawalan wabak penyakit itu berdasarkan hadis Nabi Muhammad yang diriwayatkan Abdullah bin Amir supaya orang ramai tidak ke sesuatu tempat dilanda wabak dan jika berada di sesuatu tempat dilanda wabak pula, seseorang itu hendaklah kekal berada di situ."Cara dilakukan ini selaras tuntutan Maqasid Syariah atau objektif syariah," katanya.


Penularan kes terbabit semakin meluas, malah dalam waktu sama mengundang pelbagai tanggapan dan andaian di kalangan penduduk. Sesetengah juga membataskan pergaulan dan urusan dengan khalayak bagi mengelak jangkitan.Tidak kurang masyarakat Islam mempersoalkan kefarduan dalam ibadat seperti solat berjemaah dan Jumaat, sama ada ia gugur atau tidak kerana bimbang penularan wabak itu.Profesor Syariah di Universiti Alexandria, Dr Muhammad Kamal Imam, berkata selesema babi adalah wabak global merebak ke beberapa negara di seluruh dunia dan tidak terbatas di tempat asalnya. "Apa yang diisytiharkan WHO tidak membabitkan sebarang kuat kuasa undang-undang, namun ia boleh dikatakan yang semua langkah penting dan berjaga-jaga seharusnya diperhatikan di tempat penyakit cepat tersebar."Tetapi masih tidak membayangkan gugurnya kefarduan menghadiri solat Jumaat. Ini kerana penduduk (di kawasan terbabit) boleh terus bekerja dan bertemu di rumah, malah mengerjakan solat Jumaat di mana-mana," katanya. Profesor Fiqah Perbandingan Universiti Al-Azhar, Dr Sa'd Hilal, berkata menghadiri solat Jumaat adalah tanggungjawab individu setiap lelaki Muslim dewasa, siuman dan mastautin, bukan pengembara yang tiada keuzuran syarie bagi meninggalkannya seperti sakit. Menurutnya, individu Muslim dilarang meninggalkan solat Jumaat kerana perintah mengerjakannya termaktub dalam al-Quran, sebagaimana ditegaskan dalam surah al-Jumu'ah."Wahai orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu (ke masjid) untuk mengingati Allah dan tinggalkanlah berjual-beli; yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui." (Al-Jumu`ah 62:9)


Dr Sa'd berkata, walaupun perisytiharan WHO (sebagai wabak) memerlukan pemerhatian berhati-hati, orang Islam tidak boleh mengabaikan solat Jumaat dan solat berjemaah, kecuali wabak tersebar luas. Menurutnya, mereka yang menghadiri solat Jumaat dan solat jemaah perlu berwaspada, misalnya menghindari berjabat tangan atau menahan diri daripada berpeluk dan berkucup satu sama lain (di tempat yang teruk). "Mereka perlu mengelak semua bentuk yang boleh membawa kepada pemindahan jangkitan," katanya.

Wanita terkejut sejadah 'berdiri' di Masjid Kristal

KUALA TERENGGANU 3 Julai - Seorang wanita yang singgah di Taman Tamadun Islam di sini sebelum menunaikan solat di Masjid Kristal dikejutkan dengan pengalaman aneh apabila mendapati dua helai sejadah tiba-tiba bercantum sebelum 'bangkit berdiri' di sisinya.
Kakitangan kerajaan berasal dari Dungun berusia 35 tahun itu menyangka objek tersebut hanya bayang jemaah lain yang mendirikan solat di sebelah kirinya.
Namun setelah selesai solat, wanita itu terkejut apabila melihat dua helai sejadah bercantum dalam keadaan menegak seolah-olah berdiri.
"Masa itu saya beristighfar beberapa kali dan terus mengambil telefon bimbit lalu merakamkan gambar sejadah berkenaan," katanya yang enggan dikenali ketika ditemui dekat sini.
Menurutnya, pengalaman pelik kira-kira pukul 11 pagi beberapa hari lalu amat luar biasa dan bersyukur kerana 'terpilih' menyaksikannya.
"Pengalaman ini tidak menyebabkan saya takut untuk datang ke sini kerana saya percaya ia bukan benda yang tidak baik," katanya.
Sementara itu, seorang pengawal keselamatan di taman tema tersebut yang juga enggan dikenali mengakui dia seringkali terserempak dengan pelbagai kejadian aneh di situ.
"Malah ada penduduk sekitar kawasan ini bercerita, pulau ini memang agak 'keras' dan menjadi kawasan tempat orang membuang benda-benda tak elok sebelum ia dibangunkan," katanya.
Dalam pada itu, seorang petugas di Masjid Kristal pula menjelaskan, kejadian tersebut mungkin ada kaitan dengan jin Islam kerana sebelum ini seorang wanita mengadu mengenai kejadian yang hampir sama.
"Waktu itu dia baru selesai solat asar berseorangan sebelum tiba-tiba melihat kejadian serupa," katanya yang enggan namanya disiarkan.
Beliau juga berharap umat Islam yang singgah untuk mendirikan solat di masjid itu tidak bimbang dan takut sebaliknya menganggap kejadian aneh itu sebagai satu petunjuk kebesaran Allah SWT.

M. JACKSON DIKEBUMI CARA ISLAM


Keluarga tunaikan hasrat Mikaeel, majlis pengebumian 7 JulaiLOS ANGELES: Keluarga ikon muzik pop terkenal Amerika Syarikat, Michael Jackson, dilaporkan berkemungkinan besar mengebumikan penyanyi itu mengikut cara Islam. "Keluarganya menimbang pengebumian mengikut Islam kerana mereka percaya Michael mahu dikebumikan mengikut agama barunya," lapor laman web aceshowbiz yang memetik sumber sebagai berkata.
"Abang penyanyi itu, Jermaine atau nama Islamnya, Muhammad Abdulaziz, menerangkan kepada keluarganya mengenai pengebumian menurut Islam kerana berasa penting jenazah adiknya disempurnakan dengan cara Islam," kata sumber itu. Di sebalik laporan terdahulu majlis memperingati secara umum dan peribadi untuk penyanyi itu ditetapkan pada minggu ini, tiada pengesahan rasmi daripada keluarga Jackson mengenai lokasi pengebumiannya. Bagaimanapun, aceshowbiz turut melaporkan bahawa pengebumian akan berlangsung pada 7 Julai ini.
Raja Pop itu dilaporkan memeluk Islam pada November 2008 di rumah seorang rakannya di Los Angeles, beberapa tahun selepas menyuarakan minatnya untuk menjadi penganut agama suci itu. Beliau kemudian menukar namanya kepada Mikaeel, sempena nama malaikat yang ditugaskan menurunkan hujan dan memberi rezeki. Laporan menyebut, beliau duduk dengan memakai kopiah dan mengucap dua kalimah syahadah di depan seorang imam di kediaman rakan penyanyi itu di Los Angeles. Jackson mengamalkan cara hidup Muslim sedikit demi sedikit serta membaca al-Quran dikatakan menjadi amalan hariannya, malah mengakui menemui kekuatan dan kesungguhan dalam menempuh pelbagai dugaan dan rintangan dalam hidupnya.
Jurucakap penghibur legenda itu memberitahu, pihaknya sudah mengesahkan kepada semua media di seluruh dunia mengenai kebenaran desas-desus mengatakan Jackson memeluk Islam. Selepas penyanyi itu dilaporkan memeluk Islam, Jermaine memberitahu wartawan, adiknya mula tertarik kepada agama itu sejak 1989. - Agensi

Friday, 3 July 2009

BUMI BIAK YANG MURNI

Seronok betul saya bila mendapat tahu daripada rakan pensyarah menyatakan saya kena pergi ke SK Biak untuk mengiringi 8 pelajar KPLI sempena Program Keibubapaan dan Kecemerlangan pelajar SK Biak Dabong, Kuala Krai tahun 5 dan 6 pada 30 Jun hingga 02 Julai 2009 yang lalu. Perjalanan untuk sampai dari Kota Bharu ke Kg Biak adalah 2.30 jam. Sepanjang 3 hari 2 malam di sana banyak perkara baru yang dapat dipelajari dari masyarakat di situ tentang bagaimana mereka hidup tanpa bergantung kepada sumber-sumber elektronik dan kenderaan yang canggih. Terfikir saya dapat juga mereka menjalankan kerja macam kita di sini tanpa bergantung kepada benda2 tu. Bayangkan saya kalau tidak ada broadband saja, dah tak boleh duduk dah. Bagi mereka, dunia ICT tidak penting, yang penting duit masuk dan setiap hari menoreh getah. Masyarakat di sini jika di sebelah pagi jarang kelihatan dan mereka berkumpul waktu petang di warung kopi untuk sembang2. Pada waktu malam pula kaum remaja membuat latihan dikir barat di hujung desa untuk menghilangkan rasa kesunyian. Di sini tidak ada bunyi bising kenderaan dan pencemaran udara, malah remaja di sini masih tidak lagi dipengaruhi budaya luar walaupun rata-rata di setiap rumah ada memiliki astro. Murid di sekolah ini amat memerlukan bimbingan dan belaian guru untuk memberi tunjuk ajar pada mereka. Pada mula kami tiba di SKB hanya seorang guru yang menyambut kami iaitu PK1 Pn Haniah. Dalam hati berkata ke mana perginya guru lelaki yang lain. Tak apa lah niat kami ikhlas nak membantu murid Kg Biak ni bukan mengharapkan pujian dan balasan pun. Acara yang dirancangkan berjalan tanpa ada gangguan. Pada hari penutupan Tn Pengarah IPGM Kota Bharu datang untuk merasmikan acara penutup kursus ini. Saya kagum dengan Tn Pengarah kita yang sanggup turun padang melihat dengan lebih dekat Kg Biak ini, sekurang-kurangnya hilanglah segala penat lelah kami bekerja di sini. Terima Kasih Tn Pengarah En Hashim. Setelah tamat acara penutupan kami bergegas untuk pulang dan murid SKB mengiringi kami menaiki Van sambil melambai untuk ke Jeti Biak. Terima Kasih Biak jumpa lagi pada sesi akan datang.
Inilah sungai yang menjadi penghalang perhubungan antara Jeli dengan Biak
Guru Pelatih sedang berbincang untuk mengadakan acara sukaneka
Saya bersama dengan rakan pensyarah En Mohd Zaki
Inilah kenderaan yang digunakan untuk mengangkut penumpang ke jeti dan mengangkut skrap getah untuk dijual kepada taukeh getah.
Ini rumah penduduk Kg Biak masih beratapkan rumbia dan berdindingkan bambu

Friday, 26 June 2009

PROJECT BASED LEARNING COURSE


22-25 Jun 2009, Saya telah menghadiri Kursus Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP) peringkat kebangsaan di Hotel Putra Kuala Lumpur. Dalam perjalanan ke tempat kursus saya telah menaiki kapal terbang mas dan tiba di KLIA pada jam 10.30pg. Sampai di KLIA risau juga, sebab sekarang musim H1N1, jadi saya berhati-hati ketika bersiar-siar di situ takut dijangkiti virus. Saya dapati ramai pelancong dari luar negara memakai topeng untuk keselamatan, begitu juga semasa perjalanan pulang, oleh kerana virus semakin menular di Malaysia saya juga memakai mask untuk keselamatan.

Seramai 46 pensyarah dari seluruh negara terlibat dalam kursus ini. Objektif kursus ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada semua pensyarah sebagai jurulatih tentang pembelajaran berasaskan projek. Banyak input yang kami dapat terutama dalam membuat unit plan untuk sesuatu tajuk yang akan dipelajari oleh pelajar.

Saya dan Jihadi sempat menghisap esei-esei perisa orange

Pada masa terluang sempat juga kami bersiar di jalan Bukit Bintang dan Plaza Low Yatt untuk membeli external hard disk, harganya memang murah berbanding di Kelantan. Semasa bersiar di jalan Arab, Bukit Bintang ramai pelancong asing di situ seolah-olah berada di luar negara. Tak ada langsung orang melayu di situ, yang ada muka mat saleh, Indon (dah tentu), Arab, Sudan, Bangla, Pakistan dan lain-lain lagi.

Thursday, 25 June 2009

H1N1 SEMAKIN MEMBIMBANGKAN

PUTRAJAYA – Penularan wabak influenza A (H1N1) di Malaysia semakin membimbangkan dengan 12 kes baru disahkan semalam, iaitu jumlah terbanyak dalam masa sehari sejak penyakit itu pertama kali dikesan pada 15 Mei lalu.
Daripada 12 kes itu, sebanyak 10 kes import dan dua kes penularan tempatan dicatatkan, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes H1N1 di Malaysia kini 80.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican berkata, daripada keseluruhan kes yang dikesan semalam, tiga adalah warga asing manakala selebihnya rakyat tempatan yang melawat negara seperti Singapura, United Kingdom, Thailand, Australia dan Amerika Syarikat.
Beliau berkata, minggu lepas hanya 21 kes dilaporkan dengan satu kes jangkitan tempatan sebelum melonjak kepada 80 kes dengan 11 daripadanya adalah jangkitan tempatan minggu ini.
“Ini merupakan peningkatan 400 peratus dalam tempoh seminggu, dan ia juga bermakna terdapat lompang dalam sistem pengesanan negara,’’ katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Monday, 22 June 2009

KEPRIHATINAN ANDA DIPERLUKAN


Jika tidak berkemampuan dari segi wang ringgit sekalipun, cukuplah dengan MEMBACA blog ini dan khabarkan kepada saudara2 yang lain. Semoga usaha kita ini mendapat limpah berkat dari Allah swt...
Adik Nurul Aysha Safiya bt Samsulrizal ( 4 tahun), merayu kepada sesiapa yang prihatin agar dapat membantu meringankan beban keluarga adik Nurul.
Adik Nurul baru saja selesai menjalani beberapa kali pembedahan tulang dibahagian leher akibat tulang leher patah (bukan akibat dari sebarang kemalangan atau penderaan tetapi oleh kerana tulang leher yang lembut dan tidak mampu menampung berat kepalanya dan salah satu faktor adalah kanak-kanak istimewa -down sindrom). Beliau kini terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan yang berharga RM40,000 tidak termasuk kos-kos sampingan (tiub untuk membuang kahak dan air kencing, generator untuk membantu alat penafasan ketika bekalan elektrik terputus).
Memandangkan kos-kos sampingan agak tinggi, diharapkan sumbangan anda sedikit dapat membantu meringankan beban keluarga beliau. Jika tidak berkemampuan dari segi wang ringgit sekalipun, cukuplah dengan doa dan simpati anda berkongsi derita.
Semoga usaha kita ini mendapat limpah berkat dari Allah swt....Wassalam
Kita doakan semoga Allah lindungi semua keluarga kita dari malapetaka dan dalam keadaan sihat serta selamat sejahtera selalu, jauhkan daripada perkara2 yang menyusahkan.
"NAUUZUBILLAHI MIN ZAALIK"

AKHIRNYA MEREKA JUARA

SKUAD negara meraih kejuaraan berganda pada Kejohanan Badminton Terbuka Indonesia yang berakhir di Jakarta, semalam. Jaguh pemain perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei serta beregu wanita, Wong Pei Tty-Chin Eei Hui beraksi cemerlang apabila muncul juara selepas menang straight set ke atas lawan masing-masing.
Chong Wei yang juga juara 2007, menewaskan satu-satunya pemain harapan tuan rumah, Taufik Hidayat 21-9, 21-14 untuk meraih kejuaraan ketiganya tahun ini selepas terlebih dahulu menjuarai Terbuka Malaysia dan Switzerland. Selepas saling bertukar servis di awal permainan, Chong Wei meraih sembilan mata berturut-turut untuk menang set pertama.Taufik yang juga pemenang pingat emas Sukan Olimpik Athens 2004, mula bangkit apabila mendahului 7-1 di set kedua sebelum Chong Wei kembali menguasai permainan selepas meraih enam mata berturut-turut sebanyak dua kali sebelum menamatkan permainan dalam masa 31 minit.
"Saya gembira dengan kemenangan ini," kata Chong Wei yang juga pemenang pingat perak Sukan Olimpik Beijing tahun lepas. "Sebelum perlawanan, saya sangkakan peluang kami 50-50 tetapi saya kekal fokus sepanjang perlawanan. "Taufik melakukan beberapa kesilapan. Pukulan smash yang dilakukannya sering terkeluar. Sasaran saya selepas ini adalah untuk menjuarai Kejohanan Dunia."
Dalam pada itu, Pei Tty-Eei Hui meraih kejuaraan pertamanya selaku beregu No. 1 dunia selepas menundukkan beregu pilihan kedua dari China, Cheng Shu-Zhao Yunlie 21-16, 21-16.
Pei Tty-Eei Hui tidak pernah berjaya melepasi pusingan separuh akhir sejak mula menduduki ranking pertama dunia Februari lalu.
Sementara itu, Saina Nehwal muncul juara perseorangan wanita sekali gus mencipta sejarah sebagai pemain India pertama yang menjuarai kejohanan Super Series.
Pada aksi semalam, Saina menewaskan pemain No. 3 dunia, Wang Lin 12-21, 21-18, 21-9.
"Ini merupakan sesuatu yang hebat dan saya memang tidak pernah sangka mampu menang di sini," kata Saina yang juga pemain No. 8 dunia. Acara beregu lelaki pula dimenangi oleh pasangan Korea Selatan, Jung Jae Sung-Lee Yong Dae yang menewaskan beregu China, Cai Yun-Fu Haifeng 21-15, 21-18 manakala Zheng Bo-Ma Jin dari China pula mengungguli acara beregu campuran selepas menundukkan Yong Dae-Lee Hyo Jung dari Korea Selatan 21-17, 8-21, 21-16.

Saturday, 20 June 2009

HAPPY FATHER'S DAY

myspace comments


Hari Bapa bakal disambut pada hari Ahad ini 21 Jun 2009. Saya nak ambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat Hari Bapa kepada semua Ayah, Papa, Daddy, Walid, Abah, Abi dan Baba yang membaca blog saya.
Banyak pengorbanan yang Ayah kita telah lakukan pada kita. Kalau bukan kerana bapa kita yang mengasuh, mendidik, mencari nafkah untuk keselesaan hidup kita, sudah pasti kehidupan kita tidak seperti yang kita alami sekarang ini. Walaupun bapa saya telah lama kembali ke rahmatullah hampir 15 tahun yang lalu, namun saya tidak lupa ucapkan Selamat Hari Bapa kepada arwah melalui doa2 dan tahlil2. Marilah sama2 kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Bapa2 yang telah pergi meninggalkan kita selamanya. Bagi yang masih mempunyai bapa, berbaktilah dan dengarlah kata2 nasihat dari bapa kita selagi tidak menyalahi hukum syarak. Bagilah sesuatu perkhabaran dan berita yang baik untuk mereka, biar mereka senang dan sejuk mata memandang kita agar kita dianggap anak yang "Qurratun a'yunin" (penyejuk mata).

Buat saya, anak2 saya adalah nyawa saya. Tiada yang lebih berharga selain anak kita. Mereka adalah penyebab saya terus tabah melalui kehidupan. Mereka adalah harta yang tidak terbayar harganya kepada Allah. tanggungjawab kita sebagai bapa pula membesar, mendidik mereka sehingga mereka berjaya suatu hari kelak InsyaAllah.


"SELAMAT HARI BAPA UNTUK SEMUA".

Friday, 19 June 2009

Naik perahu layar ke Malaysia

KOTA TINGGI - Sanggup merentasi laut dengan perahu layar rekaan sendiri demi mencari rezeki di negara ini. Demikian tindakan berani dua sahabat warga Indonesia, Raja Shah Riau, 24, dan Baharul Rozi, 18, yang menggadai nyawa merentasi Perairan Pengerang di sini bagi tujuan menjejak kaki ke negara ini.
Bagaimanapun, tindakan dua sahabat yang bekerja sebagai nelayan di Batam, Indonesia itu sia-sia apabila mereka ditahan sebaik mendarat di Tanjung Stapa dekat sini pukul 10 pagi semalam.
Raja Shah dari Tanjung Balai, Karimum, Indonesia berkata, dia sudah bosan dengan kehidupan sebagai nelayan sejak setahun lalu kerana pendapatan tidak seberapa.
"Daripada cerita rakan-rakan, Malaysia satu tempat mudah cari wang jadi selepas berbincang dengan Baharul kami nekad belayar ke negara ini dengan perahu layar yang sebelum ini diguna untuk menangkap ikan," cerita Raja Shah ketika ditemui di Balai Polis Pengerang di sini semalam.
Menurut pemuda itu, perahu sepanjang tiga meter panjang dan lebar tidak sampai satu meter itu dibuat sendiri selama empat bulan.

"HUJAN EMAS DI NEGERI ORANG, HUJAN BATU DI NEGERI SENDIRI"

Wednesday, 17 June 2009

RADIX FRIED CHICKEN


Ha ni produk baru Muslim Food RFC. Terliur juga teringat kenikmatan RFC. Mereka yang sebelah utara mungkin dah rasakan keenakannya. Saya juga tak terkecuali. Bangunan pun canggih dan yang penting rasa memang sedap. Sape tak try memang kena try. Ianya 100% halal jika dibandingkan dengan KFC dan ETC tu, produk AS. Saya rasa seronok melihat orang Islam kita mampu membuka satu fast food restoren yang memang boleh compare dengan KFC dan etc. Semoga kita semua menyokong perniagaan orang Islam agar ekonomi umat Islam bertambah mantap. Lagipun kita nak boikot produk Israel dan sekutunya kan.. Kalau anda ke Pengkalan Chepa, restoran ini ada dekat dengan trafic cabang tiga jalan airport dan jalan maktab. Tempatnya di Radix Cafe bangunan Purnama.
Menu yang lazat dan 100% halal

MENDIDIK ANAK MENGIKUT ISLAM

Seringkali orang dewasa mengeluh mengenai perangai anak- anak sekarang yang semakin rosak akhlaknya, terutamanya yang remaja. Pepatah Melayu ada mengatakan"melentur buluh biarlah dari rebungnya" memang sesuai sekali. Disini saya paparkan beberapa panduan mendidik anak yang digariskan oleh Syaikh Yūsuf Muhammad al-Hasan. Perkara dibawah ini mungkin dianggap kecil bagi sesetengah orang namun jika perkara yang kecil tidak diberi perhatian maka mana mungkin ia dapat melahirkan anak-anak yang "sihat" jiwanya.....Mendidik manusia juga merupakan satu seni yang memerlukan kesabaran . Ada kesannya cepat dan ada yang dah umur 20 baru rasa nak amalkan apa yang diajar. Selalu juga kita dengar orang kata "Ala budak-budak,besar nanti pandaila tu..."Tapi masa kecil lah kanak-kanak perlu dididik.Bila dah remaja ,dah jadi buluh memang sukar. Selama terlibat dalam bidang perguruan saya perhatikan kanak-kanak yag baik selalunya datang daripada ibu-bapa yang baik. Artikel ini disarankan oleh penulis semasa anak berusia enam tahun pertama.
1) Dibiasakan mengambil, memberi, makan dan minum dengan tangan kanan. Jika makan dengan tangan kiri, diperingatkan dan dipindahkan makanannya ke tangan kanannya secara halus.
2)Dibiasakan mendahulukan bahagian kanan dalam berpakaian. Ketika mengenakan kain, baju, atau lainnya dimulai dari kanan; dan ketika melepas pakaiannya dimulai dari kiri.
3)Dilarang tidur tertelungkup dan dibiasakan tidur dengan miring ke kanan.
4) Dihindarkan tidak memakai pakaian atau memakai seluar yang pendek, agar anak membesar dengan kesedaran menutup aurat dan malu untuk mendedahkan auratnya.
5) Dicegah menghisap jari dan menggigit kukunya.
6)Dibiasakan sederhana dalam makan dan minum, dan dijauhkan dari sikap rakus.
7) Dilarang bermain dengan hidungnya.
8)Dibiasakan membaca Bismillah ketika hendak makan.
9)Dibiasakan untuk mengambil makanan yang terdekat dan tidak memulai makan sebelum orang lain.
10)Tidak memandang dengan tajam kepada makanan mahupun kepada orang yang makan.
11) Dibiasakan tidak makan dengan tergesa-gesa dan supaya mengunyah makanan dengan baik.
12)Dibiasakan memakan makanan yang ada dan tidak mengingini yang tidak ada.
13)Dibiasakan kebersihan mulut dengan menggunakan siwak atau berus gigi setelah makan, sebelum tidur, dan sehabis bangun tidur.
14)Dididik untuk mendahulukan orang lain dalam makanan atau permainan yang disenangi, dengan dibiasakan agar menghormati saudara-saudaranya, sanak saudaranya yang masih kecil, dan anak-anak jiran jika mereka melihatnya sedang menikmati sesuatu makanan atau permainan.
Sumber : Ustazahcyber.blogspot

Wednesday, 10 June 2009

BERCUTI DI BUKIT KLUANG

09-10 Jun 2009, Bercuti bersama Abang Adnan dan Abang Aziz Singah di Bukit Keluang Resort, Besut Terengganu.

Monday, 8 June 2009

MESYUARAT MODERASI PISMP

04-06 Jun 09 Kuala Terengganu, Mesyuarat moderasi peperiksaan skrip jawapan bertulis dan analisis Item bagi opsyan PISMP untuk peperiksaan mei 2009 telah diadakan di Hotel Permai Inn, Kuala Terengganu. Mesyuarat selama 3 hari 2 malam ini telah melibatkan pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan bagi mata kuliah Falsafah Pendidikan dan Perkembangan Kanak-Kanak. Mesyuarat ini tamat pada 06 Jun 09 dan kami bertolak balik jam 12.00tgh.

Friday, 29 May 2009

RELEASE TENSION IN BATU BUROK

Pada 28 Mei 2009 saya bersama keluarga bertolak ke Batu Burok Beach Resort Kuala Terengganu untuk menghilangkan tension bekerja sambil bersantai dengan keluarga. Kami bertolak dari rumah jam 3.00ptg dan tiba di Batu Burok jam 6.30ptg. Setiba di sana anak2 tak sabar nak mandi kolam dan pantai Batu Burok yang cantik dan tenang. Keesokkan harinya kami check out jam 12.00 tgh dan sempat singgah di Pasaraya Giant KT. Jam 2.00ptg bertolak balik dan sampai di rumah pukul 4.30 ptg. Hilanglah segala penat lelah bekerja dan anak2 merasa puas mandi kolam.

Sedapnya mandi kolam

Friday, 8 May 2009

KURSUS PEMENTORAN PRAKTIKUM

4-7 Mei 2009, saya telah menghadiri Kursus Pementoran Pencerapan Klinikal Pensyarah IPGM Kampus Kota Bharu di Rosa Passadena Cameron Highland, Pahang. Saya telah menaiki kereta Harrier bersama Syukri dan Din. Kami bertolak pada pukul 9.00pg dan sampai di Brinchan pada pukul 3.30ptg. Sepanjang 4 hari di Cameron kami telah banyak berkunjung di tempat yang menarik antaranya Kebun Strawberi, Buah buahan, sayur, kektus, bonsai dan bermacam tempat menarik di Tanah Rata.

Ini lah Hotel Rosa Passadena


Sesi "nasi lemak kopi o" di restoran Fauzi bersama Tn Pengarah IPKB

Bersama rakan pensyarah JIP Syuk, Man, Zam, Zaki

Semasa di ladang teh boh


Bunga kektus yang cantik

Kektus jenis berbunga

Pokok bonsai

Pelbagai jenis kektus

Sayur kubis yang segar dan subur

Sunday, 3 May 2009

MY DREAMS IS COME TRUE

Alhamdulillah syukur kepada Allah tidak terhingga kerana memberi kenikmatan dan impian saya telah tercapai. Impian saya untuk menaiki dan membawa kereta idaman Toyota Harrier 3.0 telah tercapai.

Friday, 1 May 2009

PROFIL KEPAKARAN KECEKAPAN

ALAMAT
1214, Taman Desa Kemumin, Jalan Padang Tembak, Pengkalan Chepa, Kelantan.
EMAIL
friendster : MR. AZIZI JAAFAR, MEd.
Facebook : Azizi bin Jaafar
Tubely homepage : AZIZI
KELULUSAN
Sarjana Pendidikan (Med)
(Pengurusan dan Perkembangan Kurikulum) 2005.
Sarjana Muda Kepujian (BA Hons) Bimbingan dan Kaunseling, 1996
KPLI-MPKB 1997
PENGALAMAN
SMK. Pinggan-Pinggan Pitas, Sabah (1998).
Maktab Sabah Kota Kinabalu, Sabah, (1999-2002).
SMK. Kampung Jambu, Taiping, Perak. (2003-2007)
Institut Perguruan Kota Bharu (2007-sekarang)
BIDANG KEPAKARAN
Falsafah Pendidikan
Pengurusan dan Perkembangan Kurikulum
Psikologi Pendidikan
Kemahiran Berfikir
KURSUS YANG DIHADIRI
Kursus Inovasi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Untuk Pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan 2009
Kursus Praktikum Pementoran 2009
Kursus Pemantapan Kauselor 2008
BIG (Bina Insan Guru Pensyarah Baru) di Pulau Perhentian.
Kursus Peningkatan Profesionalisme Pensyarah BaruFasa 1, 2, 3 di Kota Bharu 2008.
Seminar Islam Hadhari Peringkat Kebangsaan di Seremban N. Sembilan (2007).
TENAGA PENGAJAR
KPLI, PISMP, KDP OUM 14M, KPLI-JQAF, KDP BESTARI
KPLI PKHAS DAN PRA.
GERKO : PERMAINAN BADMINTON
PRAKTIKUM : KPLI JQAF

Wednesday, 22 April 2009

KURSUS INOVASI DALAM P & P

20-23 April 2009, saya dan pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan telah menghadiri Kursus Inovasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran di Shahzan Inn Kuantan, Pahang. Saya menumpang kereta Syukri. Perjalanan untuk sampai ke Shahzan Inn memakan masa 6 jam. Kami bertolak dari IPKB jam 9.30pg dan sampai jam 3.30 ptg. Pada 8.30 malam 20 April taklimat program diadakan oleh Pn Kasnimi selaku penyelaras program. Selepas itu kami ke Kompleks Terumtum untuk menjamu mata dan ke Tanjung Lumpur untuk menikmati selera ikan bakar, best giler. Malam tu Zamri belanja kami, thanks Zam!!. Hari kedua slot pertama bengkel Moodle, penceramah Cik Asniza Musa. Slot kedua berkenaan Pengurusan Kurikulum yang disampaikan oleh Dr. Noriati dari BPG dengan panjang lebar. Beliau menerangkan tentang kurikulum yang terdapat di IPGM dan matlamat BPG itu sendiri ingin melahirkan guru yang cemerlang dan terbilang. Penerangan beliau mengambil masa sehingga 2 slot. Slot seterusnya bengkel moodle disambung lagi hingga ke sesi malam. Sayang seribu kali sayang saya tak dapat meneruskan sesi ini sehingga tamat kerana saya terpaksa bertolak balik Kelantan. Ini adalah disebabkan isteri saya terpaksa menghadirkan diri untuk temuduga sarjana di Putrajaya pada 23 April 2009. Jadi untuk memberi sokongan dan motivasi kepada beliau saya terpaksa balik awal. Saya menaiki bas mutiara dan sampai ke rumah jam 5 pagi. Syukur Alhamdulillah.

.

Amazing Kuantan.....

Saturday, 18 April 2009

TEMUDUGA PHD

17 April 2009 saya telah mendapat panggilan temuduga biasiswa hadiah latihan Persekutuan (HLP) KPM peringkat PHD di Bilik 7 Aras 3 Blok E2, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya. Alhamdullah berkat sokongan dan doa isteri, anak2, keluarga serta sahabat handai, saya dapat menjawab segala pertanyaan penemuduga dengan yakin dan tenang. InsyaAllah jika ada rezeki dan nasib menyebelahi saya, pada bulan 7 nanti keluar lah keputusan samada dapat atau tidak. Kali ini adalah temuduga yang kelima saya. Saban tahun saya menghadiri temuduga ini. Saya dah rasa penat dan letih dah. Kebetulan datang ke Putrajaya saya mengambil foto kenangan di bawah.





Tahniah dan Selamat Datang Menteri Pelajaran baru dan Selamat Tinggal Menteri Pelajaran lama, Jasamu Dikenang.


Kementerian Pelajaran Malaysia, Putrajaya.


Amazing KL.....

Popular Posts